Thursday, 4 March 2010

Kuak Hamster Perlu Diperkenalkan Dalam Sukan Olimpik (Part 1)

Mulai sekarang aku nak buat post pendek-pendek sahaja. Sependek charger handphone aku. Memang sangat pendek. Bengang aku. Kalau plug dekat, tak apa lah juga. Senang sikit nak message gadis-gadis sebelum masuk tidur. Ni teramatlah jauh dari katil!

Inilah alasan kenapa aku tak message orang sebelum aku masuk tidur. Tak larat lah nak bangun dari katil. Maafkan aku gadis-gadis montok di UK. Walaupun kamu mengharapkan jejaka ganteng seperti aku message 'goodnight', aku ngak bisa berbuat demikian dong. Ampuni aku. Ya Ampun!!!!

____________________________________


Rasanya aku dah lama tak buat lawak. Sunyi la pulak kalau tak gelak-gelak ni. Post kali ni aku cuba buat lawak. Boleh tak? Aku cuba ye.

Hari tu aku blogwalking jap. Tiba-tiba aku masuk page yang seakan-akan sama. Tiga page berturut-turut lebih kurang sama. Aku kaget. Pelik sungguh

Kamu tahu apa yang sama? Tiga-tiga blog tu menggunakan tema kucing.

Ada apa dengan kucing? Kenapa kucing yang dipilih? Kenapa tak menggunakan makhluk lain yang comel-comel untuk dibuat sebagai tema? Kangaroo ke, polar bear ke, harimau ke, dinasour ke. Kan lagi comel? Agak-agak dah tak ada binatang comel yang lain, buat aje aku sebagai tema. Aku kan boleh tahan comel jugak. Hehehe...

Cerita pasal kucing, aku pun pernah ada kucing kat rumah. Kamu semua ingat konsonan yang penting tu; PERNAH.
________________________________________

Rumah aku boleh digelar sebagai KLCC haiwan-haiwan. Binatang banyak sangat. Rasanya dah boleh buat sale dah. Abang aku bela arnab dengan ikan. Kakak aku bela kucing-kucing. Abang aku lagi sorang ni lagi exotic. Ular, tarantula, ikan piranha, tupai-tupai semua ada. Memang exotic.

Sedihnya, aku seorang saje yang tak bela apa-apa. Aku masih ingat lagi. Waktu kecik dulu aku agak bangang. Boleh dikategorikan dalam bangang tahap maksima. Aku dulu ada hamster. Kamu semua tahu la binatang-binatang ni. Hamster memang agak busuk. Hamster haiwan rhodesian. Makan najis sendiri. Jijik. (Eeeuuuwwwwwww)

 
Ni la hamster aku. Memang kacak bergaya dan disukai hamster betina lain. Dia ni kuat dan berbadan sasa. Sama macam pemilik dia. Bila dia berak, dia tak makan balik. Dia suruh hamster lain makan. Samseng tak samseng lah kan hamster aku ni? Aku sanjung dia! Kamu patut takut kat dia juga. Hero hamster sejati.


Nak buat cerita, aku dulu adalah seorang kanak-kanak kacak yang sukakan kebersihan. Haaa.. Jangan main-main. Kecik-kecik dah kacak dan pembersih. Besar-besar memang idaman gadis-gadis lah.

Anyway, aku tak boleh tahan bau binatang busuk! Jatuh maruah aku sebagai seorang kanak-kanak bersih waktu tu. Aku malu nak tunjuk hamster aku kat kawan-kawan. Takot mereka kata hamster aku busuk. Hamster aku busuk? Aku terasa terhina. Aku rasa sedih. Mereka memperendahkan capability aku sebagai seorang kanak-kanak pembersih. Aku malu!

Jadi, pada satu petang yang indah tu, aku pun ambil baldi biru yang besar. Dalam baldi tu aku isi dengan campuran air panas dan sejuk. Dah macam nak kasi bayi mandi dah ni. Aku siap rasa kepanasan air tu menggunakan siku lagi. Memang boleh jadi bapa mithali betul la aku ni. Siapa nak kahwin dengan aku?

