Sunday 28 February 2010

Manusia Langsi yang Ditakuti oleh Shaiton!

Salam

Perut lapar boleh makan. Hati lapar nak buat apa? Haa.. Pengisian ilmiah dan islamiah mungkin. 

Pernah dengar shaiton takut kepada manusia?

Manusia takut shaiton selalu la dengar. Aku pasti. Kamu kata aje kamu ni berani. Tapi cuba jalan sorang-sorang kat tepi kubur. Tak tercirit pulak kamu nanti? Balik rumah pulak termimpi-mimpi pasal hantu.

Waktu sekolah dulu aku selalu dengar cerita orang penakut. Nak pergi tandas pun suruh teman. Kalau dah sorang-sorang lagi lah sedih. Pasang semua lampu sampai terang. Sebelum kuar bilik, usha kiri kanan dulu. Kiri tak ada setan, kanan tak ada setan. Line clear! Dah boleh berlari masuk tandas. Masuk tempat tinggal saitan, lagi la cuak. Nak ke***ng pun laju-laju aje. Habis terabur najis-najis semua. Tapi itu bukan aku lah. Itu kamu. Aku berani kot! Muka ganas macam aku kena la berani. =P

Anyway, ayuh! Sedikit santapan untuk hati.

__________________________________

Jam 6 pagi. Pada waktu keheningan subuh, terdapat seorang manusia yang nyenyak tidur. Alarm clock sudah berbunyi. Waktu subuh pun sudah masuk. Hoi, lahanat! Asal tak bagun tidur lagi ni?

Tiba-tiba datanglah syaitan kepada manusia itu. "Pergh! Lu memang terbaek ah sial. Boleh buat geng ni. Apa barang bagun awal nak solat subuh. Lepak ah dulu. Petang sikit bagun lah tidur. Muahahahaha(gelak shaiton)"

Lalu shaiton itu pun menyelimutkan lelaki itu dengan selimut yg sgt sgt selesa. Lebih halus dari sutera, lebih ringan dari kapas, lebih gebu dari pipi gadis montok. Wah, selesa sungguh selimut babi ini!

Jam 12 tengah hari. Terbangun lah kawan kita tu. Maka bangunlah dia dari katil sambil menanyi lagu kanak-kanak "Bangun pagi, Gosok gigi, Cuci muka, Pakai baju, Makan roti, Minum susu, Pergi sekolah, Suka hati."

"Wah, happy go lucky sungguh mamat ni." Kata shaiton dengan nada kegirangan.

Jam 1 petang. Zuhur sudah masuk. Tetapi lelaki itu tak solat-solat juga. Mak aihh. Suka betul shaiton. Tersenyum hingga ke pipi sambil berkata dalam hati "Ini laki aku suka. Teman sejati aku kat Neraka nanti. Sekarang juga aku isytiharkan kau sebagai best friend aku. BFF doh kita sekarang! Muahahahha(gelak shaiton sekali lagi)"

Jam 5 petang. Lelaki itu pun pergi main bola. 'BFF' dia pun ikut sekali.

"Hoi setan. Apahal kau ikot mamat tu? Lepak-lepak sudah. Kau kacau la aku yang alim ni pulak. Baru mencabar" Kataku kepada shaiton.
"Weh, sorry ah bai! Lu alim sangat lah. Lagi pun, mana boleh putuskan air. Air dicincang kan tak boleh putus. Aku kena follow dia la. BFF aku kot!" Kata shaiton kembali.

Main bola memang seronok. Dengan tak memakai pakaian aurat. Pergh. Indah sungguh permandangan. Seperti biasa, lelaki itu masih tidak solat Asar. Shaiton sudah mula pelik. Senyuman di bibir sudah layu. Bibir dah jadi straight semula. Seperti smiley ini -_-.

Mamat tu pun balik rumah. Maghrib sudah masuk. Tapi lelaki itu masih tidak solat lagi. Isyak pun dah nak masuk ni. Shaiton dah jadi rasa tak sedap hati. Setan dah mula rasa resah. Setan tengah cuak. Setan tengah gelabah. Setan tengah panik. Lebih panik daripada melihat rancangan Fear Factor.

"Bapak langsi sial manusia ni. Hati super kering. Lu memang the best lah bro! Sumpah gua sendiri cuak ngan lu. Kecibaian lu memang tiada tandingan. Lu sekarang, gua panggil, legend Neraka. Memang kompom lu masuk neraka! Tahniah lah."

Jam 12 malam. Lelaki itu pun bersiap-siap untuk tidur. Katil tidur ditepuk-tepuk empuk. Mungkin mahu keselesaan sepanjang aktivit kegemaran dia; tidur. Lalu baringlah lelaki itu dan tidur dengan tenang.

Gelisah menyelubungi hati hitam shaiton. Peluh-peluh sudah terpancar cerah dari raut wajah shaiton. Maka pada masa itu, datanglah seekor(?) setan lagi. Sahabat karib setan pertama tadi.

"Hoi setan pertama, kenapa lu risau ni? Come on. Chill and rilex. Minum ah kopi dulu. Jom lepak mamak gua belanja teh tarik. Muka lu dah lah huduh. Siap peluh-peluh lagi geli lah syialll! Chill dan relax. Chillax!" Kata sahabat sesetanannya.

"Nak harraaammm sungguh! Hoi setan kedua, apahal lu cibai sangat ni? Cuba lu tengok manusia lahanat ni. Sumpah dia ni lagi celaka dari kita. Gua ingat dia best friend gua. Rupanya, memang TAK langsung. Cuba lu bayangkan, hari ni aje, dia dah tak solat lima kali. Tak ke langsi namanya tu?" Ujar setan pertama kembali.

"Woah! Memang hati kering doh dia ni! Nenek moyang kita dulu pun sekali aje membantah perintah Allah; sewaktu mereka diperintah untuk sujud kepada Adam. Itupun Allah telah melaknati mereka. Apalagi manusia celaka ni yang hari ni je dah lima kali membantah untuk sujud kepadaNYA." Kata setan kedua dengan penuh cuak.

"Agak la. Aku pun fikir macam tu gak." Kata setan pertama tadi.

"Tak terbayang sial bagaimana besarnya kemurkaan Allah kepada dia ni! Jom ah chow. Kau ni setan pertama, tak reti pilih kawan la. Dia tu mesti Allah sumbat masuk Neraka paling bawah. Jangan lah lu nak kawan dengan dia. Gua pun dah naik cuak ni duduk dekat-dekat dengan dia! Jom chow chin chau" Kata setan kedua sambil berlalu pergi.

_____________________________

Pengajarannya, kalau kamu berani, cuba tinggal solat tengok. Kamu ni dah la manusia biasa. Ingat power sangat ke tak nak sujud kat Allah? Bapak langsi lah sial. Sudah sudah! Ni dah solat ke belum? Jangan sampai shaiton takut dengan kamu sudah.

P/S: Aku cuma memberikan nasihat kepada diri sendiri. Maaf jika tersalah kata. 

Aku Anoz

__________________________________

So tell me, do you scared  syaitan away?


Saturday 27 February 2010

Lucu Tambah Kesian Sama Dengan Lucian

Salam

Ramai kawan-kawan kata entry aku semua panjang-panjang. Mereka nak baca pun agak malas. Buku sekolah pun tak habis baca, tak kan nak baca blog pula? Aku faham. Maaflah. Aku tak sedar sebelum ni.

Post kali ini aku akan buat paling pendek terboleh. Aku manusia biasa akan mencuba..

Aku manusia yang banyak cakap.
Aku hidup atas teratak.
Punca pendapatan dengan memasak.
Tidur selalu sampai mata bengkak.
Orang kejut aku buat pekak.
Aku tak akan teragak-agak.
Orang kejut sekali lagi aku sepak.
Aku bukannya bongkak.
Aku bukan orang Perak.
Aku bukannya banyak lemak.
Aku cuma penat main bola sepak.
Lagi-lagi atas padang yang lecak.
Secara automatiknya, aku juga akan menulis banyak.

(Untuk perenggan di atas, sila baca tulisan bold sahaja. Yang lain semua tak berkaitan.)


Walaupun aku tak serajin sesetengah orang, tapi aku menulis juga. Kenapa? Kononnya cuba mendisiplinkan diri sendiri. Dan kononnya juga untuk mengubah dunia. Harapan yang agak besar di situ. Bila akan tercapai? Itu ketentuan Allah. InshaAllah boleh.

Aku rasa tak puas bila tulis sikit-sikit. Rasa tak sedap hati. Contohnya sesetengah orang yang sedang cirit birit. Mesti selalu rasa tak sedap hati. Haaa.. Samalah dengan aku. Anologinya, aku sama macam orang cirit birit. Sentiasa tak sedap hati. Cuba kamu rasa macam tu. Kalau cirit birit 2 3 hari tak apa lagi. Cuba kalau rasa cirit birit sepanjang kehidupan. Tak ke seksa hidup kamu?

_________________________________


Jadual Semester ni macam sial sikit. Hari jumaat ada kelas dari kol 12 sampai kol 2. Lepas tu sambung dengan Lab dari jam 3 petang sampai 5 petang. Memang sial. Shit Shit Shit! Dah la kelas super susah. Shit Shit Shit!

Bila nak pergi solat jumaat? Dah dekat 3 minggu tak pergi. Mungkin sem depan lah kot. InshaAllah.


Tapi apa-apa pun, hari ini dalam lecture sangat lucu. Ada perkara yang aku ingat sampai bila-bila pun. Gabungan lucu dan kesian. Apa jadinya? LUCU+KESIAN=LUCIAN(?)

Lokasi: St George Lecture Theatre 21, Uni of Sheffield
Masa: Jam 13:10 GMT 0
Tarikh: Jumaat 26/2/2010
Module: Biology and Chemistry of Living System

Hari ini adalah hari yang indah. Cuaca seperti sepoi-sepoi bahasa. Angin pula sejuk-sejuk kuku.

Sungguh indah dan menarik.

Kesan-kesan salji mula mencair. Hijau rerumput mula menunjukkan kehijauan sebenar. Seperti harimau menunjukkan belang. Rumput juga ada niat untuk mula menguasai bumi Sheffield. Tak ku sangka.

