Thursday, 25 March 2010

Aktiviti Harian Pelepak Tegar

Salam

Aku rasa aku dah lama tak buat lawak bangang. Terasa kelam pula blog aku kali ni. OK OK OK!!! Nak buat lawak bangang. Jangan lupa gelak ketawa ye. Pastikan tali temali dalam usus tu semua putus.

Kenapa lagu-lagu dari Korea Selatan, dengar pertama kali pun dah rasa suka?

Kamu tak tahu? Aku tak berapa suka makan tauhu. Tapi tauhu bakar memang sedap.

Kalau kat Malaysia, setiap hari boleh lepak mamak. Aku rindu mamak. Kat sini tak ada mamak. Kalau ada mamak pun, mesti dia tak bukak kedai. Apa jadah jadi mamak kalau tak buka kedai? Pergi la bukak kedai kat Rasholme sana! (Tempat tumpuan kedai-kedai makanan halal di Manchester)

Sekarang musim cuti. Sepatutnya waktu cuti ni, setiap malam wajib ada kat kedai mamak. Kedai mamak belum bukak lagi pun kita patut tunggu depan pintu dia dengan setia. Baru lah tak jatuh martabat sebagai pelepak mamak tegar. Rakan pelepak tegar pun pasti akan tabik spring sama kamu.

Tapi kadang-kadang, misi untuk ke mamak akan terbantut. Ini kerana tiada rakan yang boleh menemani sesi mamak yang keramat ini. Untuk itu, sebagai ganti kepada sesi kopi o ais dan tetani di mamak, aku selalunya akan memecut laju Si Comel (Kereta Kembara silver WKB 146) tanpa arah tuju. Boleh dikatakan agak bangang jika kamu stay seorang diri di kedai mamak itu. Jadi, lebih elok beredar atas tujuan untuk memukul angin jalanan. Seronok.

 Ni adik kepada Si Comel. Kacak kan? Si comel dah tua. Kembara lama tu banyak karat dah. =((

Bila kita memandu, tujuan kena betul. Bukan untuk berlumba. Tapi hanya untuk merasa pukulan angin lincah di muka sendiri. Kita juga boleh jadikan ini sebagai sesi penghilang serabut kepala. Sel-sel neuron dalam kepala otak mula berevolusi menjadi sabut-sabut kelapa. Tempurung kepala dikukur untuk mendapatkan isinya. Lantas isinya diperah-perah untuk mendapatkan santan. Masak kari memang sedap. Nyummm~

Memang seronok menghabiskan minyak kereta tanpa arah tujuan. Lebih-lebih lagi bila minyak kereta telah diisi penuh oleh ayahanda tercinta. I Love You! Muahhh! Sambil sebatang rokok dunhill membara di celah-celah jari, menandakan semangat aku yang membara-bara untuk memandu ketika itu. Padahal drive 60km/h saja.

Aku rindu zaman di Malaysia. Sini tak ada mamak. Sini pun tak ada kereta. Tunggu la aku balik Malaysia nanti. Habis semua kedai mamak aku akan singgah. Jaga-jaga Si Comel, anda akan dilenjan cukup-cukup. Auuummmmmm!!!!

P/S: Tiket flight tak beli lagi. Aduh lagi!

Aku Anoz yang rindukan Malaysia

29 comments:

Merah Baldu said...

kesian kete yg xbrslh..ape ni anoz..sngt berkobar2 nk p lepak kedai mamak m'sia tp tiket pun xbli lg.cm xnk blik jer..hah

MiztER MURTphalanx! said...

wahAHa.. mamak di cari! YO,mamak, ade fan tegar kat sini... haHA!