Hamster aku ada empat ekor. Dah lupa dah apa nama mereka. Tapi apa yang penting, empat-empat ni busuk. Busuk tak hingat punya! Ni dari lahir sah-sah tak mandi ni. Aku yang kacak dan pembersih ni pun mulakan misi suci aku. Dalam hati, niat putih bersih nak mandikan hamster-hamster ni. Jadi, aku pun lepaskan mereka dalam takungan air tu. Ini kisah benar.


Wah. Wah. Wah. Seronoknya mereka berenang. Comel-comel belaka. Aku belikan beberapa pelampung untuk mereka berenang seperti dalam visual di atas. Untuk hamster-hamster yang dah berpengalaman, tak perlulah pelampung lagi. Aksi kuak lentang dan kuak kupu-kupu boleh kita lihat daripada hamster berpengalaman. Kuak hamster pun boleh kita lihat. Tapi sayangnya kuak hamster tak dimasukkan kedalam sukan olimpik kerana terlalu bahaya. Sukar untuk manusia normal mencubanya.


Bodoh la aku ni. Mengarut pulak.

Anyway, aku tengok semuanya berjalan dengan lancar. Seronok tengok mereka berenang. Aku terasa nak join. Tapi tak apa. Misi aku masih belum selesai. Aku beredar sebentar untuk ambil sabun mandi. Alang-alang mandi, mesti la nak brush-brush sikit. Kepala hamster tu pun kena shampoo sekali. Ingat perempuan aje ke yang shampoo rambut? Lelaki dan hamster pun shampoo gak okay!

5 minit berlalu. Aku kembali ke arena renangan hamster-hamster tersebut. Bila aku tengok baldi tu, dah ada seekor menyelam ke dasar baldi.

Dalam hati aku, "Bapak hebat sial hamster ni berenang. Siap boleh menyelam lagi."

Aku kagum. Muka tengah bangga. Senyum pipi hingga ke telinga. Boleh tujuk dekat kawan-kawan aku ni! Lepas ni nak snorkeling boleh ajak hamster aku sekali. Memang angan-angan yang menarik. Pulau Redang dah ada dalam benak fikiran.

Beberapa ketika lepas tu, menyelamlah lagi seekor. Time tu aku dah pelik. Apahal hamster yang first menyelam tadi tu tak timbul-timbul lagi? Boleh tahan paru-paru hamster aku ni. Dekat 2 3 minit jugak tahan nafas. Paru-paru kapasiti tinggi ni.

Aku naik pelik. Bila aku angkat, tengok-tengok dah tak bernafas. Dah mati. Bapak sedih gile weh!!! Busuk-busuk hamster tu pun, aku masih sayang lagi tau. Lagi due ekor hamster tu mati lepas aku angkat dari air. Mungkin mati sebab kesejukkan kot. Itu aku tak pasti.

Pada hari tu, aku baru tahu. Hamster tak boleh berenang. Bodo betul lah aku ni. Kamu tahu tak? Jangan nak test pulak lepas ni. Hamster tak boleh berenang!

Warning: Hamster tak boleh berenang. Ikan boleh berenang. Manusia ada yang boleh berenang, ada yang tak boleh. Ingat tu sampai bila-bila pun!

_______________________________

Aku baru sedar yang aku dah tulis panjang. Aku ni memang banyak mengarut lah. Kisah pasal kucing tak cerita lagi. Aduh.
Nantikan post esok sahaja ye. Esok janji keluar pada 6 Mac 2010 masa GMT 0. Nantikan dengan gulungan karpet merah. Terima Kasih

Aku Anoz

BERSAMBUNG



31 comments:

zai said...

heh,anoz dh slalu tulis pjg tu, pjg juger..xde istilah pendek semua entry yg kamo bt! anoz, kamo pembunuh hamster yer

akulahhero said...

