Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Tuesday, 4 May 2010

Aku Mawar Berduri

Salam.
Cerita dibawah ini hanya rekaan semata-mata. Jadikan pengajaran. Tentang seorang wanita muslimah idaman kalbu lelaki pelusuk dunia.
_________________________________________
Keheningan pagi menusuk kalbu. Hari yang indah untuk ke sekolah. 

*Kriinnnggggggggg* Bunyi loceng bergema sekitar sekolah. Berdesing telinga mendengarnya. Ayuh ke kelas!
Tersebutlah al kisah di sebuah kelas. Ada seorang cikgu ni. dia sangat diminati oleh anak-anak muridnya. Sebab apa? Sebab indah, comel lote rupa gurunya. Cantik menarik tertarik dia memang the bomb! Hehe... Sebenarnya cara dia mengajar berbeza dengan cikgu-cikgu lain di sekolah. Dia mengajar santai dan bersahaja. Pandai mengambil hati anak muridnya. Pandai mengambil hati dan perasaanku juga. Aduh! Jatuh cinta! ^_^

Sesi hari ini, cikgu ni pun berkata kepada anak-anak muridnya. "Ok, murid-murid sekalian, hari ni cikgu nak awak sume lukis benda yang melambangkan diri awak. 10 minit aje, lepas tu cikgu nak kamu cerita kat depan kelas ya."

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya habislah 10 minit yang diberikan oleh cikgu tu.

"Okai murid-murid. Masa dah tamat. Siapa yang mahu ke depan dulu?"

Makanya, ada seorang pelajar yang duduk di baris tengah mengangkat tangan. "Saya nak dulu, cikgu!!!" dengan nada yang girang gemirang. Andi (tiada kaitan yg hidup atau mati) pun ke hadapan kelas dan menunjukkan lukisannya. Berderai tawa sekelas melihatkan lukisan yang ditunjukkan. Lukisan tersebut adalah duit bernilai RM10.

Cikgu pun bertanya, "Cuba Andi terangkan lukisan awak." Murid tersebut pun berkata, "Saya lukis 10 ringgit ni kerana hari jadi saya 10hb ni. Saya nak hadiah yang harganya RM10 dari semua orang!" Lalu Andi pun kembali duduk di kerusinya.
Didi memberanikan diri ke hadapan. "Mengapa kamu melukis tembikai Didi?" tanya si guru.
"Sebab saya cumel kiut miut!" Didi dengan selamba badaknya menjawab tenang. Lalu langsung duduk.

"Siapa lagi yang berannn???" Cabaran dari guru tersebut.

**********

Zassssss!!!! Seorang pelajar perempuan bertudung labuh lantas mengangkat tangan lantas maju ke hadapan. "Saya melukis ini." 

Di kertasnya tergambar sekuntum bunga mawar dengan duri-durinya. Latar belakangnya berwarna hitam.

"Mawar adalah saya. Saya sekuntum bunga mawar yang indah berseri-seri."

"Waduh-waduh. Lantas, kok mawar itu banyak durinya?" Cikgu pun bertanya dengan nada jawo matang.

"Mawar yang sempurna adalah mawar yang berduri!" tegas pelajar itu.

"Tapi, bukankah itu akan menyakitkan orang yang ingin memetiknya?" seorang rakan sekelas bertanya aneh.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa mawar yang sempurna adalah mawar berduri. Ramai orang mengatakan bahawa keindahan mawar itu terganggu oleh duri-durinya. Padahal duri-duri itulah yang membuatkan mawar nampak indah. KENAPA? Kerana dengan duri itu, semua orang tak dapat memetiknya dengan sesuka hati. Duri itu adalah fitrah saya sebagai seorang wanita. Yang tidak boleh disentuh oleh sembarangan orang yang bukan muhrim saya."

"Lalu, kenape backgroundnya hitam? Bukan biru, merah atau yang lain-lain?"

"Saya memilih warna hitam kerana bunga itu di tepi jurang"

"Kenapa? Kenapa? Kenapa?"

"Saya tak mahu menjadi bunga yang tumbuh di taman. Walaupun ada duri, tapi semua orang dapat melihatnya dan juga memetiknya. Lain pula bunga mawar di tepi jurang kerana orang yang ingin memetiknya harus melakukan pengorbanan yang luar biasa dan orang itu pastilah bukan orang sembarangan. Dia adalah orang yang sanggup berkorban malah berkorban nyawanya untuk memetik bunga itu."