Sungguh indah dan menarik.

Seperti biasa lecture akan dimulakan tepat apabila jarum saat menyerang (strike) jam 12.10 tengah hari. Dr D R Hose memulakan bicara. Keadaan seperti biasa. Suasana agak membosankan. Boleh terdengar bunyi kicauan-kicauan burung dari luar. Ah, aku mahu keluar! Sungguh mengantuk duduk dalam dewan sempit ini. Aku mahukan kebebasan!

Tetapi aku akur dengan ketentuan Allah. Aku datang sini untuk belajar. Kalau bukan kerana itu, sudah pasti aku menghilangkan diri dari bumi UK ini. Aku mahu ke Paris. Didampingi oleh gadis-gadis genit dan montok. Angan-angan ku semakin membesar. Semakin hari, semakin bertambah gadis.

Tiba-tiba.... Kata lecturer telah menarik perhatianku.

"This is what going to happened if you are not immune to Small Pox. Have you ever imagine if you don't have this immunisation?"

Perbincangan yang diutarakan telah membuatkan kelas agak bising. Aku kaget. Aku ingat semua orang tengah tidur. Ambil perhatian juga mereka ini. Bagus-bagus...

Pepunat di laptop ditekan oleh Dr Hose. Slide yang seterusnya.....

"MAK AIHHHH!!!! MACAM HARAM SIKIT!!!! NI BINATANG APA NI????" Aku menjerit.

Jeritan di dalam hati la tapi. Agak-agak la nak jerit tiba-tiba. Hahaha... APA ITU???

Paparan di skrin putih menunjukkan seorang kanak-kanak Africa yang mengalamai Small Pox. Video yang jijik. Sumpah menjijikkan! Ada beberapa pox yang telah pecah. Menjadikan suasana sekitar video itu lebih jijik. Bayangkan, cecair putih pekat mengalir dari bahagian muka. Meleleh-leleh ke tanah. Bukan satu saja, tapi lebih dari lima yang pecah.

Maaf. Aku tak reti nak explain ke'jijik'kan video itu. Aku tak reti. Maaf...

**********************

Penat la cakap ayat bahasa Melayu Sastera. Hehe... Tukar tetapan(mode)

Nak buat cerita, tiba-tiba ada seorang minah salleh ni lari dari belakang lecture hall menuju ke pintu hadapan. Aku rasa dia mahu keluar kot.

Aku pula duduk kat bahagian tepi. Kaki sedikit keluar dari kerusi. Dia berlari pantas. Laju bak harimau belang. Lepas tu tiba-tiba tersadung kaki aku. Dia terjatuh. Maaf. Bukan salah aku naa! dia terus bangun balik dan meneruskan perlarian.

Dalam hati aku, "Mak aihh.. Ni asal minah ni? Jatuh bangun semula. Bagus-bagus. Ada ciri-ciri orang yang tidak putus asa."

Sampai dekat pintu, dia termuntah kat situ. Di depan pintu. Di depan pintu masuk tau. Pintu masuk dan keluar. The only door in the theatre. Damn it.

"Lahanat betul. Macam mana aku nak keluar dari hall ni nanti? Jijik betul la."

Cuba kamu bayangkan, macam mana nak keluar? Aku masih lagi ada unsur-unsur kasihan dalam diri. Aku manusia lembut. Kesian tetapi lucu. Memang LUCIAN. Aku rasa dia muntah sebab tengok video tu tadi. Bulu aku meremang gak. Tapi tak ada la sampai nak muntah. Entah la. Mungkin immunisasi dia rendah kot. Sendiri kurang pasti.

Tu sahaja la cerita dia. Maaf sebab kuarng menarik. Aku type sangat laju sekarang ni. Dah jam 2 pagi. Esok Sheffield Games kena bangun awal. Jam 6.30 pagi nak gerak dari sini. Oh damn it sekali lagi!

Selamat malam semua.

P/S: Cerita ini dipendekkan kerana aku rasa dah semakin panjang.

P/S2: SUSAHNYA NAK TULIS PENDEK-PENDEK!!!

Aku Anoz

_____________________________-

So tell me, have you ever experience the same thing before?


Thursday 25 February 2010

~Ezma, you jump, I jump! contest~

Post kali ini untuk contest yang dibuat oleh Ezmaliza.

Macam menarik aje kan lompat-lompat ni. Dah la senang. Amek gambar kita lompat aje. Kalau ada rezeki, boleh la menang. Bukannya orang suruh kita tulis karangan ke ape ke. Post gambar aje kot! Siapa yang nak masuk, ini link Ezma. Due date 1 Mac 2010. Dah nak abes dah. Hehe..


Aku pasti ramai pembaca nak tengok lompatan aku yang menarik. Siapa la yang tak mahu tengok lompatan oleh abang kacak bergaya dan disukai ramai? Mesti semua mahu. Aku yakin.

**********************************************

Sebelum buat entry ni, aku fikir mana satu paling style. Tapi banyak sangat la lompatan style. So, lastly I chose this. Semoga menang ya. ^_^


Penerangan: Lokasi di depan Liverpool eyes. Photographer Hakim KMS & SMAP Kajang. Perhatikan kegirangan di wajah ku. Usaha sehabis baik. Lompatan ni sangat tinggi. Paling tinggi aku pernah buat. Tapi landing agak malang. Landing dengan lutut. Tak percaya? Sumpah tergolek sampai kena kamera man tak tipu! Lompatan ini juga membuatkan aku berjaya ditegur oleh 2 gadis matsalleh Liverpool. Mereka kagum lihat abang kacak bergaya meloncat kot. Haha...

**********************************************


Ezma dah x payah baca. Terima kasih

Alang-alang ni, aku nk buat entry pasal melompat. Melompat membahayakan kesihatan. Tidak sesuai untuk orang yang lemah batin, lemah jantung, lemah syahwat dan lemah-lemah yang pelbagai lagi. Melompat hanya untuk orang muda ye. Tidak disarankan untuk orang yang telah berumur. Nanti takut tulang retak. =))

Waktu kat Malaysia, rasanya aku tak pernah ada gambar melompat. Tapi bila dah sampai kat sini, aku terasa mahu balas dendam. Baru padan muka dengan kawan-kawan aku semua. Gambar aku lompat lagi banyak dari kamu!

Rupanya benda ni seronok juga. Dah menjadi hobi aku pula sekarang. Kalau dalam biodata tu, aku tulis dalam ruangan hobi aku, Melompat-lompat. Comel kan? Tak payah nak puji. Aku tau aku comel. Tengok pencil box lah.


Gambar bersama Mat Pear di Uni of Edinbvrgh. Perhatikan gmbar kami dengan teliti. Ini tarian tradisional Mat Pear untuk memanggil hujan. Tapi kurang berjaya kerana salji juga yang turun. Dah ala-ala Son Goku dalam Dragon Ball dah aku ni. Mata siap keluar cahaya gitu. Style.



 
Ni pula gambar di Manchester. Bersebelahan dengan Imperial War Museum. Tempat ni lawa sebab jambatan dia boleh naik turun. Perhatikan Bat yang sedang tersengeh. Mungkin agak berat untuk beliau melompat. Tak apa. Aku faham. Tribute to Faiz Khalid Langkawi & KMS. Boleh buat cover album untuk album aku nanti. Nantikan di pasaran ya!



 
Masih di Machester. Photographer aku tak ingat siapa. Tapi still, gambar ni masih lawa. Cuba kamu teka, aku lompat atau tidak? Untuk mata-mata yang kabur, mesti kata lompat. Tapi sebenarnya aku pijak tangan Faiz. Badan kecil tetapi lengan yang kuat. Percaya? Terpulang kepada kamu untuk menafsir gambar. Memang style.


Itu aje lah. Aku nak gi keluar menimba ilmu kejap. Blogging blogging juga. Tapi jangan lupa belajar. Ye tak?

Selamat Malam Malaysia. Peace.
______________________________________

So tell me, where is your jumping picture?


Wednesday 24 February 2010

Belajar Ilmu Batin Yang Terhebat

Salam. (Aku rasa macho kalo pembuka kata ringkas macam ni. Kacak bergaya dan disukai ramai)

Hidup aku sekarang semakin sibuk. Nak update blog pun dah jarang. Tapi kira bagus lah satu entry dalam masa 2 hari. Orang kata perfect. Ala kadar. Cukup masam dan manis. Cukup tiga rasa. Cukup masa untuk kamu semua baca. Kalo post sehari sekali, takut nanti kamu juga yang miss.

Ramai orang suruh aku tulis entry perkara yang beragama. Aku mana reti. Ilmu agama aku tak master lagi. Setakat kalau nak buat post mengarut dan lucu-lucu aku reti lah.

Tapi kali ni, aku akan cuba. Dah ada dalam folder draft dari semalam lagi. First time aku tak dapat habiskan karangan aku dalam masa setengah jam. Kalau tak best, cakap la ye. Nanti aku nak pijak kepala kamu! Kurang hajar betul cakap blog aku tak best! Hehe...

_________________________________

ILMU BATIN

Bila sebut je ilmu batin, rata-rata kita akan membayangkan ilmu silat yang terbang-terbang, jalan atas air, kena parang tak lut dan sebagainya. Nak buat apa semua tu kalau tak ada ilmu kalis api neraka? Haaaa. Ni baru ilmu batin yang sebenar dan dijamin sendiri oleh kerajaan. (bukan kerajaan Malaysia, tapi kerajaan Allah)

Senang cerita, kalau kamu boleh master ilmu batin ni, kamu mesti boleh terbang punya lah! Tapi kat syurga nanti lah. Tak nak belajar pun tak apa. Aku tak kisah pun. Tapi kalau tak nak belajar kira kamu dah memang natural born wali la. Ada ke?

