Saturday 27 March 2010

Adab-adab di Mamak

Salam.

Tali gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati. Nyum! (Ini penangan selepas kena mamak sepam)

Sedikit lagi cubaan untuk membuat lawak.

Aku rasa budaya lepak di mamak malam-malam buta ini sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Di mana-mana mamak di pusat-pusat bandar, pasti ada pelanggan, hatta jam sudah menjejak ke angka 4 pagi. Budaya ini adalah satu perkembangan yang sihat, pada pendapat aku. Rakyat Malaysia semakin ramai yang boleh berjaga malam.

Kesempatan ini harus digunakan oleh syarikat-syarikat untuk meningkatkan produktiviti mereka. Contohnya, waktu pembelajaran di universiti juga boleh diselaraskan untuk mereka yang tak reti-reti nak tidur di waktu malam ini. Boleh diadakan kelas pada waktu malam. Aku yakin, pointer semua orang pasti akan meningkat sejajar dengan kehadiran kamu semua ke kelas, sekiranya cadangan aku ini digunapakai oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Pengguna.

Di sini aku ingin lampirkan beberapa adab yang harus kita patuhi untuk menjadi pelepak mamak yang unggul lagi berkesan.


1. Pastikan diri kamu hadir tidak terlalu awal atau terlalu lambat.

Kalau kamu hadir terlalu awal, nanti kamu tercongok seorang diri di table, sambil dalam hati menyumpah seranah rakan-rakan kamu yang janji datang pukul 10.00 tapi dah pukul 11.00 tak nampak batang hidung lagi.

Pastikan juga kredit kamu cukup untuk memanggil teman-teman seperlepakan. Gegar kasi lincah sikit. Agak-agak air teh o ais kamu dah habis separuh, dan teman-teman masih belum muncul, jangan ragu-ragu. Call saja dan terus lemparkan cacian paling mutlak yang terlintas di fikiran kamu pada waktu itu.

Sebenarnya kita boleh kelaskan pelepak-pelepak mamak ini kepada 2 kelas:

Kelas pertama: Pelepak yang biasanya sampai awal dan akan meroger rakan-rakan agar datang dengan lebih cargas dan tangkas.

Kelas kedua: Pelepak pasif. Hanya akan bergerak meninggalkan rancangan Konsert Akademi Fantasia di tv rumah apabila telinga tak tahan mendengar cacian paling mutlak daripada pelepak kelas pertama.

Berusahalah untuk sentiasa menjadi pelepak kelas pertama. Kamu akan lebih disanjungi dan disayangi rakan-rakan kamu.

Jangan pula kamu datang terlalu lambat. Kala itu air yang dipesan semua sudah habis. Projek seterusnya akan menyusul, seperti round-round bandar, usyar mak nyah di Susur, lepak di Kota Damansara atau masuk ke CC bermain Counter-Strike. Ketika itu tak payah berangan nak order air. Pasti kamu kena tinggal.


2. Pastikan bateri telefon bimbit kamu penuh.

Waktu lepak di mamak adalah waktu paling ideal untuk bertukar-tukar file-file terbaru. Transaksi file melalui perantaraan Bluetooth memang boleh dikatakan paling aktif pada waktu itu. Contoh-contoh file seperti yang biasa, 3gp terbaru, lagu-lagu terbaru, gambar-gambar stylo dan sebagainya.

Adalah menjadi satu kesalahan besar apabila telefon bimbit kamu tidak berupaya untuk menghantar sesuatu file disebabkan ketidakcukupan bateri. Straight kamu akan dimaki hamun dengan tegas. Lebih-lebih lagi jika kamu sentiasa up-to-date dengan 3gp tarbaru. Telefon bimbit kamu pasti akan di pass-pass dari satu tangan ke tangan yang lain. Semua sibuk nak tengok aksi yang dipertontonkan. Janganlah berangan untuk bermain mesej dengan gadis-gadis genit waktu itu. Tak dapat kamu nak reply.


3. Letakkan kotak rokok kamu di atas meja, bagi yang merokok.

Ini adalah simbol bahawa kamu tidak kedekut. Agak tidak beradab jika kamu mempunyai sekotak rokok, dan hanya mengeluarkan kotak tersebut apabila kamu mahu menghisapnya. Letakkan saja di atas meja. Biasalah akan ada tangan-tangan yang entah dari mana menjulur laju lantas mengambil sebatang rokok.

"Noz, sebat (sebatang) rokok sejuk Noz. Tukar dengan Winston aku. Tetibe mulut aku terasa nak salju antartika sikit."

"Amik2. Bukan angin antartika je. Angin ahmar pun kau dapat sekali."

"Eh Noz. Tinggal sebatang je ni Noz. Tak pe ah.."

"Amik je lah sial. Kang nanti aku beli lagi. Rokok je pun."

"Nice one la Noz. I love u very much."

Kan sejuk hati bila mendengar dialog di atas. Terasa ukhuwah terjalin erat antara pelepak-pelepak tegar. Rokok memang boleh menyatukan bangsa.


4. Jangan rembat lighter orang lain

Selepas gunakan sesebiji lighter, letakkan kembali di hadapan tuan punya lighter itu. Jangan kamu dengan sewenang-wenangnya meletakkan lighter itu di hadapan kamu. Lebih teruk lagi jika kamu terus sumbatkan lighter tersebut ke dalam kocek kamu tanpa rasa bersalah.

Sakit hati kamu tahu tak. Lighter yang baru digunakan tak sampai 5 petik, tiba-tiba hilang lesap. Habis di rumah nak hisap rokok macam mana? Gesel batu sampai dapat api? Nyalakan rokok pakai dapur gas? Pakai toaster roti? Kasihanilah perokok-perokok tegar itu. Belilah lighter sendiri.

Aku syorkan lighter Cricker. Tahan lebih lama dengan nyalaan stabil. Walaupun saiz apinya tidak dapat dikawal, itu tidak penting. Peripentingnya sesebiji lighter itu hanyalah untuk menyalakan rokok. Bukan untuk dikawal saiz apinya seperti penunu Bunsen.


5. Ronyokkan kotak rokok yang telah habis.

Ini lagi satu adab penting dalam kategori rokok. Aik, dah 3 point pasal rokok. Mana-mana kotak rokok yang tidak terkandung rokok di dalamnya, ronyokkan lah. Karang nanti bila ada orang nak rokok, terkuis-kuis dalam kotak kosong tersebut.

Nescaya makian akan lancar keluar dari mulut si penguis itu. Nak-nak kotak Dunhill. Muka dah berseri-seri dah nak pau sebatang. Alih-alih tinggal dedak-dedak tembakau saja. Sirap pun menyirap kalau kena macam itu. Apatah lagi manusia biasa seperti kita.


6. Jangan leka bermain mesej.

Ingat tujuan kamu lepak di mamak. Untuk bertukar-tukar cerita dan mengetahui perkembangan-perkembangan terbaru rakan-rakan. Kalau mahu main mesej dengan serius, duduk saja di rumah. Rakan-rakan pun tak bengkek sangat dengan kehadiran kamu. Lainlah kalau isi kandungan mesej-mesej kamu itu sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan setable. Kalau leka tengok 3gp tak apa. Rakan-rakan faham. Tapi pandai-pandailah tutup sound telefon bimbit tersebut.

Adab menonton 3gp juga harus dipandang serius. Letakkan telefon bimbit itu dibawah meja ketika menonton. Pandangan harus ditundukkan. Jangan diangkat megah di atas table. Bahaya jika di table sebelah ada keluarga sedang menjamu selera. Kena cucuk dengan garfu nanti.


7. Berboraklah dengan suara yang jelas untuk didengari semua.

Janganlah terlalu kuat pula, sampai didengari table sebelah-menyebelah. Cukup sekadar untuk didengari satu table. Berborak dengan nada sederhana. Biar isi perbualan jelas sampai dari hujung table ke hujung table yang lain. Kalau tidak nanti ada rakan yang terkebil-kebil bila seisi table ketawa berdekah-dekah. Nak ulang balik cerita, pasti malas.

Bila waktu ketawa, tak ada hal. Ketawalah sepuas hatimu. Jangan sampai terburai isi perut sudah. Ketawa beramai-ramai akan meninggalkan satu nostalgia indah. Cara kamu ketawa juga akan menjadikan diri kamu unik dan lebih diingati.

