Wednesday, 3 March 2010

Rahsia Kehidupan: Maksud Cinta Sebenar

Salam

Post kali ini aku nak cerita tentang CINTA. Haaaa.. Nampak cinta je terus semua orang nak baca. Followers yang 127 orang pun boleh terus meningkat jadi 721 orang dalam masa satu malam. Semua orang bila menceritakan tentang cinta, mesti gembira terlompat-lompat dan terguling-guling. Hebat betul penangan dia kan?

Kamu semua bab-bab bercinta ni memang hebat belaka. Susun ayat bukan main lagi. Madah berbunga, kad berbedak tapi dalam hati haprak. Semuanya kerana nafsu.

Cuba la kamu layan cinta dengan Allah dan Nabi Muhammad. Kan seronok mak ayah dengar. Bila aku tanya kamu, mesti kamu akan mengaku mencintai Allah dan Nabi kerana kamu ucap kalimah syahadah; tanda cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Apa guna kalau bercinta tapi bukan dengan hati? Apa maknanya? Apa buktinya? Apa rasanya? Apa sebenarnya yang kamu peluk dalam hati tu?

_______________________________________

Makna Cinta Kita

Kamu cari la makna dia sendiri. Tak mahu aku bagi free. Benda yang dapat free selalu tak dihargai.

Sama jugak dengan makna cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Kamu solat 5 kali sehari. Kamu faham ke ayat-ayat yang kamu ucapkan dalam proses solat tu? Kalau ayat cinta suci yang kamu sebut-sebut dalam solat pun tak dapat nak faham, takda maknanya kamu tonggang-tonggeng sampai lebam dahi.


Bukti Cinta Kita

Cakap I Love You, semua orang pun boleh cakap. Buktinya mana? Kamu kata Allah lah segala-galanya. Tiada yang utama selain Dia.

Tapi dalam hati, kamu kata duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, kuasalah segalanya. Paling hampeh pun, kata balak kamu segalanya. Buktinya? Kalau kena buat piihan, kamu sah-sah pilih apa yang jelas dalam hati.

Allah kat mulut pun tak berapa nak jelas. Nak sebut pun tengok keliling. Pernah jumpa orang macam ni?


Rasa Cinta Kita

Siapa yang pernah bercinta tahu la macam mana rasanya. Kemanisan bila berdamping dengan si dia. Kerinduan bila berjauhan, keresahan tiada kepastian.

Kamu ada rasa macam tu dengan Allah? Dengan Nabi SAW? Tengok hindustan meleleh air mata sekali dengan air hidung. Bila dengar azan ada rasa apa-apa tak?

Awek bagi surat, baca sampai 10 kali. Hari-hari cuba nak cari maksud yang tersirat. Allah bagi Al-Quran kamu simpan aje. Baca pun bukannya faham.


Siapa Cinta Kita

Maha Suci Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Allah pada seluruh makhluk ciptaanNya.

Allah bagi rezeki tak kira walaupun kita ingat kat Dia atau tak. Allah bagi kita sihat walaupun dalam sihat kita buat maksiat. Allah bagi kita segalanya walaupun kita tak ingat kat Dia. Banyak sangat benda kita cinta, tapi malas aku nak list down.

Walhal, Allah yang satu sedang menunggu untuk kita mencintai Dia semula. Kita patut sedar yang sepatutnya, Dialah yang kita wajib cinta secinta-cintanya.

_____________________________________

Dekat Sheffield, baru aje berlangsungnya program Nasheed Extravaganza (NEXT) 2010. Tema untuk tahun ini adalah The True Meaning of Love. Ramai peserta dari seluruh UK datang memasuki program ni. Orang Ireland dan Scotland pun ada datang juga. Memang menarik.

Bila bertanya tentang cinta sebenar, kita memang dah tahu siapa cinta sebenar kita. Allah Allah Allah. Tapi semuanya boleh cakap guna mulut. Soalannya sekarang, ada ke kamu praktikkan kecintaan kamu dalam aktiviti seharian? Fikir semula ayuh!!!

P/S: Amek kau ubat! Tak ada lawak langsung! Hahahaha

Aku Anoz

__________________________________

So tell me, do you know the true meaning of love?


35 comments:

deqyalalink said...

cinta yang hakiki adalah cinta kepada TUHAN yang maha agung..maka jom solat ! :)

Z@IM@H said...

hmm..1st tyme ak bc blog neyh yg sgt siyes..
huhu..
neway.. cinta kpd Allah itu hakiki..
but..
cinta kpd mnusia pn kite xley nafi..
=)

Norashikin Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Norashikin Abdullah said...

a,aa btol2
sy x gelak kali ni

cintailah ilahi :) :)

Anonymous said...

anoz, ko nye writing makin lame makin bermakna ouh.sempoi but ade pengisian.keep it up.
aku btol2 terkena atas dahi ouh.

najwa said...

alhamdulillah...aku nampak kesannya pada kamu anoz. moga tetap hati di atas jalanNya.

Anonymous said...

walaupun agak bosan, tapi post yg bagus. ko patut selit2 benda yg kelakar doh. hohoh

rhapsody LiN said...

ahaha..
ko nie.. en3 seyes pn ak bley gelak gak.
cheit~
:p


neway, bes lah en3 ni.best. best. ku bg 4 1/2 star bley x??
:))


nasyid comp nie mmg mcm gempak je.. cousin ak dri ireland pon sggup fly jauh2 nk join nasyid tu.