Batin Lemah
Ni bukan sebab kes terlupa minum tongkat ali, misai kucing atau kacip fatimah sebelum *tuuuutttt*. Lemah batin ni sebab kita tak bagi dia makanan yang secukupnya. Kalau zahir kita perlukan makanan, zat, vitamin, siap supplement lagi, tapi kenapa batin kita tak diberi cukup makan? Batin kita perlu ilmu, perlu iman, perlu amal. Lepas tu perlu diberi makan selalu la (istiqamah). Bukannya bagi makan setahun sekali (solat raya). Cuba kamu makan nasi setahun sekali, tak ke cekeding jadinya?

Batin Terseksa
Kita ni selalu menyeksa batin kita tanpa disedari. Dah la makanannya jarang nak diberi, seksa pulak dgn perbuatan tak senonoh. Contohnya macam mengumpat, mengata orang, hasad dengki, dan lain-lain lah. Orang lain dapat nikmat, kita tak pasal-pasal sakit hati. Tak ke menyeksa diri sendiri namanya ni?

Batin Berpenyakit
Kalau pening atau demam, laju je kita cari panadol. Tapi kalau batin berpenyakit, ada kamu amek kisah? Jangan pula pergi jumpa tok batin, tu nak bagi lagi punah. Masalahnya, penyakit batin ni boleh berjangkit. Tak cukup hati sendiri sakit, kamu jaja pula fitnah dan tomahan bagi pakat ramai-ramai sakit sekali.

Maaf Zahir Batin
Ni time raya memang paling famous. Tapi selalunya cakap dari mulut aje, dalam hati macam gitu gak sebenarnya. Masih ada lagi benci membenci, PhD dan doktor falsafah. Apa la salahnya tiap kali sebelum kita mati sementara (tidoq) kita maafkan semua orang? Fadhilatnya selain dapat pahala, dapat juga hilangkan sakit jiwa, sakit mental, mungkin juga sakit fizikal. (tak ada nak migrain dah lepas ni) Kan bagus. Orang pun nanti senang dengan kita.

Batin Power Rangers
Nak mempowerkan batin kena la ada ilmu. Bukan ilmu gaduh atau gasak atau bergaduh dengan raksasa liar. Tapi ilmu tauhid; Ilmu mengenal Tuhan yang paling Power. Tak kisah la power apa kamu ada, cuba tengok sekelilig. Semua yang ada kat dunia ni semua milik Dia. Dah tu sekarang pulak tak reti-reti nak jadi insan yang merendah diri kepada dia? Kamu ingat Power Rangers tu lagi terer ke kalau nak banding dengan Allah?

Lu pikirlah sendiri! Bukan nak mengutuk, tapi sekadar menegur. Bukan menegur kamu saje, tapi juga menegur diri sendiri ni yang alpa. Ingat tu, jaga batin dan juga zahir kita. Aku tak perlu jaga zahir, dah memang kacak bergaya dan disukai ramai.

P/S: Penat aku fikir nak tulis apa. Bab-bab agama ni kena berhati-hati sikit time nak tulis. Post sebelum ni, aku bantai aje tulis tak pandang kiri kanan. Memang kejap la siap. Haha....

Aku Anoz

_______________________________

So tell me, how is your 'batin'?


Monday 22 February 2010

Pencil Case Comel untuk Encik Bengis

Salam.

Aku baru balik dari Liverpool. Sumpah penat memang tak tipu! Minggu yang penuh dengan pengisian dan aktiviti. Memang tak dapat lah nak cerita dalam post ni. Cramp kaki sebab berjalan ni pun belum pulih lagi.

Nantikanlah post Program ISK dan Konsert Search pada hari-hari yang berikut. Nantikan dengan sabar ya~ ^_^

________________________________

Seperti yang dijanjikan minggu lepas, terimalah:  
PENCIL BOX KU

Kamu ada pencil box tak? Mesti ada kan? Memang tipu lah kalau x ada. Kalau tak ada, pergi beli sekarang! Malu aje jadi bloggers kalau tak ada pencil box. Tak nampak kecelikkan langsung.

Pencil box adalah kelengkapan wajib untuk mereka yang bergelar pelajar. Tak kisah lah pelajar tadika, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar kolej-kolej mahupun jua mahasiswa dan mahasiswi universiti.

Untuk menjadi guru sekolah, pencil box juga kewajipan. Bahkan professor-professor di universiti pun pakai pencil box. Kenapa mereka ada juga? Semakin membina perasaan pelik dalam diri kan?

Pernah atau tidak kamu tertanya-tanya, apa significant pencil box dalam kehidupan kita? Kenapa semua orang ada pencil box? Memang aneh...

Jangan risau. Aku ada jawapan!!

______________________________________

SIGNIFICANT PENCIL BOX


Jati Diri Manusia
Percaya atau tidak, pencil box serba sedikit menunjukkan sifat kita sebagai manusia. Tengok pencil box je kita dah boleh nampak orang tu jahat atau baik. Ini dinamakan kuasa psikik. Hebat kan?

Mari kita lihat beberapa contoh termudah.
  1. Kalau pencil box besar, pemiliknya itu gila duet dan sukakan kemewahan terlampau. Setakat jumpa duit syiling kat tepi jalan memang pandang sebelah mata aje.
  2. Kalau pencil box compact, pemiliknya jenis yang simple. Semua perkara dalam kehidupan saling melengkapi dan mencukupi. Happy go lucky. I like.
  3. Kalau pencil box hitam, pemiliknya seorang pemalas. Kadang-kadang sukar untuk menjaga kebersihan diri sendiri. Dalam erti kata lain, pengotor. Tapi sifat dalaman agak keras dan bengis. Jangan main gila dengan orang berpencil box hitam. Bahaya.
  4. Kalau pencil box cerah dan berwarna warni, pemiliknya sukakan perhatian daripada orang lain. Dahagakan kasih dayang dan suka jika orang bercerita mengenai dirinya. Mahu cepat famous dan terasa diri cool. Kebanyakkan golongan gadis-gadis.
  5. Kalau pencil box berkartun, pemiliknya sangat kacak atau cantik. Gerak geri comel dan disayangi oleh semua orang. Banyak bercakap dan disenangi semua orang. Kacak menawan dan disukai ramai.
Kamu tergolong dalam golongan mana?

Aku tergolong dalam kumpulan kelima. Memang kacak kan? Tak percaya? Tak percaya? Tak percaya? Tak percaya sudah! Miahahahahaha (gelak shaiton)


Sedikit sejarah mengenai aku. Aku kat maktab (sekolah) dulu agak terkenal dengan sifat yang bengis. Wajah agak kacak tetapi bengis. Orang nak pandang muka aku pun tak berani. Kalau orang lalu depan aku mesti tunduk kepala.

Kalau gadis bertudung labuh nak tunduk-tunduk aku tak kisah lagi. Sebab Rasulullah suruh kita menjaga pandangan mata. Ni golongan lelaki pun nak tunduk. Kadang-kadang ada juga yang lemah semangat, nampak aku terus merangkak. Haaaa.... Apa cerita? Takot tak takot lah kan? Memang bengis, ganas dan garang. Sampai orang memanggil aku Encik Garang. Memang membahayakan kesihatan.


Agak garang kan? Tapi usah gusar. Aku cuba membawa imej baik dan comel. Dengan tu aku membeli pencil box yang agak keperempuanan untuk diri sendiri. Bukannya aku gay atau apa, tapi cuma untuk meneutralkan kembali pandangan orang terhadap aku. Lagi satu sebab dia murah.

Cuba kamu bayangkan, kamu tengah jalan-jalan lepas tu ternampak seorang lelaki yang ganas dan berbadan sasa seperti di atas. Mesti takut kan? Alih-alih ternampak dia pegang pencil box yang comel. Mesti rasa lega. Betul tak? Kalau gadis-gadis pula mesti akan berdialog seperti berikut:

"Ehhhh eyyyyyyyyyyy.... Comelnya abang kacak tu !!! Sukanya i !!!"

Itu la apa yang aku cuba buat. Membawa imej yang lebih comel. Tapi tengok-tengok kawan aku bersikap sedikit sial. Menganjeng kawan sendiri. Tak supportive langsung. Hmmpphh.. Boleh pula diorg panggil aku Encik Garang dan Si Comel. Konon-konon sama dengan Dr Hyde and Mr Jekyll lah. Aku hampa... ='(

 __________________________________

Fungsi Pencil Box

Setiap ciptaan Allah ada fungsinya. Pencil box pun ada juga fungsi masing-masing.

Mengisi alat tulis. Kalau yang kedekut (sepp) tu, selalu guna plastik merah lepas beli bawang dari kedai mamak. Bila dah terkoyak sedikit, ganti plastik yang lebih mahal. Pilihan yang terbaik adalah plastik dari pasaraya Giant atau Jusco. Memang tahan lama.

Pembaris. Semasa exam tak boleh meniru atau bersembang dengan orang. Kadang-kadang ada juga yang terlupa bawa pembaris. Untuk selesaikan masalah ni, pencil box boleh digunakan sebagai pmbaris. Pencil box yang berkesan adalah yang diperbuat daripada besi. Kalau tak ada juga, pakai student card aje. Sebab tu kadang2 kita tengok ramai student card dah hitam. Buat jadi pembaris.

Candy Mixer. Pencil box juga selalu digunakan untuk mengisi gula-gula dan coklat. Selalunya pencil box jenis kain digunakan. Masuk tangan, lepas tu pilih yang mana berkenan. Memang indah. Jika nasib buruk, boleh la dapat bekas plastik coklat orang lain yang buang dalam pencil box yang sama. Mesin hampagas betul lah...

Bekas Air. Pernah ingat ada orang bawa pencil box jenis plastik kat maktab kamu dulu? Pembuka dia dekat bahagian tepi. Bentuk pula ala-ala botol. Memang sesuai digunakan untuk isi air. Lagi-lagi jika kamu ambil subjek seni. Tak ada bekas untuk bancuh water colour? Jangan risau, inilah solusinya. Memang berkesan. Dijamin tidak pernah bocor!

Wrestling. Ingat tak dulu orang main tekan-tekan pemadam? Siapa yang dapat tindih lawan satu lagi tu dulu akan menang. Zaman maktab dulu gadis-gadis pun main. Tapi lelaki mana boleh kalah dengan perempuan. Laki mesti mahu ganas sikit. Pakai pencil box jenis besi lagi seronok. Bunyi memang super bising. Sampai kelas dekat atas pun boleh dengar. Memang seronok. Baru lelaki!

