Showing posts with label Karut. Show all posts
Showing posts with label Karut. Show all posts

Tuesday, 4 January 2011

Apa Jadah Peribahasa Dot Com?

Salam.


Dah lama tak update blog apatah lagi update dalam Bahasa Melayu. Aku terasa bijak bila buat entry bahasa penjajah. Baru nampak kacak dan berseni.


Zaman sekarang ramai dah tak tahu guna peribahasa. Teringat kisah yang terjadi baru-baru ini.


Bapa: Kamu tau tak apa maksud melukut di tepi gantang? 
Anak: Mane orang tahu! Orang belajar bahasa inggeris je sekarang.
Bapa: Tak kan tak ada langsung belajar bahasa Melayu kat University Manchester tu? Dulu kat sekolah kan dah belajar? Tak ingat ke?
Anak: Mana ada ajar kat sini. Ni universiti mat salleh ni. Belajar dulu dah lupa lah.

Bapa: Adoi. Sekarang kan zaman internet. Semua ada. Kamu cari je kat peribahasa.com. semua peribahasa ada…

Peribahasa.com?? Apa jadah?



***************


Kamu percaya tak, dulu masa aku sekolah dekat Langkawi, hampir sepanjang tingkatan empat, kawan-kawan aku panggil aku CINTA. Serius. Tanya rakan-rakan aku dulu yang dari sekolah sama.

Kacak kan nama CINTA?

Dulu memang aku gila tengok ‘Ada Ada Dengan Cinta’, filem dari Indonesia. Aku tengok sampai cd cerita tu calar dan tak boleh tengok lagi. Sampai kebanyakan dialog dalam filem tu aku hafal. Jadi di sekolah aku selalu ulang-ulang dialog cerita itu. Lagi-lagi kepada gadis-gadis denit. Tu yang terbit nama CINTA tu. Sampai cikgu aku pun panggil aku CINTA.

Tapi lama-lama nama ANOZ tetap lebih dekat dihati peminat-peminat aku. Aku rasa ANOZ lagi kacak dari CINTA. Nama nak CINTA, apa jadah kan?Takut juga orang ingat aku ni lelaki yang tak jelas orientasi jantinanya. Nanti tak pasal-pasal nama aku meniti di bibir persatuan-persatuan gay seluruh Malaysia. Mana aku nak sembunyikan lubang bontot aku?


*****************


Exam dah semakin hampir. Aku dah risau. Aku update sekadar suka-suka coki-coki. Terasa ingin mencari cinta. Ada sesiapa sudi? Selamat malam.


Aku Anoz



Tuesday, 25 May 2010

Kejap Lagi Peperiksaan! Nak Buat Apa Ni?

Salam

Coretan jam 4.56pagi.

Hari ni hari yang tak berapa menggemarkan untuk aku. Kenapa kamu tanya?

Hari ni hari yang indah. Boleh dengar burung berkicau-kicauan. Cengkerik berkrik-krikkan. Awal-awal pagi ni tak pula dengar orang mabuk baru balik dari kelab buat bising. Memang sunyi! Cuma bunyi keindahan alam sahaja. Forecast kata kejap lagi hujan. Makin indah lah hari ni yok? Tapi satu aje slack! Kejap lagi aku exam! Tak sampai 4 jam lagi ni!

Bila cakap pasal exam, ramai yang rasa tak sedap hati. Jangan risau. Itu respon yang biasa.

Bila beberapa jam lagi nak exam, mula la berpeluh-peluh. Hati getar-getar. Seperti perasaan normal bila bercinta. Sama juga perasaan ketika hari untuk menjejakkan kaki ke alam peperangan minda ini. Tidur tak lena. Makan tak kenyang. Mandi tak basah.

Aku tak rasa semua tu selalunya. Tapi bila aku tidur, basah lah pulak. Pelik. Terlebih cinta aku ni! Hahaha.... (dah lama tak buat lawak banggang kepada diri sendiri)

Oke cukup-cukup la tu mengarut anoz! Dush dush dush!!!! (Ketuk kepala sendiri dekat pintu)

Sebenarnya point aku tulis ni nak cakap sesuatu. Sesuatu yang dah lama aku semat dalam hati aje. Beberapa hari yang lepas, ramai yang cakap benda ni kat aku. Kali ni aku pulak nak cakap.

Bersedia ya! Kamu nak dengar kan?

Ini dia. Aku nak cakap ni. Baca elok-elok ya!

"INGAT AKU TAK BOLEH UPDATE BLOG JUGAK KE WAKTU EXAM MACAM NI? NI LAGI LANGSI NI HAAAA... KEJAP LAGI EXAM, SEKARANG GAK AKU UPDATE. HATI KERING BEB! MUAHAHAHHA!!!!!"

Oke dah! Hehee...

P/S: Oh ye... All the best utk exam kali ni ya rakan-rakan. Buat sehabis baik. All out tau. U can do it, I can do it. Lepas berusaha, gi mintak tolong kat Allah plak ye. Moga result terbaek. Aku mendoakan ye. Ameen~

Aku Anoz

Saturday, 15 May 2010

Tips Bangang Menghadapi Peperiksaan

Salam

Entry sedikit mengarut dan banyak lawak. Baca sampai habis ye. Lepas tu bagi tau aku lawak ke tidak. Kalau lawak, bagus la. Kalau tak lawak, bagi nama dan alamat kamu. Aku nak datang umah kamu dan ketuk kepala kamu sendiri!

_________________________________

Aku sekarang masih dalam minggu-minggu neraka bergelar minggu berhampiran peperiksaan akhir semester. Walaupun hanya 5 paper sem ni, tapi sudah cukup menggamit perasaan huru-hara dalam sanubari. Biasa lah kan? Siapa yang tak huru hara time final exam? Budak tadika pun rase seram sejuk kalau nak pegi peperiksaan.

Sepanjang jadi pelajar dari darjah satu sampailah sekarang umur 21 tahun, memang macam macam jenis peperiksaan telah aku gagahi. Purata setahun 2 peperiksan, jadi 16 tahun belajar sama dengan 32 peperiksaan. Peh banyak betul! Itu tak campur peperiksaan mengambil lesen memandu, lesen menerbang, lesen hisap rokok daripada kedua orang tua tercinta dan pelbagai lagi peperiksaan sampingan lain. Dah muak dah amik peperiksaan.

Sejak masuk U ni, purata satu kertas exam mengambil masa 2 jam. Lama wohh 2 jam. Macam cerita hindustan. Tidur sejam ade belen lagi 1 jam. Usya awek setengah jam tinggal lagi setengah jam. Termenung tengok paper setengah jam. Abis bila masa aku tulis jawapan atas kertas jawapan? Hanya Tuhan yang tahu.

Waktu 2 jam yang diperuntukkan membolehkan aku menganalisis pelbagai subjek dan predikat yang ada dalam dewan peperiksaan. Aku tulis kat bawah la ye.


Perkara-perkara yang perlu diambil berat ketika di dalam dewan peperiksaan.


1. Sikap pelajar yang duduk di table kiri dan kanan kita.

Ini adalah perkara pokok dalam setiap pengharapan semasa menghadapi exam. Amat malang lagi celaka apabila pelajar yang duduk di kiri dan kanan kita amat kemut dalam berkongsi maklumat. Alah apalah sangat jawapan exam tu. Tak payah la nak tutup-tutup. Bukak je luas-luas atas meja tuh. Bukan aku nak kacau kau jawab exam pun. Aku nak compare jawapan kau sama ke tak dengan jawapan aku je. Tu je.

Berikut adalah ciri ciri pelajar yang amat ideal lagi cocok untuk duduk di table sebelah menyebelah kita:

  1. Setiap sem dapat anugerah kelas pertama.
  2. Mempunyai tulisan yang amat besar untuk memudahkan kita melihat setiap huruf yang ditulis.
  3. Melorek dengan pantas pada kertas jawapan OMR dengan tawadhuk tanpa ragu ragu.
  4. Mampu mendengar bisikan bisikan halus yang keluar dari mulut kita semasa meminta maklumat.
  5. Mampu memberi respon yang baik atas bisikan bisikan halus yang telah kita lemparkan kepadanya, tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka kepada penjaga-penjaga peperiksaan yang macam sial asyik nak usya orang je.
  6. Gadis yang comel dan genit (Bonus)


2. Keadaan tubuh badan yang optimum.

Tubuh badan yang optimum membolehkan kita memerah otak dengan lebih efisyen untuk mengekstrak jawapan-jawapan yang boleh kita hemboskan atas kertas jawapan. Kalau time time exam nak demam la, nak selseme srott srott, nak sakit perut kesan sambal cili api sarapan, memang letih. Baru nak tulis jawapan, dah terbayang jamban. Baru nak derive equation, dah terbayang katil. Macam mana? Dah boleh bayangkan kot hurup D atau U time tengok result kat website nanti.

Jadi pastikan kamu main bola tiap-tiap petang. Sambil bersukan boleh juga usya-usya gadis 'saksi' berjemur kat tengah padang.


3. Reliability setiap alat tulis dan alat kira.

Alat-alat basic seperti pensil, pen, pemadam dan sebagainya haruslah beroperasi dengan optimum. Pastikan bekalan ubat pensil yang mencukupi, lebih-lebih lagi untuk yang selalu melukis kartun-kartun tak berfaedah atas kertas soalan. Kang lukis kartun boleh, nak lorek atas kertas OMR tak dapat. Dah kena mintak ubat pensil table sebelah. Lepas tu penjaga peperiksaan datang tanye haa tau terkial-kial. Sape yang susah?? Bawaklah at least 2, 3 batang pen. Aku takpe bawak sebatang je sebab bukan pakai banyak sangat pun. Kalau bawak pen banyak-banyak pun bukan boleh buat jawapan aku bertambah atas kertas jawapan. Abis-abis buat pusing-pusing kat tangan je sambil termenung nak makan ape lepas exam nanti.

