Wednesday, 17 March 2010

Weekend in Warwick and Birmingham - Pusing Satu Bandar Birmingham ( Part 2 of 3)

 SAMBUNGAN

Sedikit coretan hari Sabtu 13 Mac 2010

Jam 10 pagi bilik yang aku duduki diketuk lembut. "Assalamualaikum" kedengaran suara gadis di sebalik pintu.

Aku terus bangun dari tidur dan menghala ke pintu. Pintu itu aku buka dengan perlahan. Kecil saja ruangan pintu yang aku buka. Cukup-cukup untuk mataku yang agak sepet melihat luar. Agak segan jika aku buka pintu sepenuhnya. Selalunya rambut selepas bangun tidur agak serabut. Ayat afro lebih sesuai digunakan di sini. Jatuh la saham jika gadis di luar pintu ini melihat aku berambut afro. Tak kacak, tak tampan dan tak akan menjadi idaman gadis-gadis.

"Anoz, nanti kol 12 kita semua nak pergi jalan-jalan kat Birimingham. Awak ikot sekali kan?" Kata gadis itu dengan lembut. Aku pun menjawab ya dan controversy conversation pun tamat. Aku tutup pintu dan fikir, Milik siapakah gadis ini. Wajah lembut bagaikan sutera (lagu arwah Sudirman)

Mimpi kah aku? Tak pernah lagi bangun-bangun ada perempuan cantik di luar pintu. Huahuahua...

Ohh. Baru teringat. Gadis itu adalah Auni yang aku baru kenal semalam. Gadis dari Plymouth. Semalam Syafiq suruh dia jalan-jalan dengan aku. Nak tak nak, dia terpaksa cakap ya jugak. Walaupun dalam hati, aku tahu dia tak mahu keluar dengan aku.

Sebab apa kamu nak tahu?

Sebab semalam aku agak senyap dan tak berapa ramah. Ramai orang kata aku garang. Tapi realitinya, aku cuma agak segan. Mereka kata muka aku agak bengis dan sukar untuk didekati. Cuba kamu tatapi potretku di bawah ini. Ada nampak seram ke?

Potret diambil selepas mereka kata muka aku garang. Dalam bilik Syafiq.

*************

Jam 12 lebih tengah hari. Segerombolan pelajar Warwick bersama lecturer mereka bergerak menuju ke Birmingham dengan kereta api. Aku follow juga buat muka tak malu. Ketebalan di muka sudah berkurangan akibat semalam aku dah sembang dan berkenalan dengan mereka hingga jam 6 pagi.

Kami semua berpisah di Station Birmingham New Street. Aufa dan Auni sahaja yang menemani aku. Ikut hati, sebenarnya aku nak pergi Warwick Castle. Tapi Aufa dan Auni ni orang perkampungan Plymouth. Mungkin mereka ingin bershopping di bandar kedua terbesar di UK. Walaupun agak keberatan, aku pun okay aje sebab mereka majoriti. "Follow je lah noz, tak payah banyak bunyik~" monolog dalaman.

Seperti golongan-golongan ibu yang lain, penat nak menunggu mereka ni beli barang. Masuk satu kedai, keluar dengan tangan kosong. Masuk kedai yang lain, masih lagi keluar tangan kosong. Makk Aihhh, bila mereka nak beli barang ni?

Last-last, aku pergi TK Maxx dan beli sweater putih dan topi putih. Lepas bayar aje aku tanpa segan silu tukar pakaian di dalam kedai tu sendiri. Keluar-keluar saja, Auni dan Aufa terkejut sebab dah pakai baju kaler lain. Diorang cakap, nampak suci sikit sebab berpakaian putih. Aku bangga. Haa.. Baru lah nampak imej aku sebagai jejaka kacak tampan dan disukai ramai. ^_^

Lepas tu kami meneruskan destinasi kami. Berjalan sekitar Birmingham. Malas nak cakap banyak, kamu tengok sendiri lah gambar di bawah ni.

Gambar diambil menggunakan kamera RM700 yang aku beli kat Malaysia. Style tak? Aku bangga dengan gambar ni.