Penternakan. Pencil box jenis plastik yang boleh nampak kat dalam memang sesuai digunakan. Cara-caranya adalah dengan menebuk beberapa lubang kecil untuk ruang pernafasan. Sepanjang hidup aku, banyak binatang aku pernah tengok dalam pencil box. Yang selalu aku jumpa adalah ulat, lipas, lipan dan semut. Tak pernah jumpa orang letak hamster atau kucing lagi. Kalau kamu dah pernah jumpa, bagi tahu aku ye?


Itulah serba serbi tentang pencil box dalam kehidupanku. Pencil box yang aku beli dari form 4 dulu dah rosak. Dekat 5 tahun dah guna tahu! Zip dia tiba-tiba tak betul. Sedih. Kena beli baru. ='(

Dah la. Nak tidur. Ngantok dan penat kerana perjalanan tadi.

P/S: Mulai sekarang, entry baru adalah satu post dalam 2 hari. Maaf sebab makin sibuk.

Aku Anoz

__________________________________

So tell me, what else you do with your pencil case?

 

Friday 19 February 2010

Syurga atau Neraka?

BERITA TERKINI
Jantina Sayang secara tiba-tiba diragui. (sila rujuk post Kawan Baik Saya)

Semakin hari, Sayang berbau lelaki. Pelik kan? Awal-awal dulu, aku ingat beliau adalah golongan gadis-gadis comel. Bau badan beliau wangi dan berbau wangian semerbak haruman kasturi. Bau buah-buahan. Terasa macam nak jilat-jilat bulu beruang ni. Nyummm2~!

Tetapi semalam semasa nak tidur, aku kaget. Bau seperti lelaki. Terlekat aroma Dunhill di celahan bulu-bulunya. Sayang hisap rokok kah?

Itu aku kurang pasti.

Tak pernah pula aku tengok dia menyalakan api rokok. Setakat main-main dengan kotak rokok tu biasa lah. Tapi pernakah dia terasa untuk mencuba?

Sekali lagi, sendiri kurang pasti.

Bulu badan Sayang pun semakin lebat. Apa ni? Perempuan mana boleh bela bulu panjang-panjang. Kan? Ini bukan setakat panjang, ini sudah lebat. Pergi shave la weh! Mahu tukar jantina kah kamu Sayang? X suka jadi wanita ke? Aduh...

Aku masih kurang pasti. ='(

_______________________________________

Kelas aku hari ni macam haram jadah.
Kenapa macam haram jadah? Sebab dia tak macam halal jadah. HarHarHarHarHaram Jadah! ^_^

Ok ok. Tetapan (mode) serius kembali. Semua orang kata aku reti main-main aje. Tak pernah nak serius. Serius tu serius juga, tapi kena ada juga masa bergurau-gurau. Bila aku serius, aku x reti buat lawak. Maafkan daku pembaca...

Rentetan sedikit serius dan tiada lawak

Post semalam mendapat beberapa tentangan, diintipati juga dengan nasihat yang berguna. Ramai juga yang sayang aku ni rupanya. Bangga aku. Haha... Mungkinkah ini dikatakan Ukhuwwah? X kan kita nak tengok saudara sendiri dalam kesesatan kan? Apa-apa pun kena tegur.

Tapi kehidupan di dunia memang begitu. Seringkali kita akan menemui 2 cabang jalan. Mana satu pilihan yang tepat? Kedua-dua jalan ini akan memberikan kesan besar terhadap jalan cerita kehidupan kita sendiri. Pilihan yang tepat perlu dibuat.

Nasihatku, jika terjumpa dua jalan, jangan suka suki kamu nak redah ikut naluri. Kalau kamu seorang ibu, mungkin boleh pakai naluri keibuan kamu. Untuk yang belum kahwin, aku kurang pasti. Mungkin boleh pakai naluri /insting; iaitu kuasa psikik di bawah sedar. Suluh dahulu kedua-dua jalan tersebut. Fikir untuk jangka masa pendek(dunia) dan juga panjang(akhirat). Niat dalam hati kena super suci. Allah akan membantu kita, InshaAllah. Oh. Istikarah jangan lupa. ^_^

Ini adalah beberapa comment yang bila aku baca, terasa terharu. Comment lain pun okay jugak, tapi tak terasa sangat kick dia. Yang kat bawah ni, super KICK. Untuk aku lah. Terasa dirembat kaw-kaw punya. Orang lain, cara lain la kot.

 
  
 

Aku tak tahu lah kalau korang nampak pattern dia atau tak. Tapi semua ni comment membina bagi aku. Sedikit nasihat, dan sedikit 'lu pikirlah sendiri!'. Pattern yang sangat aku gemar.

Kamu keras kepala tak? Aku keras kepala sangat. Kadang-kadang terasa panas hati bila orang menegur kan? Tapi kita manusia. Manusia normala samsudin di dunia Allah.

Perumpamaan dia nak tukar telur mentah kepada telur goreng.
Tukar air masak kepada ais batu.
Tukar carbon kepada berlian.
Tukar anjing kepada kucing.
Apa kamu ingat senang nak tukar jahat terus kepada baik?

Aku faham. Aku x adalah baik mana. Tapi kalau nak berubah, kenalah slow-slow. Pelan-pelan kayuh, asalkan sampai ke destinasi. Arus kehidupan kita kuat dan berbolak-balik. Hati-hati dalam perjalanan hidup kamu. Jangan kayuh ke belakang dah lah. Salah jalan tu bang.

But my personal favourite comment was:-

Terasa aku hebat la pula kan? (nak riak kejap) Hahaha...

Tapi tak perlu kamu ragu-ragukan. Aku memang hebat. Aku memang legend(tengok nama blog lah). Aku ada kemahuan dan kehendak. Tapi keperluan tu perlu diutamakan.

Keperluan = Pengisian dalam ISK
Kemahuan = Hiburan bersama Search

_________________________________________

Penyelesaian

Tunggu! Bila dah habis baca nanti, baru kamu tahu aku hebat atau tidak. (riak tahap kedua)

Aku masih akan pergi ke konsert Search. Tak indah la kalau aku x pergi. Dah janji dengan diorg aku akan pergi. X kan nak mungkir janji? Kalau aku x pergi, apa kata Amy nanti. Silap-silap dia dah x mahu kawan dengan aku. Mereka dah la datang jauh-jauh. Tapi tak berkesempatan nak jumpa kawan baik dia. So, aku terpaksa pergi nak jumpa kawan baik sendiri.


Tetapi. YA! Masih ada tetapi.. Ingat x ada tapi ke tadi?? Hahaha....
ISK pun aku akan pergi. Sebab apa aku boleh pergi? ISK pada hari sabtu pagi dan konsert Search adalah pada malam Ahad. Dari Sheffield nak ke Liverpool hanya mengambil masa 2 jam. Jadi sempat la kalau nak buat apa-apa pun.

Cumanya, burn tiket train aku berharga 20 pound. Sepatutnya sekarang aku dah sampai Liverpool dah. Tapi bila difikirkan semula, apalah sangat 20 pound. 20 pound aku guna jadi tissue untuk serap minyak saje. Mesti ramai buat macam tu gak kan? Duit je pun. Bukannya kawan-kawan. Hilang kawan macam hilang telinga. Masih ada sebelah lagi, tapi terasa x lengkap.

Jap eyh. Nak promote kejap.
Kepada kawan-kawan di Sheffield.
Marilah kita mengimarahkan majlis ilmu ini.
Sumpah best aku tak tipu.
Kalau aku tipu, aku sumpah bagi korang 10 pound sorang.
Apa macam? Ada beran tada beran?
Hari Sabtu Jam 9 pagi.
Bertempat di Muslim Welfare House Sheffield
MARI
(aku pun kurang pasti. sila confirmkan esok kalo mahu pergi sama)

So, itulah keputusan aku. Harap dapat menggembirakan semua orang. Kalau ada orang x puas hati juga, memang aku blank x tahu nak buat apa lah. Aku kipas-susah-mati(tiru Gempaq) kugiran Search. Kalau aku kerat badan aku jadi 2, tahulah kamu semua nanti.Semoga ini yang terbaik....

Jazakallah khayran. Shukran jazeelan shabi. Salam.

P/S: Maaflah post kali ini kekurangan kelucuan. Benda serius susah nak buat main.

P/S2: Jumpa kalian pada post hari Isnin kelak. Minggu depan aku janji buat lawak.

Aku Anoz

__________________________________________

So tell me, aren't this is indeed the right decision?


__________________________________________

PREVIEW POST MINGGU DEPAN

Pensil box.
Salah satu harta kesayanganku.
Tetapi.....
Pensil box ku sudah rosak. (menangis)
Manakan ku cari ganti?
Tiada dua hanyalah satu.
Kau yang ku cintai....


Thursday 18 February 2010

Konsert Search atau Ceramah ISK?

Lahanat betul la. Keluar-keluar dari bilik je dah dapat rasa kesejukkan melampau. Kata winter dah hampir tamat? Lahanat mana tipu aku ni? Aku keget. Pelik memenuhi dada.

Damn lah suhu ni. Aku tengok air celah-celah rumput dah jadi ais. Air dalam badan ni kamu jangan main gila! Hampir jadi ais juga rasanya. Makin lama langkah makin berat. Sial betul. Lemak aku semakin membeku. Aku risau...

__________________________________

Post kali ini agak serius.

Ada beberapa orang menggesa aku menulis perkara yang berilmiah. Aku rasa post aku semua ada pengajaran. Cuma agak tersirat kot. Bab-bab ilmiah ni aku agak lemah sikit. Tapi x salah kalau mencuba.

Kita tengok sendiri post seperti ini ada orang suka atau tidak. Aku tidak gemar. Perkara serius buat aku pening kepala. Cukuplah sekadar serius di dunia realiti. Dalam blog nak serius sakitlah aku. Siapa nak tolong kalau aku sakit? Kalo dah ada isteri atau kekasih x apa juga. Boleh tolong bagi minum susu di rumah.

