Friday, 5 March 2010

Kucing Pilihan Keluarga (Part 2)

Salam

Cerita pasal kucing, aku pun pernah ada kucing kat rumah. Kamu semua ingat konsonan yang penting tu; PERNAH.
________________________________
 SAMBUNGAN

Rumah aku ibarat Mid Valley bagi kucing. Datang tak dijemput, pergi tak dihalau. Sekurang-kurangnya, 3 ekor pasti ada yang berkeliaran. Namun begitu, hanya kucing yang berani dan tahan sepakan serta lontaran aje yang mampu menjadi kucing pilihan.

Ya! Aku amat tegas untuk pemilihan kucing-kucing ni. Kucing pilihan ni ialah kucing yang akan tidur serta berjalan-jalan di dalam kawasan pagar rumah aku. Calon-calon biasanya aku mencalonkan diri sendiri dengan cara selalu melepak di kawasan dapur dan mengiau-ngiau secara lebih kerap. Setelah menjadi calon, mereka akan diuji dengan ketabahan fizikal dan juga mental.

Ujian Fizikal
Calon-calon akan diuji kekerasan badan mereka. Ini teramatlah penting kerana calon yang terpilih akan menjadi penjaga rumah. Mereka juga akan mengelakkan serangan serangga-serangga kecil dan juga amfibia yang menjijikkan. Untuk ujian ini, aku biasanya akan menyepak dan membaling mereka. Biasanya kekuatan sepakan akan meningkat jika calon masih tidak mengalah. Sekali-sekala, penyapu juga akan digunakan.

 
Ini adalah contoh gambar bagaimana kucing-kucing ini akan diuji.

Ujian Mental
Calon-calon dikehendaki meminta makanan daripada aku dengan cara yang paling manja sekali. Hipotesisnya begini. Jika bukaan mata lebih besar, lebih comel lah kucing itu. Semakin comel kucing itu, semakin banyak makanan akan diberi. Tetapi perlu berjaga-jaga juga. Jika calon meminta makanan terlebih comel, mereka berisiko akan dihalau dari rumah secara kasar. Taktik kotor seperti gigit-gigit kaki dan cakar-cakar peha aku juga tak dibenarkan.

Menggunakan kedua-dua ujian ini lah, kucing belaan akan dipilih. Walaupun aku dah ada kucing dalam rumah, perlu juga kucing untuk jaga kawasan rumah. Kalau pencuri masuk, memang sah kena gigit. Nak kena gigit dengan kucing? Datang lah rumah aku pada waktu malam.

 Contoh kucing sedang menjaga kawasan perumahan dari anasir jahat.

 
Akibatnya apabila kamu memecah masuk rumahku.

Ujian Terakhir
Kucing-kucing yang bertuah akan dibenarkan tinggal disekeliling kawasan rumah aku. Mereka akan diberikan masa dan dikehendaki untuk tidak kecing atau meninggalkan najis merata-rata. Namun, aku tak adalah begitu kejam. Calon tidak akan terus dilupuskan setelah melepaskan najis pertama di dalam rumah. Beberapa percubaan akan tetap diberi. Hanya sampai  tahap maki hamun serta sumpah serana dilepaskan, baru lah kucing ini akan di halau.

Siapa yang tahan dengan najis kucing? Aku pasti dan yakin kamu semua tahu bau najis kucing. Hancing kan? Ada sesiapa yang tak tahu bau najis kucing? Sila sertakan alamat surat menyurat kamu. Akan aku poskan bau dan aroma najis kucing ini kepada kamu. Sila sertakan wang pos sekali ya! Terima kasih.

 
Kucing yang meninggalkan najis merata-rata akan disoal siasat seperti ini.

The One
Kucing yang terpilih akan menjadi kucing kesayangan keluarga. Mereka akan diberikan makanan yang enak-enak serta susu untuk menguatkan otot mereka. Mereka juga diberi tempat tinggal yang selamat dan kucing-kucing betina yang comel-comel. Sungguh beruntung jadi kucing kan? Free je dapat gadis comel-comel.

Jika kucing terpilih ini melahirkan anak, anak-anak mereka juga akan mengalami proses yang sama. Ujian fizikal dan mental akan bermula sekitar umur mereka mencecah 6 bulan. Jika mereka gagal, mereka akan dihalau. Begitu juga dengan ibu dan bapa mereka. Strict tak aku?