Namun begitu, tidak semua perkara boleh dituturkan dengan kuat. Perkara-perkara seperti Abang Long, Ayahanda, buka baju, tunjuk buah, salam kaut, memang pantang dituturkan dengan kuat. Silap tempat, akan dipandang sinis oleh brader-brader table sebelah. Takut pangkat lebih tinggi.


Cukup sampai sini dulu, kot. Kalau kamu ada adab-adab lain yang sesuai, sila letakkan di ruangan komen, ya?

Aku Anoz

Thursday 25 March 2010

Aktiviti Harian Pelepak Tegar

Salam

Aku rasa aku dah lama tak buat lawak bangang. Terasa kelam pula blog aku kali ni. OK OK OK!!! Nak buat lawak bangang. Jangan lupa gelak ketawa ye. Pastikan tali temali dalam usus tu semua putus.

Kenapa lagu-lagu dari Korea Selatan, dengar pertama kali pun dah rasa suka?

Kamu tak tahu? Aku tak berapa suka makan tauhu. Tapi tauhu bakar memang sedap.

Kalau kat Malaysia, setiap hari boleh lepak mamak. Aku rindu mamak. Kat sini tak ada mamak. Kalau ada mamak pun, mesti dia tak bukak kedai. Apa jadah jadi mamak kalau tak buka kedai? Pergi la bukak kedai kat Rasholme sana! (Tempat tumpuan kedai-kedai makanan halal di Manchester)

Sekarang musim cuti. Sepatutnya waktu cuti ni, setiap malam wajib ada kat kedai mamak. Kedai mamak belum bukak lagi pun kita patut tunggu depan pintu dia dengan setia. Baru lah tak jatuh martabat sebagai pelepak mamak tegar. Rakan pelepak tegar pun pasti akan tabik spring sama kamu.

Tapi kadang-kadang, misi untuk ke mamak akan terbantut. Ini kerana tiada rakan yang boleh menemani sesi mamak yang keramat ini. Untuk itu, sebagai ganti kepada sesi kopi o ais dan tetani di mamak, aku selalunya akan memecut laju Si Comel (Kereta Kembara silver WKB 146) tanpa arah tuju. Boleh dikatakan agak bangang jika kamu stay seorang diri di kedai mamak itu. Jadi, lebih elok beredar atas tujuan untuk memukul angin jalanan. Seronok.

 Ni adik kepada Si Comel. Kacak kan? Si comel dah tua. Kembara lama tu banyak karat dah. =((

Bila kita memandu, tujuan kena betul. Bukan untuk berlumba. Tapi hanya untuk merasa pukulan angin lincah di muka sendiri. Kita juga boleh jadikan ini sebagai sesi penghilang serabut kepala. Sel-sel neuron dalam kepala otak mula berevolusi menjadi sabut-sabut kelapa. Tempurung kepala dikukur untuk mendapatkan isinya. Lantas isinya diperah-perah untuk mendapatkan santan. Masak kari memang sedap. Nyummm~

Memang seronok menghabiskan minyak kereta tanpa arah tujuan. Lebih-lebih lagi bila minyak kereta telah diisi penuh oleh ayahanda tercinta. I Love You! Muahhh! Sambil sebatang rokok dunhill membara di celah-celah jari, menandakan semangat aku yang membara-bara untuk memandu ketika itu. Padahal drive 60km/h saja.

Aku rindu zaman di Malaysia. Sini tak ada mamak. Sini pun tak ada kereta. Tunggu la aku balik Malaysia nanti. Habis semua kedai mamak aku akan singgah. Jaga-jaga Si Comel, anda akan dilenjan cukup-cukup. Auuummmmmm!!!!

P/S: Tiket flight tak beli lagi. Aduh lagi!

Aku Anoz yang rindukan Malaysia

Monday 22 March 2010

Jalan-Jalan Melihat Dunia

Salam

Sekarang aku tengah cuti 3 minggu. Kamu suka cuti tak? Aku sangat-sangat suka. Boleh menenangkan fikiran dan juga melihat keindahan alam. Hari ni aku ada kat Manchester. Baru balik dari Cardiff, Wales semalam. Esok baru aku nak balik Sheffield. Baru jalan 3 hari dah rasa penat. Aduh.

Bila aku pergi bercuti aje, ramai gila akan bagi ayat yang macam ni.
"Bapak seronok sial kau pergi bercuti. Aku sangat jeles."

Jangan rasa cemburu. Kamu sedar tak, bila kamu berjalan di bumi Allah ni, tanggung jawab kamu sebenarnya besar. Amat besar. Aku nak share sikit ayat dari kitab paling gempak di dunia. Baca ye. 

 "(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'"
(Surah Ali-Imran, 3:191)

Gabungan gunung bersalji dan gunung hijau

Kamu sedar tak kat dalam Facebook ada bahagian untuk kegemaran? Ni apa yang aku tulis 3 tahun yang lepas.
  • bersiar2 sekitar kota ibu raya bersama teman2 yg inginkan ketenangan...
  • mendongak ke langit memerhati gemerlapan bulan dan kerdipan bintang2...
  • mendaki gunung dan merentas lautan utk menikmati keindahan alam...
Teramat rugi lah orang yang pergi melihat keindahan alam hanya sekadar untuk melihat. Cuba kamu keluar, dan menikmati kebesaran Allah. Tak ke bagus kalau buat macam tu? Semua yang ada kat bumi ni, semuanya diciptakan oleh-Nya.

Kalau kat Malaysia dulu, tiap-tiap malam aku akan keluar. Hirup udara segar, jumpa kawan-kawan, lepas tu buat perkara yang lagha. Memang sangat rugi. Aku tak pernah nak appreciate apa yang aku nampak dekat sekeliling.

Sebagai hamba Allah, kita kene mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Lepas ni bila kamu nak bersiar-siar, tanamkan dalam hati niat kerana Allah. Tengok kebesaran Allah. Lepas tu, baru boleh muhasabah diri dengan berkesan. InshaAllah kalau tengah sakit hati, mesti boleh disejukkan. Tengah tensen nak exam? Boleh ditenangkan juga dengan melihat alam.

Aku Anoz


__________________________

So tell me, do you like watching good scenery?


Thursday 18 March 2010

Weekend in Warwick and Birmingham - All England Badminton 2010 ( Part 3 of 3)

EPISODE AKHIR

Tinta Ahad 14 Mac 2010

Hari ini bangun jam 7.30 pagi. Masih lagi mengantuk akibat 2 3 hari lepas yang tak cukup tidur. Aduh. Penatnya! Bukak2 pintu dah tak ada bidadari menunggu di luar. Tak sama macam semalam. Hahaha...


Warwick Malaysian Games

Tak ada cerita menarik dan tak ada gambar yang menarik. Tak tahu nak cerita apa. Aku agak terkejut bila terjumpa rakan-rakan dari sekolah lama kat sini. Jumpa tak plan. Tapi aku perlu beredar awal. Destinasi asal adalah Birmingham, bukan pekan kecil Warwick ini.

 Suasana sekitar Warwick Games. Ambil gambar sebelum pergi jauh.

Tapi satu je yang paling aku bengang..

Dialog seterusnya adalah untuk rakanku. Agak sukar untuk faham sebenarnya. Bahasa hari-hariku. Jangan baca jika anda mudah sakit jantung.
Izlan, Ago, Afif, Akem dan Moeiid. Ape cite broooo? Dengar cite datang warwick. Sumpah koyak gile tak bagi tau! Macam haram sket! Tau la the best. Jangan la sampai lupa kawan. Thanx ah! Lepas ni nak gi mana2 tak yah la ajak gua. Skang ni lu semua memang paling!!! Perfect ahhh! Super legend!


All England Badminton Final 2010

Aku pandai menjaga masa. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku duduk je kat seat, match pertama terus bermula. Memang timing bagus lah. Aku suka diri aku sendiri.

Mix Double

Sorry to say, tapi aku rasa dalam banyak-banyak match, ni match yang paling style. Sangat-sangat sengit. Walaupun kalah, aku sangat respect Liliyana dan Widianto. Main sangat-sangat cantik. Argghhhh... Tak boleh explain kecantikkan dia. Haha...