Untuk pelajar engineering, kalkulator casio Fx-570MS memang tidak asing lagi. Pastikan bateri kalkulator mencukupi. Kalau agak-agak dah kelam sikit kaler nombor-nombor kat skrin tu pegi la tuka bateri. Bape pound je pun. Nak tukar bateri kalkulator pegi kedai jam sane. Jangan pegi kedai basikal kang kena sebat dengan tiub basikal padan muke. Lepas tu jagelah kalkulator kamu bagai menjaga seekor kambing untuk korban Aqiqah. Dah tau mende tu penting jangan lah letak sepah-sepah. Tulis name besar besar kat kalkulator tuh. Jangan sampai time jawab exam nanti kamu tulis function pakai kalkulator henset. Ade ke tak function dalam kalkulator hanset? Hanya Tuhan yang tahu.


4. Sikap penjaga penjaga peperiksaan (invigilator betul ke aku eje ni ah pegi mampos)

Sebelum memulakan operasi taktikal menyerap maklumat-maklumat penting dari pelajar sebelah-menyebelah, kita harus pastikan keadaan emosi, fizikal dan spiritual penjaga-penjaga peperiksaan. Mereka adalah musuh ketat kita. Ingat peribahasa inggeris yang terkenal, "Keep your friends close, keep your enemies closer". Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Kira dengan tepat berapa jumlah penjaga peperiksaan dalam dewan tersebut. Tindak-tanduk, lokasi mereka, arah perjalanan mereka, pandangan mata mereka, mimik muka dan sebagainya. Setiap inci perlakuan mereka haruslah diamati dengan teliti demi menjamin keselamatan result kamu kelak.
  2. Pastikan jantina mereka. Mengikut pengalaman dan makrifat aku, penjaga peperiksaan lelaki mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mengantolkan cubaan-cubaan lahanat pelajar untuk meniru dalam peperiksaan. Yang perempuan paling kuat pun die sound sambil buat muke garang. Kewarganegaraan penjaga peperiksaan juga tidak harus dipandang enteng. Penjaga peperiksaan berkulit putih biasanya lebih serius dalam menangani masalah peniruan ini. Jadi berhati-hati.
  3. Bunyi tapak kaki. Kenal pasti bunyi tapak kaki mereka. Ini untuk mengelakkan kamu diherdik secara melulu dari belakang semasa kamu sibuk mencedok jawapan dari table sebelah. Ambil kira faktor ambient temperature, humidity dan arah angin di sekeliling kamu. Semua itu mempengaruhi tempoh masa perjalanan gelombang bunyi dari tapak kasut penjaga peperiksaan ke gegendang telinga kamu. Kira dengan tepat jarak antara kamu dan setiap penjaga peperiksaan. Pastikan jarak selamat tidak kurang 20 meter.

Walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil, namun masa depan kita bukan di tangan kita. Tidak mustahil gerak-geri kita mengundang perasaan ingin tahu sesetengah penjaga peperiksaan yang terbabit. Kalau kamu tengah sibuk melihat kertas jawapan meja sebelah kamu, dan tiba-tiba datang satu perasaan seram sejuk, dan dari ekor mata kamu nampak seseorang menuju ke arah kamu, langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
  • JANGAN buat eye contact. JANGAN! Ini kesalahan biasa yang dilakukan oleh rookie-rookie peniru-peniru tegar.
  • Alihkan kertas jawapan ke arah pandangan kamu. Arah mata pastikan ke atas kertas jawapan. Buat buat sibuk berfikir dan jangan terus menulis.
  • Buat muka selamba dan tak bersalah. Jangan takut. Dia tak ada bukti kamu meniru. Dia tak rekod setiap perlakuan kamu pakai video cam. Teruskan menulis seperti biasa.
  • Bila kamu disoal, jawab dengan tenang. Kawal pernafasan dan jangan huru-hara. Dia psiko je tu. Layankan je die dulu. Agak-agak die tak dapat kantolkan kamu, die pon blah aah.
  • Sematkan dalam fikiran, "Tak kantol Tak kantol". Keyakinan diri amat penting bagi menhadapi situasi mendebarkan seperti ini.
  • Kalau kene halau jugak, ready je lah nak enroll lagi subjet tersebut sem depan. Takde hal lah extend satu semester lagi.
*****************

Banyak lagi perkara-perkara yang perlu diambil berat semasa dalam dewan peperiksaan. Pakaian, Longitud dan latitud meja kamu dalam dewan, Saiz dewan, Jarak dewan dari bilik kamu, dan juga Saiz kertas toyol. Semua itu akan diulas dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang.

Sekarang aku nak tidur esok kena study Fizik in Living System! System Control pun tak belajar lagi! Cau lancau.

P/S: Exam mula 25hb nanti. Doakan aku ya!



Aku Anoz 



Thursday, 1 April 2010

Blog yang Bersawang

Salam.

Blog aku dah bersawang. Tapi aku malas nak bersihkan.

Camne nak bersihkan sawang? Biase orang amik kain basah lalu dilalu-lalukan dekat sawang tersebut sambil berangan bile duit scholar nak masuk. Kalau sawang kat dinding-dinding yang tinggi, galah atau batang penyapu bolehlah digunakan. Sauk-sauk saja sawang tersebut sehingga bersih. Kalau malas tahap tak hengat, amik kain basah, lempar je kat sawang-sawang yang dah bersawang tersebut. InshaAllah berkesan. Kalau tak berkesan jugak, biarlah sawang tersebut kat situ. Boleh kita tengok perkembangan sawang tersebut dari hari ke hari hingga hari kiamat.

Pertumbuhan sawang boleh kita perhatikan semakin pesat membangun. Semakin hari semakin banyak sawang-sawang baru yang boleh kita perhatikan di dinding-dinding rumah kita, di ceruk-ceruk katil, dalam almari baju, dalam kasut ataupun di celah-celah lipatan lemak di perut kita. Pernahkan kita terfikir kenapa kita tak komersilkan saja sawang-sawang ini? Sumber yang banyak pasti akan membuahkan hasil. Cuba kalau sehari kita habiskan masa sejam untuk mengutip sawang-sawang yang bergelimpangan di bilik kita lantas kita kumpulkan untuk setahun. Satu kilogram sawang tak lari aku rasa.

Jadi apa kita boleh buat dengan satu kilogram sawang? Mungkin kita boleh gunakan untuk membuat sulaman tangan. Sutera dari ulat boleh, kenapa sawang dari labah-labah tak boleh? Ape hina sangat ke labah-labah tu? Labah-labah pernah menyelamatkan Rasulullah kat dalam gua tau. Jangan main-main.

Selain sulaman, hasil kutipan sawang tadi bolehlah didermakan ke rakan-rakan yang berminat untuk mengkormersilkan peliharaan sawang-sawang. Tapi jangan tak tau. Sawang bela dengan sawang liar lain kualiti dia. Sawang liar yang 'rare' lebih tahan lasak. Sawang ternakan pula lebih cenderung kena jangkitan kudis buta.

Haaaa.. Ini lah sawang kat blog aku. Kenapa macam sarang labah-labah? Entah lah. Aku pun tak tahu. Apa beza sawang dengan sarang labah-labah? Aku lukis sendiri ni. Comel kan?

Cukup cerita pasal sawang, mari kita bercerita pasal lain pulak.

Esok kot aku cerita. Nak kemas-kemas barang, Nak pergi bercuti ni.

Aku Anoz

Saturday, 27 March 2010

Adab-adab di Mamak

Salam.

Tali gendut tali kecapi, kenyang perut, senang hati. Nyum! (Ini penangan selepas kena mamak sepam)

Sedikit lagi cubaan untuk membuat lawak.

Aku rasa budaya lepak di mamak malam-malam buta ini sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Di mana-mana mamak di pusat-pusat bandar, pasti ada pelanggan, hatta jam sudah menjejak ke angka 4 pagi. Budaya ini adalah satu perkembangan yang sihat, pada pendapat aku. Rakyat Malaysia semakin ramai yang boleh berjaga malam.

Kesempatan ini harus digunakan oleh syarikat-syarikat untuk meningkatkan produktiviti mereka. Contohnya, waktu pembelajaran di universiti juga boleh diselaraskan untuk mereka yang tak reti-reti nak tidur di waktu malam ini. Boleh diadakan kelas pada waktu malam. Aku yakin, pointer semua orang pasti akan meningkat sejajar dengan kehadiran kamu semua ke kelas, sekiranya cadangan aku ini digunapakai oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Pengguna.

Di sini aku ingin lampirkan beberapa adab yang harus kita patuhi untuk menjadi pelepak mamak yang unggul lagi berkesan.


1. Pastikan diri kamu hadir tidak terlalu awal atau terlalu lambat.

Kalau kamu hadir terlalu awal, nanti kamu tercongok seorang diri di table, sambil dalam hati menyumpah seranah rakan-rakan kamu yang janji datang pukul 10.00 tapi dah pukul 11.00 tak nampak batang hidung lagi.

Pastikan juga kredit kamu cukup untuk memanggil teman-teman seperlepakan. Gegar kasi lincah sikit. Agak-agak air teh o ais kamu dah habis separuh, dan teman-teman masih belum muncul, jangan ragu-ragu. Call saja dan terus lemparkan cacian paling mutlak yang terlintas di fikiran kamu pada waktu itu.