Gemuruh bunyi tepukan kelas. pelajar tersebut kembali duduk.

_____________________________
Renung-renungkanlah wahai muslimah sekalian.

Selingan: Cuba teke siapa guru comel tu? ^_^

Aku Anoz



Sunday, 2 May 2010

Ukhuwwah Fillah Abadan Abada (UFAA)

Salam ukhuwwah.

Atas desakan yang bertalu-talu daripada moderator, di sini ana ingin mengenalkan diri sendiri. Bak pepatah melayu, angkat minyak sambil jual minyak(?).

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Mari kita tukar sedikit pepatah tu. Ana kata, tak kenal maka tak.....aruf (ta'aruf)!!! Apa objektif group kita? Objektif kita adalah untuk merapatkan ukhuwwah dan berganding bahu menggerakkan gerak-kerja dakwah di Sheffield. Maka di sini lebih elok jika kita berkenal-kenalan. (ehem sambil jual minyak) ^_^

Nama penuh Anas Syazwan Mohd Ghazali. Nama timang-timang/manja Anoz. Dilahirkan di kota metropolitan Kuala Lumpur pada tanggal 31 Januari 1989. Mendapat pendidikan menengah rendah di PDRM Kulim. Meneruskan usaha pembelajaran di MRSM Langkawi untuk tahap SPM. Pada pertengahan bulan Julai 2007, mendapat tempat di Kolej MARA Seremban untuk membuat A-Level sebagai persediaan ke luar negara. Menyambung pengajian dalam bidang BioMedical Engineering di UoSheffield UK.

Ana bercita-cita untuk membuka hospital dewasa kelak. InshaAllah hospital ini akan digunakan sebaiknya untuk membantu ummat Islam di seluruh dunia.

Di sini, agak manis jika ana memberikan sepotong ayat Quran mengenai ukhuwwah.


Orang-orang mukmin sesungguhnya bersaudara; maka rukunkanlah kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (49:10)

Interaksi antara manusia harus didasari keyakinan bahawa semua manusia adalah bersaudara, dan anggota masyarakat Muslim juga saling bersaudara. Ukhuwwah mengandung erti persamaan dan keserasian dalam banyak hal. Kerananya, persamaan dalam keturunan mengakibatkan persaudaraan. Persamaan dalam sifat-sifat juga membuahkan persaudaraan. Apakah persamaan kita? Islam dan jalan dakwah ini!  Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa. Kami lah tentera Allah, jalan kami jalan terpelihara! InshaAllah.

Mari kita lihat sedikit hadis pula.

Rasulullah bersabda, sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya. (H.R al-Hakim)

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati. Marilah bersama-sama kita menjadi teman ini inshaAllah.

Untuk menamatkan coretan panjang ini, ana ingin memberikan sepotong pantun. Terimalah. (2 jam fikir ni! Hargai tau. hehe)

Sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar
Sahabat yang setia umpama pewangi mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan TUHAN

Sekian sahaja. Maafkan salah silap ana. Yang baik datang daripada Allah. Yang buruk juga datang daripada Allah tetapi dizahirkan melalui ana yang tak sempurna ini.

Jazakallah Khair (JZKK) lebih baik daripada syukran.
Ukhuwwah Fillah Abadan Abada (UFAA) pula lebih baik daripada ukhuwwah biasa.


Signing out
Ana Anoz

Salam ^_^

Wednesday, 28 April 2010

Ubat Penenang yang Paling Mujarab

Salam

Like always, after so long not update, better ask for forgiveness first. Bukannya tak nak update. Tapi terlalu sibuk. Lepas bercuti lebih 2 minggu, aku ada banyak assignment yang tertangguh. Jadi, lebih elok siapkan dulu sebelum update blog ni. Maafkan aku semua.

Menjadi lumrah manusia untuk rasa tension dan frust. Ujian banyak kat dunia ni. Bila kita diuji, kadang-kadang kita mungkin tersadung di tengah jalan. Bila tersadung, terpulang kepada kekuatan diri sendiri untuk bangkit dengan seribu kuasa atau terduduk terbongkang sahaja. Terpulang!

