Thursday, 18 March 2010

Weekend in Warwick and Birmingham - All England Badminton 2010 ( Part 3 of 3)

EPISODE AKHIR

Tinta Ahad 14 Mac 2010

Hari ini bangun jam 7.30 pagi. Masih lagi mengantuk akibat 2 3 hari lepas yang tak cukup tidur. Aduh. Penatnya! Bukak2 pintu dah tak ada bidadari menunggu di luar. Tak sama macam semalam. Hahaha...


Warwick Malaysian Games

Tak ada cerita menarik dan tak ada gambar yang menarik. Tak tahu nak cerita apa. Aku agak terkejut bila terjumpa rakan-rakan dari sekolah lama kat sini. Jumpa tak plan. Tapi aku perlu beredar awal. Destinasi asal adalah Birmingham, bukan pekan kecil Warwick ini.

 Suasana sekitar Warwick Games. Ambil gambar sebelum pergi jauh.

Tapi satu je yang paling aku bengang..

Dialog seterusnya adalah untuk rakanku. Agak sukar untuk faham sebenarnya. Bahasa hari-hariku. Jangan baca jika anda mudah sakit jantung.
Izlan, Ago, Afif, Akem dan Moeiid. Ape cite broooo? Dengar cite datang warwick. Sumpah koyak gile tak bagi tau! Macam haram sket! Tau la the best. Jangan la sampai lupa kawan. Thanx ah! Lepas ni nak gi mana2 tak yah la ajak gua. Skang ni lu semua memang paling!!! Perfect ahhh! Super legend!


All England Badminton Final 2010

Aku pandai menjaga masa. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku duduk je kat seat, match pertama terus bermula. Memang timing bagus lah. Aku suka diri aku sendiri.

Mix Double

Sorry to say, tapi aku rasa dalam banyak-banyak match, ni match yang paling style. Sangat-sangat sengit. Walaupun kalah, aku sangat respect Liliyana dan Widianto. Main sangat-sangat cantik. Argghhhh... Tak boleh explain kecantikkan dia. Haha...

Di depan aku ada 3 4 orang mat salleh. Bukan British tapi rasanya Dutch berdasarkan ayat yang dituturkan. Diorang ni kelakar yang amat. Agak-agaknya penyokong Indonesia yang sejati. Di kala orang lain tak menjerit, dia menjerit dengan sangat kuat. Jerit sorang-sorang pulak tu. Aduh. Sangat kelakar! Tapi aku respect sebab ada orang luar yang sokong Indonesia. Lepas habis match ni, dia terus menghilang. Sedih sebab kalah rasanya.

Perlawanan 1 jam 30 minit. Sumpah kepala otak aku masuk air tak tipu. Orang sebelah aku pulak tidur. Memang pelik. Rasa macam nak jentik hidung dia sekejap. Lepas habis je, aku terus keluar. Ambil angin dan solat.

Men Single

Saat yang ditunggu-tunggu. Hampir keseluruhan penonton adalah penyokong Datuk Lee. Aku tak mahu explain pasal perlawanan ni. Sebab kamu sendiri dah tengok kat TV.

Aku bengang. Semua match ada double set. Men single sahaja yang straight set. 47 minit sahaja yang diperlukan untuk menewaskan Kenichi Tago. Paling sekejap dibandingkan dengan match lain. Yang lain semua ambil masa lebih dari sejam. Nampak sangat Malaysia power. Respect ahhh sama Datuk Chong Wei.

Suasana di dewan perlawanan amat riuh. Setiap 2 point, pasti ada sorakan Malaysia Boleh! Untuk bahagian aku, aku penjerit kedua. Penjerit utama duduk belakang aku. Memang suara semua orang pecah. Semangat punya pasal. Cuba lihat gambar di bawah. Aku rasa bersalah sebab menjerit kat depan kepala orang-orang tua. Kadang-kadang risau gak mereka akan terkejut dan masuk hospital. Aduh. Mereka salah memilih tempat duduk nampaknya.

Gambar mat salleh dihadapanku menutup telinga ketika kami bersorak. Kasihan mak cik tua ni. Semakin dia tutup telinga, semakin kuat aku mejerit. Jahat betul aku ni.

