Sunday 2 May 2010

Ukhuwwah Fillah Abadan Abada (UFAA)

Salam ukhuwwah.

Atas desakan yang bertalu-talu daripada moderator, di sini ana ingin mengenalkan diri sendiri. Bak pepatah melayu, angkat minyak sambil jual minyak(?).

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Mari kita tukar sedikit pepatah tu. Ana kata, tak kenal maka tak.....aruf (ta'aruf)!!! Apa objektif group kita? Objektif kita adalah untuk merapatkan ukhuwwah dan berganding bahu menggerakkan gerak-kerja dakwah di Sheffield. Maka di sini lebih elok jika kita berkenal-kenalan. (ehem sambil jual minyak) ^_^

Nama penuh Anas Syazwan Mohd Ghazali. Nama timang-timang/manja Anoz. Dilahirkan di kota metropolitan Kuala Lumpur pada tanggal 31 Januari 1989. Mendapat pendidikan menengah rendah di PDRM Kulim. Meneruskan usaha pembelajaran di MRSM Langkawi untuk tahap SPM. Pada pertengahan bulan Julai 2007, mendapat tempat di Kolej MARA Seremban untuk membuat A-Level sebagai persediaan ke luar negara. Menyambung pengajian dalam bidang BioMedical Engineering di UoSheffield UK.

Ana bercita-cita untuk membuka hospital dewasa kelak. InshaAllah hospital ini akan digunakan sebaiknya untuk membantu ummat Islam di seluruh dunia.

Di sini, agak manis jika ana memberikan sepotong ayat Quran mengenai ukhuwwah.


Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (49:10)

Interaksi antara manusia harus didasari keyakinan bahawa semua manusia adalah bersaudara, dan anggota masyarakat Muslim juga saling bersaudara. Ukhuwwah mengandung erti persamaan dan keserasian dalam banyak hal. Kerananya, persamaan dalam keturunan mengakibatkan persaudaraan. Persamaan dalam sifat-sifat juga membuahkan persaudaraan. Apakah persamaan kita? Islam dan jalan dakwah ini!  Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa. Kami lah tentera Allah, jalan kami jalan terpelihara! InshaAllah.

Mari kita lihat sedikit hadis pula.

Rasulullah bersabda, sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya. (H.R al-Hakim)

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati. Marilah bersama-sama kita menjadi teman ini inshaAllah.

Untuk menamatkan coretan panjang ini, ana ingin memberikan sepotong pantun. Terimalah. (2 jam fikir ni! Hargai tau. hehe)

Sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar
Sahabat yang setia umpama pewangi mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN

Sekian sahaja. Maafkan salah silap ana. Yang baik datang daripada Allah. Yang buruk juga datang daripada Allah tetapi dizahirkan melalui ana yang tak sempurna ini.

Jazakallah Khair (JZKK) lebih baik daripada syukran.
Ukhuwwah Fillah Abadan Abada (UFAA) pula lebih baik daripada ukhuwwah biasa.


Signing out
Ana Anoz

Salam ^_^

20 comments:

zacharias said...

fuh, berubah seh ko sejak gi UK nih. bagus ah

afb said...

nape pantun ko cam tak mengikuti undang2 pantun?

next usroh nak aku wat pengisian bagaimana membuat pantun ke?hahaha

si para para said...

bgs penulisan ko bro.. sebab di selitkan dgn dalil al-quran dan al-hadis...

Yatre Hayati said...

owh baru ku kenal..

NAJ HEBAT said...

ok.. sesi taaruf kita pada hari ini..

nama ana: NAJ HEBAT
ana.. ana.. ana.. bilkhoiri..

kaifahaluka? okeh.. sudah la naj..

---------------------

tumpang lalu ye bang..hoho

joegrimjow said...

mantap ni
suke2
;)

ihsan_huhu said...

bagus la ko skang

jgn silap pilih persatuan dah la, ataupon over2 dgn semangat persatuan anda

zacharias said...

haha... jangan terlebih semangat dah aa.. aku dah bosan dah jumpa dgn budak2 usrah yang terlebih semangat. pastu suka gila suicide bomber..

Well, you have to admit, ada usrah2 kat UK tu yang train suicide bomber

Unknown said...

hoho. dua jam fikir pantuh jeh. haha.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Kejernihanku said...

salam anos sayang..sweet nye kamu ni..haha..baru aku tau ko ada blog tak bgtau aku seh..huhu..bagus2..salam taaruf.. :)

muhammadthoriq said...

jom berta'aruf!
sebenar2 ta'aruf...=)

dee love eiffel said...

salam. wah anoz, bagus bagus, cara penulisn ni ;)

Norashikin Abdullah said...

nice entry :)
woa.smart..
but pntun tuh bes..tp mcm tak ikut undg2 je
main redah je ek

a fellow bmed eng student said...

go go biomed eng!

Anonymous said...

alhamdulillah, suka tgk tulisan cmnie...moga2 setiap org yg baca, kau akan dapat 'saham' baiknya..=)

moga Allah permudahkan...

Anonymous said...

masyaallah ya akhi....
alhamdulillah....
:)
i like this post....

aNoZ said...

zach: bia berubah. asal kepada arah baik kan? hehe.. x de la.. bomb2 tu pun aku x berapa nk setuju gak.. subjektif. hehe

fikri: haha.. pantun senget org kata. at least aku cuba. ahha

parapara: hehe.. thnx. jom la buat mcm ni gak. mantap? ehhe

yatre: baru kenal ape?

naj: hehe.. sila la lalu adek. ehhe

joe: thnx joe

ihsan: iA tak.. persatuan islam x pe la. secara keseluruhan. ehhehe

bunbun: 2 jam. ahha.. tu hiperbola namanya.. 2 mnt je sbnanye. hehe

kejernihanku. ehhe.. ala sopi. sedih aku kau x tau! hahaha

thoriq: yup. mari.. esok kite buat yeh hehehe

dee: thnx dee. lama x dgr cite. ehhe

ekin:hehe.. thnx... pantun senget sebelah kot? haha...

fellow BME: haha... let's go and take it on!! XXX

anonymous: ameen.. thnx. sgt menghargainya...

organicpure: hehe.. thnx tma. =P

Unknown said...

bez2...JZKK n UFAA...
btw,yg 4 rangkap tue namenye pantun eh??
huhu...juz asking

Unknown said...

bez2...JZKK...UFAA
btw yg 4 kerat tu namenye pantun eh??hua2 juz asking...