Aku baru balik dari Liverpool. Sumpah penat memang tak tipu! Minggu yang penuh dengan pengisian dan aktiviti. Memang tak dapat lah nak cerita dalam post ni. Cramp kaki sebab berjalan ni pun belum pulih lagi.
Nantikanlah post Program ISK dan Konsert Search pada hari-hari yang berikut. Nantikan dengan sabar ya~ ^_^
________________________________
Seperti yang dijanjikan minggu lepas, terimalah:
PENCIL BOX KU
Kamu ada pencil box tak? Mesti ada kan? Memang tipu lah kalau x ada. Kalau tak ada, pergi beli sekarang! Malu aje jadi bloggers kalau tak ada pencil box. Tak nampak kecelikkan langsung.
Pencil box adalah kelengkapan wajib untuk mereka yang bergelar pelajar. Tak kisah lah pelajar tadika, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar kolej-kolej mahupun jua mahasiswa dan mahasiswi universiti.
Untuk menjadi guru sekolah, pencil box juga kewajipan. Bahkan professor-professor di universiti pun pakai pencil box. Kenapa mereka ada juga? Semakin membina perasaan pelik dalam diri kan?
Pernah atau tidak kamu tertanya-tanya, apa significant pencil box dalam kehidupan kita? Kenapa semua orang ada pencil box? Memang aneh...
Jangan risau. Aku ada jawapan!!
______________________________________
SIGNIFICANT PENCIL BOX
Jati Diri Manusia
Percaya atau tidak, pencil box serba sedikit menunjukkan sifat kita sebagai manusia. Tengok pencil box je kita dah boleh nampak orang tu jahat atau baik. Ini dinamakan kuasa psikik. Hebat kan?
Mari kita lihat beberapa contoh termudah.
- Kalau pencil box besar, pemiliknya itu gila duet dan sukakan kemewahan terlampau. Setakat jumpa duit syiling kat tepi jalan memang pandang sebelah mata aje.
- Kalau pencil box compact, pemiliknya jenis yang simple. Semua perkara dalam kehidupan saling melengkapi dan mencukupi. Happy go lucky. I like.
- Kalau pencil box hitam, pemiliknya seorang pemalas. Kadang-kadang sukar untuk menjaga kebersihan diri sendiri. Dalam erti kata lain, pengotor. Tapi sifat dalaman agak keras dan bengis. Jangan main gila dengan orang berpencil box hitam. Bahaya.
- Kalau pencil box cerah dan berwarna warni, pemiliknya sukakan perhatian daripada orang lain. Dahagakan kasih dayang dan suka jika orang bercerita mengenai dirinya. Mahu cepat famous dan terasa diri cool. Kebanyakkan golongan gadis-gadis.
- Kalau pencil box berkartun, pemiliknya sangat kacak atau cantik. Gerak geri comel dan disayangi oleh semua orang. Banyak bercakap dan disenangi semua orang. Kacak menawan dan disukai ramai.
Aku tergolong dalam kumpulan kelima. Memang kacak kan? Tak percaya? Tak percaya? Tak percaya? Tak percaya sudah! Miahahahahaha (gelak shaiton)
Sedikit sejarah mengenai aku. Aku kat maktab (sekolah) dulu agak terkenal dengan sifat yang bengis. Wajah agak kacak tetapi bengis. Orang nak pandang muka aku pun tak berani. Kalau orang lalu depan aku mesti tunduk kepala.
Kalau gadis bertudung labuh nak tunduk-tunduk aku tak kisah lagi. Sebab Rasulullah suruh kita menjaga pandangan mata. Ni golongan lelaki pun nak tunduk. Kadang-kadang ada juga yang lemah semangat, nampak aku terus merangkak. Haaaa.... Apa cerita? Takot tak takot lah kan? Memang bengis, ganas dan garang. Sampai orang memanggil aku Encik Garang. Memang membahayakan kesihatan.
Agak garang kan? Tapi usah gusar. Aku cuba membawa imej baik dan comel. Dengan tu aku membeli pencil box yang agak keperempuanan untuk diri sendiri. Bukannya aku gay atau apa, tapi cuma untuk meneutralkan kembali pandangan orang terhadap aku. Lagi satu sebab dia murah.
