Wednesday, 17 February 2010

Perbezaan Air dan Ais

Salam.

Entry kali ni bergambar pemandangan. Bagi ceria sikit mood-mood pembaca. Ye la. Letih pandang screen laptop kan? Tengok perkataan je mesti la bosan.

Tapi agak-agak bosan nanti, sila la tengok gambar di penal kanan anda. Kacak dan tampan. X perlu penjelasan lebih. Gadis-gadis pasti ghariah dan tergoda. Nasib baik aku beriman kuat. Fuh...

______________________________________

Gambar mencerminkan segalanya.

Perhatikan dgn teliti gambar di atas. Pemandangan diambil dari celahan tirai kamar. Cantik kan? Rumput semua hijau. Rasa macam nak golek-golek sambil tidak berpakaian atas rumput tu. Mesti semua orang terhibur kalau aku buat macam tu kan? Tapi x mahu lah. X nak aku bagi free show! Apa kamu ingat aku tiada harga diri? Bayar RM100 dulu baru aku golek-golek bogel.

Tetapi bangun-bangun je tidur hari ni, sesuatu telah berlaku. Selalunya lepas bangun tidur aku terus keluar dari apartment. Kononnya nak menghirup udara segar pagi sambil menghisap rokok. Gabungan rokok dan udara segar. Nyum! Nikmat dunia~

Tapi bukak-bukak pintu utama je, angin x laju la pulak kan! (sarcastic)

Dalam hati "lahanat mana lupa tutup aircond ni?"

Maaf, sedang mamai~

 

Ini bukan gambar bersalji. Bukan juga gambar hujan pasir putih. Tetapi ini adalah frost! Aduh! Sakit hati weh aku pagi ni. Kelas dah la awal. Pukul 8.30pagi dah kena gerak ke sana. Jalan kaki kalau 5 6 minit aku okay lagi. Tapi 30 minit nak jalan dengan cuaca sejuk siapa x sakit hati?

Sheffield ni kawasan berbukit. Mengikut pengiraan pembarisku, tempat ni x ada la tinggi sangat berbanding dengan Cameron Highland mahupun Bukit Bendera. Tapi kenapa tempat ni lagi sejuk?

Aneh...

_________________________________________

Dalam perjalanan turun ke Lecture Theatre 6 Hicks Building.

Angin dia dah la kuat. Kebas muka aku kena pukulan angin. Air mata pun mula mengalir. Eh, aku tak menangis keluar air mata. Tapi keluar ais mata. Menangais(?) Aku x pasti apa nak panggil dia. Aku nak kena bagi tahu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk buat vocabulary baru.

Waktu bersalji dulu x ada la sejuk sangat. Scotland lebih utara. Sewaktu salji dekat Scotland aku relax aje x pakai baju. Kali ni aku pakai 4 lapis pun x memberi effect. Kenapa ya?

Aku ada 2 theory untuk menjawab persoalan ini.

Mungkin aku kurang berhibernasi malam semalam. Tidurku terganggu. Tidur 7 jam aje. Mana cukup! Aku perlukan tidur 12 jam. Aku kan masih bayi. Kajian menunjukkan bayi memerlukan sekurang-kurangnya tidur 12 jam sehari. Aku kekurangan 5 jam. Dah la aku x minum susu. Tidur pula kurang. Nampak gaya aku seorang bayi yang x sihat. =(

Kedua, mungkin kandungan lemakku sudah menipis. Macam mana boleh jadi ni? Aku sepanjang winter ni hibernasi aje kerja. Aku dah buat sehabis baik untuk membela lemak-lemak ni. Sepatutnye mereka hidup dengan subur. Makan aku dah kasi. Air dah cukup. Tidur pun cukup. Apa yang kurang? Malahan pula aku menahan berak supaya makanan yang aku makan tu diserap secara efficient oleh badanku. Agak-agaknya aku bukan penternak lemak yang berjaya. Aku perlukan profession yang lain mungkin. =(

________________________________________
Waktu perjalanan pulang. Tiba-tiba salji turun. Alhamdulillah. Nasib baik x lebat sangat. Just nice lah. 

Rasulullah bersabda, salah satu doa yang mustajab adalah bila salji/hujan pertama masuk ke dalam mulut. Doa pada waktu itu, InshaAllah akan dimakbulkan. (Tegur jika silap ye)

Aku pun apa lagi. Aku nganga la mulut aku luas-luas. Luas tahap boleh telan buah tembikai punya luas. Jangan main gila! Siapa yang kenal aku tahu la, bila aku happy, aku tend to closed my eyes. Boleh pulak time tu aku overexcited nak salji masuk dalam mulut kan.

Tiba-tiba aku terasa ada target dah hampir masuk dalam mulut. Ngap!!!! Aku makan!!!

Nak harrram sungguh!!! Boleh pulak ada daun kacau line aku. Potong stim betul la. Baru je nak ikot hadis Nabi. Nasib baik daun, kalau tahi burung macam mana? Tahi bruung oke lagi. Kalo tahi khinzir macam mana? Tak ke susah pulak jadinya. Tak pasal-pasal kena basuh sekali air tanah dan 6 air mutlak. Nasib baik. Lega.

Anyway, dalam perjalanan pulang, salji masuk mulut secara tiba-tiba dan tak disangka. Tak sangka kan? Itulah pengajaran dia. Fikirkan sendiri ya.

Gambar sekadar hiasan : Di Scotland semasa jaulah winter 2009. Aku memang tampan.

P/S: Mahu masak. Lapar la jadi orang bujang. Patut la lemak x nak terkumpul.

