Blog aku dah bersawang. Tapi aku malas nak bersihkan.
Camne nak bersihkan sawang? Biase orang amik kain basah lalu dilalu-lalukan dekat sawang tersebut sambil berangan bile duit scholar nak masuk. Kalau sawang kat dinding-dinding yang tinggi, galah atau batang penyapu bolehlah digunakan. Sauk-sauk saja sawang tersebut sehingga bersih. Kalau malas tahap tak hengat, amik kain basah, lempar je kat sawang-sawang yang dah bersawang tersebut. InshaAllah berkesan. Kalau tak berkesan jugak, biarlah sawang tersebut kat situ. Boleh kita tengok perkembangan sawang tersebut dari hari ke hari hingga hari kiamat.
Pertumbuhan sawang boleh kita perhatikan semakin pesat membangun. Semakin hari semakin banyak sawang-sawang baru yang boleh kita perhatikan di dinding-dinding rumah kita, di ceruk-ceruk katil, dalam almari baju, dalam kasut ataupun di celah-celah lipatan lemak di perut kita. Pernahkan kita terfikir kenapa kita tak komersilkan saja sawang-sawang ini? Sumber yang banyak pasti akan membuahkan hasil. Cuba kalau sehari kita habiskan masa sejam untuk mengutip sawang-sawang yang bergelimpangan di bilik kita lantas kita kumpulkan untuk setahun. Satu kilogram sawang tak lari aku rasa.
Jadi apa kita boleh buat dengan satu kilogram sawang? Mungkin kita boleh gunakan untuk membuat sulaman tangan. Sutera dari ulat boleh, kenapa sawang dari labah-labah tak boleh? Ape hina sangat ke labah-labah tu? Labah-labah pernah menyelamatkan Rasulullah kat dalam gua tau. Jangan main-main.
Selain sulaman, hasil kutipan sawang tadi bolehlah didermakan ke rakan-rakan yang berminat untuk mengkormersilkan peliharaan sawang-sawang. Tapi jangan tak tau. Sawang bela dengan sawang liar lain kualiti dia. Sawang liar yang 'rare' lebih tahan lasak. Sawang ternakan pula lebih cenderung kena jangkitan kudis buta.
Haaaa.. Ini lah sawang kat blog aku. Kenapa macam sarang labah-labah? Entah lah. Aku pun tak tahu. Apa beza sawang dengan sarang labah-labah? Aku lukis sendiri ni. Comel kan?
Esok kot aku cerita. Nak kemas-kemas barang, Nak pergi bercuti ni.
Aku Anoz
16 comments:
ya Allah..sawang habuk kuman n so on semua ad..eiii..tikus pun ad!=P
adeiiii amendalaaaa
kene baca entry ku yang sebelum ni
pasal 3 bulan tewas tu
ko ni xsampai sbulan pon
haha
xpe
nanti ku buat KCB
;)
sawang xpe lg..jgn kna sawan sudaa..hehe
aikss, apa kes cite pasal sawang pula ni? ada cita-cita nak komersialkan produk sawang tu eh? :D
blog bersawang takpe.. jangan hati bersawang.. hehehe kalau hati bersawang.. susah.. erkkk hati bersawang tu cane ye? hahaha
waa...still dlm mood bercuti yer mr anoz...sk la tu...biar je la blog ni bersawang...i tlg cuci nti...hahaha:)
patut pun bersawang anoz - kamu banyak sangat lepak kat kedai mamak
nih bkn stakat blog bersawang, otak ko pon dh penuh sawang dh tuh
aku py lah semangat bace,then habes camtuh je?
haiishhh otak kau memang dah bersawang lah anoz,
xpee,aku pahamm, mood bercuti en?
pergila bercuti puas-puas
haha :D
haha..ni kelaka
uihh kalo lah boleh jual
kaya sme org
ein boleh jgak nk jual
niaga on9 pakai lptop ni
haha
haha... pasal sawang pon bley jd en3 kan. bgus2~
:p
wei , aku xnmpk nk komen..
sawang penuh ni..
semak2..
sawang kat blog ni dah berjangkit kat blog aku....macam mana ni....
sawang menghalang nyamuk dan serangga lain masuk rumah
sawang berjangkit di blogku jugewwwwT__T
Post a Comment