Cuba kamu bayangkan, kamu tengah jalan-jalan lepas tu ternampak seorang lelaki yang ganas dan berbadan sasa seperti di atas. Mesti takut kan? Alih-alih ternampak dia pegang pencil box yang comel. Mesti rasa lega. Betul tak? Kalau gadis-gadis pula mesti akan berdialog seperti berikut:
"Ehhhh eyyyyyyyyyyy.... Comelnya abang kacak tu !!! Sukanya i !!!"
Itu la apa yang aku cuba buat. Membawa imej yang lebih comel. Tapi tengok-tengok kawan aku bersikap sedikit sial. Menganjeng kawan sendiri. Tak supportive langsung. Hmmpphh.. Boleh pula diorg panggil aku Encik Garang dan Si Comel. Konon-konon sama dengan Dr Hyde and Mr Jekyll lah. Aku hampa... ='(
__________________________________
Fungsi Pencil Box
Setiap ciptaan Allah ada fungsinya. Pencil box pun ada juga fungsi masing-masing.
Mengisi alat tulis. Kalau yang kedekut (sepp) tu, selalu guna plastik merah lepas beli bawang dari kedai mamak. Bila dah terkoyak sedikit, ganti plastik yang lebih mahal. Pilihan yang terbaik adalah plastik dari pasaraya Giant atau Jusco. Memang tahan lama.
Pembaris. Semasa exam tak boleh meniru atau bersembang dengan orang. Kadang-kadang ada juga yang terlupa bawa pembaris. Untuk selesaikan masalah ni, pencil box boleh digunakan sebagai pmbaris. Pencil box yang berkesan adalah yang diperbuat daripada besi. Kalau tak ada juga, pakai student card aje. Sebab tu kadang2 kita tengok ramai student card dah hitam. Buat jadi pembaris.
Candy Mixer. Pencil box juga selalu digunakan untuk mengisi gula-gula dan coklat. Selalunya pencil box jenis kain digunakan. Masuk tangan, lepas tu pilih yang mana berkenan. Memang indah. Jika nasib buruk, boleh la dapat bekas plastik coklat orang lain yang buang dalam pencil box yang sama. Mesin hampagas betul lah...
Bekas Air. Pernah ingat ada orang bawa pencil box jenis plastik kat maktab kamu dulu? Pembuka dia dekat bahagian tepi. Bentuk pula ala-ala botol. Memang sesuai digunakan untuk isi air. Lagi-lagi jika kamu ambil subjek seni. Tak ada bekas untuk bancuh water colour? Jangan risau, inilah solusinya. Memang berkesan. Dijamin tidak pernah bocor!
Wrestling. Ingat tak dulu orang main tekan-tekan pemadam? Siapa yang dapat tindih lawan satu lagi tu dulu akan menang. Zaman maktab dulu gadis-gadis pun main. Tapi lelaki mana boleh kalah dengan perempuan. Laki mesti mahu ganas sikit. Pakai pencil box jenis besi lagi seronok. Bunyi memang super bising. Sampai kelas dekat atas pun boleh dengar. Memang seronok. Baru lelaki!
Penternakan. Pencil box jenis plastik yang boleh nampak kat dalam memang sesuai digunakan. Cara-caranya adalah dengan menebuk beberapa lubang kecil untuk ruang pernafasan. Sepanjang hidup aku, banyak binatang aku pernah tengok dalam pencil box. Yang selalu aku jumpa adalah ulat, lipas, lipan dan semut. Tak pernah jumpa orang letak hamster atau kucing lagi. Kalau kamu dah pernah jumpa, bagi tahu aku ye?
Itulah serba serbi tentang pencil box dalam kehidupanku. Pencil box yang aku beli dari form 4 dulu dah rosak. Dekat 5 tahun dah guna tahu! Zip dia tiba-tiba tak betul. Sedih. Kena beli baru. ='(
Dah la. Nak tidur. Ngantok dan penat kerana perjalanan tadi.
P/S: Mulai sekarang, entry baru adalah satu post dalam 2 hari. Maaf sebab makin sibuk.
Aku Anoz
__________________________________
So tell me, what else you do with your pencil case?
41 comments:
Bai, aku xde pencil box cane ni?xde kategori ke?stkt pen sbtg masuk poket je lar..haha
anoz, ak pkai pencil box transparent (band gap > 3eV.. haha.. ;p) ak masuk dlam golongan mane?? haha..
ko mmg mngarut la noz. nsb baik klaka. kalo x sia2 ak bace. haha
what else i do wif my pencil case??
aku letak handphone 3 bijik- iphone,n73 n nokia biasa yg kecik.