P/S: Kebanyakkan cerita ini auta. Don't worry. ^_^

P/S2: Jadikan cerita ini sebagai pengajaran. Jangan sekali-kali menyeksa kucing. Nabi kita sendiri amat gemarkan kucing. Berdosa tau seksa haiwan ni! Ingat oke!

Aku Anoz

TAMAT

_____________________________

So tell me, have you got a cat?


32 comments:

Norashikin Abdullah said...

haha hui kelako beor, itu dah mcm temu duga nk cri guard utk umah je..haha
tough la kucing abg anoz ni..
ekin ske kucing, tp penakot yg amat..haha
msti jerit kalo dtg dekat..mcm mne tu

ekin fiz komen..yeaaa

pedang said...

ko memang sangat kejam doh! jahat gila babi. sian kucing2 umah ko tu. haha

angahpikah said...

ngokngek mung nak wat pemilihan sampai gitu. Kalau aku jadi kucing tu, aku rela masuk askar. Sekurang-kurangnya aku brkhidmat untuk negara dari tuan anoz. Kui3.

Kesian kucing-kucing ang. Depa sure sanggup mati lemas seperti hamster. Hahahaha

zacharias said...

bro, lu bab kucing ni kena hati2 lebih sket.. sebab hadis nabi specific woo.. cerita orang masuk neraka pasal kucing... hang nak masuk neraka? aku pasti dan yakin hang tak mo, walaupun hang suka pi konsert.

rhapsody LiN said...

aku PERNAH ada seko dlu.. bes giler.. keje kitorg gunting misai dia smpai kontot time kucing tu tido. ahaha~

tp skrg dh taubat. :p

AzuanBudakMemandai said...

rumah aku ada sekor kucing..dah lama kot duk situ..

mimi mimi said...

weyhh
seb baek suma auta
kalu x siap ko

ak sensitip bab2 keceng neh
nmpak kucing minom air longkang kat DS dulu pon sampai menitis air mata aku taw...isk isk

dell loVe said...

hohoho...kucen22 ak sume dtg dan pergi,.uhu..sedey22...yg paling tough bertahan pon sampe 8 thn..nme die Bob..mati sbb saket tua...eheheh..tp paling tk thn de manusia kat umah ak die pi sepak terajang kucen die hy sbb kucen tu lapo mintk mknn..isk222 cursed dat mnusia..

ihsan_huhu said...

cayalah ki hahah

ice juliette said...

huhu.. mmg ganas tol ujian dia.. >,<

ade 2 kuceng..
dua2 jantan (cuz lw betine asyk beranak je) huhu.. dua2 chumel cam tuan dia, hehe ^^..

Aus MeLankoLik said...

hahahak...
kalau kucing2 tu boleh on9..
kompem blog kau kena hemtam..
hahahak..

zahidah said...

ahaha, kejam2. x pernah ada kucing. masa kat maktab dulu kucing2 ds byk lerr. hihi

iema_z said...

tiade komen..hanya tawa =D

cik bunbun said...

ahh.. auta jekk..

bru ingt nak melempang org.wakakaka :P

kucing... trbaek! ;)

zacharias said...

rumah aku ada kucing, baru lagi amek. Nama dia Nur Aminah*.. Sebab dia diambil dari hospital sultanah aminah...

Sekarang, kitorang panggil Mek/ Miko chan...

Dia sedang mengandung.. nantikan kemunculannya tak lama lagi..

*p/s: tiada kaitan dengan mama/ciknah/mak hang.. semua adalah kebetulan.