Sebenarnya kita boleh kelaskan pelepak-pelepak mamak ini kepada 2 kelas:

Kelas pertama: Pelepak yang biasanya sampai awal dan akan meroger rakan-rakan agar datang dengan lebih cargas dan tangkas.

Kelas kedua: Pelepak pasif. Hanya akan bergerak meninggalkan rancangan Konsert Akademi Fantasia di tv rumah apabila telinga tak tahan mendengar cacian paling mutlak daripada pelepak kelas pertama.

Berusahalah untuk sentiasa menjadi pelepak kelas pertama. Kamu akan lebih disanjungi dan disayangi rakan-rakan kamu.

Jangan pula kamu datang terlalu lambat. Kala itu air yang dipesan semua sudah habis. Projek seterusnya akan menyusul, seperti round-round bandar, usyar mak nyah di Susur, lepak di Kota Damansara atau masuk ke CC bermain Counter-Strike. Ketika itu tak payah berangan nak order air. Pasti kamu kena tinggal.


2. Pastikan bateri telefon bimbit kamu penuh.

Waktu lepak di mamak adalah waktu paling ideal untuk bertukar-tukar file-file terbaru. Transaksi file melalui perantaraan Bluetooth memang boleh dikatakan paling aktif pada waktu itu. Contoh-contoh file seperti yang biasa, 3gp terbaru, lagu-lagu terbaru, gambar-gambar stylo dan sebagainya.

Adalah menjadi satu kesalahan besar apabila telefon bimbit kamu tidak berupaya untuk menghantar sesuatu file disebabkan ketidakcukupan bateri. Straight kamu akan dimaki hamun dengan tegas. Lebih-lebih lagi jika kamu sentiasa up-to-date dengan 3gp tarbaru. Telefon bimbit kamu pasti akan di pass-pass dari satu tangan ke tangan yang lain. Semua sibuk nak tengok aksi yang dipertontonkan. Janganlah berangan untuk bermain mesej dengan gadis-gadis genit waktu itu. Tak dapat kamu nak reply.


3. Letakkan kotak rokok kamu di atas meja, bagi yang merokok.

Ini adalah simbol bahawa kamu tidak kedekut. Agak tidak beradab jika kamu mempunyai sekotak rokok, dan hanya mengeluarkan kotak tersebut apabila kamu mahu menghisapnya. Letakkan saja di atas meja. Biasalah akan ada tangan-tangan yang entah dari mana menjulur laju lantas mengambil sebatang rokok.

"Noz, sebat (sebatang) rokok sejuk Noz. Tukar dengan Winston aku. Tetibe mulut aku terasa nak salju antartika sikit."

"Amik2. Bukan angin antartika je. Angin ahmar pun kau dapat sekali."

"Eh Noz. Tinggal sebatang je ni Noz. Tak pe ah.."

"Amik je lah sial. Kang nanti aku beli lagi. Rokok je pun."

"Nice one la Noz. I love u very much."

Kan sejuk hati bila mendengar dialog di atas. Terasa ukhuwah terjalin erat antara pelepak-pelepak tegar. Rokok memang boleh menyatukan bangsa.


4. Jangan rembat lighter orang lain

Selepas gunakan sesebiji lighter, letakkan kembali di hadapan tuan punya lighter itu. Jangan kamu dengan sewenang-wenangnya meletakkan lighter itu di hadapan kamu. Lebih teruk lagi jika kamu terus sumbatkan lighter tersebut ke dalam kocek kamu tanpa rasa bersalah.

Sakit hati kamu tahu tak. Lighter yang baru digunakan tak sampai 5 petik, tiba-tiba hilang lesap. Habis di rumah nak hisap rokok macam mana? Gesel batu sampai dapat api? Nyalakan rokok pakai dapur gas? Pakai toaster roti? Kasihanilah perokok-perokok tegar itu. Belilah lighter sendiri.

Aku syorkan lighter Cricker. Tahan lebih lama dengan nyalaan stabil. Walaupun saiz apinya tidak dapat dikawal, itu tidak penting. Peripentingnya sesebiji lighter itu hanyalah untuk menyalakan rokok. Bukan untuk dikawal saiz apinya seperti penunu Bunsen.


5. Ronyokkan kotak rokok yang telah habis.

Ini lagi satu adab penting dalam kategori rokok. Aik, dah 3 point pasal rokok. Mana-mana kotak rokok yang tidak terkandung rokok di dalamnya, ronyokkan lah. Karang nanti bila ada orang nak rokok, terkuis-kuis dalam kotak kosong tersebut.

Nescaya makian akan lancar keluar dari mulut si penguis itu. Nak-nak kotak Dunhill. Muka dah berseri-seri dah nak pau sebatang. Alih-alih tinggal dedak-dedak tembakau saja. Sirap pun menyirap kalau kena macam itu. Apatah lagi manusia biasa seperti kita.


6. Jangan leka bermain mesej.

Ingat tujuan kamu lepak di mamak. Untuk bertukar-tukar cerita dan mengetahui perkembangan-perkembangan terbaru rakan-rakan. Kalau mahu main mesej dengan serius, duduk saja di rumah. Rakan-rakan pun tak bengkek sangat dengan kehadiran kamu. Lainlah kalau isi kandungan mesej-mesej kamu itu sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan setable. Kalau leka tengok 3gp tak apa. Rakan-rakan faham. Tapi pandai-pandailah tutup sound telefon bimbit tersebut.

Adab menonton 3gp juga harus dipandang serius. Letakkan telefon bimbit itu dibawah meja ketika menonton. Pandangan harus ditundukkan. Jangan diangkat megah di atas table. Bahaya jika di table sebelah ada keluarga sedang menjamu selera. Kena cucuk dengan garfu nanti.


7. Berboraklah dengan suara yang jelas untuk didengari semua.

Janganlah terlalu kuat pula, sampai didengari table sebelah-menyebelah. Cukup sekadar untuk didengari satu table. Berborak dengan nada sederhana. Biar isi perbualan jelas sampai dari hujung table ke hujung table yang lain. Kalau tidak nanti ada rakan yang terkebil-kebil bila seisi table ketawa berdekah-dekah. Nak ulang balik cerita, pasti malas.

Bila waktu ketawa, tak ada hal. Ketawalah sepuas hatimu. Jangan sampai terburai isi perut sudah. Ketawa beramai-ramai akan meninggalkan satu nostalgia indah. Cara kamu ketawa juga akan menjadikan diri kamu unik dan lebih diingati.

Namun begitu, tidak semua perkara boleh dituturkan dengan kuat. Perkara-perkara seperti Abang Long, Ayahanda, buka baju, tunjuk buah, salam kaut, memang pantang dituturkan dengan kuat. Silap tempat, akan dipandang sinis oleh brader-brader table sebelah. Takut pangkat lebih tinggi.


Cukup sampai sini dulu, kot. Kalau kamu ada adab-adab lain yang sesuai, sila letakkan di ruangan komen, ya?

Aku Anoz

Thursday, 25 March 2010

Aktiviti Harian Pelepak Tegar

Salam

Aku rasa aku dah lama tak buat lawak bangang. Terasa kelam pula blog aku kali ni. OK OK OK!!! Nak buat lawak bangang. Jangan lupa gelak ketawa ye. Pastikan tali temali dalam usus tu semua putus.

Kenapa lagu-lagu dari Korea Selatan, dengar pertama kali pun dah rasa suka?

Kamu tak tahu? Aku tak berapa suka makan tauhu. Tapi tauhu bakar memang sedap.

Kalau kat Malaysia, setiap hari boleh lepak mamak. Aku rindu mamak. Kat sini tak ada mamak. Kalau ada mamak pun, mesti dia tak bukak kedai. Apa jadah jadi mamak kalau tak buka kedai? Pergi la bukak kedai kat Rasholme sana! (Tempat tumpuan kedai-kedai makanan halal di Manchester)

Sekarang musim cuti. Sepatutnya waktu cuti ni, setiap malam wajib ada kat kedai mamak. Kedai mamak belum bukak lagi pun kita patut tunggu depan pintu dia dengan setia. Baru lah tak jatuh martabat sebagai pelepak mamak tegar. Rakan pelepak tegar pun pasti akan tabik spring sama kamu.

Tapi kadang-kadang, misi untuk ke mamak akan terbantut. Ini kerana tiada rakan yang boleh menemani sesi mamak yang keramat ini. Untuk itu, sebagai ganti kepada sesi kopi o ais dan tetani di mamak, aku selalunya akan memecut laju Si Comel (Kereta Kembara silver WKB 146) tanpa arah tuju. Boleh dikatakan agak bangang jika kamu stay seorang diri di kedai mamak itu. Jadi, lebih elok beredar atas tujuan untuk memukul angin jalanan. Seronok.

 Ni adik kepada Si Comel. Kacak kan? Si comel dah tua. Kembara lama tu banyak karat dah. =((

Bila kita memandu, tujuan kena betul. Bukan untuk berlumba. Tapi hanya untuk merasa pukulan angin lincah di muka sendiri. Kita juga boleh jadikan ini sebagai sesi penghilang serabut kepala. Sel-sel neuron dalam kepala otak mula berevolusi menjadi sabut-sabut kelapa. Tempurung kepala dikukur untuk mendapatkan isinya. Lantas isinya diperah-perah untuk mendapatkan santan. Masak kari memang sedap. Nyummm~

Memang seronok menghabiskan minyak kereta tanpa arah tujuan. Lebih-lebih lagi bila minyak kereta telah diisi penuh oleh ayahanda tercinta. I Love You! Muahhh! Sambil sebatang rokok dunhill membara di celah-celah jari, menandakan semangat aku yang membara-bara untuk memandu ketika itu. Padahal drive 60km/h saja.