Aus MeLankoLik said...

anoz ,
kenapa komen sebegitu..
hahahak..

assyuhada said...

salam~
sgt terkesan dalam jiwe...heh~
mode mmg serius, tder lawak langsung...
sye ble rase keseriusan kamu waktu menaip satu demi satu aksara...
ckp psl NEXT, sye sgt teringin nk tengok, prnh tengok senior2 kt uk tulis psl NEXT nih...mcm bez...

zuEn_n0ur said...
This comment has been removed by the author.
zuEn_n0ur said...

thumbs up!! entri yg sgt menarik utk dihayati..=)

elmo said...

hoho! cinta~
ape nak cakap, makna die infiniti.. :)

Cik Mirara said...

semua ngaku cinta pd ALLAH.
padahal,
nk ikot printah ALLAH pn susah yg amat.
fuhhh.

hmm,saya tak tahu la mkna cinta.
saya kecik lagi.
haha.

Syida Shukor said...

i pun nak bercinta lah ! (:

ice juliette said...

xlawak tp byk yg leyh sedaukan diri sendiri... thnx aniz.. n3 kali nie byk bg ksedaran..


pe tu cnta?? sng cam nk eja biawak kew??
ustaz kate, bile sebut je cnta mst la ade pngorbanan..
contoh: kalau cnta ilmu, mst la berkorban dr segi mase...

ice juliette said...

ats uwh ptot anoz... hehe
soey slh tulis

zaizax said...

seriously !! zai xtahu wut the meaning of love,yer ckp senang but nak praktik, impossible

cik bunbun said...

uhh. mencucuk ke hati.

thnx anoz :)

sayaBerd said...

bgos plak post ko kli ni.
ekeke
pape pon same2 la kite cintai Allah melebihi segalanya.

wallahulam

d4uh said...

nice one

Nurul Zaty said...

woho..nice entry abg anoz..hoho ops tersebut abg..hee

btw. entry pnoh pengetahun.

baru nak siyes..
but ur hahaaha at the end pon
dah leh wat aku turut hahaha..

adeh..hee

aNoZ said...

deqya: yupp.. setuju 100 percent. hehe

zai: haaa.. takot x bila aku serius? haha

ekin: setuju2. hehe.. x gelak lngsung eh?

anonymous1: hehe.. x pe. same2 kite dinasihati k. aku pun kena gak.. thnx

najwa: ameen. aku suke doa tu. heee

anonymous2: hehe.. oke2. lps ni klaka k..

lin: aik. gelak kat part mana tu? mana ade klaka langsung. hehe.. thnx.. x pe. nnt aku cite psl next..

aus: haha.. comment mana plak ni??

assyue: boleh2.. lps ni kot cerita psl next.. nk dgr sy nyanyi x? haha

zuen: thnx!! thumbs up juge

elmo: yup.. mmg infiniti pun. hehe

cik mirara: haha.. kecik lg? kalo dah tau dari kecik tu la yg bgos. hehe

syida: jom bercinta sam2 nak? hehe

ice: tu la.. asal la aniz plak tiba2. haha.. korbankan ape ye kalo cinta? jgn korbankan diri sndri. hehe

zai: haha tu la.. x pe.. spnjng kehidupan ni la kite kene cari jwpn die..

bunbun: hehe.. thnx juga bunbun sbb sudi baca. heee

sayaBerd: dlu2 kira x bagus eh? haha.. inshaAllah..

pear: thnx

zaty: haha.. gelak gak ke? aduh.. potong line btol la gelak2 tu. hehe... thnx la sbb sudi baca. =P

redrum said...

lg skali,nice en3 bro..
ku bau kewangian dakwah dan wangian ini mybe dpt mengharumkan tajdid dlm pemikiran seseorang muslim..

ihsan_huhu said...

jgn byk berangan la woi

[z@ck] said...

weyh..ko bercinta ke x?

Redbloodsnow said...

soal hati dn perasaan,...mesti lh sume suke..hiksss

:P

NAJ HEBAT said...

di sebab kan saya ni dah 19 tahun menyingle.. mmg x de cintan2.. wa cinta lu, lu cinta wa.. bluek!
*izinkan ku memberi ucapan:
~terima kasih kpd mama papa yg memberi sokongan.. menjaga saya sebegitu rapi, suci dan murni..
i lap u, bebeh!!

ok.. tu je..

haha!

tieykah said...

cinta tu adalah perasaan antara manusia ngan manusia,manusia ngan Allah,manusia ngan haiwan..

cinta antara kita dan Allah itu adalah hakiki dan abadi.

cinta manusia hanya di dunia.
eewaah~
da cam ustazah lak

zacharias said...

bagi aku, erti cinta lelaki perempuan, sukar diertikan hinggalah anda berkahwin

Anonymous said...

yup.. tiada yang lebih agung dari cinta Allah, cinta hakiki.. konfem tiada penyesalan!! (^^)

aNoZ said...

redrum: thnx bro. ameen. hehe

ihsan: ape yg berangannya? btol la. haha

zack: itu x tahu la. harap2 bercinta la. hehe

redblood: haha.. btol2. tu la dunia kan. hehe

naj: hahaha.. mengarut btol. lg mngarut dr sy. haha

tieykah: haha.. x pe ustazah. sy suke dgr ceramah2 ni. hehe

zacharias: yup.. so, bile mau kawen? hehe

anonymous: yup.. setuju seratus percent yeah!

Anonymous said...

aku dah kawen. hang aa. bila nak kawen? nanti aku bgtau mak hang

maCy said...

Cinta yang agung adalah cinta milik-Nya..

makin nak bantai gelak bile bace post yg sirius dari encik anoz.. muahaha

s y i e r a said...

cinta cinta cinta (: