Wednesday 24 February 2010

Belajar Ilmu Batin Yang Terhebat

Salam. (Aku rasa macho kalo pembuka kata ringkas macam ni. Kacak bergaya dan disukai ramai)

Hidup aku sekarang semakin sibuk. Nak update blog pun dah jarang. Tapi kira bagus lah satu entry dalam masa 2 hari. Orang kata perfect. Ala kadar. Cukup masam dan manis. Cukup tiga rasa. Cukup masa untuk kamu semua baca. Kalo post sehari sekali, takut nanti kamu juga yang miss.

Ramai orang suruh aku tulis entry perkara yang beragama. Aku mana reti. Ilmu agama aku tak master lagi. Setakat kalau nak buat post mengarut dan lucu-lucu aku reti lah.

Tapi kali ni, aku akan cuba. Dah ada dalam folder draft dari semalam lagi. First time aku tak dapat habiskan karangan aku dalam masa setengah jam. Kalau tak best, cakap la ye. Nanti aku nak pijak kepala kamu! Kurang hajar betul cakap blog aku tak best! Hehe...

_________________________________

ILMU BATIN

Bila sebut je ilmu batin, rata-rata kita akan membayangkan ilmu silat yang terbang-terbang, jalan atas air, kena parang tak lut dan sebagainya. Nak buat apa semua tu kalau tak ada ilmu kalis api neraka? Haaaa. Ni baru ilmu batin yang sebenar dan dijamin sendiri oleh kerajaan. (bukan kerajaan Malaysia, tapi kerajaan Allah)

Senang cerita, kalau kamu boleh master ilmu batin ni, kamu mesti boleh terbang punya lah! Tapi kat syurga nanti lah. Tak nak belajar pun tak apa. Aku tak kisah pun. Tapi kalau tak nak belajar kira kamu dah memang natural born wali la. Ada ke?

Batin Lemah
Ni bukan sebab kes terlupa minum tongkat ali, misai kucing atau kacip fatimah sebelum *tuuuutttt*. Lemah batin ni sebab kita tak bagi dia makanan yang secukupnya. Kalau zahir kita perlukan makanan, zat, vitamin, siap supplement lagi, tapi kenapa batin kita tak diberi cukup makan? Batin kita perlu ilmu, perlu iman, perlu amal. Lepas tu perlu diberi makan selalu la (istiqamah). Bukannya bagi makan setahun sekali (solat raya). Cuba kamu makan nasi setahun sekali, tak ke cekeding jadinya?

Batin Terseksa
Kita ni selalu menyeksa batin kita tanpa disedari. Dah la makanannya jarang nak diberi, seksa pulak dgn perbuatan tak senonoh. Contohnya macam mengumpat, mengata orang, hasad dengki, dan lain-lain lah. Orang lain dapat nikmat, kita tak pasal-pasal sakit hati. Tak ke menyeksa diri sendiri namanya ni?

Batin Berpenyakit
Kalau pening atau demam, laju je kita cari panadol. Tapi kalau batin berpenyakit, ada kamu amek kisah? Jangan pula pergi jumpa tok batin, tu nak bagi lagi punah. Masalahnya, penyakit batin ni boleh berjangkit. Tak cukup hati sendiri sakit, kamu jaja pula fitnah dan tomahan bagi pakat ramai-ramai sakit sekali.

Maaf Zahir Batin
Ni time raya memang paling famous. Tapi selalunya cakap dari mulut aje, dalam hati macam gitu gak sebenarnya. Masih ada lagi benci membenci, PhD dan doktor falsafah. Apa la salahnya tiap kali sebelum kita mati sementara (tidoq) kita maafkan semua orang? Fadhilatnya selain dapat pahala, dapat juga hilangkan sakit jiwa, sakit mental, mungkin juga sakit fizikal. (tak ada nak migrain dah lepas ni) Kan bagus. Orang pun nanti senang dengan kita.

Batin Power Rangers
Nak mempowerkan batin kena la ada ilmu. Bukan ilmu gaduh atau gasak atau bergaduh dengan raksasa liar. Tapi ilmu tauhid; Ilmu mengenal Tuhan yang paling Power. Tak kisah la power apa kamu ada, cuba tengok sekelilig. Semua yang ada kat dunia ni semua milik Dia. Dah tu sekarang pulak tak reti-reti nak jadi insan yang merendah diri kepada dia? Kamu ingat Power Rangers tu lagi terer ke kalau nak banding dengan Allah?

Lu pikirlah sendiri! Bukan nak mengutuk, tapi sekadar menegur. Bukan menegur kamu saje, tapi juga menegur diri sendiri ni yang alpa. Ingat tu, jaga batin dan juga zahir kita. Aku tak perlu jaga zahir, dah memang kacak bergaya dan disukai ramai.

P/S: Penat aku fikir nak tulis apa. Bab-bab agama ni kena berhati-hati sikit time nak tulis. Post sebelum ni, aku bantai aje tulis tak pandang kiri kanan. Memang kejap la siap. Haha....

Aku Anoz

_______________________________

So tell me, how is your 'batin'?