Aku rindu zaman di Malaysia. Sini tak ada mamak. Sini pun tak ada kereta. Tunggu la aku balik Malaysia nanti. Habis semua kedai mamak aku akan singgah. Jaga-jaga Si Comel, anda akan dilenjan cukup-cukup. Auuummmmmm!!!!

P/S: Tiket flight tak beli lagi. Aduh lagi!

Aku Anoz yang rindukan Malaysia

Friday, 5 March 2010

Kucing Pilihan Keluarga (Part 2)

Salam

Cerita pasal kucing, aku pun pernah ada kucing kat rumah. Kamu semua ingat konsonan yang penting tu; PERNAH.
________________________________
 SAMBUNGAN

Rumah aku ibarat Mid Valley bagi kucing. Datang tak dijemput, pergi tak dihalau. Sekurang-kurangnya, 3 ekor pasti ada yang berkeliaran. Namun begitu, hanya kucing yang berani dan tahan sepakan serta lontaran aje yang mampu menjadi kucing pilihan.

Ya! Aku amat tegas untuk pemilihan kucing-kucing ni. Kucing pilihan ni ialah kucing yang akan tidur serta berjalan-jalan di dalam kawasan pagar rumah aku. Calon-calon biasanya aku mencalonkan diri sendiri dengan cara selalu melepak di kawasan dapur dan mengiau-ngiau secara lebih kerap. Setelah menjadi calon, mereka akan diuji dengan ketabahan fizikal dan juga mental.

Ujian Fizikal
Calon-calon akan diuji kekerasan badan mereka. Ini teramatlah penting kerana calon yang terpilih akan menjadi penjaga rumah. Mereka juga akan mengelakkan serangan serangga-serangga kecil dan juga amfibia yang menjijikkan. Untuk ujian ini, aku biasanya akan menyepak dan membaling mereka. Biasanya kekuatan sepakan akan meningkat jika calon masih tidak mengalah. Sekali-sekala, penyapu juga akan digunakan.

 
Ini adalah contoh gambar bagaimana kucing-kucing ini akan diuji.

Ujian Mental
Calon-calon dikehendaki meminta makanan daripada aku dengan cara yang paling manja sekali. Hipotesisnya begini. Jika bukaan mata lebih besar, lebih comel lah kucing itu. Semakin comel kucing itu, semakin banyak makanan akan diberi. Tetapi perlu berjaga-jaga juga. Jika calon meminta makanan terlebih comel, mereka berisiko akan dihalau dari rumah secara kasar. Taktik kotor seperti gigit-gigit kaki dan cakar-cakar peha aku juga tak dibenarkan.

Menggunakan kedua-dua ujian ini lah, kucing belaan akan dipilih. Walaupun aku dah ada kucing dalam rumah, perlu juga kucing untuk jaga kawasan rumah. Kalau pencuri masuk, memang sah kena gigit. Nak kena gigit dengan kucing? Datang lah rumah aku pada waktu malam.

 Contoh kucing sedang menjaga kawasan perumahan dari anasir jahat.

 
Akibatnya apabila kamu memecah masuk rumahku.

Ujian Terakhir
Kucing-kucing yang bertuah akan dibenarkan tinggal disekeliling kawasan rumah aku. Mereka akan diberikan masa dan dikehendaki untuk tidak kecing atau meninggalkan najis merata-rata. Namun, aku tak adalah begitu kejam. Calon tidak akan terus dilupuskan setelah melepaskan najis pertama di dalam rumah. Beberapa percubaan akan tetap diberi. Hanya sampai  tahap maki hamun serta sumpah serana dilepaskan, baru lah kucing ini akan di halau.

Siapa yang tahan dengan najis kucing? Aku pasti dan yakin kamu semua tahu bau najis kucing. Hancing kan? Ada sesiapa yang tak tahu bau najis kucing? Sila sertakan alamat surat menyurat kamu. Akan aku poskan bau dan aroma najis kucing ini kepada kamu. Sila sertakan wang pos sekali ya! Terima kasih.

 
Kucing yang meninggalkan najis merata-rata akan disoal siasat seperti ini.

The One
Kucing yang terpilih akan menjadi kucing kesayangan keluarga. Mereka akan diberikan makanan yang enak-enak serta susu untuk menguatkan otot mereka. Mereka juga diberi tempat tinggal yang selamat dan kucing-kucing betina yang comel-comel. Sungguh beruntung jadi kucing kan? Free je dapat gadis comel-comel.

Jika kucing terpilih ini melahirkan anak, anak-anak mereka juga akan mengalami proses yang sama. Ujian fizikal dan mental akan bermula sekitar umur mereka mencecah 6 bulan. Jika mereka gagal, mereka akan dihalau. Begitu juga dengan ibu dan bapa mereka. Strict tak aku?

P/S: Kebanyakkan cerita ini auta. Don't worry. ^_^

P/S2: Jadikan cerita ini sebagai pengajaran. Jangan sekali-kali menyeksa kucing. Nabi kita sendiri amat gemarkan kucing. Berdosa tau seksa haiwan ni! Ingat oke!

Aku Anoz

TAMAT

_____________________________

So tell me, have you got a cat?


Thursday, 4 March 2010

Kuak Hamster Perlu Diperkenalkan Dalam Sukan Olimpik (Part 1)

Mulai sekarang aku nak buat post pendek-pendek sahaja. Sependek charger handphone aku. Memang sangat pendek. Bengang aku. Kalau plug dekat, tak apa lah juga. Senang sikit nak message gadis-gadis sebelum masuk tidur. Ni teramatlah jauh dari katil!

Inilah alasan kenapa aku tak message orang sebelum aku masuk tidur. Tak larat lah nak bangun dari katil. Maafkan aku gadis-gadis montok di UK. Walaupun kamu mengharapkan jejaka ganteng seperti aku message 'goodnight', aku ngak bisa berbuat demikian dong. Ampuni aku. Ya Ampun!!!!

____________________________________


Rasanya aku dah lama tak buat lawak. Sunyi la pulak kalau tak gelak-gelak ni. Post kali ni aku cuba buat lawak. Boleh tak? Aku cuba ye.

Hari tu aku blogwalking jap. Tiba-tiba aku masuk page yang seakan-akan sama. Tiga page berturut-turut lebih kurang sama. Aku kaget. Pelik sungguh

Kamu tahu apa yang sama? Tiga-tiga blog tu menggunakan tema kucing.

Ada apa dengan kucing? Kenapa kucing yang dipilih? Kenapa tak menggunakan makhluk lain yang comel-comel untuk dibuat sebagai tema? Kangaroo ke, polar bear ke, harimau ke, dinasour ke. Kan lagi comel? Agak-agak dah tak ada binatang comel yang lain, buat aje aku sebagai tema. Aku kan boleh tahan comel jugak. Hehehe...

Cerita pasal kucing, aku pun pernah ada kucing kat rumah. Kamu semua ingat konsonan yang penting tu; PERNAH.
________________________________________

Rumah aku boleh digelar sebagai KLCC haiwan-haiwan. Binatang banyak sangat. Rasanya dah boleh buat sale dah. Abang aku bela arnab dengan ikan. Kakak aku bela kucing-kucing. Abang aku lagi sorang ni lagi exotic. Ular, tarantula, ikan piranha, tupai-tupai semua ada. Memang exotic.

Sedihnya, aku seorang saje yang tak bela apa-apa. Aku masih ingat lagi. Waktu kecik dulu aku agak bangang. Boleh dikategorikan dalam bangang tahap maksima. Aku dulu ada hamster. Kamu semua tahu la binatang-binatang ni. Hamster memang agak busuk. Hamster haiwan rhodesian. Makan najis sendiri. Jijik. (Eeeuuuwwwwwww)

 
Ni la hamster aku. Memang kacak bergaya dan disukai hamster betina lain. Dia ni kuat dan berbadan sasa. Sama macam pemilik dia. Bila dia berak, dia tak makan balik. Dia suruh hamster lain makan. Samseng tak samseng lah kan hamster aku ni? Aku sanjung dia! Kamu patut takut kat dia juga. Hero hamster sejati.


Nak buat cerita, aku dulu adalah seorang kanak-kanak kacak yang sukakan kebersihan. Haaa.. Jangan main-main. Kecik-kecik dah kacak dan pembersih. Besar-besar memang idaman gadis-gadis lah.

Anyway, aku tak boleh tahan bau binatang busuk! Jatuh maruah aku sebagai seorang kanak-kanak bersih waktu tu. Aku malu nak tunjuk hamster aku kat kawan-kawan. Takot mereka kata hamster aku busuk. Hamster aku busuk? Aku terasa terhina. Aku rasa sedih. Mereka memperendahkan capability aku sebagai seorang kanak-kanak pembersih. Aku malu!

Jadi, pada satu petang yang indah tu, aku pun ambil baldi biru yang besar. Dalam baldi tu aku isi dengan campuran air panas dan sejuk. Dah macam nak kasi bayi mandi dah ni. Aku siap rasa kepanasan air tu menggunakan siku lagi. Memang boleh jadi bapa mithali betul la aku ni. Siapa nak kahwin dengan aku?

Hamster aku ada empat ekor. Dah lupa dah apa nama mereka. Tapi apa yang penting, empat-empat ni busuk. Busuk tak hingat punya! Ni dari lahir sah-sah tak mandi ni. Aku yang kacak dan pembersih ni pun mulakan misi suci aku. Dalam hati, niat putih bersih nak mandikan hamster-hamster ni. Jadi, aku pun lepaskan mereka dalam takungan air tu. Ini kisah benar.