Semalam aku keluar berparti. Orang ajak aku kenalah ikut. X manis lah kalo menolak setiap kali menerima pelawaan orang. Sebelum ni pun dah ada beberapa party yang aku menolak manja.

Tapi semalam gadis comel yang menjemput. Mana la x cakap YA. Aku rasa Mat Pear sendiri pun x mampu menolak pelawaan itu. Siapalah aku untuk menolak? Aku bukan ahli sufi. Aku bukan ustaz. Aku bukan abang usrah. Aku juga bukan Mat Pear. Aku Anoz...

Sahabat rapat

X mahu aku letak gambar aku sendiri. Nanti kamu geleng-geleng kepala. Yang kalian perlu tahu, aku masih kacak menawan dan disukai ramai. Lagi-lagi dalam berpakaian sekolah ni. Gadis-gadis sekolah pasti tergoda dgn kekacakanku.

Anyway, sedang rancak aku berjoget lambak, seorang sahabat telah menalipon/menelefon/menalifon.(aku dari dulu x reti eja)

Aduh. Potong steam lah dia ni. Aku baru je nak ajar orang Bristish menari tarian tradisional. Tradisional baru mencabar. Setakat sehati berdansa tu, aku masuk mesti menang. X ada cabaran langsung. Huh!
Bat : Assalamualaikum akhi. Kaif Halak?
Anoz : Lu apahal mat call aku malam2 buta ni?
Bat : Anta tengah buat apa? Asal bising sangat background?
Anoz : Aku tengah berparti doh! Datang UK x berparti rugi lah!
Bat : Astaghfirullah. Anoz Anoz. Apa nak jadi ngan anta ni? Ana nak datang Sheffield sabtu ni. Ada ISK. Jom la JOIN?
Anoz : ISK? (gulp) Bat. Esok aku call kau balik. Bising la skang ni. Tata titi tutu...
Bat : Anoz. Hello. Anoz. Hellllooooo.. Are you there? Anooooozzzzzzzzzzzz~!!!!
*tuut tuut tuut tuut*

Apakah itu ISK? ISK adalah Ini Sejarah Kita. Dalam ISK ada banyak pengisian. Kebanyakkanya mengenai sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Ya. Pastinya umat Islam. Naik turun kegemilangan umat Islam sejagat. Mereka akan menganalisis ummah Islam. Rahsia kegemilangan sebuah ummah akan dibongkarkan. Titik-titik kelemahan sebuah ummah juga akan diketengahkan.

Sebenarnya.......

Aku dah beli tiket consert Search di Liverpool. Kalau ikut sejarah Rock Kapak Malaysia pula, mana pernah mereka datang ke bumi UK. Ni kira first time. Aku sebagai peminat setia rockmantis, mana boleh lepaskan peluang seumur hidup ini. Kalo kat Malaysia dulu, konsert Search di Awan Biru tu aku wajib pergi. Kalau x pergi, perut rasa x sedap hati. X tahu kenapa.

Haihhh.. Keputusan aku macam mana?

Aku kaget. Aku pening. Keringat memerah otak untuk berfikir. Keputusan perlu dibuat. Tiket sudah dibeli. X kan nak burn saje 25 pound aku? Kalo RM25 aku x kisah lagi. Takat RM25 tu aku buat pengelap hingus aje. MACAM MANA NI?

___________________________

ISK? Mesti la aku nak pergi. Seronok la bila dapat tahu mengenai sejarah ummah kita. Aku pernah jumpa seorang mamat lagend di Southampton. Ammar Roslizar namanya. Banyak juga perkara dia tahu. Cerita punya cerita punya cerita, makkk aiiiihhh!!! Dekat 2 jam aku bersembang dengan dia. So, aku tanya la dia sesuatu. Dialog seperti berikut;
Jejaka kacak: Ammar. Macam mana kau tahu banyak sejarah pasal umat Islam eh? Kalo kau pegang buku sekarang logik sikit. Ni x ada apa-apa pun. Macam mana kau ingat tarikh-tarikh semua ni?
Abg Legend: Noz. Sirrah ini sama macam sejarah kehidupan kita. Kau ingat x tarikh kau lahir n semua perkara mengenai diri kau sendiri?
Jejaka kacak: Mesti la ingat. Diri aku mesti la aku ingat!
Abg legend: Samalah dengan ummah kita. Jika kita menghayati semua perkara yang pernah berlaku, pasti kita boleh ingat. InshaAllah.

Haaaa.. Legend tak legend la mamat ni kan? Bangga aku dapat bersalaman dengan dia. Taksub aku dengan dia semakin meningkat. Tapi tak ada la sampai tahap aku nak minum bekas cucian kakinya. Hohoho... 

Dah beberapa kali aku missed ISK. Salah satunya di Manchester. Tapi kali tu boleh dimaafkan sebab aku baru je habis exam. Alasan yang kukuh. Yeah!!!

Sebenarnya aku rindu nak pergi ISK. Program ni sangat menarik. Banyak input yang boleh kita dapat. Aku yakin, bila kamu pergi, sumpah akan rasa takjub! Keluar-keluar dari program, mesti rasa nak berjihad di jalan Allah. Semangat bangkit secara mendadak. Begitulah penangan program ni. Salah satu cara untuk menjadikan kita Muslim sejati. InshaAllah.

Sejarah Islam bermula dari Zaman Rasulullah dan diikuti oleh kerajaan-kerajaan seterusnya. Pemahaman terhadap sejarah adalah amat penting berbanding ingat tarikh-tarikhnya. Kamu masih ingat x? Dulu, kita pernah berjaya. Menakluki 2/3 dunia. Tetapi secara tiba-tiba, kita runtuh.

Apa cerita? Haaa... Untuk itu, mari kita tatapi video dibawah. Kalo rasa semangat mendadak, aku sarankan kamu pergi google tentang ISK. Mari sama-sama kita mendengar tentang sejarah ummah kita. Semoga ada manfaat.

Tribute to Alarm Me
 _________________________________________

Siapakah Search? Mereka adalah kugiran yang melopori industri rock Malaysia. Mereka telah menghasilkan lebih 20 album dan semuanya laris di pasaran seperti pisang goreng panas. Tiada anggota maknyah di dalam kugiran ini dan pastinya mereka juga bukan boyband seperti Newboyz atau Backstreetboys. Lambang mereka pernah menimbulkan tanda tanya kepada semua orang. Lambang piramid dan menunjukkan pengujaan kepada Illuminati. Tetapi sampai sekarang, mereka masih menggunakan lambang tersebut. Aku x tahu kenapa. Wallahualam bi shawab.

 
lambang kumpulan search
________________________________________


Bila fikir-fikir balik, ISK selalu dibuat. Mungkin tiap-tiap 2 minggu sekali. Konsert Search pula seperti menunggu kucing yang bertanduk. Berzaman nak tunggu, baru mereka nak datang. (maaflah. peribahasa x sesuai.)

Jadi aku rasa aku akan pergi konsert Search. Lain kali aku pergi ISK. Janji....

P/S: Dialog yang diatas tu tealh diolah sedikit sebanyak. Aku x ada la teruk sangat. Hehe
________________________________________

So tell me, did I made the right decision?

Wednesday 17 February 2010

Perbezaan Air dan Ais

Salam.

Entry kali ni bergambar pemandangan. Bagi ceria sikit mood-mood pembaca. Ye la. Letih pandang screen laptop kan? Tengok perkataan je mesti la bosan.

Tapi agak-agak bosan nanti, sila la tengok gambar di penal kanan anda. Kacak dan tampan. X perlu penjelasan lebih. Gadis-gadis pasti ghariah dan tergoda. Nasib baik aku beriman kuat. Fuh...

______________________________________

Gambar mencerminkan segalanya.

Perhatikan dgn teliti gambar di atas. Pemandangan diambil dari celahan tirai kamar. Cantik kan? Rumput semua hijau. Rasa macam nak golek-golek sambil tidak berpakaian atas rumput tu. Mesti semua orang terhibur kalau aku buat macam tu kan? Tapi x mahu lah. X nak aku bagi free show! Apa kamu ingat aku tiada harga diri? Bayar RM100 dulu baru aku golek-golek bogel.

Tetapi bangun-bangun je tidur hari ni, sesuatu telah berlaku. Selalunya lepas bangun tidur aku terus keluar dari apartment. Kononnya nak menghirup udara segar pagi sambil menghisap rokok. Gabungan rokok dan udara segar. Nyum! Nikmat dunia~

Tapi bukak-bukak pintu utama je, angin x laju la pulak kan! (sarcastic)

Dalam hati "lahanat mana lupa tutup aircond ni?"

Maaf, sedang mamai~

 

Ini bukan gambar bersalji. Bukan juga gambar hujan pasir putih. Tetapi ini adalah frost! Aduh! Sakit hati weh aku pagi ni. Kelas dah la awal. Pukul 8.30pagi dah kena gerak ke sana. Jalan kaki kalau 5 6 minit aku okay lagi. Tapi 30 minit nak jalan dengan cuaca sejuk siapa x sakit hati?

Sheffield ni kawasan berbukit. Mengikut pengiraan pembarisku, tempat ni x ada la tinggi sangat berbanding dengan Cameron Highland mahupun Bukit Bendera. Tapi kenapa tempat ni lagi sejuk?

Aneh...

_________________________________________

Dalam perjalanan turun ke Lecture Theatre 6 Hicks Building.

Angin dia dah la kuat. Kebas muka aku kena pukulan angin. Air mata pun mula mengalir. Eh, aku tak menangis keluar air mata. Tapi keluar ais mata. Menangais(?) Aku x pasti apa nak panggil dia. Aku nak kena bagi tahu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk buat vocabulary baru.

Waktu bersalji dulu x ada la sejuk sangat. Scotland lebih utara. Sewaktu salji dekat Scotland aku relax aje x pakai baju. Kali ni aku pakai 4 lapis pun x memberi effect. Kenapa ya?

Aku ada 2 theory untuk menjawab persoalan ini.