__________________________________________
So tell me, anything...

25 comments:

redrum said...

cantik kg ko bro...nak naik bas no brape nk gi nih..ha2

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Adoi adik.. Kamoo ni mmg arr.. Rase mcm nak debik kamoo dua tiga kali ngan ayat kamu yg tak leh blah.. Wat ku gelak.. Tapi tak keluar bunyi.. Tak puas weh gelak gitu.. Wakakaka.. ;p

Tido arr 24 jam.. Mungkin itu je jalan pnyelesaian terbaik.. Wawawa.. Pasti bayi ni sehat dan gemuk2 nanti.. Ngee..

Dah nengok dah screen tepi tu, tak ghairah dn tergoda ponnnnnn.. Haha.. Walaupun muka mcm ala2 artis jugak laa sket kan.. Ahaks.. ;p

~ by the way, tahan berak tak leh ternak lemak, bawak pnyakit lagi ado.. sila buang agak2 dah penuh ek..

Unknown said...

hahaha. torgolak bace komen FarhanaDr kat atas tu. haha.

klo tak reti masak, kawen je org kat sane. lalalala :P

apekahh? ini komen membina kann? kan? hehe :D

pijie said...

haha.. anoz masih anoz.. x berubah ape2 pn.. nice post weh. NAKK HARRRRRRAAAM!!!!!!! hahahaha

sugar said...

i da serupa orang gila bergelak ketawa depan pc.
pathetic kan gelak sorang2.
ini semua sebab post anda.
super fun..... :]

Jard The Great said...

ku tido 5 jam sehari ok je.. ehehe

Anonymous said...

dekat sini panas ya rabbi! adesh..

*kirim ais tu erk? :P

izzahfarhana said...

nak suro DBP tambah perkataan ghariah.hehehe ghariahhh ouhh ghariahhh.apalagi belaja la fire bender sejuk ngat hehehe

Anonymous said...

Hahaha... Dlm bnyk2 post awk, ni sy r asa plg kelakar. Pandai eh buat ayat. Suke laa.... ^_^

ihsan_huhu said...

hadis mane r ko dpt tuh

bettY.Yone said...

santek sungguh pemandangan itu:)

Anonymous said...

beshnyeee...
terase nk g sane lak..

Anonymous said...

err.jangan putus asa...terus struggle mengumpul lemak utk winter akan dtg!

ana said...

alah anoz.
tape².ok wat kurus.hahak.
xp jgn kering cm papan sudah.
tak tanggung.

cntik nye winter kt sne eh.
jelos².
:)

hans said...

aku jadi orang bujang lagi badan naik
hahaha

aNoZ said...

redrum: sennang aje. naik bas no 52 atau 120. due2 smpai blakang umah. dtg la ye. =P

farhanadr: agak2 la nk wat mcm tu. x elok woo pukul2 org. aku dah la bdk baik. comel lg tu. huhu

cik bunbun: yup. sgt membina. thnx. hehe.. nnt dah jumpe calon, dtg la sini.. mkn nasi minyak ye.

pijie: yeah! nak harrraaam~!! hahaha

sugar: x ape. asalkan jgn bia org tgk gelak sorg2. gila sgt tu. baca dlm gelap la lain kali. hehe

jard: utk anda mmg la cukup. sbb anda dah tua. sy bayi lg. hehe

maisyara: kalo kirim dia cair. baik kirim air paip aje. ehehe

izzah: ni penangan avatar la ni kan? haha... =P

anonymous: thnx!! =P

ihsan: aku rasa mcm pnah dgr. betulkan jika silap. hehe

bettyone: hehe.. thnx. tu gmba dari atas bukit. cantik..

lionteen: inshaAllah kalo ada rezeki nnt. pastu kite jln2 sama2. hehe

assyuhada: haha.. x ley kumpul bnyk2. nnt x menarik dipndg gadis2.

ana: hehe.. kurus pun oke. sejuk smpai tulang la jwbnye. hehe

hans: ye ke? kau salah mkn la.. nnt dah kawen ape isteri kau nk buat aku x tau. huhu

abigemok said...

wah.. cantik.. :D

ko tajk bagi baja, mana nak tmbh lemak2 tu.. haha

Anonymous said...

isap rkk ye? x elok utk kesihatan la uuuu...

rhapsody LiN said...

haha..layan gak la lawak jd baby tua tu.
ahaha..

bes scotland. ku ingkn nak jenjalan g brisbane lepas nie. h0h0~
jom ikott...
:)

Ice Juliette said...

cam baby pulak nk tdo 12 jam ye??
hahahhaa...

Aus MeLankoLik said...

hahahaha ,
bhgie betul....
kalau kau jadi golek bogel..
ngtaw kitrg sme.
hahahak..

FadzniMuhammad said...

best!!=) nk salji! seronok ape cold weather... love2!!<3 them.haihhh

hans said...

sebab aku masak sendiri
hahaha

aNoZ said...

kyuubi85: baja apa yg lemak kita pakai eyh? gred a punye ke? hehe

anonyomous: betul2. maaf ye. paru2 sy. bukan kamu. hehe

lin: brisbane? bile nak gi. nex year gi sana kot. jom2. hehe...

icejuliette: nama ni sedap la. haha.. yup.. smlm puas tdo 12 jam. yeay!!!

aus: haha.. boleh2.. tp korg kene byr sorg seratus la. hehe

fadzni: kdg2 kalo terlampau sejuk pun x best gak. huhu.. thnx anyway

hans: laa.. salah masak ni. terlebih minyak ni. haha

Norashikin Abdullah said...

kelakarnya baca..hui besnya ..teringin nk stdy overc..boleh mkn slji
hik3x