Sebenarnya tak boleh ambil gambar. Tapi aku rasa gambar ni smart. Ingat senang ke nak ambil gambar macam ni pakai kamera murah? Cuba kamu teka mana bulu tangkis tu. Siapa dapat teka, dapat hadiah. Ok tak?

Akhirnya selepas 47 minit, Malaysia menang. Sorakan yang gemuruh kedengaran. Terasa hiba kerana dapat melihat Malaysia menang di negara orang. Bangga. 21-19 dan 21-19. Datuk Lee dinobatkan sebagai pemenang All England yang ke 100. Ini juga kemenangan beliau yang pertama dalam All England. Nombor 100 dan 1. Memang bagus. Like it a lot! HOYEH!

Dekat luar, ramai penyokong Malaysia dah keluar. Sorakan masih lagi bergema. Aku pun keluar sama sebab kepala otak dah masuk air. Suasana agak sibuk dan ribut. Ramai press dan tak ketinggalan TV1 juga. Ramai orang sibuk menyelitkan diri di depan optic camera. Jakun. Tapi aku cool. Dah biasa lah masuk TV. Bosan dah. Kadang-kadang nak tengok TV pun dah tak lalu. Tak kecah pun lah! ^_^

Gambar di atas adalah suasana di luar selepas habis match Chong Wei. Tak nampak sibuk pun kan? Hahaha... Time ni ramai yang berkumpul tempat lain.

Oh ya.. Lepas tu aku masuk semula dalam dewan badminton. Dewan tu agak kosong dah. Ramai yang dah pergi. Match seterusnya pun tak berapa nak menarik. Rasa sangat bengang. Aku tengok adik aku main badminton lagi best. Sumpah tak tipu ni! Memalukan saje China dan Denmark ni. (suke hati je kutuk mereka) Mungkin lawan dari negara sendiri, maka tak competitive sangat. Itu aku punya hipotesis. Memang tak menarik. Dewan sunyi sepi saje.

____________________________________

Saat-saat kemenangan Chong Wei. Disertakan juga interview dengan beliau. Saksikanlah. 



P/S: Tekak aku sangat sakit. Sampai hari ni masih tak sembuh lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Sedih. 3 hari dah tekak tak kembali normal. Semoga esok akan pulih sepenuhnya. Ameen.


Penjerit Kedua bahagian Pintu 3.
Aku Anoz

TAMMMAT


30 comments:

Anonymous said...

seronoknye ko ley gi tgk. aku dah la suke gile badminton

-ikman-

Anonymous said...

same!same!!!
suke indon maen jgak! (:

-auni

Merah Baldu said...

dlu kan Dutch pernh ade kat Indonesia..dats y diorg sokong Indonesia..aku suka gle diorg main tp dah bkn rezki diorg..tp yg lpg best of cos la lee chong wei...tago tu pun main bgs n maybe soon dia jgak bleh jd juara no.1 dunia..

assyuhada said...

sgt bez...
haha kelakar r part dutch tuh

ice juliette said...

mmg jaat ea.. makin owg ttop tlinge ag kuat menjerit.. huhu... same je nan ice.. hahaha... best la neok dpn2, ni neok kat tb je.. uhuk3.. cian....

TiTin said...

smartla gambo ko time diorg tgh main tuu..i loike...

bulu tangkis tu dpt kt Chong Wei...betui takk

Cik Mirara said...

mira ska 'aku suka diri aku sendiri'.
haha. cm stylo jea.

btwy,akak tudung putih tu cute aa.