Mungkin bahan di bawah berguna kepada kita suatu masa nanti. “Ubat penenang” dari Al-Quran ni tak ditakwil lagi kemujarabannya. Amalkan ya.

KENAPA AKU DIUJI?
      Apakah   manusia   itu   mengira   bahwa   mereka   dibiarkan  (saja)
      mengatakan:”Kami  telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
      sesungguhnya  Kami  telah  menguji  orang-orang  sebelum mereka, maka
      sesungguhnya    Allah   mengetahui   orang-orang   yang   benar   dan
      sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut
      ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
      Boleh  jadi  kamu  membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
      boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
      Allah  mengetahui,  sedang  kamu  tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
      ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
      Allah    tidak    membebani   seseorang   melainkan   sesuai   dengan
      kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUSTASI?
      Janganlah  kamu  bersikap  lemah,  dan janganlah (pula) kamu bersedih
      hati,  padahal  kamulah  orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
      jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
      Hai   orang-orang  yang  beriman,  bersabarlah  kamu  dan  kuatkanlah
      kesabaranmu  dan  tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
      bertaqwalah  kepada  Allah   supaya  kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
      ayat 200

      Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
      demikian itu sungguh berat, kecuali bagi  orang-orang yang khusyu’, ~
      Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
      Sesungguhnya  Allah  telah  membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
      harta  mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
      ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
      Cukuplah  Allah  bagiku;  tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
      aku bertawakal  ~ Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
      ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
        berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
        Yusuf ayat 87



Semoga kita mampu menghadapi segala ujian yang kita terima. Aku berdoa untuk kalian. Ameen.

Aku Anoz

Monday, 5 April 2010

Rahsia Kehidupan (tajuk catchy tak?)

Salam.

Aku tak faham kenapa bila sebijik blog dah lama tak update, orang cakap bersawang. Celah mana ada sawang dekat dalam blog? Blog adalah satu laman maya yang tidak mempunyai ruang secara diskrit. Nama pun maya. Kenapa tak cakap blog tersebut semakin usang ke, ketinggalan ke, not up to date ke, kan? Kenapa sawang? Kenapa??? Ah sakit kepala aku memikirkannya!!!

Blog ni banyak sangat benda mengarut. Kena bagi pengisian sikit. Baru lah diberkati Allah. Betul tak?

Ok. Mode Islamic~

______________________________________

Siapa pernah terfikir kenapa kita hidup? Apa tujuan Allah jadikan kita? Sedangkan kita hanya merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah. Apa yang hebat sangat manusia ni? Sampai Allah kata darjat manusia lagi tinggi dari malaikat?

Kamu ingat Allah cipta manusia sebab suka-suka aje ke? Sebenarnya Allah ada agenda tersendiri. Dan kita selaku hambaNya perlu menyedari objektif ini. Firman Allah taala dalam surah ad-Dzariayat ayat 56:

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (ad-Dzariyat: 56)

You see the point? Allah ciptakan manusia adalah supaya manusia menjadi abdi kepadaNya. Caranya mudah sesimple A B C lagi. Laksanakan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Maksudnya, seseorang yang dipandang oleh Allah dengan pangkat “Hamba” adalah mulia di sisiNya. Hamba kepada Allah. Hebat tu!

Selain itu, Allah juga menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Firman Allah:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” … (al-Baqarah: 30)

Jangan main gila beb! Dalam ayat ni, Allah dah bagi manusia suatu kedudukan yang amat tinggi dengan memilih manusia sebagai khalifah. Jawatan ini tidak diterima oleh makhluk lain even malaikat yang sangat-sangat hebat tu. (Post nanti aku bagi tahu kenapa)

Namun jawatan penting ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sebagai pangkat atau kedudukan yang perlu dibangga-banggakan. Ini tanggung jawab yang sangat berat. Sebab tu lah Imam Ghazali pernah bagi teka teki kat pelajar dia. Benda apa paling berat di dunia? Kamu jawab sendiri ye.