29 comments:

Ice Juliette said...

ntah laa jejaka kacak...
not really sure...

mimi mimi said...

uih..nama baru ke jejaka kacak??
adehh hahaha

Anonymous said...

pandai ko tulis noz. tulis klaka2, tp ada maksud. bgos2. keep it up

Aishah Malik said...

my batin is good muahahaha

Unknown said...

kr pndailah jgk bab agama ni...siap blh wat huraian lg...
bg B+...huhuhu

najwa said...

hahaha....anoz, nice try...keep writing eh. ko tulis cam majalah ujang lg...huhu

tieykah said...

hahaha~~xpernah la pkir how's my tenaga batin.

deqyalalink in-situ said...

ok aku sgt bminat ngn mahap zahir batin ! tiap2 tahun aku blajar batin yg tuh hehe

Norashikin Abdullah said...

haha, lwak time bro anoz kte
kalo tak bes ckp sbb nk
kena pijak..ok ekin x nk kna pijak
so bes3x..

batin...??almak nk jwb ape tuh
haha

Anonymous said...

kawan maC name baten.. cmne plak? hehe

Si Sejuk said...

Hahahaha. aku ingat ilmu batin apa la ko nak cerita. Cait.

nway ko pndai menjadikan bnyk maksud hny dgn satu word.

cikgu salmiah pasti berbangga? erkkk motif?

redrum said...

sangat2 bagus entri ko bro..kita sbg seorg Islam perlu sentiasa mentauhidkan Allah s.w.t kerana itu adalah kunci utama membezakan kita sbgai penganut agama benar iaitu Islam drp penganut agama2 kufur...

betulkan ku jika salah bro.. :)

enyheartsdiamond said...

dunia batinku x plak terangkan :)

rhapsody LiN said...

nice en3.. luar macam lusyah. bila bc, bnyak pengisian..

gud2 bro
:))

aNoZ said...

ice: jgn la panggil sy jejaka kacak. malu la. haha

mimi: awat? jeles ke? hehe

anonymous: thnx!!! =PP

cik ecah: haha.. kalo good, bagus la. matapkan lagi. =)

xxppxx: laaa.. kenapa dpt b+ je? ingt ley dpt a+ tadi. huhu

najwa: asal mcm ujang lak? huhu.. kira benda bgus ke x? huhu

tieykah: haha.. x pnah fikir eh? bgos la. skang ley mula fikir. haha

deqya: ahaha... biasa la tu. semua org maaf zahir batin. cube setiap hari sekali. kan bagus? hehe

ekyn: haa.. bgos2. kalo ekyn ckp x bes, mmg kena pijak la. pdn muke. hehe

macy: wah. ade ke org nama tu? menarik betul! hehe

pika: haha.. cuba la die baca. terkejut die nnt. haha... x de motif pun. ade pengisian sikit. =PP

redrum: yup. btol2. aku stuju ngn kau. hehe.. thnx weh!

eny: erk. x terfikir la plak. x pe. eny plak la try terangkan. hehe

lin: lusyah tu ape? haha.. thnx lin! =))

Berd said...

kahkahkah.
maaf zahir batin tu pling xleh blah.
termasok jgk ke bro.
haha..

Anonymous said...

beep beep... silent reader signing in!

wankhai said...

anoz, ilmu tauhid penting, tapi ilmu apa paling wajib? hehe.

fardhu ain~~~~

yay.
nice post~~

Aus MeLankoLik said...

hahahaha
cayalah anoz..
aku xmahu ape2..
kekeke..
eh anoz..
congrats..
kau dah berjaya !!

Anonymous said...

batin ku normal kut. ngeee^^

tp, hormon yg tk btul. mcm mne ni? xD

ihsan_huhu said...

oi ko nih ade tauliah jais ke x? bleh kne tgkap kang

Lovely Bella said...

huhuhu otw nak bajar batin power rangerss +sailormoon+batman+kluangman+superman+naruto..
heheh salam singgah!! :)

abang prihatin said...

pandai ko berkata2 la anoz.
semoga ko sndri bley praktikkan.
spnjng knal ko, x pnah lak tgk.
hauahuahuahua

joegrimjow said...

batiniah
hehe

iklan skit
;)
jom teka disini dan menang sehingga 10 pound!

aNoZ said...

sayaBerd: hehe.. mesti kena masuk. time ni ilham x dtg lg. bantai aje tulis. haha

wankhai: tp kalo tulis ilmu fardhu ain x masuk la ngn post ni nnt. haha.. thnx wankhai!!! =)

Aus: berjaya ape ni? hehe.. walaupun x tahu. terima kasih la eyh. hehehe

mai: kalo ppuan, biasa la tu hormon x betul. agagaga.. blaja bio ni. =))

ihsan: haha.. x kena tangkap lah. semua benda ade kaitan kan? hehe

bella: hehe... haha.. batin tu kalo gabung2 boleh jd power kot. haha

abg prihatin: haha.. inshaAllah aku amalkan. thnx. hehe

joe: haha.. iklan2. nice~

Rina Rossoneri said...

aku mmg pemalas nak baca panjang2..tp ko punye soklan akhir tu buat aku gelak gila2...

Unknown said...

salam ...
miss 3 posts...huhu
apepown good try...islamic but still sempoi...
teruskan...maybe bro ble bwat selang2 kew, sekali seminggu kew..
hoh...sesaje je

aNoZ said...

rossoneri: hehe.. alaa. baca je la semua smpai abes. hehe

assyuhada: hehe.. miss ke? x pe la. baca je ape yg mampu. x menarik mana pun. hehe

para said...

sempoi...kelaka berilmu...