Wah. Wah. Wah. Seronoknya mereka berenang. Comel-comel belaka. Aku belikan beberapa pelampung untuk mereka berenang seperti dalam visual di atas. Untuk hamster-hamster yang dah berpengalaman, tak perlulah pelampung lagi. Aksi kuak lentang dan kuak kupu-kupu boleh kita lihat daripada hamster berpengalaman. Kuak hamster pun boleh kita lihat. Tapi sayangnya kuak hamster tak dimasukkan kedalam sukan olimpik kerana terlalu bahaya. Sukar untuk manusia normal mencubanya.


Bodoh la aku ni. Mengarut pulak.

Anyway, aku tengok semuanya berjalan dengan lancar. Seronok tengok mereka berenang. Aku terasa nak join. Tapi tak apa. Misi aku masih belum selesai. Aku beredar sebentar untuk ambil sabun mandi. Alang-alang mandi, mesti la nak brush-brush sikit. Kepala hamster tu pun kena shampoo sekali. Ingat perempuan aje ke yang shampoo rambut? Lelaki dan hamster pun shampoo gak okay!

5 minit berlalu. Aku kembali ke arena renangan hamster-hamster tersebut. Bila aku tengok baldi tu, dah ada seekor menyelam ke dasar baldi.

Dalam hati aku, "Bapak hebat sial hamster ni berenang. Siap boleh menyelam lagi."

Aku kagum. Muka tengah bangga. Senyum pipi hingga ke telinga. Boleh tujuk dekat kawan-kawan aku ni! Lepas ni nak snorkeling boleh ajak hamster aku sekali. Memang angan-angan yang menarik. Pulau Redang dah ada dalam benak fikiran.

Beberapa ketika lepas tu, menyelamlah lagi seekor. Time tu aku dah pelik. Apahal hamster yang first menyelam tadi tu tak timbul-timbul lagi? Boleh tahan paru-paru hamster aku ni. Dekat 2 3 minit jugak tahan nafas. Paru-paru kapasiti tinggi ni.

Aku naik pelik. Bila aku angkat, tengok-tengok dah tak bernafas. Dah mati. Bapak sedih gile weh!!! Busuk-busuk hamster tu pun, aku masih sayang lagi tau. Lagi due ekor hamster tu mati lepas aku angkat dari air. Mungkin mati sebab kesejukkan kot. Itu aku tak pasti.

Pada hari tu, aku baru tahu. Hamster tak boleh berenang. Bodo betul lah aku ni. Kamu tahu tak? Jangan nak test pulak lepas ni. Hamster tak boleh berenang!

Warning: Hamster tak boleh berenang. Ikan boleh berenang. Manusia ada yang boleh berenang, ada yang tak boleh. Ingat tu sampai bila-bila pun!

_______________________________

Aku baru sedar yang aku dah tulis panjang. Aku ni memang banyak mengarut lah. Kisah pasal kucing tak cerita lagi. Aduh.
Nantikan post esok sahaja ye. Esok janji keluar pada 6 Mac 2010 masa GMT 0. Nantikan dengan gulungan karpet merah. Terima Kasih

Aku Anoz

BERSAMBUNG



Monday, 1 March 2010

Ada Lori Ada Bas, Jangan Kacau Aku Tengok Bangbus!

Salam

Aku kena tag dengan ZaiZax. Sepanjang aku mempunyai blog, ni first time aku kena tepuk (tag). Si Zai ni paksa-paksa aku buat entry ni gak. Dia kata kalau ada masa, kena buat. Kalau tak ada masa, kena buat gak! Aku pun pening kepala dengan dia ni. Mungkin dia ada darah kelly-ng. Sendiri kurang pasti. Tanya dia sendiri lah. ^_^

Sebagai seorang blogger yang proaktif lagi dinamik, aku akan jawab tag ini dengan kejituan yang maksimus mencapai awan komulus nimbus. Terimalah~

______________________________________
1) You have to print screen wallpaper that you are using right now

Aku sebenarnya malu nak letak. Tapi Islam mementingkan kejujuran. So, aku akan print wallpaperku dengan penuh kejujuran juga. Kacak dan jujur. Kamu suka tak?


2) Tell us why you like the wallpaper

Wallpaper aku adalah gambar powerpuff girls! Siapa yang tak suka gadis comel? Aku lagi lah suka! Cuba tatapi gambar mereka dengan teliti. Sangat mengembirakan kan? Hati yang sedang lara pun boleh tersenyum dengan hanya menatapi wallpaper ni.

Blossom tersenyum hingga tertutup mata. Bubbles dengan aksi kanak-kanak riangnya. Buttercup yang selalu serius ni pun boleh tersenyum juga. Susah kot nak lihat dia tersenyum. SUKANYA AKU!!! Hehehe....

Bagi aku, mereka adalah superhero sejati. Aku sanjung mereka. Dulu pernah ada orang tanya aku, dalam banyak-banyak superhero, superhero apa aku nak jadi? So, aku jawab lah aku nak jadi ahli powerpuff girls. Aku disebat dengan tayar basikal. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa.

Aku harap boleh berjumpa dengan mereka suatu hari nanti. Die-hard-fan Powerpuff Girls ni! Kamu minat juga tak?


3) Tag 10 people...

Malas la nak tag orang. Lain kali boleh tak? Hohoho Merry XMas!

Aku Anoz

_______________________________

So tell me, what is your wallpaper?

Saturday, 27 February 2010

Lucu Tambah Kesian Sama Dengan Lucian

Salam

Ramai kawan-kawan kata entry aku semua panjang-panjang. Mereka nak baca pun agak malas. Buku sekolah pun tak habis baca, tak kan nak baca blog pula? Aku faham. Maaflah. Aku tak sedar sebelum ni.

Post kali ini aku akan buat paling pendek terboleh. Aku manusia biasa akan mencuba..

Aku manusia yang banyak cakap.
Aku hidup atas teratak.
Punca pendapatan dengan memasak.
Tidur selalu sampai mata bengkak.
Orang kejut aku buat pekak.
Aku tak akan teragak-agak.
Orang kejut sekali lagi aku sepak.
Aku bukannya bongkak.
Aku bukan orang Perak.
Aku bukannya banyak lemak.
Aku cuma penat main bola sepak.
Lagi-lagi atas padang yang lecak.
Secara automatiknya, aku juga akan menulis banyak.

(Untuk perenggan di atas, sila baca tulisan bold sahaja. Yang lain semua tak berkaitan.)


Walaupun aku tak serajin sesetengah orang, tapi aku menulis juga. Kenapa? Kononnya cuba mendisiplinkan diri sendiri. Dan kononnya juga untuk mengubah dunia. Harapan yang agak besar di situ. Bila akan tercapai? Itu ketentuan Allah. InshaAllah boleh.

Aku rasa tak puas bila tulis sikit-sikit. Rasa tak sedap hati. Contohnya sesetengah orang yang sedang cirit birit. Mesti selalu rasa tak sedap hati. Haaa.. Samalah dengan aku. Anologinya, aku sama macam orang cirit birit. Sentiasa tak sedap hati. Cuba kamu rasa macam tu. Kalau cirit birit 2 3 hari tak apa lagi. Cuba kalau rasa cirit birit sepanjang kehidupan. Tak ke seksa hidup kamu?

_________________________________


Jadual Semester ni macam sial sikit. Hari jumaat ada kelas dari kol 12 sampai kol 2. Lepas tu sambung dengan Lab dari jam 3 petang sampai 5 petang. Memang sial. Shit Shit Shit! Dah la kelas super susah. Shit Shit Shit!

Bila nak pergi solat jumaat? Dah dekat 3 minggu tak pergi. Mungkin sem depan lah kot. InshaAllah.


Tapi apa-apa pun, hari ini dalam lecture sangat lucu. Ada perkara yang aku ingat sampai bila-bila pun. Gabungan lucu dan kesian. Apa jadinya? LUCU+KESIAN=LUCIAN(?)

Lokasi: St George Lecture Theatre 21, Uni of Sheffield
Masa: Jam 13:10 GMT 0
Tarikh: Jumaat 26/2/2010
Module: Biology and Chemistry of Living System

Hari ini adalah hari yang indah. Cuaca seperti sepoi-sepoi bahasa. Angin pula sejuk-sejuk kuku.

Sungguh indah dan menarik.

Kesan-kesan salji mula mencair. Hijau rerumput mula menunjukkan kehijauan sebenar. Seperti harimau menunjukkan belang. Rumput juga ada niat untuk mula menguasai bumi Sheffield. Tak ku sangka.

Sungguh indah dan menarik.

Seperti biasa lecture akan dimulakan tepat apabila jarum saat menyerang (strike) jam 12.10 tengah hari. Dr D R Hose memulakan bicara. Keadaan seperti biasa. Suasana agak membosankan. Boleh terdengar bunyi kicauan-kicauan burung dari luar. Ah, aku mahu keluar! Sungguh mengantuk duduk dalam dewan sempit ini. Aku mahukan kebebasan!

Tetapi aku akur dengan ketentuan Allah. Aku datang sini untuk belajar. Kalau bukan kerana itu, sudah pasti aku menghilangkan diri dari bumi UK ini. Aku mahu ke Paris. Didampingi oleh gadis-gadis genit dan montok. Angan-angan ku semakin membesar. Semakin hari, semakin bertambah gadis.

Tiba-tiba.... Kata lecturer telah menarik perhatianku.