Anonymous said...

hahaha... lucu lah kau ni! hahaha

rizal jabai said...

lau kt sane ko tebar roti..ko bukak la mamak..huuu

ihsan_huhu said...

bawak2 r benti isap rokok. budak2 bogan je yg isap rokok

mimi mimi said...

anas, belanje ak roti tisu! hehehe

TiTin said...

cpt2la blk mesi, kalo rindu sgt kt mamak...

sy yg kt mesia ni pun jarang lepak mamak..lepak kt umah je...

nursarah said...

kalau dak laki mesti kes rindu kedai mamak.. takde benda lain. heh

[z@ck] said...

aku jua rindukan malaysia!!!!

iema_z said...

tak payah balik!=P

zaizax said...

yeshh betul drive mmg boleh legakan sgala bagai problem tp bkn dgn hisap dunhill, hoho pendek umo

Iman said...

yeah..rindu Malaysia sbb kedai mamak.
and me angn adik slalu jek drive kemana-mana cmtu.buang minyak, kunun hilang stress.lol

NAJ HEBAT said...

nak balik msia dah??
tarak barang ke utk naj??
miahaha..
nnt den sambut kat klia.. dekat je ngan umah.. sekangkang anjing..

joegrimjow said...

nak mapleeee

deqyalalink said...

kereta mcm dah jadik brg mainan anoz je huhukkk//btw cepatla beli tiket !

aNoZ said...

merah: hahaha... tgh tnggu tiket murah la. lps dah beli baru la kobar2 yg sebenar. haha

murtphalanx: haha.. mana mamak itu? aku mau jumpa. hoho

anonymous: haha.. thnx ah!

rizal: pergh.. aku tebar roti, abes koyak nnt. haha

ihsan: hehe.. thnx utk nasihat tu. hoho

mimi: aik. asal aku lak? kau la blanje aku yg sedih ni. haha

titin: ye ke? x pe. nnt balik malaysia kite lepak mamak same2 ye. haha

nursarah: hahaha.. agak la.. tapi kalo ppuan plak rndu ape ye? hmm. hehe

aNoZ said...

zack: aik.. kjap je dah rndu malaysia? haha

iema: haha.. super kejam ohhh!!!

zai: haha... bwk kete laju2 tu lg la pendek umo. huahauhua

iman: haha.. buang minyak tu la yg tambah stress.. pelik tol kan? haha

naj: erk. haha.. nak beli ape? kirim lah. ingt free ke ape? huahuahua

joe: mari mapley! hoho

deqya: wah. asal paksa ni? haha.. kalo sy beli tiket pun nk wat ape? huahuahaaaa

ice juliette said...

haha! rndu kat mamak je?? kat mama mr.anoz x kew?? uitz, rokok membahayakan kesihatan laa..

Norashikin Abdullah said...

eh ekin tnggal penang..mai sini..bnyak gler kedai mamak..boleh pilih2 lg nk hensem, putih, gelap sket, gelap sgt..muahaha
tak de perasaan kot
tiap2 ari ekin dok mkn roti canai depa sbb sdap..huhu
uihh mlampo nor, blom bukak dh terpacak diri tnggu

zacharias said...

hang bukak la kedai mamak kat uk. bukan susah pun buat roti canai

anajoe said...

anoz,
pe kate anoz je yg bukak kdai mmak?
mkn kt kdai sdri jep.
xyh bzir duit kn3.?
ngeee:D

cik bunbun said...

hehh. rindu malaysia ke awek kat malaysia? wakaka.

tahtah anak encik mamak tu awek anoz takkk. haha

si para para said...

err bro..ada berita sedih ni...

semua kedai mamak kat melaysia dah tutup..semua dah balik negara masing masing...

err ni ada berita gembira pulak...

sebenarnya berita sedih tu rekaan semata mata..wakakkaka

nak anak kena tekle bapaknya dulu..hehe

miera said...

wahaha anaz2..
aku sanggup bertukaq tmpat ngn hang..
ang mai mesia..
aku pi sana.. mau???

Yatre Hayati said...

pelepak mamak tegar kah???

yeah..hi5 !!

hans said...

ko jadi lah mamak
buka kedai dkt sana
amacam?
hahaha

Syida Shukor said...

i pun suka lepak di mamak sampai menghirup teh tarik (;

assyuhada said...

uhu...
sdey juge dgr luahan hati anak di perantauan....
bikin syer cuak ...

malaysia oh tanah airku...

Kyuubi_85 said...

anoz, apa kata ko pulak jadi mamak kat sana. haha

mesti laku org puteh nak g mkn tt ko. haha