Mungkin aku kurang berhibernasi malam semalam. Tidurku terganggu. Tidur 7 jam aje. Mana cukup! Aku perlukan tidur 12 jam. Aku kan masih bayi. Kajian menunjukkan bayi memerlukan sekurang-kurangnya tidur 12 jam sehari. Aku kekurangan 5 jam. Dah la aku x minum susu. Tidur pula kurang. Nampak gaya aku seorang bayi yang x sihat. =(

Kedua, mungkin kandungan lemakku sudah menipis. Macam mana boleh jadi ni? Aku sepanjang winter ni hibernasi aje kerja. Aku dah buat sehabis baik untuk membela lemak-lemak ni. Sepatutnye mereka hidup dengan subur. Makan aku dah kasi. Air dah cukup. Tidur pun cukup. Apa yang kurang? Malahan pula aku menahan berak supaya makanan yang aku makan tu diserap secara efficient oleh badanku. Agak-agaknya aku bukan penternak lemak yang berjaya. Aku perlukan profession yang lain mungkin. =(

________________________________________
Waktu perjalanan pulang. Tiba-tiba salji turun. Alhamdulillah. Nasib baik x lebat sangat. Just nice lah. 

Rasulullah bersabda, salah satu doa yang mustajab adalah bila salji/hujan pertama masuk ke dalam mulut. Doa pada waktu itu, InshaAllah akan dimakbulkan. (Tegur jika silap ye)

Aku pun apa lagi. Aku nganga la mulut aku luas-luas. Luas tahap boleh telan buah tembikai punya luas. Jangan main gila! Siapa yang kenal aku tahu la, bila aku happy, aku tend to closed my eyes. Boleh pulak time tu aku overexcited nak salji masuk dalam mulut kan.

Tiba-tiba aku terasa ada target dah hampir masuk dalam mulut. Ngap!!!! Aku makan!!!

Nak harrram sungguh!!! Boleh pulak ada daun kacau line aku. Potong stim betul la. Baru je nak ikot hadis Nabi. Nasib baik daun, kalau tahi burung macam mana? Tahi bruung oke lagi. Kalo tahi khinzir macam mana? Tak ke susah pulak jadinya. Tak pasal-pasal kena basuh sekali air tanah dan 6 air mutlak. Nasib baik. Lega.

Anyway, dalam perjalanan pulang, salji masuk mulut secara tiba-tiba dan tak disangka. Tak sangka kan? Itulah pengajaran dia. Fikirkan sendiri ya.

Gambar sekadar hiasan : Di Scotland semasa jaulah winter 2009. Aku memang tampan.

P/S: Mahu masak. Lapar la jadi orang bujang. Patut la lemak x nak terkumpul.

__________________________________________
So tell me, anything...

Tuesday 16 February 2010

Rahsia Dunia Blog

Apa agak-agaknya aku nak tulis untuk entry kali ini ye?

Aku x tahu. Aku bukan jenis yg sentiasa ada perkara untuk dibicarakan. Aku bukan liberal, aku bukan ahli politik, aku bukan pemikir tegar, aku bukannya ahli linguistik dan pastinya aku bukan Berita Harian.

Aku jarang berfikir benda-benda serius. Akhbar-akhbar kontemporari pun aku jarang baca, Apa lagi akhbar-akhbar berbahasa Tamil Nandu atau Cina Mandarin. Memang jagan harap lah. Alaa. Ingat Perdana Menteri tu serius sangat ke? Mesti ada jugak masa dia gelak-gelak tengok The Simpsons. Kan?

Post kali ni rasanya aku nak ceritakan tentang pengalaman di dunia blog. Dunia blog amat berbeza dengan dunia realiti. Dunia yang penuh panca roba.

Dunia blog mudah. Tulis dua tiga baris dah boleh post. Kalo hantar lab report dekat lecturer panjang tu, bersedialah memakai helmet. Mungkin tidak semena-mena, kepala anda bakal dihentak dengan kerusi berdekatan. Hati-hati ya.

Ada golongan bloggers yang mahukan banyak traffic. Suruh click-click di iklan mereka. Di dunia biasa mungkin tiada pekerjaan. Mungkin inilah perkerjaan tetap mereka. Menyara keluarga dengan hasil click di blog sendiri. Duit digunakan untuk membeli perkakas rumah tangga. Beli susu untuk anak kecil. Beli baju kurung untuk isteri. Beli tamiya dan anak patung untuk diri sendiri. Aku x tahu. Tapi support lah mereka sikit. Setakat click sekali dua apa salahnya. Tapi kalo kita dah click dan dia suruh kita click lagi, memang nak makan camera digital aku lah!

Dunia blog penuh dengan muka orang yang sama. Blog walking untuk mencari nama. Untuk mencari pengikut. Tak salah. Aku teruja tengok hubungan yang dapat dibina menggunakan blog. Satu perkara baru bagi aku. Semua orang saling kenal mengenali. Dulu 1 sekolah ke? Apa kata kita buat sekolah blog? Semua orang belajar untuk buat blog dengan menarik. Aku nak jadi cikgu. Pelajar-pelajar gadis semua aku ajar macam mana nak jadi lucu macam aku. Baru meriah tengok perempuan buat lawak.
beberapa gadis : "Abg Anoz Abg Anoz!!! Kami gadis-gadis comel nak kawan boleh x?" 
aku : "Eh. Boleh aje. Abang suka berkawan dengan semua orang." 
beberapa gadis : "Kami ingat nak buat fan club untuk Abang la. Boleh x?" 
aku : "Ishh.. X payah la sampai macam tu. Abang mana ada peminat. Bahkan seorang kekasih pun x ada lagi. Ye la. Muka x hensem siapalah nak..."
gadis A : "X ada lagi? I nak jadi!" 
gadis B : "I nak juga!!" 
gadis C : "Ah x ada! Abang Anoz I yang punye!!" 
gadis D : "I paling cantik! I mesti dapat Abang Anoz!"
(kan best kalau dunia macam ni)

Followers? Walaupun beribu followers tapi message yang cuba diberikan tidak sampai, x guna juga. Aku pun sama gak. Tengok sekarang ada 40 followers. Berkembang macam picisan aje. Sedih. =(

Aku nak famous. Kenapa korg x ceritakan blog aku dekat orang lain? X menarik ke blog aku? Ke x puas hati dengan aku? Aku jejaka yang tampan kacak dan bergaya. Mana boleh orang x suka. Mustahil.

Macam ni lah. Korang kenalkanlah kawan2 dekat blog ni. 1 follower korang kenalkan, aku bagi limaposen. Amacam? MLM la sikit. Dunia ni penuh dengan MLM. Rasulullah pun mengembangkan Islam dengan cara MLM. Aku x terkecuali. Aku nak femes gak. Ini bukan rasuah. Tolong jangan report dekat BPR.

X seronok la kalo nak buat lawak tapi orang x baca. Nak sembang benda serius dan terkini pun aku agak segan silu. Terasa cerita dekat diri sendiri pulak. Kalo untuk sendiri, baik aku tulis dalam diari tahun 2008. Masih kosong dan berhabuk. X pernah sentuh. Aku takot semangat nanti hilang. Aku x mahu hanyut dibawa arus. Aku nak jadi macam motorbot yang sentiasa maju kehadapan. Kalo habis minyak*, habis lah aku.

P/S: Aku x suka tulis panjang-panjang. Aku x suka baca benda panjang.

P/S2: Aku x suka tulis hari-hari. Nanti orang x sempat baca.

*minyak = pengikut/pembaca

Sedang down,
Aku Anoz.

________________________________

So tell me, am I all alone?

Monday 15 February 2010

Melayu? Cina? Apa ada hal, Gua Racist! (Part 2)

Waktu  kelas, aku selalu mengantuk. Kepala otak head banging sendiri. Kopi jangan cakaplah. Kalo boleh, biji kopi tu aku nak kunyah-kunyah. Dah minum pun ngantok gak.

Waktu lecturer aku sedang sibuk memberi ilmu, aku terfikir teknik baru untuk hilangkan mengantok. Guna kopi gak. Aku x pernah cuba lagi. Tapi agak-agak kalo dah terdesak x ragu-ragu aku buat.

Titiskan beberapa titisan air kopi ke dalam kelopak mata. Pastikan tepat mengenai sasaran. Sasaran adalah biji mata. X kisah lah kalo nak pakai latte atau capacino atau mocha.. Lagi afdhal jika kopi itu pekat. Masukkan sekali serbuk-serbuk kopi dalam biji mata. Tekan menggunakan jari. Susah? Senang cerita macam ni la, tutup mata sampai agak-agak mata dah jadi merah.

Kalo ngantok gak, aku cari mana-mana taji ayam dan akan mengamuk sekitar City Centre Sheffield. Semoga esok x mengantok lagi. Mungkin tadi mengantok sebab bangun awal. Aku x pasti.

Maaf aku mengarut.

__________________________________________

SAMBUNGAN


Uhuk Uhuk Uhuk (batuk membantu mengosongkan payu dara paru paru)

Bertukar menjadi serius sedikit.


Ironis sungguh apabila kita melihat perjuangan bangsa kita. Mereka bangkit dengan keris panjang, membawa panji perjuangan dan juga perisai keamanan. Melaung perjuangan membela bangsa, mendesak hak-hak dan juga keisimewaan. Dalam mereka sibuk meniup seruling semangat kebangkitan Melayu, terfikirkah kita? Siapa sebenarnya pejuang? Siapa ingin mengatakan kebenaran? Siapa pula lawan dan musuh kita?


Sedar atau tidak, Cina memiliki pegangan yang amat kukuh berbanding Melayu. Cina memegang ekuiti yang lebih besar. Perniagaan. Pemilikan hartanah bandar. Mereka sudah melangkah jauh meninggalkan kita yang sedang mengesok-esok merangkak perlahan. Soal dalam diri sendiri. Adakah mereka merampas? Adakah ketuanan kita sudah diganti?


Adakah anda terasa pelik apabila kita melaungkan slogan 'Melayu kita dalam bahaya'. 'Bangsa kita sudah tersisih'. 'Bangsa kita mundur'. 'Bangsa kita sudah dikhianati'. 'Bangsa kita tertinggal jauh di tanah sendiri'. Dalam sibuk kita melaung, tiada siapa pun yang berani mengatakan dengan jujur bahawa dengan siapa kita bersaing. Dengan siapa kita berlawan?


