Entry kali ini utk aku yg dah melupai sejarah silam sendiri. Ditujukan khas kpd Joe yg dah berkali2 die soh aku masuk 'contest' yg die buat ni. Haaa.. Ni aku dah buat dah. Kalo x menang, mmg sial la Joe! Semester depan aku akan jatuhkan kau selaku Presiden SMSA!!! (UGUTAN) *gelak shaiton*
__________________________________________
RAGBI
Apekah gerangannya RAGBI itu?
R = Rakan
A = Agresif
G = Gagah
B = Bijak
I = Idea/Inisatif
"kreatif kan jawapan aku joe? boleh menang ni! haha" kata Anoz kpd Joe.
- Kalo nak main ragbi, kita perlukan semua ciri2 seperti di atas. Kita perlukan RAKAN. Kalo x de rakan, campak2 bola tu kepada diri sendiri la jawapnya.
- Kita juga perlu bersikap AGRESIF seperti harimau jantan. Pastikan lawan kita gentar bila bersemuka dgn wajah kita yg super ganas tu. (letak celak bawah mata biar nampak gerun sket)
- GAGAH juga satu kemestian. Kalo x gagah, anda dipersilakan balik umah dan main jentik penutup botol atau congkak atau batu
seremban sereban.
- Anda perlu BIJAK. Ya! Mesti x sangka kan? Ingat semua org main ragbi bodo ke? Ingat ragbi ni permainan utk org gemuk yg x de akal pastu berlari2 mcm org gila kat tgh2 padang ke? Ilmu diorg tinggi tu!!
- Ini paling penting. IDEA yg sgt bernas utk menembusi benteng pertahanan
gadis2 lawan.
MENYINGKAP SEJARAH SILAM
Dulu aku start main ragbi time Form 1. Ada sorg makhluk hitam (nama die Bijan) ni yg ajak aku main. Dia kata aku hati kering lah, muke ganas lah, badan tough lah, macam2 lagi lah! Aku pun join sbb termakan pujian yg indah tu. Hehe...
Profession aku dlm dunia peragbian bermula sebagai seorg hooker (bukan pelacur ye). Nak jadi hooker ni badan kena baragas, dlm erti kata lain, GEMUK! Aku bermain sebagai hooker selama setahun aje. Bila dah naik Form 2, badan semua orang dah makin beso. Aku lak semakin mengecut tanpa ada sebab musabab yang diketahui. Lalu aku diturunkan ke pangkat Scrum-half. Ini posisi utk org yg badan plg kecik. (salah mkn agaknya aku ni) ='(
MARESMA SCORPION
Maresma Scorpion First Batch
Sepanjang Form 1 smpai Form 3, kebanyakkan league adalah untuk Rugby-10. So, 1 pasukan selalunya bawak 10 pemain dan 5 substitutes. Sebelum menceritakan kejayaan kami, aku nak cerita serba sedikit psl kehebatan pasukan aku ni. ^_^
Loosehead and Tighthead Prop
Dua2 prop ni super kuat. Kalo masuk scrum selalu menang sebab dua2 bersaiz obersiti. Kalo maul lak mesti dpt tolak jauh.
Hooker
Kalo dalam scrum pandai curi bola. Kalo dalam dunia sebenar pandai curi laki orang. Baling bola time throw in pun terbaik dan mengikut arahan.
Scrum-Half
Super bijak dlm menangani situasi bahaya. Playmaker yg cerdik dan lincah berfikir. Pandai curi bola lawan ketika scrum dan throw in. Suka redah 'hutan' tanpa support. Berupaya utk pass dgn jauh (flying pass).
Stand-Off
Otak geliga dgn strategi yg mahu digunakan. Pandai mengelecek bola dgn dummy dan side step. Kicker yg hebat. Kalo convert bola mesti masuk.
Inside and Outside Centre
Kedua2nya ade persefahaman yg tinggi. Skill cut-in dan dummy mmg terbaik. Pihak lawan sukar utk melihat pergerakan mereka. Passing pula accurate dan tidak ada silly mistake.
Open-side and Blind-side Winger
Lincah katak. Sprinter untuk kolej dan x boleh dinafikan kelajuan mereka. Sekali berlari, susah untuk mata manusia mengejar. Side step yg amat hebat juga.
Custodian
Seorang badang. Pandai menyepak bola dan juga membawanya ke medan pertempuran ragbi. Skill yg menakjubkan dlm tackle. Beliau pernah menangis kerana miss tackle pihak lawan. Sekali tackle, mmg muntah2 hijau org tu. Kompom!
Coach
Kami ade 3 org Coach yg berbeza. Coach fitness(seorang tentera. aku plg benci dia ni), Coach strategi(strategi mantop. juga ex-player Malaysia) dan Ketua Jurulatih(paling baik dan disayangi). Semuanya berpengalaman dan berpengetahuan.