 ______________________________________

Secara rumusan, Allah menciptakan manusia kerana 2 asbab yang utama.
  • Beribadah kepada Allah SWT
  • Menjadi khalifah di bumi
Sila jangan pandang enteng kepada tanggung jawab ni. Kamu rasa kamu dah selesaikan kedua-dua amanah Allah kepada kita? Sebelum tidur, pergi muhasabah diri dahulu.

Aku mendoakan yang terbaik untuk semua orang. Termasuk diri aku sendiri. Semoga sama-sama kita boleh memikul amanah ni. Yang berat sama di pikul. Yang ringan, sama kita jinjing. Okai? Sama-sama lah kita ye. InshaAllah. ^_^


P/S: Penutupan blog buat sementara waktu. Aku nak pergi bercuti. InshaAllah 14 April 2010 kelak baru aku pulang. Ayuh Germany! Aku mari!!!

*CLICK* SUIS DITUTUP

Aku Anoz









Monday, 22 March 2010

Jalan-Jalan Melihat Dunia

Salam

Sekarang aku tengah cuti 3 minggu. Kamu suka cuti tak? Aku sangat-sangat suka. Boleh menenangkan fikiran dan juga melihat keindahan alam. Hari ni aku ada kat Manchester. Baru balik dari Cardiff, Wales semalam. Esok baru aku nak balik Sheffield. Baru jalan 3 hari dah rasa penat. Aduh.

Bila aku pergi bercuti aje, ramai gila akan bagi ayat yang macam ni.
"Bapak seronok sial kau pergi bercuti. Aku sangat jeles."

Jangan rasa cemburu. Kamu sedar tak, bila kamu berjalan di bumi Allah ni, tanggung jawab kamu sebenarnya besar. Amat besar. Aku nak share sikit ayat dari kitab paling gempak di dunia. Baca ye. 

 "(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka'"
(Surah Ali-Imran, 3:191)

Gabungan gunung bersalji dan gunung hijau

Kamu sedar tak kat dalam Facebook ada bahagian untuk kegemaran? Ni apa yang aku tulis 3 tahun yang lepas.
  • bersiar2 sekitar kota ibu raya bersama teman2 yg inginkan ketenangan...
  • mendongak ke langit memerhati gemerlapan bulan dan kerdipan bintang2...
  • mendaki gunung dan merentas lautan utk menikmati keindahan alam...
Teramat rugi lah orang yang pergi melihat keindahan alam hanya sekadar untuk melihat. Cuba kamu keluar, dan menikmati kebesaran Allah. Tak ke bagus kalau buat macam tu? Semua yang ada kat bumi ni, semuanya diciptakan oleh-Nya.

Kalau kat Malaysia dulu, tiap-tiap malam aku akan keluar. Hirup udara segar, jumpa kawan-kawan, lepas tu buat perkara yang lagha. Memang sangat rugi. Aku tak pernah nak appreciate apa yang aku nampak dekat sekeliling.

Sebagai hamba Allah, kita kene mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Lepas ni bila kamu nak bersiar-siar, tanamkan dalam hati niat kerana Allah. Tengok kebesaran Allah. Lepas tu, baru boleh muhasabah diri dengan berkesan. InshaAllah kalau tengah sakit hati, mesti boleh disejukkan. Tengah tensen nak exam? Boleh ditenangkan juga dengan melihat alam.

Aku Anoz


__________________________

So tell me, do you like watching good scenery?


Monday, 8 March 2010

Apabila Ditimpa Kesakitan

Salam.

Ni sumpah entry aku paling pendek sekali. Boleh masuk rekod tak?

Update kehidupan Anoz:

Aku jatuh sakit semalam. Baru ingat nak buat entry malam semalam. Tapi memandangkan sakit kepala yang teramat sangat, tak larat pulak nak buat. Kepala dah denyut-denyut dah ni. Dah lama tak sakit. Rasa sakit hati la pula.

Sorry readers. Esok janji tak tipu aku akan buat entry baru. InshaAllah.

Dan Kami turunkan dari Al-Quran ssuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim, Al-Quran itu hanya akan menambah kerugian. Surah Isra' (17) Ayat 82


Aku pasti semua orang pun pernah sakit. Rasa macam tak boleh buat apa-apa aje kan? Rasa macam nak keluar jalan-jalan, tapi tak boleh. Rasa macam nak pergi kelas, tapi tak larat. Memang susah. Tapi tak apa. Apa salahnya ponteng kelas 2 3 minggu. Kan ada alasan kukuh ni. ^_^

Cuba kamu kaji ayat di atas dan Ayat 44 Surah Fussilat. Tengoklah apa persamaan dia. Lepas tu bagi tahu aku oke? Selamat Malam.