Di depan aku ada 3 4 orang mat salleh. Bukan British tapi rasanya Dutch berdasarkan ayat yang dituturkan. Diorang ni kelakar yang amat. Agak-agaknya penyokong Indonesia yang sejati. Di kala orang lain tak menjerit, dia menjerit dengan sangat kuat. Jerit sorang-sorang pulak tu. Aduh. Sangat kelakar! Tapi aku respect sebab ada orang luar yang sokong Indonesia. Lepas habis match ni, dia terus menghilang. Sedih sebab kalah rasanya.

Perlawanan 1 jam 30 minit. Sumpah kepala otak aku masuk air tak tipu. Orang sebelah aku pulak tidur. Memang pelik. Rasa macam nak jentik hidung dia sekejap. Lepas habis je, aku terus keluar. Ambil angin dan solat.

Men Single

Saat yang ditunggu-tunggu. Hampir keseluruhan penonton adalah penyokong Datuk Lee. Aku tak mahu explain pasal perlawanan ni. Sebab kamu sendiri dah tengok kat TV.

Aku bengang. Semua match ada double set. Men single sahaja yang straight set. 47 minit sahaja yang diperlukan untuk menewaskan Kenichi Tago. Paling sekejap dibandingkan dengan match lain. Yang lain semua ambil masa lebih dari sejam. Nampak sangat Malaysia power. Respect ahhh sama Datuk Chong Wei.

Suasana di dewan perlawanan amat riuh. Setiap 2 point, pasti ada sorakan Malaysia Boleh! Untuk bahagian aku, aku penjerit kedua. Penjerit utama duduk belakang aku. Memang suara semua orang pecah. Semangat punya pasal. Cuba lihat gambar di bawah. Aku rasa bersalah sebab menjerit kat depan kepala orang-orang tua. Kadang-kadang risau gak mereka akan terkejut dan masuk hospital. Aduh. Mereka salah memilih tempat duduk nampaknya.

Gambar mat salleh dihadapanku menutup telinga ketika kami bersorak. Kasihan mak cik tua ni. Semakin dia tutup telinga, semakin kuat aku mejerit. Jahat betul aku ni.

Sebenarnya tak boleh ambil gambar. Tapi aku rasa gambar ni smart. Ingat senang ke nak ambil gambar macam ni pakai kamera murah? Cuba kamu teka mana bulu tangkis tu. Siapa dapat teka, dapat hadiah. Ok tak?

Akhirnya selepas 47 minit, Malaysia menang. Sorakan yang gemuruh kedengaran. Terasa hiba kerana dapat melihat Malaysia menang di negara orang. Bangga. 21-19 dan 21-19. Datuk Lee dinobatkan sebagai pemenang All England yang ke 100. Ini juga kemenangan beliau yang pertama dalam All England. Nombor 100 dan 1. Memang bagus. Like it a lot! HOYEH!

Dekat luar, ramai penyokong Malaysia dah keluar. Sorakan masih lagi bergema. Aku pun keluar sama sebab kepala otak dah masuk air. Suasana agak sibuk dan ribut. Ramai press dan tak ketinggalan TV1 juga. Ramai orang sibuk menyelitkan diri di depan optic camera. Jakun. Tapi aku cool. Dah biasa lah masuk TV. Bosan dah. Kadang-kadang nak tengok TV pun dah tak lalu. Tak kecah pun lah! ^_^

Gambar di atas adalah suasana di luar selepas habis match Chong Wei. Tak nampak sibuk pun kan? Hahaha... Time ni ramai yang berkumpul tempat lain.

Oh ya.. Lepas tu aku masuk semula dalam dewan badminton. Dewan tu agak kosong dah. Ramai yang dah pergi. Match seterusnya pun tak berapa nak menarik. Rasa sangat bengang. Aku tengok adik aku main badminton lagi best. Sumpah tak tipu ni! Memalukan saje China dan Denmark ni. (suke hati je kutuk mereka) Mungkin lawan dari negara sendiri, maka tak competitive sangat. Itu aku punya hipotesis. Memang tak menarik. Dewan sunyi sepi saje.

____________________________________

Saat-saat kemenangan Chong Wei. Disertakan juga interview dengan beliau. Saksikanlah. 



P/S: Tekak aku sangat sakit. Sampai hari ni masih tak sembuh lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Sedih. 3 hari dah tekak tak kembali normal. Semoga esok akan pulih sepenuhnya. Ameen.


Penjerit Kedua bahagian Pintu 3.
Aku Anoz

TAMMMAT


Wednesday 17 March 2010

Weekend in Warwick and Birmingham - Pusing Satu Bandar Birmingham ( Part 2 of 3)

 SAMBUNGAN

Sedikit coretan hari Sabtu 13 Mac 2010

Jam 10 pagi bilik yang aku duduki diketuk lembut. "Assalamualaikum" kedengaran suara gadis di sebalik pintu.

Aku terus bangun dari tidur dan menghala ke pintu. Pintu itu aku buka dengan perlahan. Kecil saja ruangan pintu yang aku buka. Cukup-cukup untuk mataku yang agak sepet melihat luar. Agak segan jika aku buka pintu sepenuhnya. Selalunya rambut selepas bangun tidur agak serabut. Ayat afro lebih sesuai digunakan di sini. Jatuh la saham jika gadis di luar pintu ini melihat aku berambut afro. Tak kacak, tak tampan dan tak akan menjadi idaman gadis-gadis.

"Anoz, nanti kol 12 kita semua nak pergi jalan-jalan kat Birimingham. Awak ikot sekali kan?" Kata gadis itu dengan lembut. Aku pun menjawab ya dan controversy conversation pun tamat. Aku tutup pintu dan fikir, Milik siapakah gadis ini. Wajah lembut bagaikan sutera (lagu arwah Sudirman)

Mimpi kah aku? Tak pernah lagi bangun-bangun ada perempuan cantik di luar pintu. Huahuahua...

Ohh. Baru teringat. Gadis itu adalah Auni yang aku baru kenal semalam. Gadis dari Plymouth. Semalam Syafiq suruh dia jalan-jalan dengan aku. Nak tak nak, dia terpaksa cakap ya jugak. Walaupun dalam hati, aku tahu dia tak mahu keluar dengan aku.

Sebab apa kamu nak tahu?

Sebab semalam aku agak senyap dan tak berapa ramah. Ramai orang kata aku garang. Tapi realitinya, aku cuma agak segan. Mereka kata muka aku agak bengis dan sukar untuk didekati. Cuba kamu tatapi potretku di bawah ini. Ada nampak seram ke?

Potret diambil selepas mereka kata muka aku garang. Dalam bilik Syafiq.

*************

Jam 12 lebih tengah hari. Segerombolan pelajar Warwick bersama lecturer mereka bergerak menuju ke Birmingham dengan kereta api. Aku follow juga buat muka tak malu. Ketebalan di muka sudah berkurangan akibat semalam aku dah sembang dan berkenalan dengan mereka hingga jam 6 pagi.

Kami semua berpisah di Station Birmingham New Street. Aufa dan Auni sahaja yang menemani aku. Ikut hati, sebenarnya aku nak pergi Warwick Castle. Tapi Aufa dan Auni ni orang perkampungan Plymouth. Mungkin mereka ingin bershopping di bandar kedua terbesar di UK. Walaupun agak keberatan, aku pun okay aje sebab mereka majoriti. "Follow je lah noz, tak payah banyak bunyik~" monolog dalaman.

Seperti golongan-golongan ibu yang lain, penat nak menunggu mereka ni beli barang. Masuk satu kedai, keluar dengan tangan kosong. Masuk kedai yang lain, masih lagi keluar tangan kosong. Makk Aihhh, bila mereka nak beli barang ni?

Last-last, aku pergi TK Maxx dan beli sweater putih dan topi putih. Lepas bayar aje aku tanpa segan silu tukar pakaian di dalam kedai tu sendiri. Keluar-keluar saja, Auni dan Aufa terkejut sebab dah pakai baju kaler lain. Diorang cakap, nampak suci sikit sebab berpakaian putih. Aku bangga. Haa.. Baru lah nampak imej aku sebagai jejaka kacak tampan dan disukai ramai. ^_^

Lepas tu kami meneruskan destinasi kami. Berjalan sekitar Birmingham. Malas nak cakap banyak, kamu tengok sendiri lah gambar di bawah ni.

