Tuesday, 4 May 2010

Aku Mawar Berduri

Salam.
Cerita dibawah ini hanya rekaan semata-mata. Jadikan pengajaran. Tentang seorang wanita muslimah idaman kalbu lelaki pelusuk dunia.
_________________________________________
Keheningan pagi menusuk kalbu. Hari yang indah untuk ke sekolah. 

*Kriinnnggggggggg* Bunyi loceng bergema sekitar sekolah. Berdesing telinga mendengarnya. Ayuh ke kelas!
Tersebutlah al kisah di sebuah kelas. Ada seorang cikgu ni. dia sangat diminati oleh anak-anak muridnya. Sebab apa? Sebab indah, comel lote rupa gurunya. Cantik menarik tertarik dia memang the bomb! Hehe... Sebenarnya cara dia mengajar berbeza dengan cikgu-cikgu lain di sekolah. Dia mengajar santai dan bersahaja. Pandai mengambil hati anak muridnya. Pandai mengambil hati dan perasaanku juga. Aduh! Jatuh cinta! ^_^

Sesi hari ini, cikgu ni pun berkata kepada anak-anak muridnya. "Ok, murid-murid sekalian, hari ni cikgu nak awak sume lukis benda yang melambangkan diri awak. 10 minit aje, lepas tu cikgu nak kamu cerita kat depan kelas ya."

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya habislah 10 minit yang diberikan oleh cikgu tu.

"Okai murid-murid. Masa dah tamat. Siapa yang mahu ke depan dulu?"

Makanya, ada seorang pelajar yang duduk di baris tengah mengangkat tangan. "Saya nak dulu, cikgu!!!" dengan nada yang girang gemirang. Andi (tiada kaitan yg hidup atau mati) pun ke hadapan kelas dan menunjukkan lukisannya. Berderai tawa sekelas melihatkan lukisan yang ditunjukkan. Lukisan tersebut adalah duit bernilai RM10.

Cikgu pun bertanya, "Cuba Andi terangkan lukisan awak." Murid tersebut pun berkata, "Saya lukis 10 ringgit ni kerana hari jadi saya 10hb ni. Saya nak hadiah yang harganya RM10 dari semua orang!" Lalu Andi pun kembali duduk di kerusinya.
Didi memberanikan diri ke hadapan. "Mengapa kamu melukis tembikai Didi?" tanya si guru.
"Sebab saya cumel kiut miut!" Didi dengan selamba badaknya menjawab tenang. Lalu langsung duduk.

"Siapa lagi yang berannn???" Cabaran dari guru tersebut.

**********

Zassssss!!!! Seorang pelajar perempuan bertudung labuh lantas mengangkat tangan lantas maju ke hadapan. "Saya melukis ini." 

Di kertasnya tergambar sekuntum bunga mawar dengan duri-durinya. Latar belakangnya berwarna hitam.

"Mawar adalah saya. Saya sekuntum bunga mawar yang indah berseri-seri."

"Waduh-waduh. Lantas, kok mawar itu banyak durinya?" Cikgu pun bertanya dengan nada jawo matang.

"Mawar yang sempurna adalah mawar yang berduri!" tegas pelajar itu.

"Tapi, bukankah itu akan menyakitkan orang yang ingin memetiknya?" seorang rakan sekelas bertanya aneh.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa mawar yang sempurna adalah mawar berduri. Ramai orang mengatakan bahawa keindahan mawar itu terganggu oleh duri-durinya. Padahal duri-duri itulah yang membuatkan mawar nampak indah. KENAPA? Kerana dengan duri itu, semua orang tak dapat memetiknya dengan sesuka hati. Duri itu adalah fitrah saya sebagai seorang wanita. Yang tidak boleh disentuh oleh sembarangan orang yang bukan muhrim saya."

"Lalu, kenape backgroundnya hitam? Bukan biru, merah atau yang lain-lain?"

