Tuesday 16 February 2010

Rahsia Dunia Blog

Apa agak-agaknya aku nak tulis untuk entry kali ini ye?

Aku x tahu. Aku bukan jenis yg sentiasa ada perkara untuk dibicarakan. Aku bukan liberal, aku bukan ahli politik, aku bukan pemikir tegar, aku bukannya ahli linguistik dan pastinya aku bukan Berita Harian.

Aku jarang berfikir benda-benda serius. Akhbar-akhbar kontemporari pun aku jarang baca, Apa lagi akhbar-akhbar berbahasa Tamil Nandu atau Cina Mandarin. Memang jagan harap lah. Alaa. Ingat Perdana Menteri tu serius sangat ke? Mesti ada jugak masa dia gelak-gelak tengok The Simpsons. Kan?

Post kali ni rasanya aku nak ceritakan tentang pengalaman di dunia blog. Dunia blog amat berbeza dengan dunia realiti. Dunia yang penuh panca roba.

Dunia blog mudah. Tulis dua tiga baris dah boleh post. Kalo hantar lab report dekat lecturer panjang tu, bersedialah memakai helmet. Mungkin tidak semena-mena, kepala anda bakal dihentak dengan kerusi berdekatan. Hati-hati ya.

Ada golongan bloggers yang mahukan banyak traffic. Suruh click-click di iklan mereka. Di dunia biasa mungkin tiada pekerjaan. Mungkin inilah perkerjaan tetap mereka. Menyara keluarga dengan hasil click di blog sendiri. Duit digunakan untuk membeli perkakas rumah tangga. Beli susu untuk anak kecil. Beli baju kurung untuk isteri. Beli tamiya dan anak patung untuk diri sendiri. Aku x tahu. Tapi support lah mereka sikit. Setakat click sekali dua apa salahnya. Tapi kalo kita dah click dan dia suruh kita click lagi, memang nak makan camera digital aku lah!

Dunia blog penuh dengan muka orang yang sama. Blog walking untuk mencari nama. Untuk mencari pengikut. Tak salah. Aku teruja tengok hubungan yang dapat dibina menggunakan blog. Satu perkara baru bagi aku. Semua orang saling kenal mengenali. Dulu 1 sekolah ke? Apa kata kita buat sekolah blog? Semua orang belajar untuk buat blog dengan menarik. Aku nak jadi cikgu. Pelajar-pelajar gadis semua aku ajar macam mana nak jadi lucu macam aku. Baru meriah tengok perempuan buat lawak.
beberapa gadis : "Abg Anoz Abg Anoz!!! Kami gadis-gadis comel nak kawan boleh x?" 
aku : "Eh. Boleh aje. Abang suka berkawan dengan semua orang." 
beberapa gadis : "Kami ingat nak buat fan club untuk Abang la. Boleh x?" 
aku : "Ishh.. X payah la sampai macam tu. Abang mana ada peminat. Bahkan seorang kekasih pun x ada lagi. Ye la. Muka x hensem siapalah nak..."
gadis A : "X ada lagi? I nak jadi!" 
gadis B : "I nak juga!!" 
gadis C : "Ah x ada! Abang Anoz I yang punye!!" 
gadis D : "I paling cantik! I mesti dapat Abang Anoz!"
(kan best kalau dunia macam ni)

Followers? Walaupun beribu followers tapi message yang cuba diberikan tidak sampai, x guna juga. Aku pun sama gak. Tengok sekarang ada 40 followers. Berkembang macam picisan aje. Sedih. =(

Aku nak famous. Kenapa korg x ceritakan blog aku dekat orang lain? X menarik ke blog aku? Ke x puas hati dengan aku? Aku jejaka yang tampan kacak dan bergaya. Mana boleh orang x suka. Mustahil.

Macam ni lah. Korang kenalkanlah kawan2 dekat blog ni. 1 follower korang kenalkan, aku bagi limaposen. Amacam? MLM la sikit. Dunia ni penuh dengan MLM. Rasulullah pun mengembangkan Islam dengan cara MLM. Aku x terkecuali. Aku nak femes gak. Ini bukan rasuah. Tolong jangan report dekat BPR.

X seronok la kalo nak buat lawak tapi orang x baca. Nak sembang benda serius dan terkini pun aku agak segan silu. Terasa cerita dekat diri sendiri pulak. Kalo untuk sendiri, baik aku tulis dalam diari tahun 2008. Masih kosong dan berhabuk. X pernah sentuh. Aku takot semangat nanti hilang. Aku x mahu hanyut dibawa arus. Aku nak jadi macam motorbot yang sentiasa maju kehadapan. Kalo habis minyak*, habis lah aku.

P/S: Aku x suka tulis panjang-panjang. Aku x suka baca benda panjang.

P/S2: Aku x suka tulis hari-hari. Nanti orang x sempat baca.

*minyak = pengikut/pembaca

Sedang down,
Aku Anoz.