Gambar diambil menggunakan kamera RM700 yang aku beli kat Malaysia. Style tak? Aku bangga dengan gambar ni.

Kami tersesat sebenarnya. Nak cari kedai makanan, tapi terjumpa church ni pulak. Lepak jap duduk-duduk. Auni ni muka je lembut dan ayu. Tapi kalau lapar, boleh mengamuk. Jadi kepada bakal suami Auni, jangan biarkan dia kelaparan. Bahaya. Ini dia sendiri yang kata. Bukan aku cakap ye. ^_^

Di tengah bandar Birmingham. Apa jadah pun aku tak tahu apa bangunan kat belakang tu. Saje ambil gambar yang gelap. Tak mahu tunjuk gambar aku pakai topi putih. Lucu lah. Nanti kamu gelak.

Lebih kurang jam 7 malam, kami menghala pulang ke Warwick. Penat sudah jalan-jalan. Bersepah pulak jumpa orang melayu kat Birmingham tadi. Aku pun tak faham kenapa. Kat Warwick nak pergi jumpa orang gak. Penat~

****************

Lebih kurang jam 9 malam, kami dijemput untuk makan malam. Orang tak berapa nak ramai. Aku pun mula menunjukkan taring dan gigi yang terabur. Baru orang semua tahu sifat sebenar aku. Banyak cakap dan ramah. (Puji diri sendiri jap)

Sembang punya sembang punya sembang punya sembang, jam menunjukkan pukul 3 lebih. Aduh. Dah lewat. Kena tidur. Esok kena bangun awal. Nak kena pergi Birmingham lagi. Kali ini dengan tujuan asal. Melihat perlawanan akhir Kejuaraan All England.

_______________________________

Nantikan post esok tentang kejuaraan All England dan saat kemenangan Datuk Lee.

Aku Anoz

BERSAMBUNG

Tuesday 16 March 2010

Weekend in Warwick and Birmingham - Ketibaan ( Part 1 of 3)

Salam.

Semua manusia suka cuti. Sepatutnya lah. Kalau kamu tak suka cuti, kamu adalah manusia yang pelik dan tidak berwawasan. Tiada sebab untuk tidak menyukai cuti. Tak kisahlah cuti sekolah, cuti kerja, cuti-cuti Malaysia ataupun cuti awam.

Asal perkataan cuti muncul saja, pasti mendatangkan perasaan riang-ria di dalam hati. Sebab itu ada rancangan televisyen satu ketika dulu dinamakan ‘alam ria cuti sekolah’. Ada kan? Aku pun tidak berapa ingat. Meriangkan!

Sedikit coretan seperti diari.

____________________________
Weekend in Warwick and Birmingham

Jumaat 12 Mac 2010

Jam 1 pagi. Aku masih sibuk menyiapkan lab report minggu lepas yang masih tertangguh. Lab tissue culture ni mengambil masa 3 minggu untuk disiapkan. 3 minggu kena buat benda lebih kurang sama. Memang agak membosankan. Lepas siap ada 1 minggu untuk selesaikan report.

Tapi seperti pelajar yang normal, aku biarkan hingga ke saat-saat terakhir. Mak aku baca ni mesti marah aku nanti. Tak apa. Dah bersedia untuk dimarahi. ^_^

Jam 6 pagi baru aku dapat selesaikan semua benda. 8 jam aku sia-sia dihabiskan untuk buat report ni. Padahal kena buat lebih kurang 20 muka surat aje. Aku pun tak tahu kenapa memakan masa yang lama. Mungkin agak susah kot. Aku kurang pasti.

Sudah! Aku penat dan perlu tidur. Kejap lagi ada kelas jam 12.10 tengah hari. Ada lagi 6 jam saja sebelum kelas bermula. Maksimum waktu tidur yang aku boleh dapat adalah selama 5 jam saje. 1 jam 10 minit lagi diperuntukkan untuk bersiap, berkemas dan pergi ke kelas.

Jam 10.30 pagi - beep beep beep beep beep~ (bunyi alarm clock yang bosan macam haram jadah)

Jam 11 baru aku tersedar. Nak harrraammmm sungguh!! Dah lewat dah ni. Aku cepat-cepat masuk ke kamar mandi dan mengambil shower yang agak pantas. 15 minit berlalu di dalam tandas. Selalunya 15 minit lagi aku peruntukkan untuk bersiap memakai baju dan lain-lain. Jam 11.30 pagi. Aduh! Aku ambil sehelai baju dan sehelai seluar dari almari dan letak di dalam beg. Petang ni nak gerak gi Warwick.

Jam 11.40 pagi aku mula berjalan kaki turun ke universiti. Alhamdulillah sempat sampai ke kelas. Tepat jam 12.05 tengah hari aku duduk di bahagian depan kelas. Paling hadapan ye. Mak aku mesti bangga! Neutralkan kembali perasaan ibu atas perbuatan lambat dan last minute seperti diceritakan di atas. Maafkan ku bonda~

Jam 2 kelas pun tamat. Terus hantar lab report kat office. Yeay! Dah settle semua masalah! Hoho...

Perjalanan ke Warwick agak memeningkan. Dah lama tak naik bas jauh-jauh. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Sakit hati. Waktu macam ni la yang aku terasa nak guna kuasa telepathic. Ada jurus sejenak seperti Son Goku pun dah cukup menarik. Kamu pun mesti tak suka perjalanan yang jauh-jauh kan? Dah lah sorang-sorang. Lagi menambahkan kesedihan!

Bas aku sepatutnya gerak pukul 5 petang. Tapi Megabus macam haram sikit. Selalu lambat. So, kol 5.20 petang baru nak mula start enjin. Sial punya bas! Marah betul la orang yang tak reti menjaga masa.

 Cuba kamu tengok bas ni. Buruk betul. Masuk bas ni mesti sakit pinggang. Bangang punya bas. Tak patut wujud!

Hampir pukul 9 malam. Bas aku tiba di Warwick. Sambil pening kepala, aku turun bas. Kesian betul kat aku. Dah la bas lambat. Drebar bas bawak macam siput. Seat bas plak keras macam haram jadah. Geram betul lah! EEEeeeee... (kamu dapat rasa kegeraman ini tak?)

Turun-turun bas, Syafiq datang jemput aku. Kami naik bas dari stesen bas tu ke depan apartment dia. Ada cerita yang agak lucu. Tapi tak boleh tulis dekat sini. Takut nanti kerajaan UK akan saman aku. Rules are meant to be broken right? Huahua...

Mungkin rezeki aku. Pada malam yang sama, ada party majlis makan-makan sedang berlangsung. Majlis tu kononnya untuk menyambut pemergian lecturer mereka dari UK. Dengar cerita lecturer mereka singgah 2 minggu saje di UK ni. Walaupun begitu, aku rasa mereka buat majlis makan-makan ni kerana kedatangan aku. Biasa la tu. Siapa yang tak sayang Anoz? Tak percaya tanyalah pelajar Tesl Warwick sendiri.
 

Macam biasa, kebanyakkan pelajar Tesl adalah dari golongan hawa. Cuba kamu bayangkan, duduk dalam dapur yang dipenuhi oleh 20-30 orang gadis. Untuk gadis, bayangkan 20-30 orang jejaka tampan sekeliling kamu. Tak ke segan kalau macam tu? Dah tu pulak, semua orang paksa-paksa makan. Tahu la aku kurus, tapi tak payah la nak paksa aku makan. Setiap minit, kulitku bertambah 1 inci ketebalan. Pipi memang dah merah-merah. Tak boleh cover lagi sebab lupa bawak bedak. Ikot hati aku, dah lama aku nak letak bedak tebal-tebal kat muka. Tak ada la nampak segan sangat. Memang sangat segan do. Sumpah tak tipu.

Dalam jam 1 pagi, ramai yang dah beransur pulang. Dua orang lecturer dari Malaysia itu pun dah balik dah. Cuma tinggal 10 orang macam tu kot. Bila tak ramai, baru la aku pulih kepada kondusi biasa. Muka dah kembali nipis, perut terasa lapar. Makanan semua aku telan. Banyak lagi sisa-sisa makanan. Ye. Aku makan sisa makanan sahaja. Keseganan yang agak melampau tadi membuatkan aku lapar. Perempuan yang masak, mesti la sedap kan? Hehehe...