"This is what going to happened if you are not immune to Small Pox. Have you ever imagine if you don't have this immunisation?"

Perbincangan yang diutarakan telah membuatkan kelas agak bising. Aku kaget. Aku ingat semua orang tengah tidur. Ambil perhatian juga mereka ini. Bagus-bagus...

Pepunat di laptop ditekan oleh Dr Hose. Slide yang seterusnya.....

"MAK AIHHHH!!!! MACAM HARAM SIKIT!!!! NI BINATANG APA NI????" Aku menjerit.

Jeritan di dalam hati la tapi. Agak-agak la nak jerit tiba-tiba. Hahaha... APA ITU???

Paparan di skrin putih menunjukkan seorang kanak-kanak Africa yang mengalamai Small Pox. Video yang jijik. Sumpah menjijikkan! Ada beberapa pox yang telah pecah. Menjadikan suasana sekitar video itu lebih jijik. Bayangkan, cecair putih pekat mengalir dari bahagian muka. Meleleh-leleh ke tanah. Bukan satu saja, tapi lebih dari lima yang pecah.

Maaf. Aku tak reti nak explain ke'jijik'kan video itu. Aku tak reti. Maaf...

**********************

Penat la cakap ayat bahasa Melayu Sastera. Hehe... Tukar tetapan(mode)

Nak buat cerita, tiba-tiba ada seorang minah salleh ni lari dari belakang lecture hall menuju ke pintu hadapan. Aku rasa dia mahu keluar kot.

Aku pula duduk kat bahagian tepi. Kaki sedikit keluar dari kerusi. Dia berlari pantas. Laju bak harimau belang. Lepas tu tiba-tiba tersadung kaki aku. Dia terjatuh. Maaf. Bukan salah aku naa! dia terus bangun balik dan meneruskan perlarian.

Dalam hati aku, "Mak aihh.. Ni asal minah ni? Jatuh bangun semula. Bagus-bagus. Ada ciri-ciri orang yang tidak putus asa."

Sampai dekat pintu, dia termuntah kat situ. Di depan pintu. Di depan pintu masuk tau. Pintu masuk dan keluar. The only door in the theatre. Damn it.

"Lahanat betul. Macam mana aku nak keluar dari hall ni nanti? Jijik betul la."

Cuba kamu bayangkan, macam mana nak keluar? Aku masih lagi ada unsur-unsur kasihan dalam diri. Aku manusia lembut. Kesian tetapi lucu. Memang LUCIAN. Aku rasa dia muntah sebab tengok video tu tadi. Bulu aku meremang gak. Tapi tak ada la sampai nak muntah. Entah la. Mungkin immunisasi dia rendah kot. Sendiri kurang pasti.

Tu sahaja la cerita dia. Maaf sebab kuarng menarik. Aku type sangat laju sekarang ni. Dah jam 2 pagi. Esok Sheffield Games kena bangun awal. Jam 6.30 pagi nak gerak dari sini. Oh damn it sekali lagi!

Selamat malam semua.

P/S: Cerita ini dipendekkan kerana aku rasa dah semakin panjang.

P/S2: SUSAHNYA NAK TULIS PENDEK-PENDEK!!!

Aku Anoz

_____________________________-

So tell me, have you ever experience the same thing before?


Thursday, 25 February 2010

~Ezma, you jump, I jump! contest~

Post kali ini untuk contest yang dibuat oleh Ezmaliza.

Macam menarik aje kan lompat-lompat ni. Dah la senang. Amek gambar kita lompat aje. Kalau ada rezeki, boleh la menang. Bukannya orang suruh kita tulis karangan ke ape ke. Post gambar aje kot! Siapa yang nak masuk, ini link Ezma. Due date 1 Mac 2010. Dah nak abes dah. Hehe..


Aku pasti ramai pembaca nak tengok lompatan aku yang menarik. Siapa la yang tak mahu tengok lompatan oleh abang kacak bergaya dan disukai ramai? Mesti semua mahu. Aku yakin.

**********************************************

Sebelum buat entry ni, aku fikir mana satu paling style. Tapi banyak sangat la lompatan style. So, lastly I chose this. Semoga menang ya. ^_^


Penerangan: Lokasi di depan Liverpool eyes. Photographer Hakim KMS & SMAP Kajang. Perhatikan kegirangan di wajah ku. Usaha sehabis baik. Lompatan ni sangat tinggi. Paling tinggi aku pernah buat. Tapi landing agak malang. Landing dengan lutut. Tak percaya? Sumpah tergolek sampai kena kamera man tak tipu! Lompatan ini juga membuatkan aku berjaya ditegur oleh 2 gadis matsalleh Liverpool. Mereka kagum lihat abang kacak bergaya meloncat kot. Haha...

**********************************************


Ezma dah x payah baca. Terima kasih

Alang-alang ni, aku nk buat entry pasal melompat. Melompat membahayakan kesihatan. Tidak sesuai untuk orang yang lemah batin, lemah jantung, lemah syahwat dan lemah-lemah yang pelbagai lagi. Melompat hanya untuk orang muda ye. Tidak disarankan untuk orang yang telah berumur. Nanti takut tulang retak. =))

Waktu kat Malaysia, rasanya aku tak pernah ada gambar melompat. Tapi bila dah sampai kat sini, aku terasa mahu balas dendam. Baru padan muka dengan kawan-kawan aku semua. Gambar aku lompat lagi banyak dari kamu!

Rupanya benda ni seronok juga. Dah menjadi hobi aku pula sekarang. Kalau dalam biodata tu, aku tulis dalam ruangan hobi aku, Melompat-lompat. Comel kan? Tak payah nak puji. Aku tau aku comel. Tengok pencil box lah.


Gambar bersama Mat Pear di Uni of Edinbvrgh. Perhatikan gmbar kami dengan teliti. Ini tarian tradisional Mat Pear untuk memanggil hujan. Tapi kurang berjaya kerana salji juga yang turun. Dah ala-ala Son Goku dalam Dragon Ball dah aku ni. Mata siap keluar cahaya gitu. Style.



 
Ni pula gambar di Manchester. Bersebelahan dengan Imperial War Museum. Tempat ni lawa sebab jambatan dia boleh naik turun. Perhatikan Bat yang sedang tersengeh. Mungkin agak berat untuk beliau melompat. Tak apa. Aku faham. Tribute to Faiz Khalid Langkawi & KMS. Boleh buat cover album untuk album aku nanti. Nantikan di pasaran ya!



 
Masih di Machester. Photographer aku tak ingat siapa. Tapi still, gambar ni masih lawa. Cuba kamu teka, aku lompat atau tidak? Untuk mata-mata yang kabur, mesti kata lompat. Tapi sebenarnya aku pijak tangan Faiz. Badan kecil tetapi lengan yang kuat. Percaya? Terpulang kepada kamu untuk menafsir gambar. Memang style.


Itu aje lah. Aku nak gi keluar menimba ilmu kejap. Blogging blogging juga. Tapi jangan lupa belajar. Ye tak?

Selamat Malam Malaysia. Peace.
______________________________________

So tell me, where is your jumping picture?


Monday, 22 February 2010

Pencil Case Comel untuk Encik Bengis

Salam.

Aku baru balik dari Liverpool. Sumpah penat memang tak tipu! Minggu yang penuh dengan pengisian dan aktiviti. Memang tak dapat lah nak cerita dalam post ni. Cramp kaki sebab berjalan ni pun belum pulih lagi.

Nantikanlah post Program ISK dan Konsert Search pada hari-hari yang berikut. Nantikan dengan sabar ya~ ^_^

________________________________

Seperti yang dijanjikan minggu lepas, terimalah:  
PENCIL BOX KU

Kamu ada pencil box tak? Mesti ada kan? Memang tipu lah kalau x ada. Kalau tak ada, pergi beli sekarang! Malu aje jadi bloggers kalau tak ada pencil box. Tak nampak kecelikkan langsung.

Pencil box adalah kelengkapan wajib untuk mereka yang bergelar pelajar. Tak kisah lah pelajar tadika, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar kolej-kolej mahupun jua mahasiswa dan mahasiswi universiti.

Untuk menjadi guru sekolah, pencil box juga kewajipan. Bahkan professor-professor di universiti pun pakai pencil box. Kenapa mereka ada juga? Semakin membina perasaan pelik dalam diri kan?

Pernah atau tidak kamu tertanya-tanya, apa significant pencil box dalam kehidupan kita? Kenapa semua orang ada pencil box? Memang aneh...

Jangan risau. Aku ada jawapan!!

______________________________________

SIGNIFICANT PENCIL BOX


Jati Diri Manusia
Percaya atau tidak, pencil box serba sedikit menunjukkan sifat kita sebagai manusia. Tengok pencil box je kita dah boleh nampak orang tu jahat atau baik. Ini dinamakan kuasa psikik. Hebat kan?

Mari kita lihat beberapa contoh termudah.
  1. Kalau pencil box besar, pemiliknya itu gila duet dan sukakan kemewahan terlampau. Setakat jumpa duit syiling kat tepi jalan memang pandang sebelah mata aje.
  2. Kalau pencil box compact, pemiliknya jenis yang simple. Semua perkara dalam kehidupan saling melengkapi dan mencukupi. Happy go lucky. I like.
  3. Kalau pencil box hitam, pemiliknya seorang pemalas. Kadang-kadang sukar untuk menjaga kebersihan diri sendiri. Dalam erti kata lain, pengotor. Tapi sifat dalaman agak keras dan bengis. Jangan main gila dengan orang berpencil box hitam. Bahaya.
  4. Kalau pencil box cerah dan berwarna warni, pemiliknya sukakan perhatian daripada orang lain. Dahagakan kasih dayang dan suka jika orang bercerita mengenai dirinya. Mahu cepat famous dan terasa diri cool. Kebanyakkan golongan gadis-gadis.
  5. Kalau pencil box berkartun, pemiliknya sangat kacak atau cantik. Gerak geri comel dan disayangi oleh semua orang. Banyak bercakap dan disenangi semua orang. Kacak menawan dan disukai ramai.
Kamu tergolong dalam golongan mana?