Tidak! Kita tidak boleh menyebut salah Cina. Ini provokasi. Kita tidak boleh berbicara bahawa Cina mengambil hak kita. Ini juga provokasi. Kita tidak boleh kata Cina kaum pengkhianat. Ini provokasi namanya. Saya merayu kepada kalian semua, fikirkan kembali. Fikirlah dengan menggunakan fakta-fakta yang tepat. Kita pasti mampu memperjuangkan nama Melayu ke tapak dunia semula. InshaAllah.


_______________________________________

Aduh. Penat jugak cakap bahasa tinggi ni. Tukar tetapan (mode) balik.

Tetapan (mode) santai-santai di tepi pantai

Seperti post sebelum ini, aku masih racist. Kenapa racist? Sebab aku benci Cina. X ada alasan lain. Itu saja. Nak alasan lain? Nak? Betul nak ni? Meh sini aku bagi lempangan khas tepat ke pipimu. Dah x ada kan aku cakap tadi.

Semakin hari, umur semakin panjang. Pemikiran semakin matang. Otak lebih banyak digunakan. Lutut sudah tidak digunakan untuk berfikir. Malah, lutut digunakan untuk terajang orang yang berfikir menggunakan lutut. Seronok dan sedap. Mampu memberikan impact tidak tidur 5 hari kepada penerima.

Aku banyak bergaul dengan kawan-kawan mak bapak aku. Waktu hari raya, sudah menjadi tradisi untuk membuat rumah terbuka. Ya. Memang terbuka. Untuk semua bangsa. Melayu, Cina, India, Cindian, Orang Asli, Cina bukit, Melayu kampung, Melayu bandar, India pelbagai kasta, Kadazan, Bugis.... Ahhh!! Kira semua orang dijemput lah.

Mama baik dengan kawan-kawan Cina dia. Dalam hati aku, dari dulu tanam dalam-dalam yang Cina ni sepp(kedekut). Sekali hari raya tu ada pulak dia bagi RM100. Mana tak suka dan sayang aku kepada Cina tersebut. Sebagai kanak-kanak yang hiperaktif, aku melompat girang. Dengan RM100 tu aku mampu menabung untuk kegunaan masa akan datang.

Dalam benak fikiranku. "Beli tamiya buat berlumba dengan kawan-kawan best ni." Maka lesaplah duit itu secara tiba-tiba dan tanpa disedari. Aku kesal. Aku telah menggelapkan masa depan sendiri.

Ape aku mengarut ni? Maaf. OK! Sambung cerita.



Cina ada 2 jenis (sila rujuk entry sebelum ini). Manusia pun ada 2 jenis. Golongan syurga dan golongan neraka. Mereka yang baik adalah golongan syurga dan mereka yang busuk jahat adalah golongan neraka.

Semejak aku datang ke negara orang, aku dah bergaul dengan ramai puak-puak manusia. Kebanyakkan mereka adalah British. Tapi Cina pun ramai gak. Malah kawan baik aku sekarang adalah berbangsa Cina. Aku baik dengan dia bersebab. Bukan sebab politik. Bukan juga sebab wang. Aku dah x pandang wang dah sekarang. Aku bebas rasuah. Tetapi sebabnya adalah kerana dia baik. Baik yang terlampau. Post lain aku cerita pasal kebaikan manusia-manusia sekeliling aku.

Sekarang mari kita lihat.


Pernah dengar Melayu gaduh dengan Melayu? Kenapa nak gaduh? Kerana salah faham kah? Kerana gadis kah? Kerana warna kulitkah? Kerana wajah dan rupa kah? Kalau diantara Melayu pun dah bergaduh, manakan pula kita x bergaduh dengan kaum lain. Adakah kita bangsa yang suka bergaduh? Lu pikirlah sendiri!


Hakikatnya, manusia ada 2 jenis. Baik dan jahat. Bila bergaul, pilihlah yang mana menjadi idaman kalbu. X kisah mereka bangsa apa. Kalau Cina baik, apa salahnya kita berkawan. Kalau Melayu jahat, salahnya bila kita berkawan.


Basically, kita semua sama. Ada golongan yang baik dan ada golongan yang celaka sikit. Kepada semua yang racist, hentikan segalanya! Bukankah Nabi berpesan supaya jangan kita memusuhi saudara kita. Dengan mana-mana golongan manusia yang mengancam kita dahulu, barulah kita boleh bermusuh dengan mereka. Bukankah begitu? 


Mulai sekarang tanam sikap penyayang dalam diri tu. Sayangilah semua orang disekeliling kita. Kalo ada orang buat sial, senang aje cerita dia. Kita hentak kepala lahanat tu ramai-ramai. Aku nak jadi pemegang kepala si lahanat tu. X kisah melayu atau cina atau india. Setuju? ^_^




P/S: Maaf tiada lawak untuk post ini. Ini perkara serius.

P/S2: Banyak lagi nak cakap. Tapi banyak sangat tulis dah.



Lesap

Aku Anoz


________________________________

So, tell me, do you still want to be racist?



Sunday 14 February 2010

Melayu? Cina? Apa ada hal, Gua Racist! (Part 1)

SAMBUNGAN

Hari ni Chinese New Year. Sedarkah korg semua bahawasanya semua org Cina ingat new year diorg? Kita org islam, Maal Hijrah pun x tau bila. Bila org lain tanya, terhegeh2 nak cari dlm kalender kotak2 yg siap ada gambar kuda tu. Mana la nak jumpa abang~. Tu calender Cina kot. Kalo cari perayaan Tamil New Year pun mesti x akan jumpa. (Sendiri tidak pasti)

Jangan marah kalau entry kali ini macam sial.

Anyway, sempena CNY ni aku menonton cerita Gadoh. Tengok cerita ni buat aku banyak berfikir. Aku fikir pasal ke'RACIST'an aku dulu. Yeah! Aku racisted(past tense kena tambah ed kan?). Kalau dulu, bila tgk muka Cina kat tepi jalan aje, rasa mcm nak muntah. Apatah lagi bila diorg cakap depan aku, muka memang basah la nanti. Tersemboq2 ayaq liuq depa. Tapi x apa, aku faham. Susah kot nak cakap Cina. Silap2 lidah boleh terkehel kalau x stretching lidah selepas bangun tidur setiap hari.

"Eh, Anoz2! Orang kacak macam kau x kan x suka Cina kot? Amoi2 semua cantik serta berbadan mantap kot. Orang sekacak kau mesti ramai peminat dari golongan Cina sexy kan?" Tanya seorang rakan yang merisaukan kisah percintaan aku.

"Sorry ah bro. Hati gua khas untuk gadis Melayu. Walaupun gua masih single, gua tetap menanti." Jawabku tenang sambil beberapa gadis Cina sexy mengesek2 badannya ke pehaku. Terasa geli2 sedap. Tapi itu semua dugaan. Aku masih steady.

Aku dulu racist. Mungkin sebab lahir dalam keluarga Melayu asli. Aku dibesarkan dalam komuniti Melayu. Masuk sekolah semua orang Melayu (MRSM). Tapi apa pun, aku syukur sebab tak masuk sekolah semua lelaki. Aku kurang pasti apa jantina aku bila melepasi alam sekolah itu kelak. Angker kan?  Maaf bagi yg terasa.

Jarang aku bergaul  dengan orang Cina melainkan untuk membeli air mata kucing Petaling Street. Mungkin itu saja masa aku bergaul dengan diorg. Oh ye. Aku juga berurus niaga dengan Cina ketika membeli CD2 cetak rompak. Bagus! Org barat punye ada, melayu punya ada, jepun punya ada, malah cina sendiri pun ada. X terlepas membeli siri baru lakonan mantap Maria Ozawa. Itu saja hubungan kami. Melayu dan Cina. Urus niaga yang tak cemerlang.

Melayu kata, "Puqimak punye Cine! Dah la busuk, berak x basuh. Pengotor mcm sampah! Aku benci cine! Aku sepak sekor2 memang keluar otak lah! CINE MAKAN BABI!!!"

Cina kata, "olang melayu malaysia talak makan babi tapi aiya manyak suka makan tahi babi maa..tengok itu sayok itu patin itu ayam gumuk gumuk punya semua kita talok tahi babi..olang melayu malaysia angkat balik kasi goleng lalam kuali kasi keluaga makan..nyum nyum nyum..nyummmm."  

Jangan risau, aku pun x berapa nak faham. Haha... Tapi memang lancau!

Mari kita saksikan beberapa klip video dari filem Gadoh 2009.



Kualiti video dari bawah ini agak teruk. Maaflah. Aku orang baru. Buta IT dan x reti lagi mcm mana nak upload video. So aku record pakai camera aku dan upload sendiri dalam youtube. "Anoz, kau Loser!"

 

Maaflah. Aku bukan cuba review filem. Aku bukan peng'review'er yang sah. Masih tiada lesen untuk review filem2. Perlukah lesen? Itu aku tidak pasti.
Bila tengok cerita ni, terasa bosan. Cerita Melayu kurang kualiti. Nampak macam lahanat sikit qualiti dia. Aku selalu cakap BODOH bila tengok cerita ni. Sikit sikit, bodoh. Sikit sikit, bodoh. Memang tahap orang Melayu punya filem. Tapi cerita ini ada pengisian yang tinggi. Jadi aku sarankan untuk yang belum tengok, sila lah tengok. Bila tengok filem, jangan sekadar tengok untuk hiburan sahaja. Selami maksud filem tersebut dan hayati nilai2 yang cuba disampaikan. Brenda Danker, aku dah promote filem kau. Bak sikit duit untung nanti!