Norashikin Abdullah said...

haha lawak je abg anoz nih
minum air masak bnyak2..cian dh x de sora

deqyalalink said...

cukup ahh cukup ahhhh aku jeles nii !!!

rhapsody LiN said...

haha.. finally citer ni abes gak..
:p

so, ak bley tido ngan lena.
:)

joegrimjow said...

awat gambar 1st tu cam jambu semacam je?
mana keganasan?
hehe

xmasuk tv?
tu pasal rugi xjoin kiteorg

Syida Shukor said...

tahniah datuk lcw !

muhammadthoriq said...

haha...tu ar psl,rugi x join kiteorg msuk tv wlupon skjp.

zacharias said...

memang la dutch ramai sokong indon. kalau hang tak percaya, hang pi la belanda, kat sana ramai tukang kedai boleh cakap indon pun. depa kan dulu jajah indon.

tapi english, jajah malaya bertahun2, haram tak reti gak cakap melayu.

satu lagi, lee chong wei menang all england kecoh cam sial. tapi time hafiz, ada ke macam ni? siap najib mau kasi berjuta2 kat chong wei.

inilah nasib pemain melayu...

selalu, kalau orang cakap macam ni je, orang tuduh racist. aku bukan racist, tapi aku heran.

papehal pun tahniah la. cuma still aku rasa lin dan lebih berhak jadi player no 1, cuma dia main tournament jarang2, sebab tu tak dapat no 1.

Anonymous said...

Good brief and this mail helped me alot in my college assignement. Gratefulness you seeking your information.

aNoZ said...

ikman: haha... x pe la. mcm kat malaysia x de je. malaysia lg bnyk kot...

auni: haha.. bagus2. kite geng. haha

merah: yup. respect sama tago. tua nnt mesti hebat. haha... kalo die menang, x lama lg nnt die down balik. hehe

assyue: haha.. agak la. lucu la diorg.

ice: x pe. nnt kalo ade kat malaysia, kite gi tgk same2 eyh? haha

titin: haha... ssh kot nk amek gmba tu. anda betul!!! haha

mirara: huahua.. tu namanya perasan. aduh.. akak tudung putih tu?> oke. nnt kem slm. hehe

ekin: tu la. smpai skang x sembuh lg. x tau kenapa. thnx nasihat ni. hehe

deqya: haha.. ok2. ni last,. aduh

aNoZ said...

lin: haha.. sila la tdo. x menarik pun cite ni sbnanye. x tau kenapa. haha

joe: haha.. x pe la joe. aku dah bosan la masuk tv. bg peluang kat korg plak. hehe

syida: yup. tahniah kpd beliau. hehe

thoriq: x nak masuk tv!!! x suke. hahaha

zach: tu la.. aku setuju ngn kau.. mmg dutch bersepah org indon kat situ. nnt aku nk gi sana tgk. tp british ni keras kepala sikit. diorg bajet diorg hebat. hmmm

anonymous: no worries. glad to help. xx

Fia Abas said...

seronoknya dpt tgk dpn mata..fia terloncat2 tgk dpn tv jer hehe

slm kenalan =P

*hajimemashite..watashi wa fia desu..dozo yoroshiku =)

ice juliette said...

huhu! ingat kate2 tuu.. hihi.. ^^

si para para said...

hahaha weh mana bulu tangkisnya..ko ambk ke..haha

seronok la aku bc pngalaman ko kat sana...

teruskan menulis..hehe

maCy said...

1- i love ur writing yg frnly itu
2- i love the pix.. smart gle~~
3- i love mesia
4- i love dato lcw (short form..hehe)
5- i love u.. (ini adalah penipuan yg terbesar dalam abad ni.. kikh3)


cepat2 baek saket tekak :)

Aus MeLankoLik said...

asal kau asek dikelilingi gadis comel ? aku x puas ati . hahahak .

Yatre Hayati said...

besh giler dapat tengok malaysia main!! menang plak tuh..!!

anajoe said...

gile.bapak bes nye dpt tgk chong wei men gme.
live plak tuh.!
bes2.

anoz.
sian makcik tuh.haha.
xbek tau.
=p

hans said...

alhamdulillah chong wei menang

miss lolly a.k.a luvfareda said...

teng0k live tu :-)


tahniah datuk :)

milimilo said...

perempuan pn minat ey tgok..aku xminat la pulak..tp sbg rkyt msia,suke ah =)

MineMixs said...

Wahhh..
syoknyee dapt tgk live depn maate..
kmi kt malysia tgk dalam kace.. :)

cik bunbun said...

hah, itu kesan menjerit lah tu saket tekak. gagaga:D

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.