Aku tergolong dalam kumpulan kelima. Memang kacak kan? Tak percaya? Tak percaya? Tak percaya? Tak percaya sudah! Miahahahahaha (gelak shaiton)


Sedikit sejarah mengenai aku. Aku kat maktab (sekolah) dulu agak terkenal dengan sifat yang bengis. Wajah agak kacak tetapi bengis. Orang nak pandang muka aku pun tak berani. Kalau orang lalu depan aku mesti tunduk kepala.

Kalau gadis bertudung labuh nak tunduk-tunduk aku tak kisah lagi. Sebab Rasulullah suruh kita menjaga pandangan mata. Ni golongan lelaki pun nak tunduk. Kadang-kadang ada juga yang lemah semangat, nampak aku terus merangkak. Haaaa.... Apa cerita? Takot tak takot lah kan? Memang bengis, ganas dan garang. Sampai orang memanggil aku Encik Garang. Memang membahayakan kesihatan.


Agak garang kan? Tapi usah gusar. Aku cuba membawa imej baik dan comel. Dengan tu aku membeli pencil box yang agak keperempuanan untuk diri sendiri. Bukannya aku gay atau apa, tapi cuma untuk meneutralkan kembali pandangan orang terhadap aku. Lagi satu sebab dia murah.

Cuba kamu bayangkan, kamu tengah jalan-jalan lepas tu ternampak seorang lelaki yang ganas dan berbadan sasa seperti di atas. Mesti takut kan? Alih-alih ternampak dia pegang pencil box yang comel. Mesti rasa lega. Betul tak? Kalau gadis-gadis pula mesti akan berdialog seperti berikut:

"Ehhhh eyyyyyyyyyyy.... Comelnya abang kacak tu !!! Sukanya i !!!"

Itu la apa yang aku cuba buat. Membawa imej yang lebih comel. Tapi tengok-tengok kawan aku bersikap sedikit sial. Menganjeng kawan sendiri. Tak supportive langsung. Hmmpphh.. Boleh pula diorg panggil aku Encik Garang dan Si Comel. Konon-konon sama dengan Dr Hyde and Mr Jekyll lah. Aku hampa... ='(

 __________________________________

Fungsi Pencil Box

Setiap ciptaan Allah ada fungsinya. Pencil box pun ada juga fungsi masing-masing.

Mengisi alat tulis. Kalau yang kedekut (sepp) tu, selalu guna plastik merah lepas beli bawang dari kedai mamak. Bila dah terkoyak sedikit, ganti plastik yang lebih mahal. Pilihan yang terbaik adalah plastik dari pasaraya Giant atau Jusco. Memang tahan lama.

Pembaris. Semasa exam tak boleh meniru atau bersembang dengan orang. Kadang-kadang ada juga yang terlupa bawa pembaris. Untuk selesaikan masalah ni, pencil box boleh digunakan sebagai pmbaris. Pencil box yang berkesan adalah yang diperbuat daripada besi. Kalau tak ada juga, pakai student card aje. Sebab tu kadang2 kita tengok ramai student card dah hitam. Buat jadi pembaris.

Candy Mixer. Pencil box juga selalu digunakan untuk mengisi gula-gula dan coklat. Selalunya pencil box jenis kain digunakan. Masuk tangan, lepas tu pilih yang mana berkenan. Memang indah. Jika nasib buruk, boleh la dapat bekas plastik coklat orang lain yang buang dalam pencil box yang sama. Mesin hampagas betul lah...

Bekas Air. Pernah ingat ada orang bawa pencil box jenis plastik kat maktab kamu dulu? Pembuka dia dekat bahagian tepi. Bentuk pula ala-ala botol. Memang sesuai digunakan untuk isi air. Lagi-lagi jika kamu ambil subjek seni. Tak ada bekas untuk bancuh water colour? Jangan risau, inilah solusinya. Memang berkesan. Dijamin tidak pernah bocor!

Wrestling. Ingat tak dulu orang main tekan-tekan pemadam? Siapa yang dapat tindih lawan satu lagi tu dulu akan menang. Zaman maktab dulu gadis-gadis pun main. Tapi lelaki mana boleh kalah dengan perempuan. Laki mesti mahu ganas sikit. Pakai pencil box jenis besi lagi seronok. Bunyi memang super bising. Sampai kelas dekat atas pun boleh dengar. Memang seronok. Baru lelaki!

Penternakan. Pencil box jenis plastik yang boleh nampak kat dalam memang sesuai digunakan. Cara-caranya adalah dengan menebuk beberapa lubang kecil untuk ruang pernafasan. Sepanjang hidup aku, banyak binatang aku pernah tengok dalam pencil box. Yang selalu aku jumpa adalah ulat, lipas, lipan dan semut. Tak pernah jumpa orang letak hamster atau kucing lagi. Kalau kamu dah pernah jumpa, bagi tahu aku ye?


Itulah serba serbi tentang pencil box dalam kehidupanku. Pencil box yang aku beli dari form 4 dulu dah rosak. Dekat 5 tahun dah guna tahu! Zip dia tiba-tiba tak betul. Sedih. Kena beli baru. ='(

Dah la. Nak tidur. Ngantok dan penat kerana perjalanan tadi.

P/S: Mulai sekarang, entry baru adalah satu post dalam 2 hari. Maaf sebab makin sibuk.

Aku Anoz

__________________________________

So tell me, what else you do with your pencil case?

 

Wednesday, 17 February 2010

Perbezaan Air dan Ais

Salam.

Entry kali ni bergambar pemandangan. Bagi ceria sikit mood-mood pembaca. Ye la. Letih pandang screen laptop kan? Tengok perkataan je mesti la bosan.

Tapi agak-agak bosan nanti, sila la tengok gambar di penal kanan anda. Kacak dan tampan. X perlu penjelasan lebih. Gadis-gadis pasti ghariah dan tergoda. Nasib baik aku beriman kuat. Fuh...

______________________________________

Gambar mencerminkan segalanya.

Perhatikan dgn teliti gambar di atas. Pemandangan diambil dari celahan tirai kamar. Cantik kan? Rumput semua hijau. Rasa macam nak golek-golek sambil tidak berpakaian atas rumput tu. Mesti semua orang terhibur kalau aku buat macam tu kan? Tapi x mahu lah. X nak aku bagi free show! Apa kamu ingat aku tiada harga diri? Bayar RM100 dulu baru aku golek-golek bogel.

Tetapi bangun-bangun je tidur hari ni, sesuatu telah berlaku. Selalunya lepas bangun tidur aku terus keluar dari apartment. Kononnya nak menghirup udara segar pagi sambil menghisap rokok. Gabungan rokok dan udara segar. Nyum! Nikmat dunia~

Tapi bukak-bukak pintu utama je, angin x laju la pulak kan! (sarcastic)

Dalam hati "lahanat mana lupa tutup aircond ni?"

Maaf, sedang mamai~

 

Ini bukan gambar bersalji. Bukan juga gambar hujan pasir putih. Tetapi ini adalah frost! Aduh! Sakit hati weh aku pagi ni. Kelas dah la awal. Pukul 8.30pagi dah kena gerak ke sana. Jalan kaki kalau 5 6 minit aku okay lagi. Tapi 30 minit nak jalan dengan cuaca sejuk siapa x sakit hati?

Sheffield ni kawasan berbukit. Mengikut pengiraan pembarisku, tempat ni x ada la tinggi sangat berbanding dengan Cameron Highland mahupun Bukit Bendera. Tapi kenapa tempat ni lagi sejuk?

Aneh...

_________________________________________

Dalam perjalanan turun ke Lecture Theatre 6 Hicks Building.

Angin dia dah la kuat. Kebas muka aku kena pukulan angin. Air mata pun mula mengalir. Eh, aku tak menangis keluar air mata. Tapi keluar ais mata. Menangais(?) Aku x pasti apa nak panggil dia. Aku nak kena bagi tahu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk buat vocabulary baru.

Waktu bersalji dulu x ada la sejuk sangat. Scotland lebih utara. Sewaktu salji dekat Scotland aku relax aje x pakai baju. Kali ni aku pakai 4 lapis pun x memberi effect. Kenapa ya?

Aku ada 2 theory untuk menjawab persoalan ini.

Mungkin aku kurang berhibernasi malam semalam. Tidurku terganggu. Tidur 7 jam aje. Mana cukup! Aku perlukan tidur 12 jam. Aku kan masih bayi. Kajian menunjukkan bayi memerlukan sekurang-kurangnya tidur 12 jam sehari. Aku kekurangan 5 jam. Dah la aku x minum susu. Tidur pula kurang. Nampak gaya aku seorang bayi yang x sihat. =(

Kedua, mungkin kandungan lemakku sudah menipis. Macam mana boleh jadi ni? Aku sepanjang winter ni hibernasi aje kerja. Aku dah buat sehabis baik untuk membela lemak-lemak ni. Sepatutnye mereka hidup dengan subur. Makan aku dah kasi. Air dah cukup. Tidur pun cukup. Apa yang kurang? Malahan pula aku menahan berak supaya makanan yang aku makan tu diserap secara efficient oleh badanku. Agak-agaknya aku bukan penternak lemak yang berjaya. Aku perlukan profession yang lain mungkin. =(

________________________________________
Waktu perjalanan pulang. Tiba-tiba salji turun. Alhamdulillah. Nasib baik x lebat sangat. Just nice lah. 