________________________________

So tell me, am I all alone?

37 comments:

mimi mimi said...

satu perkara yg ak nyampah dlm dunia blogging:

"I dah follow u, u follow me back ye =P"

nmpak mcm desperate kot..huhu xsemestinya rmai follower tu bagus.

ramai yg jd silent reader what?itu pon dah mencukupi dan membuatkn kita rasa dihargai..=)

Anonymous said...

betul aku pun sokong.
aku rasa silent reader lbih rmai nk dbnding kn dgn follower.
insyaAllah.

izzahfarhana said...

haha anoz dun judge a blog by its followers lah.kdg diorang silent reader.nanti aku rjin aku bt spesel entry terjah ko.hahaha.

hans said...

hahahahha
lebih baik ramai yang membaca entry
xkisah la follower ko 40 orang ke 100 orang ke
janji ko tulis ikhlas
yakin pada penulisan ko

Anonymous said...

anos single lagi ey? ada peluang ni. :D

aNoZ said...

mimi: agak la. aku follow ramai org, asal diorg x follow balik eyh? haha

anonymous 1: silent reader ni bahaya gak. tunjukkan muka anda!! haha

izzah: aku dari dulu x faham masuk "terjah' tu. ape maksud die eyh? haha

hans: tp kadang2 followers ni yg bg kita semangat nk menulis. x ley tipu la. kebenaran kot. haha

anonymous2: yup single. peluang masih terbuka. langkah pertama, bg nama dulu. langkah kedua, bg no tepon. orait? hehe

anak mak said...

ade gak org mcm anoz.suke suke suke..

zacharias said...

wei, motobot habis minyak, dia tak tenggelam la brader.. haha dia terapung-apung di awang-awangan.. macam ko gak...

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

haii anoz.. ehhhe...
bagi saya.. blog merupakan tempat kta menulis..
tak kisah la apa2 pun.. yang penting kita puas.. ini blog kita suka ati kita nak tulis ape.. tapi make sure jgn slah tulis pulak.. kang kena saman..
tapi kita kadang2 kena ambil teguran POSITIF dari blogger lain untuk meningkatkan lagi tahap penulisan kita...

bagi saya .. apa saya fikir saya akan tulis... kalau tak dek org nak bace lantak la,. ehehhehehe

hamzah said...

Rasulullah guna MLM.
aku setuju dgn ko.
semua org dah tau, tp x slh utk ingtkan mereka. kan?

intanurulfateha said...

.i ade 800 follower
.tp lum tentu lagi semua masuk & bace blog i
.so, u jgn lah sedey cume ade 40 follower
.x penting tu sume
.yg penting, u hepi bile menaip entry
.ok? :)

ihsan_huhu said...

kbykn blog yg aku folo sume org yg aku knal.

ade r sesat2 org2 yg akuk xknl, either sbb diorg cun or sbb diorg tulis mmg bes.

n xdek pasal aku nk g usha blog mane2 ntah. sbb tuh sp skang follower aku 30 org je

aNoZ said...

anak mak: ape maksud ayat tu? nak suke sy oke aje? sy terima. hehe

zach: agak2 la bro. gua hanyut tapi ada arah tujuan lg kot. haha

moon: terima kasih sbb bg teguran positif ni. hehe.. x de la. kalo ade impian nak mengubah dunia, apa salahnya biar semua org baca. tol x? haha

hamzah: yup. mungkin sedikit tazkirah ringkas. hehe

intan: thnx utk semangat tu.. nak buang la followers2 ni. boleh x? haha

ihsan: aku kalo org tu cun, aku sebat aje. seronok gak knal gadis2 comel ni.. haha.. nice advise sepupuku.. =)

Aus MeLankoLik said...

kau ni apela..
cepat sgt down..
hahaahaha .
aku tgk kau follower sket pun..
komen berlambak..
kau kena ingat..
komen lagi penting woo..
follower sekadar psikologi je..
hahaha..
sabo2..
ada lagi tu..
relax je..
kekeke..
orait !!

Anonymous said...

capap tol. mane ade jalan mudah untuk sukses. ko kene la buat blog ko ni best2 dulu. baru lah blog ko ni jadi buah mulut orang ramai. skang ni kalo nak promote blog ko kat org lain pn kitorg nak ckp pe? xde value untuk di promot. best pon x. lawak pon x. isi pon xde.

bangun perlahan2. dari bawah. kalau konsisten, lama2 ramai lah orang baca blog ko ni. kalo best mesti ramai org bace. automatic. ko x payah suruh pon.

just my 2p opinion.

Norashikin Abdullah said...

a,aa
kte kna hrgai silent readers, ske hati mreka la kn, nk follow x nk
haha btway
tregelak2 ekin bc
diolog gdis2 tuh
kelaka

azalia hjsalleh said...

erkkkkk cool babe
lame2 t belog ini akan famous jugela
amin amin

devoted lily♥ said...

haha..
siap nak ade fan club bagai..
anas2..
kuat btol daya imiginasi ang..
dr pdrm terbawak2 smpai uk..
haha..