Aku Anoz yang sedang sakit

__________________________________

So tell me, what does the verse means?

 

Wednesday, 3 March 2010

Rahsia Kehidupan: Maksud Cinta Sebenar

Salam

Post kali ini aku nak cerita tentang CINTA. Haaaa.. Nampak cinta je terus semua orang nak baca. Followers yang 127 orang pun boleh terus meningkat jadi 721 orang dalam masa satu malam. Semua orang bila menceritakan tentang cinta, mesti gembira terlompat-lompat dan terguling-guling. Hebat betul penangan dia kan?

Kamu semua bab-bab bercinta ni memang hebat belaka. Susun ayat bukan main lagi. Madah berbunga, kad berbedak tapi dalam hati haprak. Semuanya kerana nafsu.

Cuba la kamu layan cinta dengan Allah dan Nabi Muhammad. Kan seronok mak ayah dengar. Bila aku tanya kamu, mesti kamu akan mengaku mencintai Allah dan Nabi kerana kamu ucap kalimah syahadah; tanda cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Apa guna kalau bercinta tapi bukan dengan hati? Apa maknanya? Apa buktinya? Apa rasanya? Apa sebenarnya yang kamu peluk dalam hati tu?

_______________________________________

Makna Cinta Kita

Kamu cari la makna dia sendiri. Tak mahu aku bagi free. Benda yang dapat free selalu tak dihargai.

Sama jugak dengan makna cinta kita kepada Allah dan Rasulullah. Kamu solat 5 kali sehari. Kamu faham ke ayat-ayat yang kamu ucapkan dalam proses solat tu? Kalau ayat cinta suci yang kamu sebut-sebut dalam solat pun tak dapat nak faham, takda maknanya kamu tonggang-tonggeng sampai lebam dahi.


Bukti Cinta Kita

Cakap I Love You, semua orang pun boleh cakap. Buktinya mana? Kamu kata Allah lah segala-galanya. Tiada yang utama selain Dia.

Tapi dalam hati, kamu kata duitlah segalanya, pangkatlah segalanya, kuasalah segalanya. Paling hampeh pun, kata balak kamu segalanya. Buktinya? Kalau kena buat piihan, kamu sah-sah pilih apa yang jelas dalam hati.

Allah kat mulut pun tak berapa nak jelas. Nak sebut pun tengok keliling. Pernah jumpa orang macam ni?


Rasa Cinta Kita

Siapa yang pernah bercinta tahu la macam mana rasanya. Kemanisan bila berdamping dengan si dia. Kerinduan bila berjauhan, keresahan tiada kepastian.

Kamu ada rasa macam tu dengan Allah? Dengan Nabi SAW? Tengok hindustan meleleh air mata sekali dengan air hidung. Bila dengar azan ada rasa apa-apa tak?

Awek bagi surat, baca sampai 10 kali. Hari-hari cuba nak cari maksud yang tersirat. Allah bagi Al-Quran kamu simpan aje. Baca pun bukannya faham.


Siapa Cinta Kita

Maha Suci Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Mana ada cinta yang lagi hebat dari cinta Allah pada seluruh makhluk ciptaanNya.

Allah bagi rezeki tak kira walaupun kita ingat kat Dia atau tak. Allah bagi kita sihat walaupun dalam sihat kita buat maksiat. Allah bagi kita segalanya walaupun kita tak ingat kat Dia. Banyak sangat benda kita cinta, tapi malas aku nak list down.

Walhal, Allah yang satu sedang menunggu untuk kita mencintai Dia semula. Kita patut sedar yang sepatutnya, Dialah yang kita wajib cinta secinta-cintanya.

_____________________________________

Dekat Sheffield, baru aje berlangsungnya program Nasheed Extravaganza (NEXT) 2010. Tema untuk tahun ini adalah The True Meaning of Love. Ramai peserta dari seluruh UK datang memasuki program ni. Orang Ireland dan Scotland pun ada datang juga. Memang menarik.