Billet-DOux said...

dasyat tul auta ne..
huhu..

aNoZ said...

ekin: yeay2! 1st comment. hehe... ish. x kn takot kucing kot? pelik benor! hehe

pedang: haha.. aku dah insaf dah skang. sian aku. hehe

pika: tu la psl. aku kesal do. skang dah insaf dah. hehe..

zach: tu la. tp ni cerita benar. salah aku do. suke buli kucing2 ni. maybe sbb aku bongsu kot. x de sape2 aku nak buli dah. haha

lin: haha.. mak aihh.. lg jahat. hehe.. misai kucing boleh tumbuh balik x? hehe

azuan: seekor aje? sian die x de kwn. haha

mimi:kalo tak auta, aku dah minta maaf dah. hehe... ishh.. tpu la!! asal penyanyang sangat ni? haha

dell: ye ke>>?? ishh.. siannye kucing tu.. sedih juga saya tumpangkan. huhu.. tp x pe la.. kucing2 tu sume masuk syurga inshaAllah. huuu

ihsan: haha.. caya2. hehe

ice: mak aihh.. comel mcm tuan die eh? hehe.. seramnya nak tgk tuan die. mesti ade misai mcm kucing tu gak. hehe

aus: agak la.. mesti kena marah kaw2 punye. cuak2. hehe

zahidah: hehe.. lain kali, bawak sekor balik asrama.. lsp tu bela. hehe.. bagus x? hehe

iema: hehe.. thnx!

bunbun: hehe.. syg kucing eh? minta maaf ye. hehe.. x kn la nk ckp btol kot. =PP

zach: haha.. asal nama die tu? ishh.. xpe2. x sabo nk tgk anak2 die. haha

billet: agak dahsyat eh? hehe... minta maaf kpd yg berkenaan. =)

maCy said...

saye nak maid dari kalangan kucing.. sila wat pemilihan yg ketat.. byrn stimpal akan dberi..

anajoe said...

hahaha.
lawak betul.
sori anoz lme x kumen.
agk bz.

kesian kcing tu anoz.
dlu ana ade gk kcing.
xp byk da mati.
hoho.
don kno la nape.
blum dpt dkenal pastikan.
hehehehe.
pe pun mmg gile idea eh nk wat entry.


kacak betul mmat pkai spec tuh.
hahahaha=p

tieykah said...

hahaha..kucing yang tomey jadi taiko lak..ukks!

redrum said...

ish!..kna report kat persatuan kucing sedunia(WCA)perbuatan ko ni bro..haha

zaizax said...

ahha lawak la ko ne anoz..adoshh! taruk pic kucing kena soal-siasat tu, kesian je tgk muka dia, mmg mcm bersalah ahhaa

NAJ HEBAT said...

ni nampak nye naj kne train kucing2 mcm gambo diatas.. hebat!

et said...

ala.tapi geli dgn kucing.xsuke jugak.

rossoneri said...

hahahahahahah macam2 la ko nih..
skrg kucing aku dua ekor,baru beranak, ada 7 kesemuanya..sekarang neh menunggu si Kiki untuk beranak pulak..ko bygkan, aku ada 4 ekor kucing betina, empat2 boyot!

joegrimjow said...

kekeke
smakin lama samkin lucu
gud2
nanti cite la lucu2 lagi ya

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Ngee.

lawak rr. KAH KAH KAH.

macam22 eh ? kalau menantu pilihan keluarga camane lah die pilih eh ? bgeeee

Cik Mirara said...

salam.
ha ha ha ha ha.

tht's all.

zacharias said...

wei, ponteng ke. mana entry. kata weekends je cuti?

laskarmentari said...

HAHAHAHA anoz!!!lawak!!!!!

aNoZ said...

macy: ishh.. nak maid ke? proses die berbeza sket la. hehe

ana: ye ke? ishh.. ana ni msti x pandai jaga kucing. sian diorg tau. hoho

tieykah: hehe.. biasa la tu. kucing utan kan garang. =PP

redrum: oh. wujud eh peratuan tu? hahaha

zai: haha.. gmba tu sgt2 comel kan? hehe... klaka tol kucing tu..

naj: haha.. try la train. penjaga umah yg bagus

et: laa.. geli ngn kucing? diorg comel la. hoho

rossoneri: haha.. thnx!! mak aih.. bnyk la anak2 die nnt. jaga diorg elok2 tau. jgn seksa diorg. huhu

joe: haha.. thnx. =P

lolly: hehe.. thnx... ishh. kalo menantu lagi bnyk cabaran die. setahun baru abes cabaran tu. hoho

miraraL ha ha ha juge. hee.. thnx

zach: sakit2. x ponteng. huhu

laskarmentari: hehe.. thnx. =PP

MyaFiza said...

haha..so cute pic yg last tu..hehe..=)