Dekna said...

tol2..ilek2 la seniorku..hee
even anoz baru je blogging kn,
tpi zaty rsa ur way of blogging bez kot..
tgk blog zaty..ntah pape..haha
bongek2 je tulisan..huu
btw, i love ur blog..ahah :)(✿◠‿◠)

batumelukut said...

ala.. relak ar.. follower awak lagi byk dari saya. haha. anywy, sy rela hati la jd follower awak? amacam? jgn rs down lg ye? haha

Jard The Great said...

tak lama lagi tuuuuuu.. sabar laa.. ehehehe

gadis comel said...

hai abg anoz.saya berminat dgn abg anoz,gaya penulisanmu muruntun kalbu,setiap baris ayatmu membuatkan hatiku berdegup kencang, jantungku berdetak pantas. adakah ini cinta?
so bile kite bleh couple? :DD

aNoZ said...

aus: eh. down tu bkn sbb blog. tp sbb smlm ari yg down. x sihat. demam lah. hahha

anonyomous: hehe.. aku mmg capap. aduh. aku ingt blog aku best, berinformasi dan lucu. rupenye x. maaf lah. nnt bley improve lg kot. anyway, thnx for the advise. mmg kene kat kepala terus. bang2! haha

ekyn: thnx. 1st time dgr silent reader tu ape. haha

azaliah.. ameen. thnx2. =)

mira: ahaha.. maaflah kalo suke berangan. =)

zaty: terima kasih junior. ur blog best gak ape. maybe coz kite knal each other kot. kan? haha

ce rulean: thnx. haha.. x kisah pun sbnanye. down sbb sakit smlm x smbuh lg. bkn sbb blog. haha...

jard: inshaAllah. ameen. =)

gadis comel: ini sah2 laki. kompom! hehe...

TENGKU NUR ANISA said...

anoz. i am your silent reader. hehe. x jadi follower xsemestinya xbole bace kan?
-nisa

Redbloodsnow said...

tuh komen cecah puluh². kalah komen zie taw. kira dah famous ler tuh bro...hehehe

Anonymous said...

awk.. dont worry. i'm ur silent reader. keep going. post perkara2 yang berisi. u said that u wanna change the world right? so, neva giv up k..
chaiyok! (^^)v

anajoe said...

ala anoz.
relax lah.
kalau nk tau sbenarnya komen tu yg bg kita smangat utk wat post2 yg lagi mantop.
xyh kisah bb2 followers nih.
lntak dirang ahh.kn2.


ala sy dah pun bookmark prima-lagenda ni wat.
cme xjd follower ag.
coming soon.hehehe
:)

Nur -al- Ain said...

best gak kalau blog bleh buat MLM ni. nnt saya g kenalkan ramai2, sorang limapuluhsen ok gk tu. hehehehehe

Hami Asraff said...

menulis dari hati bro. itu yang selalu aku amalkan. keep it up!

aNoZ said...

nisa: btol2. support dr awk mmg plg hebat momentum die. thnx. hehe

zie: mungkin juga. mungkin sbb tajuk mcm menarik kot. haha.. thnx zie!

anonymous: give up? ape tu? x pnah dgr pun ayat tu. hehe... thnx for the support. kan bes kalo bley tunjuk diri. =)

anajoe: bookmark2 ni yg best dgr ni. thnx. walaupun kita x pnah bersua. tp mcm ade ikatan dah kan? haha

nur al ain: eh. itu gurauan aje la. x mampu la nk byr secara monetary. secara kasih syg oke la kot. *wink2*

hami: thnx bro. sama2 kita maju ye. =)

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Abang anoz.. Saye nak kena dgn abang punye camera digital.. Hahaha.. ;p

Blog.. Banyak masam-masam manis juge pahit payau dan kelat.. Hehehe.. Pandai2 bawa diri, dpat kawan2 yg best.. Itu yg paling indah sekali.. Hehehe..

~ wuit bro.. tak sangke tarikh lahir kita sama.. umur jek tak sama.. hepi belated besday ye adik anoz.. heehee.. :)

Anonymous said...

relx r bro..u'r still new...
ur bloq guite interesting i think...
i like :)..
do d best..chyok3! < me tma >

aNoZ said...

farhana: eh.. mmg sama pun la bday kite. nnt ley smbut sama2. hehe..

anonymous: thnx tma. u hv been supporting me quite a lot. =))

dee love eiffel said...

gagaga..ayat tak bule blah.. shuke shuke :D
btol3 kata mimi mimi :'
ramai yg jd silent reader what?itu pon dah mencukupi dan membuatkn kita rasa dihargai..=)'
saya sokong! gheeee

Anonymous said...

berjaya gak eh yg punye misi nak fofular.HAHAHAHA.jokin

Unknown said...

like ur blog for ur originality n message;)

far said...

hahah.. kau memang anoz..