Bila bertanya tentang cinta sebenar, kita memang dah tahu siapa cinta sebenar kita. Allah Allah Allah. Tapi semuanya boleh cakap guna mulut. Soalannya sekarang, ada ke kamu praktikkan kecintaan kamu dalam aktiviti seharian? Fikir semula ayuh!!!

P/S: Amek kau ubat! Tak ada lawak langsung! Hahahaha

Aku Anoz

__________________________________

So tell me, do you know the true meaning of love?


Sunday, 28 February 2010

Manusia Langsi yang Ditakuti oleh Shaiton!

Salam

Perut lapar boleh makan. Hati lapar nak buat apa? Haa.. Pengisian ilmiah dan islamiah mungkin. 

Pernah dengar shaiton takut kepada manusia?

Manusia takut shaiton selalu la dengar. Aku pasti. Kamu kata aje kamu ni berani. Tapi cuba jalan sorang-sorang kat tepi kubur. Tak tercirit pulak kamu nanti? Balik rumah pulak termimpi-mimpi pasal hantu.

Waktu sekolah dulu aku selalu dengar cerita orang penakut. Nak pergi tandas pun suruh teman. Kalau dah sorang-sorang lagi lah sedih. Pasang semua lampu sampai terang. Sebelum kuar bilik, usha kiri kanan dulu. Kiri tak ada setan, kanan tak ada setan. Line clear! Dah boleh berlari masuk tandas. Masuk tempat tinggal saitan, lagi la cuak. Nak ke***ng pun laju-laju aje. Habis terabur najis-najis semua. Tapi itu bukan aku lah. Itu kamu. Aku berani kot! Muka ganas macam aku kena la berani. =P

Anyway, ayuh! Sedikit santapan untuk hati.

__________________________________

Jam 6 pagi. Pada waktu keheningan subuh, terdapat seorang manusia yang nyenyak tidur. Alarm clock sudah berbunyi. Waktu subuh pun sudah masuk. Hoi, lahanat! Asal tak bagun tidur lagi ni?

Tiba-tiba datanglah syaitan kepada manusia itu. "Pergh! Lu memang terbaek ah sial. Boleh buat geng ni. Apa barang bagun awal nak solat subuh. Lepak ah dulu. Petang sikit bagun lah tidur. Muahahahaha(gelak shaiton)"

Lalu shaiton itu pun menyelimutkan lelaki itu dengan selimut yg sgt sgt selesa. Lebih halus dari sutera, lebih ringan dari kapas, lebih gebu dari pipi gadis montok. Wah, selesa sungguh selimut babi ini!

Jam 12 tengah hari. Terbangun lah kawan kita tu. Maka bangunlah dia dari katil sambil menanyi lagu kanak-kanak "Bangun pagi, Gosok gigi, Cuci muka, Pakai baju, Makan roti, Minum susu, Pergi sekolah, Suka hati."

"Wah, happy go lucky sungguh mamat ni." Kata shaiton dengan nada kegirangan.

Jam 1 petang. Zuhur sudah masuk. Tetapi lelaki itu tak solat-solat juga. Mak aihh. Suka betul shaiton. Tersenyum hingga ke pipi sambil berkata dalam hati "Ini laki aku suka. Teman sejati aku kat Neraka nanti. Sekarang juga aku isytiharkan kau sebagai best friend aku. BFF doh kita sekarang! Muahahahha(gelak shaiton sekali lagi)"

Jam 5 petang. Lelaki itu pun pergi main bola. 'BFF' dia pun ikut sekali.

"Hoi setan. Apahal kau ikot mamat tu? Lepak-lepak sudah. Kau kacau la aku yang alim ni pulak. Baru mencabar" Kataku kepada shaiton.
"Weh, sorry ah bai! Lu alim sangat lah. Lagi pun, mana boleh putuskan air. Air dicincang kan tak boleh putus. Aku kena follow dia la. BFF aku kot!" Kata shaiton kembali.

Main bola memang seronok. Dengan tak memakai pakaian aurat. Pergh. Indah sungguh permandangan. Seperti biasa, lelaki itu masih tidak solat Asar. Shaiton sudah mula pelik. Senyuman di bibir sudah layu. Bibir dah jadi straight semula. Seperti smiley ini -_-.

