Monday 15 February 2010

Melayu? Cina? Apa ada hal, Gua Racist! (Part 2)

Waktu  kelas, aku selalu mengantuk. Kepala otak head banging sendiri. Kopi jangan cakaplah. Kalo boleh, biji kopi tu aku nak kunyah-kunyah. Dah minum pun ngantok gak.

Waktu lecturer aku sedang sibuk memberi ilmu, aku terfikir teknik baru untuk hilangkan mengantok. Guna kopi gak. Aku x pernah cuba lagi. Tapi agak-agak kalo dah terdesak x ragu-ragu aku buat.

Titiskan beberapa titisan air kopi ke dalam kelopak mata. Pastikan tepat mengenai sasaran. Sasaran adalah biji mata. X kisah lah kalo nak pakai latte atau capacino atau mocha.. Lagi afdhal jika kopi itu pekat. Masukkan sekali serbuk-serbuk kopi dalam biji mata. Tekan menggunakan jari. Susah? Senang cerita macam ni la, tutup mata sampai agak-agak mata dah jadi merah.

Kalo ngantok gak, aku cari mana-mana taji ayam dan akan mengamuk sekitar City Centre Sheffield. Semoga esok x mengantok lagi. Mungkin tadi mengantok sebab bangun awal. Aku x pasti.

Maaf aku mengarut.

__________________________________________

SAMBUNGAN


Uhuk Uhuk Uhuk (batuk membantu mengosongkan payu dara paru paru)

Bertukar menjadi serius sedikit.


Ironis sungguh apabila kita melihat perjuangan bangsa kita. Mereka bangkit dengan keris panjang, membawa panji perjuangan dan juga perisai keamanan. Melaung perjuangan membela bangsa, mendesak hak-hak dan juga keisimewaan. Dalam mereka sibuk meniup seruling semangat kebangkitan Melayu, terfikirkah kita? Siapa sebenarnya pejuang? Siapa ingin mengatakan kebenaran? Siapa pula lawan dan musuh kita?


Sedar atau tidak, Cina memiliki pegangan yang amat kukuh berbanding Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar. Perniagaan. Pemilikan hartanah bandar. Mereka sudah melangkah jauh meninggalkan kita yang sedang mengesok-esok merangkak perlahan. Soal dalam diri sendiri. Adakah mereka merampas? Adakah ketuanan kita sudah diganti?


Adakah anda terasa pelik apabila kita melaungkan slogan 'Melayu kita dalam bahaya'. 'Bangsa kita sudah tersisih'. 'Bangsa kita mundur'. 'Bangsa kita sudah dikhianati'. 'Bangsa kita tertinggal jauh di tanah sendiri'. Dalam sibuk kita melaung, tiada siapa pun yang berani mengatakan dengan jujur bahawa dengan siapa kita bersaing. Dengan siapa kita berlawan?


Tidak! Kita tidak boleh menyebut salah Cina. Ini provokasi. Kita tidak boleh berbicara bahawa Cina mengambil hak kita. Ini juga provokasi. Kita tidak boleh kata Cina kaum pengkhianat. Ini provokasi namanya. Saya merayu kepada kalian semua, fikirkan kembali. Fikirlah dengan menggunakan fakta-fakta yang tepat. Kita pasti mampu memperjuangkan nama Melayu ke tapak dunia semula. InshaAllah.


_______________________________________

Aduh. Penat jugak cakap bahasa tinggi ni. Tukar tetapan (mode) balik.

Tetapan (mode) santai-santai di tepi pantai

Seperti post sebelum ini, aku masih racist. Kenapa racist? Sebab aku benci Cina. X ada alasan lain. Itu saja. Nak alasan lain? Nak? Betul nak ni? Meh sini aku bagi lempangan khas tepat ke pipimu. Dah x ada kan aku cakap tadi.

Semakin hari, umur semakin panjang. Pemikiran semakin matang. Otak lebih banyak digunakan. Lutut sudah tidak digunakan untuk berfikir. Malah, lutut digunakan untuk terajang orang yang berfikir menggunakan lutut. Seronok dan sedap. Mampu memberikan impact tidak tidur 5 hari kepada penerima.

Aku banyak bergaul dengan kawan-kawan mak bapak aku. Waktu hari raya, sudah menjadi tradisi untuk membuat rumah terbuka. Ya. Memang terbuka. Untuk semua bangsa. Melayu, Cina, India, Cindian, Orang Asli, Cina bukit, Melayu kampung, Melayu bandar, India pelbagai kasta, Kadazan, Bugis.... Ahhh!! Kira semua orang dijemput lah.