Kami bersembang agak lama. Malam ni ramai pula yang aku bersosial. Not so sial oke. Agak seronok sebab bersembang dengan lecturer mereka dari tanah air Korea. Tapi sayang sebab dia sudah tua. Aku boleh agak ke-hot-an beliau semasa muda dulu. Dengar kisah cinta dia semasa mula-mula berkenalan dengan suami beliau pun agak menarik.

Tup tap tu tap, dah jam 5 pagi. Syafiq perlu pergi ke Manchester. Misinya ke sana adalah untuk menonton perlawanan live Manchester United. Boooo!!! Sebelum dia pergi, dia meninggalkan pesan kepadaku. Hati-hati di dalam bilik dia. Mendengarkan pesan tu, takut pula nak tidur bilik dia. Tapi aku buat muka tak malu gak. Bantai aje tidur. Dah mengantuk dah ni. Jam 6 pagi, aku mula bersiap untuk tidur. Esok perlu bangun awal. Auni dan Aufa ajak jalan-jalan. Nak tak nak, kena ikut. Sebab dah janji. ^_^

P/S: Bagi yang tak dapat tangkap, point aku tulis panjang-panjang part 1 sebenarnya nak bagi tahu yang aku seorang yang sangat pemalu. Itu sahaja. Sekian

Aku Anoz

_____________________________

So tell me, are you shy as well?


TO BE CONTINUE

Monday 15 March 2010

What Does BioMedical Engineers Do?

May Peace Be Upon You.

I just got back from Birmingham. Been there to watch All England Open. It was really fun to see Datuk Lee Chong Wei won! And it is an honour to cheer for him as well.

Anyway, sorry guys. I know I haven't update my blog for a few days. Today I should write a new entry. But it seems really impossible to write in my condition right. Haven't got enough sleep for the past couple of days. I'm really tired. So, I just can't be bothered. ^_^

___________________________________


Biomedical Engineer? Have you guys ever heard that before? I copied and pasted these from BME group in Facebook. Remember guys, 'copy and paste'. This is not the usual thing I generally do. LOL!

Anyway, sit back, relax and enjoy~

___________________________________


You Know You're a Biomedical Engineer When…:


* Patients can't live without us, Doctors as well :)

* Doctors run In hospitals, We RUN hospitals!

* A Mechanical Engineer studies motion, A Biomed cares for a Safe motion

* A Civil Engineer links columns, a Biomed links bones

* An Electrical Engineer design regulators, A Biomed design pacemakers: the regulators of your heart beats

* A Computer Engineer process Digital computer signals, a Biomed decipher the brain complex bio-signals

* A Telecommunications Engineer develop telephony systems ("Connecting People"), a Biomedical Engineer develop telesurgery systems that prevent Doctors, in high precision surgeries, from "Collecting People"!

* A Chemical Engineer drills to take fuel out and circulate it in polluting machineries, A Biomed pierces to take out tumors and keep your blood circulating in a healthier body

* A Nuclear Engineer can explode a whole city and waste healthy people's life, a Biomed can explode the tiny stone and make suffering patients enjoy their life

* An Agricultural Engineer design water irrigation systems to the soil, a Biomed design fluid irrigation systems in your tissue

* An Architect design buildings and statues, a Biomed design Bio-Robots

* You can Date Spouses from any Major, you have the Global knowledge and Studied all Majors already =PP

* You studied Human Physiology, and enjoyed it to the MAX!!!

*
It's hard to get rid of us. We live inside you, through Biomaterials. ^_^

* While We capture a Medical Image for you, you don't have to "Say Cheese" because X-Rays show all your teeth and more :P

* With X-Rays, We can "take out" your bones and you still alive!

* With MRI, We control your Resonance!

* With Ultrasound, We can know whether your baby who's kicking hard in his mother's womb is a future football player, or a pretty girl who will kick the arse of guys (Biomeds not included)

* With Biomedical Instrumentations, we build a circuit:
We get a bio-signal from you (though you don't know what does it mean),
We Amplify it (you should practice giving more powerful signals next time, if not still ok),
We process it (hey you can relax and go back home),
We decode and display it so others can further analyze the data We translated

Summary: We know Body Language! (Btw you don't have to be a Belly Dancer :D)

_______________________________
As you guys can see, I bold three points  in above section. Guess why? ^_^

I'm Anoz

Thursday 11 March 2010

Keputusan Peperiksaanku

Salam

Post yang berbaur akademik. Baca jika mahu. Kalau tak mahu, tak apa. Berat gak post ni! Hohoho...

Post ni aku tulis dalam 2 peringkat. Hari sebelum ambil result dan hari selepas ambil result.

 _______________________________

Esok Keluar Result lah!

Ini boleh dikatakan hari yang aku tertunggu-tunggu. Exam hari tu aku buat super teruk. Sumpah terbogel tak tipu. Tapi aku harap result dia tak terbogel sangat. Cuak Cuak Cauk Cauk!

Di bawah ini adalah paper yang aku ambil semester lepas. Nama module adalah di dalam tulisan bold. Penerangan juga diberikan.

ACS 111 System Modelling : Gabungan Electrical Eng dan Mechanical Eng. Analisis situasi dan masalah daripada mata System Eng. Agak susah paper ni.

EEE 130 Electrical circuit : Belajar gabungan circuit. Mengkaji parts di dalam medical devices seperti X-Ray, MRI dan Ultrasound. Mendalam sikit berbanding Fizik A-level.

MEC 120 Design and Manufacturing : Design ciptaan baru. Contoh ciptaan adalah seperti mesin golf putter dan mechanical car toy. Sebelum semester tamat, kena present ciptaan kita tu.


MAS 147 Mathematics : Macam math. Eh, memang math pun! Susah sikit aje dari math A-Level.


MAT 191 Introduction for BioMedical Eng : Introduction sahaja. Tapi bagi aku, paper yang paling susah antara semua paper. Gabungan medicine dan engineering. Fizik dan Biology. Pening kepala tak? Pening kan? Terima kasih aje.

MAT 1410 BioMaterials : Menglasifikasikan bahan-bahan mengikut sistem tertentu. Mengkaji bahan yang boleh di'implant' ke dalam badan manusia. Memastikan bahan tu bio-compatible/sesuai untuk badan manusia. Banyak nak kena hafal. Otak aku tak sesuai sangat untuk menghafal.

MED 1510 Tissue Structure and Function : General studies untuk anatomy, histology dan physiology. Susah gila sebab kena hafal nama-nama tulang dan organ manusia. Untuk histology, masuk lab dan tengok cell-cell melalui microscope. Untuk anatomy pula, masuk lab dan potong-potong organ manusia. Agak seram.

Jadi, module kita ada yang sama tak? ^_^

_____________________________

Result dah keluar dah!

Alhamdulillah semua okay dan tak ada yang fail. Kalau fail, kena repeat bulan ogos nanti. Mana larat nak repeat time tu. Aku nak balik Malaysia!

Waktu buat exam, aku expact ada fail 2 paper. Tapi Alhamdulillah dua-dua lulus. Tapi lulus yang agak rendah lah.

Di bawah ini keputusan ku.

  • ACS 111 System Modelling : 64%
  • EEE 130 Electrical circuit: 92%
  • MEC 120 Design and Manufacturing : 73%
  • MAS 147 Mathematics : 81%
  • MAT 191 Introduction for BioMedical Eng : 64%
  • MAT 1410 BioMaterials : 56%
  • MED 1510 Tissue Structure and Function : 55%
Aduh. Bengang bengang. Paper yang menghafal semua aku dapat teruk. 50% lebih aje. Tapi yang lain oke la kot. Kat sini aku perlu menambahkan kapasiti otak aku untuk mengingat. Otak ni senang lupa lah.

So basically, pembelajaran universiti kat sini tak pakai CGPA. Dia pakai sistem yang agak mudah iaitu sistem weighted average.

Tambah tolak bahagi darab, average aku dapat 70%. Kira first class honour degree lah ni. Tapi tu pun kalau dapat maintain sampai final year. Alhamdulillah. Sejuk perut mak ayah aku dengar.

Lupe pulak nak letak tag line,
Aku Anoz

 _____________________________________

So tell me, how was your result?

Tuesday 9 March 2010

Tips Mengambil Keputusan

Salam.