Mamat tu pun balik rumah. Maghrib sudah masuk. Tapi lelaki itu masih tidak solat lagi. Isyak pun dah nak masuk ni. Shaiton dah jadi rasa tak sedap hati. Setan dah mula rasa resah. Setan tengah cuak. Setan tengah gelabah. Setan tengah panik. Lebih panik daripada melihat rancangan Fear Factor.

"Bapak langsi sial manusia ni. Hati super kering. Lu memang the best lah bro! Sumpah gua sendiri cuak ngan lu. Kecibaian lu memang tiada tandingan. Lu sekarang, gua panggil, legend Neraka. Memang kompom lu masuk neraka! Tahniah lah."

Jam 12 malam. Lelaki itu pun bersiap-siap untuk tidur. Katil tidur ditepuk-tepuk empuk. Mungkin mahu keselesaan sepanjang aktivit kegemaran dia; tidur. Lalu baringlah lelaki itu dan tidur dengan tenang.

Gelisah menyelubungi hati hitam shaiton. Peluh-peluh sudah terpancar cerah dari raut wajah shaiton. Maka pada masa itu, datanglah seekor(?) setan lagi. Sahabat karib setan pertama tadi.

"Hoi setan pertama, kenapa lu risau ni? Come on. Chill and rilex. Minum ah kopi dulu. Jom lepak mamak gua belanja teh tarik. Muka lu dah lah huduh. Siap peluh-peluh lagi geli lah syialll! Chill dan relax. Chillax!" Kata sahabat sesetanannya.

"Nak harraaammm sungguh! Hoi setan kedua, apahal lu cibai sangat ni? Cuba lu tengok manusia lahanat ni. Sumpah dia ni lagi celaka dari kita. Gua ingat dia best friend gua. Rupanya, memang TAK langsung. Cuba lu bayangkan, hari ni aje, dia dah tak solat lima kali. Tak ke langsi namanya tu?" Ujar setan pertama kembali.

"Woah! Memang hati kering doh dia ni! Nenek moyang kita dulu pun sekali aje membantah perintah Allah; sewaktu mereka diperintah untuk sujud kepada Adam. Itupun Allah telah melaknati mereka. Apalagi manusia celaka ni yang hari ni je dah lima kali membantah untuk sujud kepadaNYA." Kata setan kedua dengan penuh cuak.

"Agak la. Aku pun fikir macam tu gak." Kata setan pertama tadi.

"Tak terbayang sial bagaimana besarnya kemurkaan Allah kepada dia ni! Jom ah chow. Kau ni setan pertama, tak reti pilih kawan la. Dia tu mesti Allah sumbat masuk Neraka paling bawah. Jangan lah lu nak kawan dengan dia. Gua pun dah naik cuak ni duduk dekat-dekat dengan dia! Jom chow chin chau" Kata setan kedua sambil berlalu pergi.

_____________________________

Pengajarannya, kalau kamu berani, cuba tinggal solat tengok. Kamu ni dah la manusia biasa. Ingat power sangat ke tak nak sujud kat Allah? Bapak langsi lah sial. Sudah sudah! Ni dah solat ke belum? Jangan sampai shaiton takut dengan kamu sudah.

P/S: Aku cuma memberikan nasihat kepada diri sendiri. Maaf jika tersalah kata. 

Aku Anoz

__________________________________

So tell me, do you scared  syaitan away?


Wednesday, 24 February 2010

Belajar Ilmu Batin Yang Terhebat

Salam. (Aku rasa macho kalo pembuka kata ringkas macam ni. Kacak bergaya dan disukai ramai)

Hidup aku sekarang semakin sibuk. Nak update blog pun dah jarang. Tapi kira bagus lah satu entry dalam masa 2 hari. Orang kata perfect. Ala kadar. Cukup masam dan manis. Cukup tiga rasa. Cukup masa untuk kamu semua baca. Kalo post sehari sekali, takut nanti kamu juga yang miss.

Ramai orang suruh aku tulis entry perkara yang beragama. Aku mana reti. Ilmu agama aku tak master lagi. Setakat kalau nak buat post mengarut dan lucu-lucu aku reti lah.