:p
kalau aku suka pncil case yg simple je.
conclusion yg ku dpt sepanjag guna pncil case is lg bnyk aku ltk bg dlm tu, lg cepat perut pencil case ku tu kering. so, aku just letak semua serba 1. member nk bg ilang pun x smpai ati. muahaha.
:p
g Liverpool x ajak!!!!
beli pencil box untuk cover keganasan?
haha
ok ok
ganas anda tercover disitu
huhu
nanti bile2 ym ya
ada hal skit ni
Banyak la ang abang kacak yang ganas dan comel. Setahu aku, aku tak pernah tunduk bila lalu sebelah ang. Tipu anoz tipu. Hahahahaha
phaezs: haha.. kau mmg matang. kau kategori manusia simple yg cool. serius. haha
jen: kau trmasuk golongan yg menegakkan keadilan dan strict. hehe
pembaca setia: thnx weh. =PP
lin: ohh.. ppuan slalu gak la taruk dlm tu. hehe.. btol2. sama ngn aku.. sume ade 1 aje. nipis sket. haha
nana: nak ajak mcm mana org tu dok jauh? haha
joe: mmg cover baik punye. haha.. tujuan aku kire tercapai la. =PP
pika: haha... ni kat lgk kot. kat pdrm keganasan aku x terserlah lg. haha
ahhaa anoz anoz keganasan dicover dgn kecomelan pencil case anoz..xku sangka anoz pakai pencil case corak cartoon ahha mmg cool abes. function lain, zai gune pencil case tuk baling org..so sesape yg membuli, kene laa rase sakitnye penangan pencil-case guer tu..protectionn!!
memang mengarut la anoz ni.. kacak dan lucu.. ahahah
wah. ganasnye awk ni. takot la sy nk kwn. :]
dulu masa zaman skolah pakai yang ada cartoon character. so, saya diikhtiraf comel la kan? lol.
tapi bila masuk u, saya biasa guna jenis transparent~ hoho. senang nak cari barang~ lagipun, jenis itu saja yang dibenarkan bawak masuk dewan exam. jadi senang~ haha.
;') yang main tindih2 tekan pemadam tu memang nostalgia ah~~ huu.
kewlll~!
orang ada pencil box besar gila harta???
apekah??
kenapa???
aku punya gabak tauuu
beli besar sebab semua aku sumbat dalam tu!
kalkulator, dictionary pun sumbat!
last skalik aku ade pecil case adelah mase form5 dlu.
dok uni bwk pen sebatang due dlm poket pon dh ckop. lain r ko wat kos askiterture ke, interior design ke, fashion ke & yg sewaktu dgnnye
uish abg garang,pencil box kt pun cartoon2 jgk..bermakna kt pun cute sama!haha,tapi sekarang dh keje kn tukar yg simple2 je..
jejaka kacak+comel...
sgt comei...
comei ntok pencil box tuu laa...
hehehe.. ^^
xde la garang mane muke tuuu...
cume mcm malu2 nk senyum je nengok.. >.<
hahaha..anoz, aku ingat ko dulu kat maktab cane..kalo ade laki merangkak bila nampak ko, ko lak merangkak bila nampak pompuan en en en en?hehehehe...ta de laa...gurau jek bro. btw, cara ko tulis post ni cam dalam majalah ujang jek...bagus.ade bakat. =p
alahai xde la comel sgt pencil case tu.. n awk tu xde la bengis sgt :p
haha..kalo tgk mkue abg anoz, x nmpk klaka orgnya..tp kelakar senarnya..comei kotak pnsel..almak ktak pensel besar..tp ekin bukan org mcm yg abg anoz ckp tuh..senang boleh smbat mcm2
gnting stapler, kalkulator, gam
haa sgala2nya
haha..kalo tgk mkue abg anoz, x nmpk klaka orgnya..tp kelakar senarnya..comei kotak pnsel..almak ktak pensel besar..tp ekin bukan org mcm yg abg anoz ckp tuh..senang boleh smbat mcm2
gnting stapler, kalkulator, gam
haa sgala2nya
i panggey pencil box...dulu masa school suka beli...pantang tngk yg kiut2 hehe
Lu lupa satu lagi kategori manusia bro.
Yang tiada berpensel box a.k.a orang yang suka pinjam pen orang lain dan tak pulang2
pencil case saya hitam!uwaaa.tapi ada gliter2.Dalamnya ada cermin.HAHAHA.sebenar itu bekas letak makeup kot,tp dijadikan pencil box.hihi
bengis pon xpe,janji ati baik..
comey kotak pensil tu.huhu~~
parut kena cakar kucing ke ape? hehe
hype..
category no 5...
mmg cute..hahaha..
pencil box sejak dari form 4 kot..