Terasa dah lama tak buat entry yang bermakna dan berisi. Sebelum ni semuanya mengarut. Mengarut sikit tak apa lagi. Tapi semuanya mengarut banyak.

Aku baca pun rasa nak sepak kepala sendiri. Patut la aku tengok poll nuffnag yang aku buat tu ada 20% nak sepak kepala aku. Aku pun terasa macam tu juga. Aku manusia yang normal macam kamu juga. Kadang-kadang ada rasa nak sepak kepala orang juga. Jom sepak kepala aku ramai-ramai. Haha...

______________________________________

Coretan hari Selasa 9/3/2010 jam 1500 waktu tempatan.

Esok hari Rabu. Lusa hari Khamis.  Awat dengan hari Rabu dan Khamis ni?


Rabu - Result Exam Semester 1 UoSheffield

Esok lepas keluar result lah aku cerita. Hoho

____________________________________


Khamis - Result SPM 2009

Aku nak cerita apa? Aku bukannya ambil SPM pun tahun lepas pun.

Tapi aku masih ingat lagi zaman ambil keputusan dulu. Cuak Cuak Cuak. Waktu dah sampai maktab baru boleh rasa cuak tu datang. Sebelum tu cool aje. Bila tengok orang lain dah lompat-lompat, menangis-nangis, baru kita sedar kita pula akan jadi macam tu lepas ni.

Sepanjang jadi pelajar dari darjah satu sampailah sekarang umur 21 tahun, memang macam macam jenis peperiksaan telah aku gagahi. Secara purata, setahun ada 2 peperiksaan. Jadi 15 tahun belajar sama dengan 30 peperiksaan. Pergh. Banyaknya!!

Itu tak campur peperiksaan mengambil lesen memandu, lesen menerbang, lesen hisap rokok daripada kedua orang tua tercinta dan pelbagai lagi peperiksaan sampingan lain. Dah muak dah aku ambil peperiksaan.

Sedikit tips untuk mengambil result SPM

Seperti yang dikeutarakan di atas, aku boleh dikatakan pakar dalam mengambil keputusan peperiksaan. Jadi, disini aku ingin berkongsi beberapa tips untuk mereka yang bergelar 'orang-yang-nak-amek-result-SPM-beberapa-hari-lagi'.

1. Datang Tepat Pada Masanya
Pastikan kamu datang tepat pada masa keputusan itu akan dikeluarkan. Jangan datang awal sangat sebab ini boleh membuatkan kamu risau dan cemas. Kamu akan banyak memikirkan tentang keputusan itu dan pastinya akan bertambah gementar. So, datang tepat pada masanya.
Jangan datang lambat sangat sebab nanti kawan-kawan kamu semua dah balik rumah. Kalau kamu dapat result bagus, nak berlagak kat siapa? Semua dah balik.

2. Keadaan Tubuh Badan Yang Optimum
Ini adalah perkara pokok semasa ingin mengambil result kamu. Pastikan sebelum ke sekolah, kamu makan dengan secukupnya. Singgah di mamak dahulu jika perlu. Badan yang sihat adalah tunjuang kepada perasaan dan emosi yang stabil.
Tubuh badan yang optimum membolehkan kamu melompat setinggi-tingginya bila result bagus. Dan menangis sepuas-puasnya bila result teruk.

3. Sikap Sahabat
Pastikan kamu duduk bersama rakan-rakan yang berguna dan supportive. Elakkan orang yang suka bangga diri dan berlagak. Lebih manis jika kamu duduk bersama rakan yang lucu. Ini boleh menenangkan hati, jiwa dan fikiran kamu.
Ohh ya! Jangan sombong dengan orang lain. Sembang dengan semua orang yang kamu jumpa. Kan kamu semua dah berzaman tak jumpa.


4. Senjata Terhebat Muslim
Doa adalah senjata kita. Senjata yang amat hebat dan mampu mengubah segala-galanya dengan izin Allah. Jangan lupa baca doa sebelum keluar rumah. Jangan lupa juga sewaktu memandu, makan, masuk masjid dan lain-lain lagi. Tanam dalam hati senjata terhebat ini. InshaAllah, boleh berjaya. Kalau dah usaha, Allah pasti akan membantu kita. Betul tak?

Tapi untuk yang tak berjaya / result teruk, jangan risau. Mungkin ini bukan rezeki kamu lagi. Perlu diingatkan bahawa ini hanyalah ujian Allah di dunia. Belum di akhirat lagi. So, bertenanglah. Be cool. Masih banyak lagi yang boleh dipandang di hadapan kita.

Perjalanan kamu masih jauh. Muda lagi ni. Baru 17 tahun. Muda muda. Memang tak dinafikan. Kalau dah dapat result nanti, bagi tahu aku ye. Nak juga tahu result kawan-kawan bloggers. Kalau ada yang nak berkongsi emosi, jangan la rasa keberatan. Aku pakar psikologi. Hehe...

Dah baca doa? All the best!!!

Aku Anoz

________________________________

So tell me, does the tips works?

Monday 8 March 2010

Apabila Ditimpa Kesakitan

Salam.

Ni sumpah entry aku paling pendek sekali. Boleh masuk rekod tak?

Update kehidupan Anoz:

Aku jatuh sakit semalam. Baru ingat nak buat entry malam semalam. Tapi memandangkan sakit kepala yang teramat sangat, tak larat pulak nak buat. Kepala dah denyut-denyut dah ni. Dah lama tak sakit. Rasa sakit hati la pula.

Sorry readers. Esok janji tak tipu aku akan buat entry baru. InshaAllah.

Dan Kami turunkan dari Al-Quran ssuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim, Al-Quran itu hanya akan menambah kerugian. Surah Isra' (17) Ayat 82


Aku pasti semua orang pun pernah sakit. Rasa macam tak boleh buat apa-apa aje kan? Rasa macam nak keluar jalan-jalan, tapi tak boleh. Rasa macam nak pergi kelas, tapi tak larat. Memang susah. Tapi tak apa. Apa salahnya ponteng kelas 2 3 minggu. Kan ada alasan kukuh ni. ^_^

Cuba kamu kaji ayat di atas dan Ayat 44 Surah Fussilat. Tengoklah apa persamaan dia. Lepas tu bagi tahu aku oke? Selamat Malam.

Aku Anoz yang sedang sakit

__________________________________

So tell me, what does the verse means?

 

Friday 5 March 2010

Kucing Pilihan Keluarga (Part 2)

Salam

Cerita pasal kucing, aku pun pernah ada kucing kat rumah. Kamu semua ingat konsonan yang penting tu; PERNAH.
________________________________
 SAMBUNGAN

Rumah aku ibarat Mid Valley bagi kucing. Datang tak dijemput, pergi tak dihalau. Sekurang-kurangnya, 3 ekor pasti ada yang berkeliaran. Namun begitu, hanya kucing yang berani dan tahan sepakan serta lontaran aje yang mampu menjadi kucing pilihan.

Ya! Aku amat tegas untuk pemilihan kucing-kucing ni. Kucing pilihan ni ialah kucing yang akan tidur serta berjalan-jalan di dalam kawasan pagar rumah aku. Calon-calon biasanya aku mencalonkan diri sendiri dengan cara selalu melepak di kawasan dapur dan mengiau-ngiau secara lebih kerap. Setelah menjadi calon, mereka akan diuji dengan ketabahan fizikal dan juga mental.

Ujian Fizikal
Calon-calon akan diuji kekerasan badan mereka. Ini teramatlah penting kerana calon yang terpilih akan menjadi penjaga rumah. Mereka juga akan mengelakkan serangan serangga-serangga kecil dan juga amfibia yang menjijikkan. Untuk ujian ini, aku biasanya akan menyepak dan membaling mereka. Biasanya kekuatan sepakan akan meningkat jika calon masih tidak mengalah. Sekali-sekala, penyapu juga akan digunakan.

 
Ini adalah contoh gambar bagaimana kucing-kucing ini akan diuji.

Ujian Mental
Calon-calon dikehendaki meminta makanan daripada aku dengan cara yang paling manja sekali. Hipotesisnya begini. Jika bukaan mata lebih besar, lebih comel lah kucing itu. Semakin comel kucing itu, semakin banyak makanan akan diberi. Tetapi perlu berjaga-jaga juga. Jika calon meminta makanan terlebih comel, mereka berisiko akan dihalau dari rumah secara kasar. Taktik kotor seperti gigit-gigit kaki dan cakar-cakar peha aku juga tak dibenarkan.