Tapi kali ni, aku akan cuba. Dah ada dalam folder draft dari semalam lagi. First time aku tak dapat habiskan karangan aku dalam masa setengah jam. Kalau tak best, cakap la ye. Nanti aku nak pijak kepala kamu! Kurang hajar betul cakap blog aku tak best! Hehe...

_________________________________

ILMU BATIN

Bila sebut je ilmu batin, rata-rata kita akan membayangkan ilmu silat yang terbang-terbang, jalan atas air, kena parang tak lut dan sebagainya. Nak buat apa semua tu kalau tak ada ilmu kalis api neraka? Haaaa. Ni baru ilmu batin yang sebenar dan dijamin sendiri oleh kerajaan. (bukan kerajaan Malaysia, tapi kerajaan Allah)

Senang cerita, kalau kamu boleh master ilmu batin ni, kamu mesti boleh terbang punya lah! Tapi kat syurga nanti lah. Tak nak belajar pun tak apa. Aku tak kisah pun. Tapi kalau tak nak belajar kira kamu dah memang natural born wali la. Ada ke?

Batin Lemah
Ni bukan sebab kes terlupa minum tongkat ali, misai kucing atau kacip fatimah sebelum *tuuuutttt*. Lemah batin ni sebab kita tak bagi dia makanan yang secukupnya. Kalau zahir kita perlukan makanan, zat, vitamin, siap supplement lagi, tapi kenapa batin kita tak diberi cukup makan? Batin kita perlu ilmu, perlu iman, perlu amal. Lepas tu perlu diberi makan selalu la (istiqamah). Bukannya bagi makan setahun sekali (solat raya). Cuba kamu makan nasi setahun sekali, tak ke cekeding jadinya?

Batin Terseksa
Kita ni selalu menyeksa batin kita tanpa disedari. Dah la makanannya jarang nak diberi, seksa pulak dgn perbuatan tak senonoh. Contohnya macam mengumpat, mengata orang, hasad dengki, dan lain-lain lah. Orang lain dapat nikmat, kita tak pasal-pasal sakit hati. Tak ke menyeksa diri sendiri namanya ni?

Batin Berpenyakit
Kalau pening atau demam, laju je kita cari panadol. Tapi kalau batin berpenyakit, ada kamu amek kisah? Jangan pula pergi jumpa tok batin, tu nak bagi lagi punah. Masalahnya, penyakit batin ni boleh berjangkit. Tak cukup hati sendiri sakit, kamu jaja pula fitnah dan tomahan bagi pakat ramai-ramai sakit sekali.

Maaf Zahir Batin
Ni time raya memang paling famous. Tapi selalunya cakap dari mulut aje, dalam hati macam gitu gak sebenarnya. Masih ada lagi benci membenci, PhD dan doktor falsafah. Apa la salahnya tiap kali sebelum kita mati sementara (tidoq) kita maafkan semua orang? Fadhilatnya selain dapat pahala, dapat juga hilangkan sakit jiwa, sakit mental, mungkin juga sakit fizikal. (tak ada nak migrain dah lepas ni) Kan bagus. Orang pun nanti senang dengan kita.

Batin Power Rangers
Nak mempowerkan batin kena la ada ilmu. Bukan ilmu gaduh atau gasak atau bergaduh dengan raksasa liar. Tapi ilmu tauhid; Ilmu mengenal Tuhan yang paling Power. Tak kisah la power apa kamu ada, cuba tengok sekelilig. Semua yang ada kat dunia ni semua milik Dia. Dah tu sekarang pulak tak reti-reti nak jadi insan yang merendah diri kepada dia? Kamu ingat Power Rangers tu lagi terer ke kalau nak banding dengan Allah?

Lu pikirlah sendiri! Bukan nak mengutuk, tapi sekadar menegur. Bukan menegur kamu saje, tapi juga menegur diri sendiri ni yang alpa. Ingat tu, jaga batin dan juga zahir kita. Aku tak perlu jaga zahir, dah memang kacak bergaya dan disukai ramai.

P/S: Penat aku fikir nak tulis apa. Bab-bab agama ni kena berhati-hati sikit time nak tulis. Post sebelum ni, aku bantai aje tulis tak pandang kiri kanan. Memang kejap la siap. Haha....

Aku Anoz

_______________________________

So tell me, how is your 'batin'?