anoz..wajib check ni dowh...
http://sonofshah.blogspot.com/2010/02/kenapa.html

joegrimjow said...

macam2 da ko ni
hehe
jgn lupe esok ada qiyam

jemputan khas melalui blog ni

Anonymous said...

mcm2 lar ai..john lennon

Anonymous said...

hamster tak boleh berenang? baru aku tau. hahaha

zacharias said...

wei, ada orang jeles.. haha

ceh, aku ingat cite ni cite thriller.. hang testing temperature memang pasal nak bunuh hamster tuh. hampeh a

Dr Amira Atiqah said...

salam.
haha.
u r the 1st prson who make me laugh.
thanks a lot.
nice post.

hmm,saya pn tak tawu yg hamster cnt swim. hehe.

B L O G D E T said...

cakap entry pendek?nape sampai panjang2?pastu siap berangan pulau redang bagai?hahahaha-dex pun teringin gak nak ke redang-nak ikot! ;D

Si Sejuk said...

PEMBUNUH !!..

hahaha.. kes ang mcm ieda. Konon nak mandikan hamster sapa entah. Tup2 esok mati. Ieda selalu dtg ngadu kt aku nangis2. Trauma.

Aku rasa hamster memang tak tahan sejuk la. Memang sejenis makhluk pengotor dan pembusuk kot. So jgn bazirkan air kita pd mereka. kui3

hzR said...

Entry yg sgt best!! funny!! hahaha

anyss said...

Salam,
Walaupun gelak sampai golek2 jatuh kerusi, namun...seikhlasnya, cerita penuh kenangan ni menyerlahkan betapa tulus dan ikhlasnya sang tuan empunya blog untuk mengamalkan budaya bersih dalam dunia hamster ;)

rhapsody LiN said...

erkk... dinosaur hensem ke??
ahaha~


lwk la citer ko.. penuh kesengalan budak bernama anoz jr.hehe
:pp

Norashikin Abdullah said...

haha ni lawak abg anoz..haish cian hmsters tuh gara2 tuan dia..hmsters ekin pun dh mati dulu sbb kena panas

surayasafie said...

ok
entry yg menarik
:))

NAJ HEBAT said...

BAHAHA..
kepada gadis2 kat luar sna.. jgn amek anoz jd bakal husband.. nnt mati anak korang di kerja kan mamat nih! baby x reti berenang.. dlm perut mak dia x practise lagi..
*siot anoz.. kau mengingatkan aku kpd hamster aku 3 ekor yg dah kne lahap berbuka puasa oleh kucing aku! habis licin hamster aku.. tinggal bulu je.. boleh buat import export bulu ni..

Redbloodsnow said...

Senang sikit nak message gadis-gadis sebelum masuk tidur. <<--- hahahaha..KOMPOM PLAYERZ nih...kehkehkeh

Aus MeLankoLik said...

siot..
panjang gk..
hahaha...
weng gak pale kau...
hahahaha...
pasni kalao cite sal kucing panjang lagi..
aku xnk bace..
hahaha...

aku akan baca entri panjang bile ade gamabar gadis gebu dan comel sje..
spt tips2 meneawan gadis comel.hahaha..

intanurulfateha said...

.weyh ape ni tulis entry pnjang2
.sekeh kang
.penat tau nk scroll ;p

.x smpat bace
.mlm kang bace eh
.nk wt revision utk test japg

.wish me luck cpt! *paksa*
.hahaha~

Aishah Malik said...

anoz mengom! nak sucikan hamster pakai die punya spray la.. hahahah

Dekna said...

aduhai..bakpe la mu gi mandikan hamster cam kanak2 ni..haha
sian dia..
tak pasal2 mati tak sbb tobat..hi

SyaNa_SaN said...

bahaya..bahaya..
sampai mati hamster-hamster tu ko kerjakan. huhu

Z@IM@H said...

ahaii~~
naseb la ko hmster dpt anoz sbg tuan..mati lemas~

tp bley dimaafkan kot klo niat ng suci hati nk bg dorg xwangi..
wawawa...