=]
uiks.. aku pakai pensel case beso gak..tp bukan gile duwet..
boleh boh payung.. megi pon kalo nak sumbat bole.. tapi bukan gile duwet..
wuwuwu
zai: asal x sangka lak? dlm jiwa ni lembut tau. hehe.. bgus la baling2. pakai pencil box besi baru lg sakit. hehe
macy: terima kasih. harap2 itu pujian ikhlas. hehe
rose: nk takot ape? sy baik. =PP
ielamorry: permainan tu mmg lagenda. dah lama x main. hehe.. kita satu golongan. comel2. hehe
anak mak: cool juge. hehe
dini: ntah la. rasanya sape ade yg beso mmg tamak pun. semua benda die nak. hehe.. kan2?
najwa: ujang? dah lama x dgr perkataan tu. haha... thnx. =PP
deqya: x bengis eh? kire kalo kite kuar sama2 mmg x takot la eyh? hehe
ekyn: sejak bile panggil abg2 ni? malu la. ahaha... pencil box beso mmg bagus pun. senang nk bwk benda2 kan? hehe
posh76: good for u. kire ni pengumpul pencil box la ye? haha
zach: haha.. yg tu golongan klaka. aku dulu pun trmasuk golongan tu. haha
izzah: kalo mcm tu, kau tergolong dlm golongan yg kreatif. bijak2. hehe
tieykahL terima kasih. gagaga. ^_^
anonymous: kene cakar kucing. kucing x suke muke ni kot. haha
hanim: eh. sama la kite. sejak form 4. pastu sama2 cute. haha
cikwanik: mak aihh.. besonye pencil box kamu tu. haha.. ciri2 ni main bantai aje la. =PP
fuhhh. tak sampai setaun. blog ni dah femes. cayalah anoz. sekali lagi. terbaekkkk! hahaha.
aku rasa, ko sengaja beli pencil box yg keci dan ada katun kan? hahaha..
aku punya pon mcm tu jg.. hehe
tapi org yg bagi.. haha
bile nak update?
tak ekhlas sangat.. haha ;p
aku ade pencel box time skolah dulu and aku suke buh pewangi yg bijik2 kecik tuh(x tau ape namenyer) so pensel , pembaris n pemadam sume nyer wangii..and ade jerk org nak curik pewangi tu.. tau2 jerk dh abes.. huhuh...
i kurang kasih sayang
*my group best?da join? :D
i've got two.. ^^
1)kecil n ade kepala koala bear kat pencil box tu..
2)sederhana n ade gmbr mickey mouse.. kalur pink.^^
senang jew nk nmpk comel... u just hv to create a SMILE ON UR LIPS..
thts all~ ^^
hoh, kesian sungguh pada sesape yg da terpengaruh...bro jgn terkejut klu pas nih sumer org nk gune pencil box cartoon...hoh~
apepown, tibe2 je kembang hati juge bile bace kategori compact...heh itu mmg sye...
err...ok huh mmg serius mike bro cam budak rmc...mtd, i wonder bro nih maktab ren sains mara ke maktab tentera ...hoh~
apepown sye tibe2 setuju bhw anda mungkin mr hyde n dr jekyll...
ilham. itu semua doa. terima kasih. terbaek! hehe
kyuubi: oke la tu. kite same2 comel. haha.. kau plak diiktiraf oleh org lain. hehe
joe: dah update dah. hehe
macy: x ikhlas? sedihnye. x pe2. huhu
bella: haha.. aku la manusia yg suke rembat benda2 mcm tu. haha
eny: dah join dah. best kot. haha.. =PP
najieya: hehe... sengeh lama2 nnt org kata x btol plak. haha
assyue: haha.. kamu pakai pencil box ape? mrsm PDRM dlu. ala2 tentera sket sbb dok dlm kem polis hutan. hehe... jgn la setuju. =PP
anoz msti tak bace komen aku ni.. hoho..
eh, aku gune penselboks itam tapi aku comel, ape kess??
ngihahaha.
penselboks kartun = anoz belom mature. hehehe :P
bunbun: ish.. mesti la baca. hehe.. kamu lain. kamu mmg comel. tp mungkin agak ganas? hehe... anoz matured. sbb tu pakai pencil box katun. hehe
Post a Comment