Menggunakan kedua-dua ujian ini lah, kucing belaan akan dipilih. Walaupun aku dah ada kucing dalam rumah, perlu juga kucing untuk jaga kawasan rumah. Kalau pencuri masuk, memang sah kena gigit. Nak kena gigit dengan kucing? Datang lah rumah aku pada waktu malam.

 Contoh kucing sedang menjaga kawasan perumahan dari anasir jahat.

 
Akibatnya apabila kamu memecah masuk rumahku.

Ujian Terakhir
Kucing-kucing yang bertuah akan dibenarkan tinggal disekeliling kawasan rumah aku. Mereka akan diberikan masa dan dikehendaki untuk tidak kecing atau meninggalkan najis merata-rata. Namun, aku tak adalah begitu kejam. Calon tidak akan terus dilupuskan setelah melepaskan najis pertama di dalam rumah. Beberapa percubaan akan tetap diberi. Hanya sampai  tahap maki hamun serta sumpah serana dilepaskan, baru lah kucing ini akan di halau.

Siapa yang tahan dengan najis kucing? Aku pasti dan yakin kamu semua tahu bau najis kucing. Hancing kan? Ada sesiapa yang tak tahu bau najis kucing? Sila sertakan alamat surat menyurat kamu. Akan aku poskan bau dan aroma najis kucing ini kepada kamu. Sila sertakan wang pos sekali ya! Terima kasih.

 
Kucing yang meninggalkan najis merata-rata akan disoal siasat seperti ini.

The One
Kucing yang terpilih akan menjadi kucing kesayangan keluarga. Mereka akan diberikan makanan yang enak-enak serta susu untuk menguatkan otot mereka. Mereka juga diberi tempat tinggal yang selamat dan kucing-kucing betina yang comel-comel. Sungguh beruntung jadi kucing kan? Free je dapat gadis comel-comel.

Jika kucing terpilih ini melahirkan anak, anak-anak mereka juga akan mengalami proses yang sama. Ujian fizikal dan mental akan bermula sekitar umur mereka mencecah 6 bulan. Jika mereka gagal, mereka akan dihalau. Begitu juga dengan ibu dan bapa mereka. Strict tak aku?

P/S: Kebanyakkan cerita ini auta. Don't worry. ^_^

P/S2: Jadikan cerita ini sebagai pengajaran. Jangan sekali-kali menyeksa kucing. Nabi kita sendiri amat gemarkan kucing. Berdosa tau seksa haiwan ni! Ingat oke!

Aku Anoz

TAMAT

_____________________________

So tell me, have you got a cat?


Thursday 4 March 2010

Kuak Hamster Perlu Diperkenalkan Dalam Sukan Olimpik (Part 1)

Mulai sekarang aku nak buat post pendek-pendek sahaja. Sependek charger handphone aku. Memang sangat pendek. Bengang aku. Kalau plug dekat, tak apa lah juga. Senang sikit nak message gadis-gadis sebelum masuk tidur. Ni teramatlah jauh dari katil!

Inilah alasan kenapa aku tak message orang sebelum aku masuk tidur. Tak larat lah nak bangun dari katil. Maafkan aku gadis-gadis montok di UK. Walaupun kamu mengharapkan jejaka ganteng seperti aku message 'goodnight', aku ngak bisa berbuat demikian dong. Ampuni aku. Ya Ampun!!!!

____________________________________


Rasanya aku dah lama tak buat lawak. Sunyi la pulak kalau tak gelak-gelak ni. Post kali ni aku cuba buat lawak. Boleh tak? Aku cuba ye.

Hari tu aku blogwalking jap. Tiba-tiba aku masuk page yang seakan-akan sama. Tiga page berturut-turut lebih kurang sama. Aku kaget. Pelik sungguh

Kamu tahu apa yang sama? Tiga-tiga blog tu menggunakan tema kucing.

Ada apa dengan kucing? Kenapa kucing yang dipilih? Kenapa tak menggunakan makhluk lain yang comel-comel untuk dibuat sebagai tema? Kangaroo ke, polar bear ke, harimau ke, dinasour ke. Kan lagi comel? Agak-agak dah tak ada binatang comel yang lain, buat aje aku sebagai tema. Aku kan boleh tahan comel jugak. Hehehe...

Cerita pasal kucing, aku pun pernah ada kucing kat rumah. Kamu semua ingat konsonan yang penting tu; PERNAH.
________________________________________

Rumah aku boleh digelar sebagai KLCC haiwan-haiwan. Binatang banyak sangat. Rasanya dah boleh buat sale dah. Abang aku bela arnab dengan ikan. Kakak aku bela kucing-kucing. Abang aku lagi sorang ni lagi exotic. Ular, tarantula, ikan piranha, tupai-tupai semua ada. Memang exotic.

Sedihnya, aku seorang saje yang tak bela apa-apa. Aku masih ingat lagi. Waktu kecik dulu aku agak bangang. Boleh dikategorikan dalam bangang tahap maksima. Aku dulu ada hamster. Kamu semua tahu la binatang-binatang ni. Hamster memang agak busuk. Hamster haiwan rhodesian. Makan najis sendiri. Jijik. (Eeeuuuwwwwwww)

 
Ni la hamster aku. Memang kacak bergaya dan disukai hamster betina lain. Dia ni kuat dan berbadan sasa. Sama macam pemilik dia. Bila dia berak, dia tak makan balik. Dia suruh hamster lain makan. Samseng tak samseng lah kan hamster aku ni? Aku sanjung dia! Kamu patut takut kat dia juga. Hero hamster sejati.


Nak buat cerita, aku dulu adalah seorang kanak-kanak kacak yang sukakan kebersihan. Haaa.. Jangan main-main. Kecik-kecik dah kacak dan pembersih. Besar-besar memang idaman gadis-gadis lah.

Anyway, aku tak boleh tahan bau binatang busuk! Jatuh maruah aku sebagai seorang kanak-kanak bersih waktu tu. Aku malu nak tunjuk hamster aku kat kawan-kawan. Takot mereka kata hamster aku busuk. Hamster aku busuk? Aku terasa terhina. Aku rasa sedih. Mereka memperendahkan capability aku sebagai seorang kanak-kanak pembersih. Aku malu!

Jadi, pada satu petang yang indah tu, aku pun ambil baldi biru yang besar. Dalam baldi tu aku isi dengan campuran air panas dan sejuk. Dah macam nak kasi bayi mandi dah ni. Aku siap rasa kepanasan air tu menggunakan siku lagi. Memang boleh jadi bapa mithali betul la aku ni. Siapa nak kahwin dengan aku?

Hamster aku ada empat ekor. Dah lupa dah apa nama mereka. Tapi apa yang penting, empat-empat ni busuk. Busuk tak hingat punya! Ni dari lahir sah-sah tak mandi ni. Aku yang kacak dan pembersih ni pun mulakan misi suci aku. Dalam hati, niat putih bersih nak mandikan hamster-hamster ni. Jadi, aku pun lepaskan mereka dalam takungan air tu. Ini kisah benar.


Wah. Wah. Wah. Seronoknya mereka berenang. Comel-comel belaka. Aku belikan beberapa pelampung untuk mereka berenang seperti dalam visual di atas. Untuk hamster-hamster yang dah berpengalaman, tak perlulah pelampung lagi. Aksi kuak lentang dan kuak kupu-kupu boleh kita lihat daripada hamster berpengalaman. Kuak hamster pun boleh kita lihat. Tapi sayangnya kuak hamster tak dimasukkan kedalam sukan olimpik kerana terlalu bahaya. Sukar untuk manusia normal mencubanya.


Bodoh la aku ni. Mengarut pulak.

Anyway, aku tengok semuanya berjalan dengan lancar. Seronok tengok mereka berenang. Aku terasa nak join. Tapi tak apa. Misi aku masih belum selesai. Aku beredar sebentar untuk ambil sabun mandi. Alang-alang mandi, mesti la nak brush-brush sikit. Kepala hamster tu pun kena shampoo sekali. Ingat perempuan aje ke yang shampoo rambut? Lelaki dan hamster pun shampoo gak okay!