deqyalalink in-situ said...

hamster comel tp suke gigit org x suke :0

aNoZ said...

zai: haha.. oke2.. next post pendek k. hehe... yup.. sy pembunnuh hamster. =((

ahulahhero: dah cek dah.. jzkk akhi..

joe: mak aih.. oke2. kalo x de hal, aku mari. hehe

nizam: haha.. biasala la. entry kehidupan

anonymous: yup. jgn cuba tau. hehe

zach: haha.. x pe la nak jeles pun. maafkan aku yg x bersalah ni. aduh.. suhu ok je aku rasa. haha

mirara: haha.. bagus la kalo mcm tu. idop epi k. hehe

dex: haha.. ingt nk buat pendek je. jadi panjng plak. aduh...

pika: haha... aku mmg pembunuh.. umur 5 taun kot time ni. haha.. nsb baik aku x trauma. oke la kot. haha

hzr: hehe.. thanx!

anyss: haha... thnx la jatuh kerusi.. suke nak tgk. hoho.. betul2.. sy suci murni. hahaha

lin: dinosour ade yg comel kot. garang tapi kacak. mcm aku. haha... thnx kat anoz jr =PP

ekin: sbb panas pun boleh mati eh? alaa.. sian nye hamster. insan yg lemah. hoho...

sueraya.. thanx! hehe

naj: alamak2.. jgn ckp mcm tu weh.. abes x laku aku nanti. haha... biasa la. kite kene blaja dari pengalaman. btol x? haha... mati kene telan lg sedih ohhh..

redbloodsnow: ish ai.. mana ada. hahaha... sy bdk baik!!

aus: haha.. umur baru 5 taun do. sbb tu weng sket. haha... lps ni aku wat entry gadis2 plak la. mcm menarik. hehe

intan: haha.. sori2.. x pe la. mlm nnt baca k.. goodluck!!!

cikecah: mmg mengom pon.. ade eh spray? waa.. x tau. haha

zaty: haha... mana la aku nak tau. aduh.. sedihnye

syana: erk.. tu la. sian2.. niat suci tak kesampaian.. =((

zai: haha.. mmg dimaafkan kot. time tu umur 5 taun. x tau ape2 pun. haha

deqya: haha... tu yg comel tu. bukan sakit pun die gigit. hehe

zacharias said...

aku still tak puas hati, aku memang baca tadi, ingat hang nak buat cerita thriller. pastu ikat tangan, tarik.. haha, pastu belah dada tengok jantung ke..

pastu terus nak jadi dr ke, camtu le lebih kurang..

the serial hamster killer.

lepas tu satu malam bermimpi bertemu hamster tua, dan bertaubat...

et said...

ngeng~ sape la ajar bg hamster berenang.adei.

Aus MeLankoLik said...

hahahak..
buatla..jgn ade gadis yg koma..
hahahak .

Rina Rossoneri said...

hahahaha, aku xtau perlu kesian ke tak, tp gila lawak..hahhaha..hmm hari nih aku cite pasal monyet,meh ler baca..tu lah smua org dok cite kucing..sbb kucing comeiiii




PERNAH= perkataan, bukan konsonan.. ngeh ngeh ngeh...

ihsan_huhu said...

oi apsal hamster aku dlu berenang lek je, siap berenang sambil berak ag

aNoZ said...

haha.. minta maaf sbb aku x dpt menuruti ape yg kau mahu. hehe.. ni la. time ni aku umur 5 taun do. x ley wat ape2 la. hehe

et: tu la.. ngak tahu dong. umur 5 taun kot. haha

aus: haha. oke. x de hal punye. hehe

rossoneri: haha.. aku lupa plak konsonan tu ape. aduh. teruk2. haha.. aku baca dah cite monyet kau. hehe

ihsan: mak aih.. air cetek kot? cuba tinggal lama2 sket. hehe

Unknown said...

ahahahaha.
kejam! hamster tak buleh berenang ek?