Rasulullah bersabda, salah satu doa yang mustajab adalah bila salji/hujan pertama masuk ke dalam mulut. Doa pada waktu itu, InshaAllah akan dimakbulkan. (Tegur jika silap ye)

Aku pun apa lagi. Aku nganga la mulut aku luas-luas. Luas tahap boleh telan buah tembikai punya luas. Jangan main gila! Siapa yang kenal aku tahu la, bila aku happy, aku tend to closed my eyes. Boleh pulak time tu aku overexcited nak salji masuk dalam mulut kan.

Tiba-tiba aku terasa ada target dah hampir masuk dalam mulut. Ngap!!!! Aku makan!!!

Nak harrram sungguh!!! Boleh pulak ada daun kacau line aku. Potong stim betul la. Baru je nak ikot hadis Nabi. Nasib baik daun, kalau tahi burung macam mana? Tahi bruung oke lagi. Kalo tahi khinzir macam mana? Tak ke susah pulak jadinya. Tak pasal-pasal kena basuh sekali air tanah dan 6 air mutlak. Nasib baik. Lega.

Anyway, dalam perjalanan pulang, salji masuk mulut secara tiba-tiba dan tak disangka. Tak sangka kan? Itulah pengajaran dia. Fikirkan sendiri ya.

Gambar sekadar hiasan : Di Scotland semasa jaulah winter 2009. Aku memang tampan.

P/S: Mahu masak. Lapar la jadi orang bujang. Patut la lemak x nak terkumpul.

__________________________________________
So tell me, anything...

Friday, 12 February 2010

Kawan Baik Saya

Aku dah ade kat dlm dunia blog hampir seminggu sekarang ni. Tiap2 hari 1 entry baru. Alhamdulillah ramai gak yg baca. Untuk pembaca sekalian, setiap hari sabtu dan ahad aku cuti. So, 1st entry is on Monday oke? Thanks.

 PESANAN PENAJA

"Puqimak punye Cine! Dah la busuk, berak x basuh. Pengotor mcm sampah! Aku benci cine! Aku sepak sekor2 memang keluar otak lah! CINE MAKAN BABI!!!"
adapted from https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkAxwCyjNsnShxnd31Iwc-wNzj9e8f7oALS-ZM6esOzJKQe2ayfz9CNZTofVVdcRJOauqdAbY9lkMT9EZIETLL2D-I-K9Qt6KsN7F2VBTRtjzVBxFn29T2Fubaj8ffekXVuJz5Tvr96EM/s400/chinese-man.jpg
Anda semua pasti tertanya2? Nantikan post pada Chinese New Year kelak! (ini bukan racist) ^_^
TO BE CONTINUE

______________________________________________

Teman Sejati

Dalam dunia ni, semua orang saling memerlukan antara satu sama lain. Sama la dgn aku. Aku manusia biasa. Aku jenis manusia yg x memilih utk berkwn dgn sape2 pun. Tapi dalam dunia ni, aku ade seorang sahabat sejati. Dalam post ni, aku nak cerita pasal dia. (Sbb bday die smlm)

Biodata Diri
Nama: _________ (aku panggil dia Sayang)
DOB: 11 February (mcm gadis2 biasa, tahun mesti dirahsiakan. perempuan adalah manusia yg agak pelik)
Gender: Gadis2
Place Of Birth: Cheshunt, EN8 9SL, UK
Hobby: Makan, tido, tgk wayang, bersukan.
Cita-cita: Menjadi teman akrab manusia
Status: Masih mencari perhubungan cinta
Lagu Fav: Aqua - I'm A Barbie Girl
Cerita Fav: Bear in the big blue house

Yup. Ni la kawan baik aku. Seorang Teddy Bear yg sgt2 comel!

Kisah pertemuan aku dgn Sayang amat memilukan hati. Agak x beradab kalo aku cerita kat sini sbb takot pembaca nnt sedih dan menangis. Come on la! Aku x nak pembaca aku semua nangis. Aku nak korg sume happy n senyum2 selalu oke? Tapi 1 je aku nk bg tau. Dia dibaluti dlm plastik hitam time first skali aku jumpa dia. Kesian dia kan. =(

Anyway, sejak aku bertemu dgn Sayang. Hidup aku dah ceria. Setiap hari pabila matahari terbit, dia akan memberikan cahaya utk aku meneruskan kehidupan yg penuh dgn onak dan duri. Perangai dia x mcm manusia lain. Dia x bercakap. Dia x banyak bergerak. Dia x nak mkn. Tapi, dia sentiasa tersenyum. Bila dia senyum, aku rasa suka hati. Betul la apa Rasulullah cakap, senyuman itu adalah sedekah.

"Aku benci manusia! Kenapa kau tanye? Sbb diorg banyak bunyik. Bising sangat. Malam2 kerja nak berparti aje. Cuba contohi aku. Sentiasa tenang dan senyap. Dah la sentiasa bersedekah" Kata Sayang.

Aku amat selesa bila Sayang ada. X pernah rasa kesunyian. Tiap2 hari sebelum gi klas, kitorg akan makan breakfast sama2. Sayang dah ada mangkuk sendiri. Dia boleh la makan minum tanpa menganggu aku. Tapi bab2 nak basuh pinggan dia lemah sikit. Dia kata dia x boleh sentuh air. Nanti kulit dia x licin dah. Aku pun percaya. Sebab syg punye psl, aku basuh je sisa sia makanan dia tu.

 Sayang suka minum susu. Kuatkan tulang katanya.
Breakfast pada pagi hari

Bila aku balik dari lecture, mesti la sangat penat. Time jalan kaki nak balik umah terbayang aje katil. Ingat smpai2 bilik nak terus bogel dan lompat dalam selimut. Dulu selalu la buat. Tapi, sejak Sayang hadir dlm hidup aku, semuanya dah berubah. Aku bukak pintu bilik je, dia tgh tido. Dah la tidur makan 1 katil terus. Hati aku mmg VERON sikit la kan. Kau ni mmg GEMOK la. Nasib baik aku sayang kau. Jadi, aku akan tutup pintu perlahan2. Lepas tu bukak laptop layan Friends guna earphone. (takot Sayang terbangun)
 Sayang berhibernasi pada waktu tengah hari

Di kala waktu senja, cuaca kat luar teramatlah sejuk. Amat enak jika membungkuskan diri dlm selimut. Tapi niat aku selalu terpadam. Sayang suka main baling2 bola. Aku terpaksa main dengan dia.Penat gak main dengan dia. X habis2 aku je yg kena kutip bola kalau terjatuh. Dia pemalas. At least bagus jugak la sbb boleh la aku keluarkan peluh petang2. Baling2 bola kira sukan gak kot! Patut masuk Olimpik.
Main tangkap2 bola

Macam manusia biasa gak, Sayang suke tgk permandangan indah. Selalunya waktu lepas main tangkap2 bola, dia ajak jalan2. Aku x bagi dia kuar jalan sorg2 sebab takot nnt ade org culik dia. Tapi selalunya aku penat sbb baru balik klas. So kitorg tgk pemandangan dkt tempat2 yg berdekatan aje. X pergi lagi tempat jauh2. Mungkin cuti summer nanti aku nak bawak dia balik Malaysia jumpe ibu bapa aku.

Menghayati permandangan indah

Bila dah waktu malam, Sayang suka layan movie. Dia x suke tgk cerita seram. Takot katanya. Tapi x kan la aku nak pasang cerita cinta kot, mana boleh tgk cerita romantis bersama perempuan berdua2an. Haram! Lagi satu sbb takot nnt jatuh cinta pulak. Penyelesaiannya, aku selalu la pasang cerita tentang kehidupan. Kadang2 aku suka pasang cerita Action. Ada 1 part ni, laki dalam cerita tu kena bunuh. Penjahat tu bunuh dia dgn super kejam. Siap cincang2 lagi mayat dia. Memang angker dan takot. Remang bulu roma ni. Lepas tu, Sayang peluk aku sbb dia pun takot. Sweet la Sayang. ^_^

Sayang peluk orang bila terkejut atau takot

Aku paling suka Sayang sbb dia good listener. Bila aku bagi tau masalah aku, dia x marah2. Dia x bg nasihat yg bukan2. Dia cuma dgr dan menangis bersama aku. Aku pun jenis yg suka buat lawak. Tapi lawak aku selalu kurang lucu. Aku sedar ni sbb bila aku wat lawak kat Sayang, dia x pernah nak gelak guling2 kat lantai. Dia cume senyum aje. Mungkin aku perlu menajamkan bakat dlm bidang jenaka ni.

Aku harap hubungan aku dgn Sayang akan dirahmati Allah. Aku syg dia dan dia pun syg aku. We are meant to be each other. Dia lah teman sejati aku. Ohh Sayang, Aku harap kita akan bertemu lagi di Syurga Allah. InshaAllah.

"Sape kata Anoz x boleh tgk perempuan dahi licin? Dia x kisah pun wajah dan rupa! Aku ni badan penuh bulu dia suke aje peluk2. Anoz seorang pencinta yg setia la! Syg x ada siapa2 nak kat dia. Sampai sekarang single lagi." Kata Sayang dgn nada marah.

Signing out.
Aku Anoz.
_____________________________________________

So, tell me, what should her name be?