5 minit berlalu. Aku kembali ke arena renangan hamster-hamster tersebut. Bila aku tengok baldi tu, dah ada seekor menyelam ke dasar baldi.

Dalam hati aku, "Bapak hebat sial hamster ni berenang. Siap boleh menyelam lagi."

Aku kagum. Muka tengah bangga. Senyum pipi hingga ke telinga. Boleh tujuk dekat kawan-kawan aku ni! Lepas ni nak snorkeling boleh ajak hamster aku sekali. Memang angan-angan yang menarik. Pulau Redang dah ada dalam benak fikiran.

Beberapa ketika lepas tu, menyelamlah lagi seekor. Time tu aku dah pelik. Apahal hamster yang first menyelam tadi tu tak timbul-timbul lagi? Boleh tahan paru-paru hamster aku ni. Dekat 2 3 minit jugak tahan nafas. Paru-paru kapasiti tinggi ni.

Aku naik pelik. Bila aku angkat, tengok-tengok dah tak bernafas. Dah mati. Bapak sedih gile weh!!! Busuk-busuk hamster tu pun, aku masih sayang lagi tau. Lagi due ekor hamster tu mati lepas aku angkat dari air. Mungkin mati sebab kesejukkan kot. Itu aku tak pasti.

Pada hari tu, aku baru tahu. Hamster tak boleh berenang. Bodo betul lah aku ni. Kamu tahu tak? Jangan nak test pulak lepas ni. Hamster tak boleh berenang!

Warning: Hamster tak boleh berenang. Ikan boleh berenang. Manusia ada yang boleh berenang, ada yang tak boleh. Ingat tu sampai bila-bila pun!

_______________________________

Aku baru sedar yang aku dah tulis panjang. Aku ni memang banyak mengarut lah. Kisah pasal kucing tak cerita lagi. Aduh.
Nantikan post esok sahaja ye. Esok janji keluar pada 6 Mac 2010 masa GMT 0. Nantikan dengan gulungan karpet merah. Terima Kasih

Aku Anoz

BERSAMBUNG



Wednesday 3 March 2010

Rahsia Kehidupan: Maksud Cinta Sebenar

Salam

Post kali ini aku nak cerita tentang CINTA. Haaaa.. Nampak cinta je terus semua orang nak baca. Followers yang 127 orang pun boleh terus meningkat jadi 721 orang dalam masa satu malam. Semua orang bila menceritakan tentang cinta, mesti gembira terlompat-lompat dan terguling-guling. Hebat betul penangan dia kan?

Kamu semua bab-bab bercinta ni memang hebat belaka. Susun ayat bukan main lagi. Madah berbunga, kad berbedak tapi dalam hati haprak. Semuanya kerana nafsu.

Cuba la kamu layan cinta dengan Allah dan Nabi Muhammad. Kan seronok mak ayah dengar. Bila aku tanya kamu, mesti kamu akan mengaku mencintai Allah dan Nabi kerana kamu ucap kalimah syahadah; tanda cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Apa guna kalau bercinta tapi bukan dengan hati? Apa maknanya? Apa buktinya? Apa rasanya? Apa sebenarnya yang kamu peluk dalam hati tu?

_______________________________________

Makna Cinta Kita

Kamu cari la makna dia sendiri. Tak mahu aku bagi free. Benda yang dapat free selalu tak dihargai.

Sama jugak dengan makna cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Kamu solat 5 kali sehari. Kamu faham ke ayat-ayat yang kamu ucapkan dalam proses solat tu? Kalau ayat cinta suci yang kamu sebut-sebut dalam solat pun tak dapat nak faham, takda maknanya kamu tonggang-tonggeng sampai lebam dahi.


Bukti Cinta Kita

Cakap I Love You, semua orang pun boleh cakap. Buktinya mana? Kamu kata Allah lah segala-galanya. Tiada yang utama selain Dia.

Tapi dalam hati, kamu kata duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, kuasalah segalanya. Paling hampeh pun, kata balak kamu segalanya. Buktinya? Kalau kena buat piihan, kamu sah-sah pilih apa yang jelas dalam hati.

Allah kat mulut pun tak berapa nak jelas. Nak sebut pun tengok keliling. Pernah jumpa orang macam ni?


Rasa Cinta Kita

Siapa yang pernah bercinta tahu la macam mana rasanya. Kemanisan bila berdamping dengan si dia. Kerinduan bila berjauhan, keresahan tiada kepastian.

Kamu ada rasa macam tu dengan Allah? Dengan Nabi SAW? Tengok hindustan meleleh air mata sekali dengan air hidung. Bila dengar azan ada rasa apa-apa tak?

Awek bagi surat, baca sampai 10 kali. Hari-hari cuba nak cari maksud yang tersirat. Allah bagi Al-Quran kamu simpan aje. Baca pun bukannya faham.


Siapa Cinta Kita

Maha Suci Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Allah pada seluruh makhluk ciptaanNya.

Allah bagi rezeki tak kira walaupun kita ingat kat Dia atau tak. Allah bagi kita sihat walaupun dalam sihat kita buat maksiat. Allah bagi kita segalanya walaupun kita tak ingat kat Dia. Banyak sangat benda kita cinta, tapi malas aku nak list down.

Walhal, Allah yang satu sedang menunggu untuk kita mencintai Dia semula. Kita patut sedar yang sepatutnya, Dialah yang kita wajib cinta secinta-cintanya.

_____________________________________

Dekat Sheffield, baru aje berlangsungnya program Nasheed Extravaganza (NEXT) 2010. Tema untuk tahun ini adalah The True Meaning of Love. Ramai peserta dari seluruh UK datang memasuki program ni. Orang Ireland dan Scotland pun ada datang juga. Memang menarik.

Bila bertanya tentang cinta sebenar, kita memang dah tahu siapa cinta sebenar kita. Allah Allah Allah. Tapi semuanya boleh cakap guna mulut. Soalannya sekarang, ada ke kamu praktikkan kecintaan kamu dalam aktiviti seharian? Fikir semula ayuh!!!

P/S: Amek kau ubat! Tak ada lawak langsung! Hahahaha

Aku Anoz

__________________________________

So tell me, do you know the true meaning of love?


Monday 1 March 2010

Ada Lori Ada Bas, Jangan Kacau Aku Tengok Bangbus!

Salam

Aku kena tag dengan ZaiZax. Sepanjang aku mempunyai blog, ni first time aku kena tepuk (tag). Si Zai ni paksa-paksa aku buat entry ni gak. Dia kata kalau ada masa, kena buat. Kalau tak ada masa, kena buat gak! Aku pun pening kepala dengan dia ni. Mungkin dia ada darah kelly-ng. Sendiri kurang pasti. Tanya dia sendiri lah. ^_^

Sebagai seorang blogger yang proaktif lagi dinamik, aku akan jawab tag ini dengan kejituan yang maksimus mencapai awan komulus nimbus. Terimalah~

______________________________________
1) You have to print screen wallpaper that you are using right now

Aku sebenarnya malu nak letak. Tapi Islam mementingkan kejujuran. So, aku akan print wallpaperku dengan penuh kejujuran juga. Kacak dan jujur. Kamu suka tak?


2) Tell us why you like the wallpaper

Wallpaper aku adalah gambar powerpuff girls! Siapa yang tak suka gadis comel? Aku lagi lah suka! Cuba tatapi gambar mereka dengan teliti. Sangat mengembirakan kan? Hati yang sedang lara pun boleh tersenyum dengan hanya menatapi wallpaper ni.

Blossom tersenyum hingga tertutup mata. Bubbles dengan aksi kanak-kanak riangnya. Buttercup yang selalu serius ni pun boleh tersenyum juga. Susah kot nak lihat dia tersenyum. SUKANYA AKU!!! Hehehe....

Bagi aku, mereka adalah superhero sejati. Aku sanjung mereka. Dulu pernah ada orang tanya aku, dalam banyak-banyak superhero, superhero apa aku nak jadi? So, aku jawab lah aku nak jadi ahli powerpuff girls. Aku disebat dengan tayar basikal. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa.

Aku harap boleh berjumpa dengan mereka suatu hari nanti. Die-hard-fan Powerpuff Girls ni! Kamu minat juga tak?


3) Tag 10 people...

Malas la nak tag orang. Lain kali boleh tak? Hohoho Merry XMas!

Aku Anoz

_______________________________

So tell me, what is your wallpaper?