"Saya memilih warna hitam kerana bunga itu di tepi jurang"

"Kenapa? Kenapa? Kenapa?"

"Saya tak mahu menjadi bunga yang tumbuh di taman. Walaupun ada duri, tapi semua orang dapat melihatnya dan juga memetiknya. Lain pula bunga mawar di tepi jurang kerana orang yang ingin memetiknya harus melakukan pengorbanan yang luar biasa dan orang itu pastilah bukan orang sembarangan. Dia adalah orang yang sanggup berkorban malah berkorban nyawanya untuk memetik bunga itu."

Gemuruh bunyi tepukan kelas. pelajar tersebut kembali duduk.

_____________________________
Renung-renungkanlah wahai muslimah sekalian.

Selingan: Cuba teke siapa guru comel tu? ^_^

Aku Anoz



25 comments:

encik tikus said...

yang penting cikgu tuh tidak secomel awek aku,lisa surihani,weeee :)

shiela said...

^__^

DeVoteD LilY said...

weyh pegi mane apesal senyap je.. ko bz nak exam ke??

raindrops_on_my_head said...

gambar tu ngeri giler.... ni 18SG ni... :P

Yatre Hayati said...

wah wah wah...menarik entry ni....betul la....kita pown nak jadi mawar berduri la !! hahahah

rhapsody LiN said...

bgus la pmpuan tuu...

psss.. cgu comel tu ade iras2 macam cgu Lin x?? :p

**cgu Lin tu aku. hikhik~

dee said...

ahaa..aku suke citer ni. ni betul betul rekaan semata semata ke anoz? aku suke kiasan disebalik mawar berduri tu, tapi kalau kita tgk zaman sekarang pun, dah susah nak jumpe perempuan seindah tu. kan?kan?kan?

joegrimjow said...

tukang kebun baca ni sengeh je

aku guna sabit
ade ko kisah?

lalala~

muhammadthoriq said...

Tu kisah si mawar berduri.
Hikayat si kumbang itam ade x?

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Teringat Mawar Berduri dari kumpulan Ahli Fiqir! *suddenly*

sueraya said...

saya pon mawar berduri!!!
kahkahkah..:)

zaizax said...

perasan cik sue :)

ahhaa, entry penuh tersurat neh

zacharias said...

Sama seperti ikan terubuk dan ikan jelawat. Isinya sedap, tapi tulangnya banyak dan bercabang. Kalau gelojoh, lekat di tekak

Syida Shukor said...

suka baca ni . masih sedar diri sendiri tak cukup sempurna lagi haih

SyaNa_saN said...

waahh cik anoz.. saya suker entry nieyhh.. =)

sejak biler ko ada bakat bercerita nieyhh?? selaloonya bakat merapu jer.. wakakakakak

Norashikin Abdullah said...

nice entry :)
ekin penah baca cerita ni
spe cikgu comei tuh ..yg pstinya bukan abg anoz kan..
jadilah wanita di dalam bekas kaca.. tidak mudah disentuh oleh org luar

zacharias said...

jadilah wanita di dalam bekas kaca.. itu macam redlight district je tuh.

Lovely Bella said...

insaf jap aku bace nih.. heheh salam singgah petang anoz!!!

Anonymous said...

wahh anas,cute gila crita nh! (:

anyway, baca pasal cikgu ni,tringat dlu awk pernah tya, 'kenapa lelaki ramai nk kahwin dgn cikgu?' ahah.

p/s:cikgu tu dekat portsmouth ye?dang~kantoi!ahah. :P

-auni-

ice juliette said...

wah!!!!!! bgosnye...... muslimah sejati.....

Anonymous said...

pedang

Anonymous said...

pedang

Kejernihanku said...

mantop...kalo pompuan mawar beduri kalo laki kumbang berduri gak ke hehe..

sophea said...

ssh nk jumpe mawar berduri skrg ni..

belladona said...

tacingnye bc entry nih....huuuu..