Sunday, 30 May 2010

Puisi Untuk Awak

Salam

Dah lama aku tak berpuitis. Tiba-tiba malam ni terasa gelombang cinta yang menggetar tali-tali runcing dalam hati. Air mataku sendiri mengiris hati nurani. Beberapa kristal jernih tergantung bersahaja di sukmaku.

Terasa getaran menyatu di hujung jari-jemariku. Oh, tidak! Mataku terpejam. Jariku menekan-nekan pepunat di atas komputer kecilku. Secara automatik. Aku biarkan sahaja apa yang jariku ingin katakan...

Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi... Dialah ladang yg ditaburi dgn kasih sayang yang perlu kita tuai dgn penuh rasa kasih.. dan dia juga naungan dan pendiang. Terpatri janji kedalam nurani. Akan ikut menyatu kegalauan kasih dalam derita. Kerana kita menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa perlukan kedamaian...

Sungguh mendalam puisi dari jariku. Hebat sungguh jariku. Tak ku sangka. Nampak gaya waktu exam pun aku perlu tutup mata. Lihat apa jariku akan tulis.

Aku Anoz

14 comments:

greenyfez said...

puitis abeh! :)

Anonymous said...

aku suka!!!

eh ko kenal greenyfez gak anoz?

iemaZAIMAH said...

" Nampak gaya waktu exam pun aku perlu tutup mata. Lihat apa jariku akan tulis."

berserah ke ap ni?ahahah!lg stu..klu dh ttup mne mcm mne mau melihat jari itu menulis?konpius la =P

jejari anda hebat kerana bisa berkata

syaz123 said...

jom nganga luas2..terbaik anoz
aku suka yg semua ayat selain yg pusi sahabat tu.hahha


tak2.semua sekali.
sukmaku dahagakan untai2 kata dari bait2 cintamu lagi.ewah
(apa ku ngarut ni)

selamat exam oi

iman said...

kegalauan -- adake word ni?

anyway mmg putis :)

zai said...

saya tak paham ayat-ayat puitis
tp apa yg saya paham tali-tali runcing sesuai untuk guitar, bila dipetik mmg bisa hasilkan nada bunyi girang syahdu

>>aku merepek<<

ihsan_huhu said...

fuih... agak gay

tehr said...

bila kegalauan telah begitu keterlaluan, hati perlu kembali ke dasar mencari tapak semula

... aku suka - kamu selalu pandai menghibur

'AQILAH said...

senyum :)

rhapsody LiN said...

haha.. hebat!
tp mcm loner je... ;pppp
lin pon cmtu gak.. jari je yg bnyk ckp. mulut mls nk bukak
;pp

Lovely Bella said...

erk.. waktu exam tutup mate.. eh..mesti cemerlangg nanti.. hohohoh :)

Ana Joe said...

haha.
oke jugak ttup mate time exam yek.

tengok ape y tkeluar.

ngeh3. =)

ENCIK TIKUS said...

wahhh ! best-best, kalah aku :P

zacharias said...

lawan tetap lawan bro