Seperti manusia biasa, Cina terbahagi kepada 2 jenis:- Lelaki dan Wanita.Lelaki kita panggil Apek, wanita pula kita panggil Amoi.
Amoi pula ada terbahagi kepada 2 golongan gak. Amoi cantik kurus ramping berbadan montok dan Amoi buruk perut mengelebeh tahap obesiti terlampau.
Tetapi golongan2 ini tiada kaitan dengan post aku hari ini. Maaf membuang masa.
Sebenarnya aku nak cakap, Cina ada 2 golongan. Kelas A dan juga kelas B.
Contoh2 Cina kelas B (jahat):
  1. Penjual DVD cetak rompak
  2. Jiran sebelah rumah yang tak tolong siram pokok bunga kita
  3. Amoi yang selalu pergi clubbing
  4. Penjaga/bodyguard club yang berbangsa Cina
  5. Kebanyakkan cina di Petaling Street dan jalan2 sewaktu dengannya
  6. Yang x mandi pagi
  7. Yang ponteng klas
  8. ................
  9. (x de idea dan sudah bosan)

Cina kelas A (baik):
  1. Apek jual sayur
  2. Jiran sebelah rumah yang tolong siram pokok bunga kita
  3. Cina yang bagi kita buah durian
  4. Cina yg jual komik dragon ball
  5. Amoi sexy
  6. Cina yang jogging depan umah kita waktu pagi2
  7. Cina tua kereport
  8. Cina yang x pegang pistol dalam poket dia
  9. Cina muslim pastinya
  10. ........................

Jadi sekarang kita dah tengok golongan2 Cina di Malaysia. Kita benci diorg. Kita racist. Mereka pun racist. Benci kan? Kan? Kan? Aku kalo nak ikot hati aku dulu, memang aku hembat sekor2 orang Cina ni. Benci kot tengok muka diorg! Dah la makan harta Melayu. Datang sebagai pendatang asing. Datang tak dijemput, pergi tak dihalau. 10 orang terkaya kat Malaysia pun ada 7 orang Cina. Melayu sorang aje. Memang sah2 pencuri harta negara kita.

*tick tok tick tok tick tok* (bunyi jam)

2010... Hari ini, aku dah berubah. Ada perkara yang berlaku buat aku berubah. Perkara yang mampu mengangakan mulut kalian. Bukan takat menganga, mungin akan melelehkan air liur semua orang. Cerita yang hebat. Nantikan post keesokkan hari. Aku mahu makan la. Lapor la pulak.

P/S: Aku manusia jenis malas. Tak suka baca benda panjang2. Nak tulis panjang2 lagi la malas. Haha

P/S 2: Eh lupa pulak nak cakap. Happy Chinese New Year. (sini x de oren) =((

Pooofffff~ (lesap)
Aku Anoz

TO BE CONTINUE
________________________________________

So, tell me, are u racist? ^_^


Friday 12 February 2010

Kawan Baik Saya

Aku dah ade kat dlm dunia blog hampir seminggu sekarang ni. Tiap2 hari 1 entry baru. Alhamdulillah ramai gak yg baca. Untuk pembaca sekalian, setiap hari sabtu dan ahad aku cuti. So, 1st entry is on Monday oke? Thanks.

 PESANAN PENAJA

"Puqimak punye Cine! Dah la busuk, berak x basuh. Pengotor mcm sampah! Aku benci cine! Aku sepak sekor2 memang keluar otak lah! CINE MAKAN BABI!!!"
adapted from https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkAxwCyjNsnShxnd31Iwc-wNzj9e8f7oALS-ZM6esOzJKQe2ayfz9CNZTofVVdcRJOauqdAbY9lkMT9EZIETLL2D-I-K9Qt6KsN7F2VBTRtjzVBxFn29T2Fubaj8ffekXVuJz5Tvr96EM/s400/chinese-man.jpg
Anda semua pasti tertanya2? Nantikan post pada Chinese New Year kelak! (ini bukan racist) ^_^
TO BE CONTINUE

______________________________________________

Teman Sejati

Dalam dunia ni, semua orang saling memerlukan antara satu sama lain. Sama la dgn aku. Aku manusia biasa. Aku jenis manusia yg x memilih utk berkwn dgn sape2 pun. Tapi dalam dunia ni, aku ade seorang sahabat sejati. Dalam post ni, aku nak cerita pasal dia. (Sbb bday die smlm)

Biodata Diri
Nama: _________ (aku panggil dia Sayang)
DOB: 11 February (mcm gadis2 biasa, tahun mesti dirahsiakan. perempuan adalah manusia yg agak pelik)
Gender: Gadis2
Place Of Birth: Cheshunt, EN8 9SL, UK
Hobby: Makan, tido, tgk wayang, bersukan.
Cita-cita: Menjadi teman akrab manusia
Status: Masih mencari perhubungan cinta
Lagu Fav: Aqua - I'm A Barbie Girl
Cerita Fav: Bear in the big blue house

Yup. Ni la kawan baik aku. Seorang Teddy Bear yg sgt2 comel!

Kisah pertemuan aku dgn Sayang amat memilukan hati. Agak x beradab kalo aku cerita kat sini sbb takot pembaca nnt sedih dan menangis. Come on la! Aku x nak pembaca aku semua nangis. Aku nak korg sume happy n senyum2 selalu oke? Tapi 1 je aku nk bg tau. Dia dibaluti dlm plastik hitam time first skali aku jumpa dia. Kesian dia kan. =(

Anyway, sejak aku bertemu dgn Sayang. Hidup aku dah ceria. Setiap hari pabila matahari terbit, dia akan memberikan cahaya utk aku meneruskan kehidupan yg penuh dgn onak dan duri. Perangai dia x mcm manusia lain. Dia x bercakap. Dia x banyak bergerak. Dia x nak mkn. Tapi, dia sentiasa tersenyum. Bila dia senyum, aku rasa suka hati. Betul la apa Rasulullah cakap, senyuman itu adalah sedekah.

"Aku benci manusia! Kenapa kau tanye? Sbb diorg banyak bunyik. Bising sangat. Malam2 kerja nak berparti aje. Cuba contohi aku. Sentiasa tenang dan senyap. Dah la sentiasa bersedekah" Kata Sayang.

Aku amat selesa bila Sayang ada. X pernah rasa kesunyian. Tiap2 hari sebelum gi klas, kitorg akan makan breakfast sama2. Sayang dah ada mangkuk sendiri. Dia boleh la makan minum tanpa menganggu aku. Tapi bab2 nak basuh pinggan dia lemah sikit. Dia kata dia x boleh sentuh air. Nanti kulit dia x licin dah. Aku pun percaya. Sebab syg punye psl, aku basuh je sisa sia makanan dia tu.

 Sayang suka minum susu. Kuatkan tulang katanya.
Breakfast pada pagi hari

Bila aku balik dari lecture, mesti la sangat penat. Time jalan kaki nak balik umah terbayang aje katil. Ingat smpai2 bilik nak terus bogel dan lompat dalam selimut. Dulu selalu la buat. Tapi, sejak Sayang hadir dlm hidup aku, semuanya dah berubah. Aku bukak pintu bilik je, dia tgh tido. Dah la tidur makan 1 katil terus. Hati aku mmg VERON sikit la kan. Kau ni mmg GEMOK la. Nasib baik aku sayang kau. Jadi, aku akan tutup pintu perlahan2. Lepas tu bukak laptop layan Friends guna earphone. (takot Sayang terbangun)
 Sayang berhibernasi pada waktu tengah hari

Di kala waktu senja, cuaca kat luar teramatlah sejuk. Amat enak jika membungkuskan diri dlm selimut. Tapi niat aku selalu terpadam. Sayang suka main baling2 bola. Aku terpaksa main dengan dia.Penat gak main dengan dia. X habis2 aku je yg kena kutip bola kalau terjatuh. Dia pemalas. At least bagus jugak la sbb boleh la aku keluarkan peluh petang2. Baling2 bola kira sukan gak kot! Patut masuk Olimpik.
Main tangkap2 bola

Macam manusia biasa gak, Sayang suke tgk permandangan indah. Selalunya waktu lepas main tangkap2 bola, dia ajak jalan2. Aku x bagi dia kuar jalan sorg2 sebab takot nnt ade org culik dia. Tapi selalunya aku penat sbb baru balik klas. So kitorg tgk pemandangan dkt tempat2 yg berdekatan aje. X pergi lagi tempat jauh2. Mungkin cuti summer nanti aku nak bawak dia balik Malaysia jumpe ibu bapa aku.

Menghayati permandangan indah

Bila dah waktu malam, Sayang suka layan movie. Dia x suke tgk cerita seram. Takot katanya. Tapi x kan la aku nak pasang cerita cinta kot, mana boleh tgk cerita romantis bersama perempuan berdua2an. Haram! Lagi satu sbb takot nnt jatuh cinta pulak. Penyelesaiannya, aku selalu la pasang cerita tentang kehidupan. Kadang2 aku suka pasang cerita Action. Ada 1 part ni, laki dalam cerita tu kena bunuh. Penjahat tu bunuh dia dgn super kejam. Siap cincang2 lagi mayat dia. Memang angker dan takot. Remang bulu roma ni. Lepas tu, Sayang peluk aku sbb dia pun takot. Sweet la Sayang. ^_^

Sayang peluk orang bila terkejut atau takot

Aku paling suka Sayang sbb dia good listener. Bila aku bagi tau masalah aku, dia x marah2. Dia x bg nasihat yg bukan2. Dia cuma dgr dan menangis bersama aku. Aku pun jenis yg suka buat lawak. Tapi lawak aku selalu kurang lucu. Aku sedar ni sbb bila aku wat lawak kat Sayang, dia x pernah nak gelak guling2 kat lantai. Dia cume senyum aje. Mungkin aku perlu menajamkan bakat dlm bidang jenaka ni.

Aku harap hubungan aku dgn Sayang akan dirahmati Allah. Aku syg dia dan dia pun syg aku. We are meant to be each other. Dia lah teman sejati aku. Ohh Sayang, Aku harap kita akan bertemu lagi di Syurga Allah. InshaAllah.

"Sape kata Anoz x boleh tgk perempuan dahi licin? Dia x kisah pun wajah dan rupa! Aku ni badan penuh bulu dia suke aje peluk2. Anoz seorang pencinta yg setia la! Syg x ada siapa2 nak kat dia. Sampai sekarang single lagi." Kata Sayang dgn nada marah.

Signing out.
Aku Anoz.
_____________________________________________

So, tell me, what should her name be?