Kami tersesat sebenarnya. Nak cari kedai makanan, tapi terjumpa church ni pulak. Lepak jap duduk-duduk. Auni ni muka je lembut dan ayu. Tapi kalau lapar, boleh mengamuk. Jadi kepada bakal suami Auni, jangan biarkan dia kelaparan. Bahaya. Ini dia sendiri yang kata. Bukan aku cakap ye. ^_^

Di tengah bandar Birmingham. Apa jadah pun aku tak tahu apa bangunan kat belakang tu. Saje ambil gambar yang gelap. Tak mahu tunjuk gambar aku pakai topi putih. Lucu lah. Nanti kamu gelak.

Lebih kurang jam 7 malam, kami menghala pulang ke Warwick. Penat sudah jalan-jalan. Bersepah pulak jumpa orang melayu kat Birmingham tadi. Aku pun tak faham kenapa. Kat Warwick nak pergi jumpa orang gak. Penat~

****************

Lebih kurang jam 9 malam, kami dijemput untuk makan malam. Orang tak berapa nak ramai. Aku pun mula menunjukkan taring dan gigi yang terabur. Baru orang semua tahu sifat sebenar aku. Banyak cakap dan ramah. (Puji diri sendiri jap)

Sembang punya sembang punya sembang punya sembang, jam menunjukkan pukul 3 lebih. Aduh. Dah lewat. Kena tidur. Esok kena bangun awal. Nak kena pergi Birmingham lagi. Kali ini dengan tujuan asal. Melihat perlawanan akhir Kejuaraan All England.

_______________________________

Nantikan post esok tentang kejuaraan All England dan saat kemenangan Datuk Lee.

Aku Anoz

BERSAMBUNG

34 comments:

Merah Baldu said...

garangnye muka anoz..takuttt.cmne diorg leh ckp muka anoz garang??

Anonymous said...

tak garang langsung! mcm mke anak sdare maC..kiut2 je.. ahahahaha

devoted lily♥ said...

ahaha..
suka gambar 2nd last..
mcm photo shoot utk promo drama lak..
cantekkkkk..

-aku jeles-

sepul said...

anoz. kirim salam kat perempuan tudung pink tu. kiut lah. haha..

ihsan_huhu said...

muke pecah rumah siot.

sjaa64 said...

okey ape pkai putih anoz~
(^_^)

cha said...

aaa jeles jeles :)

B L O G D E T said...

huiii-wut happen to ur face?
poker face?haha-dex gurau je ea..
best la weekend2 anoz kat sana-man best?weekend msia or sane? ;D

si bulat said...

mmg muka garang la...haha..=)

Arfah Radzuan said...

whoah, gambar mcm ketua phjht. lariiii! :D

zai said...

serius kalo zai pon takut nak tegur, muka garang, cube senyum selalu..barula org ckp xgarang..
nwy pic yg cun

Ice Juliette said...

arghhhhhhhhh!!!!!!! pnyamun.......... larikkkkkkkk.... ahaha.. nape uat muke garang, cube senyum cket.. dpt phale sbb senyum tu kan sdekah... huhu

qamarguyz said...

salam ziarah..
bestnya k0 merayau2..huhu..
muka tu cam buat2 garang jew ak teng0k?.. ;)

zacharias said...

muka wanted gile. aku rasa, kalau tampal kat uni, mesti first impression orang ingat burglar, tak pun perogol bersiri.

tapi yela, cam hang kata, menilai dari hatimu yang suci bak salju itu.

aku dulu, rajin gak gi birm, pasal nak gi villa park, tengok aston villa vs mana2 team yang best. lagipun ada masjid saddam husin yang sekarang dah ditukar nama.

oh, hang pi warwick sesat tak? berhenti turun di pekan coventry berhiaskan lady godiva.. dan bukan pekan warwick

Anonymous said...

anoz lawak sekali. haha

deqyalalink in-situ said...

bestnye kauu melepak brminghamm..aku ni stakat mkn chewinggam boley leeee

Azuan said...

wah ko tengok live ke perlawanna badminton tue..mantap!!!