Pusat latihan dan Gym
KEJAYAAN
- Form 1 : Runner-up Piala Plate Kejohanan Ragbi Kedah 2002
- Form 2 : Second Runner-up Piala Cup Kejohanan Ragbi Kedah 2003
- Form 3 : First Place Piala Cup Kejohanan Ragbi Kedah 2004
- Form 3 : 23rd Place in Kejohanan Ragbi Malaysia (KRM) 2004
- DLL
- Kejohanan antara MRSM dah lupa dah. Tapi ade la. Banyak lupa la. Memori x nak kembali. Haha...
PENGAJARAN
Sepanjang aku dalam pasukan ragbi ni, bnyk bende yg aku belajar. Dalam ragbi, kita x boleh main sorg2. Kalo main sorg2 gak, kompom kena lanyak dgn team lawan. Kalo nak berlari ke depan, kena panggil support. Kalo x ada support, bola boleh lesap mcm tu aje. Kalo bola hilang kat tgn lawan x kesah lg. Selalunya apa yg akan terjadi adalah "anda akan dipukul dgn team sendiri bila game dah abes nnt." TEAMWORK man!!!
Team aku selalu ada masalah. Masalah kecik selalu dibesar2kan. Cth masalah adalah membawa air dari bilik penginapan ke lokasi permainan. Bawak air pun jadi masalah kan. Masing2 x nak mengalah. Semua x nak jadi kuli angkat2 bende berat. Selalunya benda kecik ni la yg jadi masalah paling besar. Ahli pasukan semua gaduh aje kat luar. Siap ada yg pukul2 lagi. Paling obvious adalah 3 orang ni.(nama perlu dirahsiakan) X habis2 mmg gaduh aje keje diorg.
Bila dah masuk padang, semua tu akan dilupakan. Sebab apa??? Sebab kami nak menang. Kalo nak menang, kena main as one team! 3 orang yg aku cite tu sebenarnya star/ace of the team. Kalo 3 org ni x ade, mmg susah sket la nak menang. Aku x nak la ckp siapa diorg ni. Malu aku nnt. *smiley malu2 kucing* Anyway, dlm padang, tiga org ni ade move tersendiri. Sorg jatuh, 2 yg lain support. Sorg jatuh, 2 yg lain support. Mmg ulang2 move mcm ni smpai dpt try. Tiga orang ni super unite. Ni la ape yg aku sgt bangga dgn team ni. Gaduh dkt luar, tapi bila berada dlm padang, sukan akan menyatukan mereka.
Lastly, cerita di luar padang. Ramai org kata pemain ragbi ni cara jalan pelik sikit. Mmg aku dgr pun angin lah kan! Org
TOUGH mcm aku ni mmg la jalan lain sikit. Veron gak kdg2 kene kutuk. Haha... Tapi kami semua selalu buat masalah kat maktab. Bila buat masalah, semua kena tanggung la kan. Kitorg terima denda2 semua ni. Pengalaman kot! So, dari saat tu gak la kami bersatu dan menentang kejahatan.
(mcm polis / x ade kaitan)potong yg tidak berkenaan
"Sukan ragbi telah menyatukan kami. Kami berfikir bijak dalam ragbi. Kami perlukan konsentrasi yg tinggi dan juga diiringi dgn kelajuan bertindak. Saya sayang ragbi. Saya sayang Maresma Scorpion." Kata salah seorang star pasukan MRSM PDRM kepada wartawan ESPN yg sekarang belajar di Sheffield, United Kingdom.
_____________________________________________
P/S: Nak masukkan cerita sendiri gak. Hehe...
Time form 3 dlu aku lawan semi final dgn KeSAH. Ade sorg mamat ni aku tgk je dah naik menirap. Muke buruk tapi terer main ragbi. Selaku scrum-half, aku ditugaskan mengeluarkan bola dari racking. So, aku nmpk tgn budak tu (sdg terbaring). Rezeki!! Aku pijak lps tu aku tekan kuat2 sambil memutar kakiku mngikut arah jam. Tgn budak tu patah! (Ye. aku busuk dan keji) Ade bnyk lg bende hina aku buat. Tapi x nak cite la.
Bila dlm kejohanan Malaysia, 2 jari aku pecah patah. Aku rasa yg ni la balasan dia aku wat jahat dulu. So, aku lepak dan cool je la lps tu sbb ingatkan Allah dah balas kejahatan aku. Tapi bila dah naik form 5(still main ragbi lagi), tulang belakang aku disahkan retak. So, aku terpaksa berhenti main ragbi. Aku jadi coach utk MRSM Lgk n beberapa team kanak2.
Point dia, jgn buat jahat dlm game(kehidupan juga ye). Suatu masa nnt, kita akan dibalas atas perbuatan sampah, keji, busuk dan hina tu.
Aku Anoz(sdg sakit leher)
____________________________________________
So, tell me, can we unite through sportmanship?