Mama baik dengan kawan-kawan Cina dia. Dalam hati aku, dari dulu tanam dalam-dalam yang Cina ni sepp(kedekut). Sekali hari raya tu ada pulak dia bagi RM100. Mana tak suka dan sayang aku kepada Cina tersebut. Sebagai kanak-kanak yang hiperaktif, aku melompat girang. Dengan RM100 tu aku mampu menabung untuk kegunaan masa akan datang.

Dalam benak fikiranku. "Beli tamiya buat berlumba dengan kawan-kawan best ni." Maka lesaplah duit itu secara tiba-tiba dan tanpa disedari. Aku kesal. Aku telah menggelapkan masa depan sendiri.

Ape aku mengarut ni? Maaf. OK! Sambung cerita.



Cina ada 2 jenis (sila rujuk entry sebelum ini). Manusia pun ada 2 jenis. Golongan syurga dan golongan neraka. Mereka yang baik adalah golongan syurga dan mereka yang busuk jahat adalah golongan neraka.

Semejak aku datang ke negara orang, aku dah bergaul dengan ramai puak-puak manusia. Kebanyakkan mereka adalah British. Tapi Cina pun ramai gak. Malah kawan baik aku sekarang adalah berbangsa Cina. Aku baik dengan dia bersebab. Bukan sebab politik. Bukan juga sebab wang. Aku dah x pandang wang dah sekarang. Aku bebas rasuah. Tetapi sebabnya adalah kerana dia baik. Baik yang terlampau. Post lain aku cerita pasal kebaikan manusia-manusia sekeliling aku.

Sekarang mari kita lihat.


Pernah dengar Melayu gaduh dengan Melayu? Kenapa nak gaduh? Kerana salah faham kah? Kerana gadis kah? Kerana warna kulitkah? Kerana wajah dan rupa kah? Kalau diantara Melayu pun dah bergaduh, manakan pula kita x bergaduh dengan kaum lain. Adakah kita bangsa yang suka bergaduh? Lu pikirlah sendiri!


Hakikatnya, manusia ada 2 jenis. Baik dan jahat. Bila bergaul, pilihlah yang mana menjadi idaman kalbu. X kisah mereka bangsa apa. Kalau Cina baik, apa salahnya kita berkawan. Kalau Melayu jahat, salahnya bila kita berkawan.


Basically, kita semua sama. Ada golongan yang baik dan ada golongan yang celaka sikit. Kepada semua yang racist, hentikan segalanya! Bukankah Nabi berpesan supaya jangan kita memusuhi saudara kita. Dengan mana-mana golongan manusia yang mengancam kita dahulu, barulah kita boleh bermusuh dengan mereka. Bukankah begitu? 


Mulai sekarang tanam sikap penyayang dalam diri tu. Sayangilah semua orang disekeliling kita. Kalo ada orang buat sial, senang aje cerita dia. Kita hentak kepala lahanat tu ramai-ramai. Aku nak jadi pemegang kepala si lahanat tu. X kisah melayu atau cina atau india. Setuju? ^_^




P/S: Maaf tiada lawak untuk post ini. Ini perkara serius.

P/S2: Banyak lagi nak cakap. Tapi banyak sangat tulis dah.



Lesap

Aku Anoz


________________________________

So, tell me, do you still want to be racist?



22 comments:

fiza said...

hahaha... masih kelakar la... mane cerite yg awk kate menarik tu? takde pun...

ihsan_huhu said...

perenggan yg last tuh je yg boleh pkai

jen said...

masih lagi anoz yg menulis dlam blog nie..
haha

aNoZ said...

fiza: type pnjng sgt. tiba2 rasa mcm x nk cerita. hehe

ihsan: semua boleh pakai kot. ade tersurat. haha

jen: thnx ah. ni mengajeng gak ke ape? haha

joegrimjow said...

dah dah
xelok racist lama2
xbest n xbermanfaat

kan best kalau kita cakap soal agama
sebab dengan agama
bangsa jadi bersatu

buat entry pasal agama plak

anajoe said...

sebenarnya racist ni sgt² tak bagus.
xp sebenarnya aku n my fam pun racist jgk. kekeke.
utk cina yg jahat saja,
now mk aku stil kwn ngn cina lg.
n kbanyakan nye jns yg baik.
bgus entry anoz.
sbb ada mksd yg tsndri.
:)

ok lps ni bt entry psl agma kita okeyh.! haha

izzahfarhana said...

sy mahu next entry!hahahn

Anonymous said...