Anonymous said...

muke samseng jalanan. muke kite same! hehehe

Syida Shu said...

ahhaha . anoz muka garang . :P

rhapsody LiN said...

ahaha... muke bengis lol...
:pp

tp bila pkai bj putih tu nmpak suci sikit.hehe~

Anonymous said...

anas, smlm bru la ktorg shopping, beli brg2 yg da diusha a day earlier with u.ahah :P

nwayh, nice pictures! (:
thnanks yah for being our so called tourist guide.sampai sesat kot.heee :P

-auni tuan azmi

Anonymous said...

muke mmg garang..tp x takut pun..muke x ganah lasum..kuikuikui

si para para said...

dasat la ko bro..ko blaja ape kat UK..kagum betul aku rasa..ada jugak kawan balajar kat tempat sejuk tu..eh kita kawan kan...

redrum said...

ceh..!garang menda..
cam muka tahan berak je bro..hahaha

Norashikin Abdullah said...

wuu smart oo..abg anoz pakai wrne putih...pic ats skali..x nk serius lg mukenya..kucing pun takut..hehe
gurau je

Norashikin Abdullah said...

wuu smart oo..abg anoz pakai wrne putih...pic ats skali..x nk serius lg mukenya..kucing pun takut..hehe
gurau je

Ice Juliette said...

erm... abg anoz (leyh kan pngil abg cuz kmoo lbeyh tua dr ice) nk mintak soey cuz kate muka cam pnyamun.. tp ice tahu yg kmoo nye hati baek n kmmoo benaunye jejaka kacak...


xde niat pon nk kate kmoo begitu hanya bergurau sje.. T___T gase bersalah.. maaf



yg bersalah:
Nuur Atika a.k.a ice

aNoZ said...

merah: hehe.. diorg ckp mcm tu sbb time awal2 anoz x ckp ape2. senyap je. tu yg diorg assume mcm tu. hoho

macy: booo macy. x garang eh? kiut pun best ape! haha

lily: thnx. ala. x usah jeles. nnt kau dtg sini plak. hehe

sepul: haha.. okeh. nnt aku cuba.

ihsan: haha.. bia pecah rumah. jgn pecah hati org. haha

jaa: haha.. thnx. tp nmpk pelik la. mcm hiphop sket. haha

sasha: heeee.. dont be. ^_^

dex: hmm.. weekend kat sini bes gak. boleh la nmpk bnde lain2 sket. hehe.. tp sbnanye tmpt x penting. yg penting time that we spend with our friends. kan? haha

zuen: ye ke? ishh.. comel. haha

apahaha: haha... jgn lari jauh2 ye. nnt dtg singgah lg. tgk perubahan kpd ketua baik plak. hoho

aNoZ said...

zai: hehe.. jgn la takot zai. x elok wat assumption dgn wajah org. ehhe.. sy bdk baekkk! hehehe

ice: haha.. mmg suke senyum pun. tp org kata senget sbb selalu senyum. haha

roy: haha... mmg buat2 pun. nnt aku wat muke comel, ramai plak tergoda. haha

zach:haha.. setuju ngn ank. biasa la tu. x elok judge the person by his face. tol x? haha... warwick x sesat. birm je sesat. ngada2 nak gi tmpt lain dr lain. haha

laskar: haha.. part mana yg lawak plak ni? aduh. hehe

deqya: haha.. ape kaitan chewinggam ngn birmingham? ade2 aje..

azuan: hehe.. mantap!

anonymous: haha.. muke same? sape kau?

syida: garang tapi lembut. huahua

lin: hehe.. suci ye? nmpk mcm bdk hiphop la. haha

aNoZ said...

auni: haha.. laa.. awat x beli time kite same2 tu? ngada2 tol die ni.. sbb segan eh? hehe

anonymous: cara ckp mcm mira hamira aje. haha... bagus la x takot. hehe.. jgn takot. aku takot lg ngn kau..

parapara: haha.. mesti la kawan. hoho... blaja biomedical engineering. pnah dgr ke? hehe

redrum: hahaha... sumpah mengarut. tp x pe la.. diri ini kesepian sbb muke x kacak. ahha

ekin: hahaha... x pe.. putih mcm bdk2 hiphop la. geli pakai sbnanye. haha

ice: abang? haha.. lucu je bunyi die. aduh... hahaha... ice ni klaka la.. none taken. no worries. ^_^

surayasafie said...

hahaha...muke u mmg nmpk grg...kalo senyum ok...cute...hlg grngnya...ok tak comment ni??:)

Ice Juliette said...

hahaha! yela2, xpngil abg ag.. huhu! emg kalaka sje munyiknye.. pngil en.anoz ea.. ^^ naseb baek xmara.. thnx xmara.. senyum2 slaloo k.. >_<

B L O G D E T said...

oo-betol2-setuju ngan anoz-besst gilakk tuu-hapenningg kan-nak ke sana!nak ke sana! ;D

Unknown said...

eheii. garang tapi dat scar is so suwett! apekahh?? hahahaha