Monday, 22 March 2010

Jalan-Jalan Melihat Dunia

Salam

Sekarang aku tengah cuti 3 minggu. Kamu suka cuti tak? Aku sangat-sangat suka. Boleh menenangkan fikiran dan juga melihat keindahan alam. Hari ni aku ada kat Manchester. Baru balik dari Cardiff, Wales semalam. Esok baru aku nak balik Sheffield. Baru jalan 3 hari dah rasa penat. Aduh.

Bila aku pergi bercuti aje, ramai gila akan bagi ayat yang macam ni.
"Bapak seronok sial kau pergi bercuti. Aku sangat jeles."

Jangan rasa cemburu. Kamu sedar tak, bila kamu berjalan di bumi Allah ni, tanggung jawab kamu sebenarnya besar. Amat besar. Aku nak share sikit ayat dari kitab paling gempak di dunia. Baca ye. 

 "(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'"
(Surah Ali-Imran, 3:191)

Gabungan gunung bersalji dan gunung hijau

Kamu sedar tak kat dalam Facebook ada bahagian untuk kegemaran? Ni apa yang aku tulis 3 tahun yang lepas.
  • bersiar2 sekitar kota ibu raya bersama teman2 yg inginkan ketenangan...
  • mendongak ke langit memerhati gemerlapan bulan dan kerdipan bintang2...
  • mendaki gunung dan merentas lautan utk menikmati keindahan alam...
Teramat rugi lah orang yang pergi melihat keindahan alam hanya sekadar untuk melihat. Cuba kamu keluar, dan menikmati kebesaran Allah. Tak ke bagus kalau buat macam tu? Semua yang ada kat bumi ni, semuanya diciptakan oleh-Nya.

Kalau kat Malaysia dulu, tiap-tiap malam aku akan keluar. Hirup udara segar, jumpa kawan-kawan, lepas tu buat perkara yang lagha. Memang sangat rugi. Aku tak pernah nak appreciate apa yang aku nampak dekat sekeliling.

Sebagai hamba Allah, kita kene mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Lepas ni bila kamu nak bersiar-siar, tanamkan dalam hati niat kerana Allah. Tengok kebesaran Allah. Lepas tu, baru boleh muhasabah diri dengan berkesan. InshaAllah kalau tengah sakit hati, mesti boleh disejukkan. Tengah tensen nak exam? Boleh ditenangkan juga dengan melihat alam.

Aku Anoz


__________________________

So tell me, do you like watching good scenery?


18 comments:

iemaZAIMAH said...

So tell me, do you like watching good scenery?


my answer:yes,i do! =)

Anonymous said...

Berjalan dengan niat kerana Allah insyaAllah akan jadi 1 ibadah..Pahal ganjarannya..dahla berjalan seronok. dpt pahala lak tuh..memang perh10 la..huhu

Anonymous said...

semoga bermanfaat perjalanan anda insyaALLAH (:

-auni.

Anonymous said...

mai suka tgk langit. hehehe. sejuk and nyaman. kalau g pntai, mai suke jln2 tgk sekeling laut. oh! rindu dekat pantai..

:)

joegrimjow said...

tenang je jiwa baca ni
hehe

ku suka bunga
jom rabu ni men bowling

ihsan_huhu said...

berjalan2 melihat keindahan alam kat pantai lg bes doe

zacharias said...

nak jalan, jalan lah.

jangan sampai study terabai, sudahlah.

duit itu amanah.

amanah supaya ilmu ditadah.

Jangan ambil mudah.

Kelak padah.

Sekadar bermadah.

rizal jabai said...

berjalan dgn kaki..kaki nih byk jasanya..sayangilah kaki anda..heee

cha said...

bestnya.dpt tgk dr jauh jela*i mean from your blog jelah :)

Norashikin Abdullah said...

serius sy jeles
seronoknya berkelana di bumi asing smbil menikmati keindhan alam ciptaan Allah..ye, wktu muda2 inilah wktu terbaik utk pergi merntau
huk3..sedihnya

zai said...

yeshh i do!! eh jwpan same ngn eima ahh.. zai tgk scenery yg lawa and tenang sgt, langit yg takder awan, mmg biru giler and tenang and tempt tu kat madinah..lawa anoz

zacharias said...

dan beringat, yang dapat scholarship tu, berjalan tu guna duit rakyat. jangan bila balik nanti terlupa pulak, berlagak, takbur, cakap kat orang "hangpa ni tak pernah pi oversea ke" atau yang sewaktu dengannya.

P/s: nampak gaya, tahun ni aku akan kena bayar cukai lagi teruk.

Ice Juliette said...

huhu!
bestnye dapat jalan-jalan..
nak ikot gak...
ngee~~

Lovely Bella said...

Anoz Tahniah.. anda telah dicalonkan untuk mendapat blogger award.. sile amik kt blog aku eh.. heheh salam singgah ! :)

SyaNa_SaN said...

tiap kali kuar umah, saya pasti akan tengok awan.. ya.. AWAN itu sangat cantik sehingga boleh membuatkan saya rasa lapang

MiYOKO SuKi said...

ya..mmg betul..sgt cntik ciptaan Allah..tak kira di mana jua...sumenye cntik2 belaka....

jelesnye kt org tu nk g german..jgn lupa beli ole2 ye.. :)

si para para said...

betol tu..aku setuju sensangat...

bila tgk keindahan semua tu..rasa kerdil je diri ni...tapi kenapa la ramai lagi yg berlagak..bangga diri...adoiii bhya tu..kadang kadang kita pun terbuat sama..dalam sedar atau tak...

Anonymous said...

yup...mmg bez...
haha jiwe bro msti tgh mood ok en???
hoho...tgh muhasabah dri ?