bergaullew sebaiknya..

rhapsody LiN said...

haha.. bahaya lol. blog dh x safe mcm dlu. kat mlysia skrg nk ckp kat blog pon kne pk pnjang. nanti x pasal2 kne sue. lagi2 kalau ko student under scholar.huhu..

xpe.. baru berblog kan? learn from it.

aku rasa most of blogger yang agak lama berkecimpung dlm donia blog nie akan pernah rasa pengalaman bila diorang tulis blog and tak de niat apa2 pun but reader tersalah faham...

manusia... macam2.kadang2 sebab blog bley ilang kawan, orang marah and etc.
lu pikir la yer..
>.<


hehe.. dh jd en3 baru lak.

mimi mimi said...

chill okay..=)(ak tak suka entry serius) huhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

racist?

choii!

aku tak bleh racist~

=]

Zikri Husaini said...

benci racist!!!

et said...

ngee..sungguh beremosi part yg awal2 tu..relax bhai..huhuhuhuuu~

tak perlu racist..satu malaysia kan..^^

Si Sejuk said...

pandangan ko tu tersangatlah betul.. Aku setuju.

Pandangan suci dari seorang Rakyat Malaysia yang dah tinggalkan Malaysia. Ko rindu ngan Malaysia ke anaz? heheheh

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

wey anoz...ape la ko nih...ko kena baca blog baru aku la anoz..seriyes...ni link die ep http://laskarmentari.wordpress.com =p

hans said...

hahahaha
aku rasa entry ko nih bagus tetapi lawak
okay la tu
bergaul itu penting

hans said...

kimsalam dkt member cina ko
kata aku nak jadi kawan dia
leh aku praktis mandarin dgn dia

Anonymous said...

asal ramai org kat atas ni kate ko racist noz?
aku rase diorg x bace smpai habis kut.
hehe...
anyway, nice post.
bagos la kau dah blaja dari kesilapan lame.
hehehe

aku x nak tulis nama sebenar. takut aku masuk ISA plak. hehehehe

aNoZ said...

joe: mana ade racist dah. skang aku racist kaum jahat n kaum buruk. ok x? haha

anajoe: thnx. kalo dpt terima msg tu, bagus la. tersirat sikit la tapi. hehe

izzah: nak next entry ke? alamak. cuak sket tulis psl agama ni. hehe

ghostone: yup. bergaul dgn org yg betul =)

lin: yup. ape yg kite tulis ni kadang2 kena berhati2 sket. x ley la main sebat aje nak tulis ape2 pun. btol x? haha...thnx for the advice

mimi: ini entry separa serius. aku pun mls nk serius2 ni. u know me right? haha

lord zara: ahaha.. u can be one what. tapi jgn la. x manis racist2 ni. kan? hehe

zikr: yeah. itu benar. pergaduhan dlm kaum pun benci. interacist

et: masih x pasti setuju dgn 1malaysia atau tidak. kita tunggu 16 september tgk. hehe

pika: agak rindu la. bile dah dtg sini, bnyk yg kita tgk bende baru. kdg2 nak cuba adaptkan benda dkt sini kat malaysia x boleh gak. pemikiran rakyat malaysia masih......

farah najwa: thnx for the link.. jap lg aku baca. oh. terus bookmark. sabo ye. hehe

hans: jgn main2. kwn baik aku ni amoi hot tau. haha.. tp aku rasa die dah x terer sgt ckp mandarin. kalo english bagus lah..

anonymous: haha.. thnx lah.. alaa. biasala tu. kdg2 mesti ade org yg misinterpret ape yg kite cuba ckp.. aku mana perfect. haha

Unknown said...

congrats kepada anda krn berjaye tulis ttg racist...smpai 2 part plak tuh...apepown betol...
Rasulullah sendiri melarang kite terlalu mengagungkan kaum sendiri...sbb tu muhajirin ngan ansar ble jd saudara even berlainan kaum...ye x?uh,lebeh2 plak.er...sorry, sye mmg suke sejarah...

Aireen said...

Ur core idea is good..but be careful with ur language anoz..u might be misunderstood by others.. Jangan biarkan org bprasangka bruk pd anoz ok..Islam ajar tu..(^_^)

aNoZ said...

assyuhada: x pe. lebih2 pun x kisah.. bg la ceramah lg. nk dgr. hehe... x de la. semoga dpt sedikit pengajaran.

aireen: yup. bahasa sy agak teruk sket. mungkin dah terbiasa. hehe... InshaAllah.. thnx for supporting me. =)